Kempen yang sepatutnya tamat dalam masa sebulan sekarang masih berjalan. Imp.Zehir Defence Dept. mengambil keputusan untuk hantar bantuan ke Pulau Kemboja. Armada pimpinan IZN N.Zehilina berlabuh di pulau tersebut membawa banyak bekalan senjata, peluru dan ubat. Infantry Landing Ship dari Pakma membawa ramai wajah baharu. Oleh kerana keadaan badannya telahpun baik sepenuhnya, Pvt.Iszran juga balik ke barisan hadapan membawa berita untuk Mejar Adzwan.
"Persidangan kongres kali ni telah meluluskan resolusi baharu; "Penubuhan battalion marin" untuk berkhidmat, lakukan pendaratan di pulau-pulau di belah timur.
"Doktrin yang berbeza dengan belah barat, marin memainkan satu peranan besar dalam operasi marin merangkumi laut, udara dan darat. Taktik macam amphibious assaults, island raids dan early invasion pada kumpulan pulau di timur menyokong resolusi tersebut untuk diluluskan.
"Battalion marin diletakkan dibawah tadbir urus Imperial Navy dan segala keperluan akan diberi melalui badan tersebut. Battalion marin akan dipanggil; "Imperial Zehirian Marine Corps" atau IZMC.
"Untuk tidak menganggu mana mana misi yang sedang berjalan di kemboja dan pulau lain. Panglima Kasturi mengarahkan semua askar kekal memakai IZA sampai kempen tamat. Kemudian barulah memakai lencana baharu yang dihantar ke sana sebelum menerima arahan yang baharu."
Pvt.Iszran berhenti membaca.
Mejar Adzwan memicit dahi, terus mengambil surat dari tangan prebet;
"Terima kasih private. Awak boleh balik ke khemah skuad asal awak. Bersurai.-
"Dan, tahniah atas kenaikkan pangkat awak."
Pvt.Iszran mengangkat tabik hormat sebelum keluar dari khemah mejar.
Kawasan khemah skuad berada di hujung kem, tepi sungai kecil dan dibawah pokok bakau yang daun begitu rimbun. 11 ahli-ahli skuad sibuk melakukam rutin askar. Yang pertama sedar kedatangannya ialah sarjan sendiri.
Sgt.Hasril menepuk bahunya;
"Sepanjang kau tiada, banyak benda dah berubah. Kita dipanggil skuad 36 atau 36th. Oh, katil kau masih sama.
"Kebanyakkan tugas kami cuma patroling dan guarding kem. Semua orang dah demam nak perang..."
Pvt.Iszran senyum, melihat yang lain juga memandangnya;
"Saya ada bawa hadiah dari pakma. Jangan risau, tiada siapa pun perasan saya bawa."
Dari beg besar yang dibawa, banyak jenis makanan ringan yang di sembunyikan. Pvt.Iszran terus mengagihkan gula-gula getah pelbagai perisa kepada semua orang. Setiap seorang juga dapat dua botol air berkarbonat. Tanpa buang masa, dia kembali bertugas seperti biasa macam yang lain.
Dua hari kemudian, mejar pun memberikan taklimat penuh kepada semua askar yang terlibat dalam misi seterusnya. 3 briged seramai seramai 15,000 askar melakukan persiapan rapi. Dengan niat mahu mengakhiri neraka dunia ini dan balik ke rumah.
Pvt_Iszran,
Island_of_Kemboja,
Imperial_Zehirian_Army,
2nd_Brigade, 36th_Squad.
Sgt.Hasril bersama skuadnya menaiki Armoured Personal Carrier atau [APC] atau "m3 Half-Track".
Hasril memandang semua;
"Kemboja Airfield masih lagi dalam tangan musuh. Anti-aircraft gun mereka menyukarkan air force untuk mengebom. Kalau kita lambat bertindak, lagi banyak jatuh kena tembak... Tak kira apa akan jadi sekalipun, ambil balik airfield tu keutamaan kita."
Driver menarik brek;
"Chup-chup!"
Co-Driver di belakang terus membuka pintu keluar;
"Hubba-hubba!"
Dan 36th Squad keluar dari dalam APC tersebut menuju ke paya bakau tidak jauh dari situ.
Izuwan menggaru pipi;
"Jadi sekarang, nak buat apa sarge?"
Hasril melangkah batu-batu sungai;
"Setiap jalan ke airport dah jadi zon pertempuran antara anti tank gun dengan cavalries kita...
"Kita diarahkan untuk flank, lemahkan dan buka jalan ke sana untuk mereka.
"Kita memang basah, tapi tak perlu menghadap anti-tank gun dan mg. Sekurang-kurangnya. 47th akan berjumpa dengan kita dekat hujung paya ni."
Hasril menyarungkan parang dan memegang shotgun;
"Mari gerak. Tengok setiap penjuru, radio dekat tengah."
Dua belas askar bergerak dalam "Diamond Formation" untuk menjaga setiap penjuru.
Kali ini, Izuwan mengendali Browning Automatic Rifle [BAR]. Dia berada di hadapan selepas sarjan.
Iszran pula kekal dengan IZA Rifle, Caliber 30 M1 dan ditambah aksesori istimewa seperti scope dan bipod. Secara tidak langsung, dia memikul dua peranan di dalam skuad iaitu riflemen dan sniper. Dia berada di belakang Radioman.
36th Squad bergerak tanpa masalah sehingga terdengar bunyi kuat dari jauh di depan.
"Bunyi apa tu?"
Izuwan melutut apabila semua berhenti berjalan.
Scout bergerak sendiri lepas menerima isyarat dari Hasril dan kembali membawa berita tidak baik untuk mereka;
"Ada pesawat izf jatuh kena tembak. Pilot dah mati. Tak jauh dari situ, saya dah nampak hujung paya ni."
Scout masuk ke dalam formasi dan tangannya sedikit berketar.
"Teruskan bergerak, pilot tu nanti malam baru kita datang bawa balik."
Hasril melipat lengan baju dan memegang senjata semula.
Ketika melalui kawasan yang pesawat tempur jatuh tadi, mereka diam dan terus berjalan kaki.
*Pang!*
"Aaugh!"
Seorang askar jatuh ke dalam sungai.
Izuwan melihat sekelilingnya dan banyak rumput bergerak;
"Ambush!"
"Hold position!"
Hasril menembak semak samun di depannya.
Iszran nampak beberapa pokok menghasilkan kerdipan cahaya;
"Snipers!"
Askar-Askar Elimina meluru keluar ke sungai, mengacu bayonet kearah mereka;
"Elimina Gloria!!!"
Bagi mengelakkan musuh dapat datang dekat, semua anggota 36th Squad saling membantu antara satu sama lain.
"Cepat...cepat..!"
Bisik Iszran mengisi peluru rifle atas air;
"Bagus....duduk diam..."
Dia menarik picu, melepaskan tembakan dan kembali ke belakang bangkai pesawat;
"Dua lagi!"
Hasril dan Izuwan bergelut dengan melee combat. Sukar untuk mencari titik kritikal di badan musuh yang memakai ranting kayu dan rumput di badan.
Pada masa yang sama, sniper ke-2 musuh ternampak helmet yang bergerak di belakang bangkai.
Iszran sudah menunggu masa tepat, askar Zehir di sebelahnya sedang bermain helmet menggunakan rifle.
*Pang!!*
Tembakan dilepaskan.
Sniper ke-2 jatuh ke sungai, mati dengan bekas tembakan atas dada.
"Hahaha! Satu lagi!"
Askar Zehir teruja.
"Kejap, kejap! Haha!"
Iszran senyum dengan lebar.
Izuwan menunding jari kearah barat laut;
"Sniper! Jam 10!"
"Isz!"
Hasril menikam askar musuh.
Iszran tidak membuang masa dan terus "neutralise" sasaran di kedudukan yang dikatakan tadi.
"Semua orang okay?"
Hasril duduk atas bangkai.
"Sarge, bahu awak..."
Izuwan menunding jari.
Medic datang merawat sarjan dan ahli skuad yang lain berjaga untuk sebarang kemungkinan.
Misi diteruskan. 36th sampai di hujung paya dan bertemu dengan Skuad Ke-47. Dekat atas tebing, bunyi tembakan kuat menggegarkan gegendang telinga setiap orang.
"Fixed bayonet. Siap sedia untuk close quarter."
Hasril memandang semua ahli skuadnya.
47th Sergeant menarik pin bom tangan;
"3, 2, 1, lontar!"
Tindakannya diikuti anggota Skuad 47.
Debu berterbangan di udara, Hasril mula memanjat;
"Gerak! Gerak! Jangan bagi mereka masa berkumpul balik!"
Iszran menarik dahan pokok untuk memudahkannya memanjat dan segera menumpaskan askar Elimina yang mengendalikan sebuah light artillery bersama Izuwan tidak jauh dari kawasan tebing.
Apabila semua sudah berada di atas kedua-dua skuad mendapati sebuah bunker sibuk menghujani askar-askar Zehir yang berada di timur.
Iszran terus menembak musuh yang berada selari dengan sight rifle.
*Ping*
Rifle memuntahkan kelopak kosong dan diberi makan kelopak baharu berisi peluru.
*Ping*
Iszran menyelukkan tangan ke dalam beg dan menyedari dia telah kehabisan peluru. Tanpa berbelah bahagi, dia memegang rifle dengan keras dan menggunakannya ibarat tombak yang panjang.
Sepasang light tank memasuki zon pertempuran dari laluan tanah di belakang barisan bunker.
Hasril memandang kearah dua orang anak buahnya;
"Takeover Light artillery! Letupkan kereta kebal tu sebelum kita yang kena!"
47th Sergeant menembak jatuh askar bantuan musuh yang tiba di belah tenggara bunker;
"Cepat!"
Iszran dan Izuwan bersama 2 rakan skuad yang lain bergegas ke posisi meriam yang mereka serang tadi.
Izuwan mendapatkan kotak yang berisi peluru sementara yang lain memutar meriam menghadap musuh.
Dua askar meletakkan meriam sebelum Iszran meletakkan matanya di penyasar;
"Eight degrees!
"To the right!"
Dua askar itu terus menarik dan menolak meriam sedikit ke kiri. Iszran membuka kunci firing chamber sebagai isyarat.
Izuwan menolak masuk peluru ke dalam chamber;
"Loading!..
Dia menutup firing chamber dan memegang tuil;
"Locked and loaded!"
Iszran mengangkat tangan dan sekali lagi meletakkan mata pada sasaran;
"Fire!"
Izuwan menarik tuil. Semua orang tunduk apabila meriam mula berdentum.
*Boom*
*Klang!!*
Firing chamber dibuka dan proses yang sama diulang sebanyak dua kali lagi.
Tembakan pertama tersasar ke bunker. Tembakan kedua meletupkan satu kereta kebal. Tembakan yang ketiga hanya berjaya memutuskan rantai kereta kebal musuh yang berbaki.
Kerana hal itu, kereta kebal musuh menukar sasaran, memutarkan meriam kearah mereka.
"Lari! Lari!"
Teriak Hasril dari jauh.
Mereka berempat berpecah dan Hasril melontarkan bom asap untuk membeli masa supaya sempat melompat masuk ke dalam parit untuk berlindung.
*Booom!*
Iszran tersungkur disebabkan terlanggar mayat dan tergolek ke dalam kawah dipenuhi air sebelum membetulkan helmet di kepala.
Air berkocak. Semakin kuat dan membuatkannya memegang rifle sekuat hati.
*Booom!*
Letupan besar menerbangkan turret kereta kebal musuh ke atas langit, mencuri perhatian semua yang sedang bertempur.
Sebuah Type-24 melanggar dan mematahkan penghadang kayu. Tank Commander keluar dan menggunakan machine gun, menembak semua askar Elimina di depannya.
Diikuti tembakan peluru High Explosive darinmeriam 76mm kearah menara di tepi bunker.
47th Sergeant berlari dekat ke bunker musuh bersama skuadnya;
"47th! Clear the bunker!"
"36th! Regroup! Secure the area!"
Hasril memberi arahan baharu kepada anak-anak buahnya.
7 minit kemudian, 47th siap dengan pembersihan bunker. 36th telah menguasai kawasan itu. 12 kereta kebal mula melalui tempat itu termasuk beberapa lori yang membawa askar-askar Zehir menuju ke Kemboja Airfield.
Type-24 Commander memandang kedua-dua sarjan;
"Kami gerak dulu. Jaga diri! Kejap lagi air force menyusul..."
Kereta kebal ringan itu mula bergerak ke utara mengejar kereta kebal yang lain.
Skuad 36 dan 47 mengakses ke kawasan padang lapang, sebahagian besar dilitupi pasir dan sedikit rumput serta pokok kelapa sekitar oasis kecil.
Pesawat-pesawat pejuang IZF terbang di atas kepala mereka dan melepaskan serangan roket ke ufuk barat.
"48 dan 49 akan sertai kita lepas bukit ni. Ikutkan rancangan asal, mereka dah uruskan laluan masuk kita ke airfield."
Maklum 47th Sergeant.
"Harap-harap tiada halangan lagi lepas ni... Semua! Bersedia untuk pertempuran lagi sengit!"
Kata Hasril tercungap-cungap dengan shotgun di tangan.
Apabila melalui oasis kecil, beberapa dahan pokok kelapa gugur dan tembakan dilepaskan dari atas pokok tersebut;
"Elimina gloria!!!"
Askar-askar Elimina sekali lagi melancarkan serangan hendap terhadap mereka.
"Waarrgh!"
Askar Elimina meluru dengan bayonet charge.
"Fur den kaiser!"
Iszran melutut dan menikam dada penyerang dengan bayonetnya.
Izuwan menghunus parang dan menetak lengan lawannya;
"Atas pokok tu! Siapa-siapa jatuhkan mereka!"
Iszran mengambil pistol dan mengharapkan tuah ada di sisinya untuk menembak jatuh sniper musuh yang berlindung atas pokok.
Izuwan tangkas datang untuk melindungi kawannya dari menjadi sasaran mana-mana askar musuh.
Radioman mengelap peluh di dahi;
"Mereka ni tak pandai penat betul! Mereka ni orang kah?!"
Ada askar berkongsi kelopak peluru rifle kepada Iszran sebaik sahaja mereka berjaya akhiri siri serangan hendap tersebut.
Skuad 36 dan 47 menaiki dan menuruni bukit kemudian melepasi pagar jalan masuk ke airfield.
Di hadapan mereka, bangunan dua tingkat masih dikawal ketat oleh pihak musuh. Skuad 48 dan 49 pula berlindung di belakang lori yang terbalik. Dihujani machine gun dari tingkat dua bangunan di depan mereka.
Keempat-empat skuad bertemu dan ketua masing-masing berkumpul dalam bulatan.
Hasril mengisi peluru;
"Sitrep."
"Machine gun dekat tingkat 2 dah banyak bunuh orang aku. Kami tak ada peluang langsung nak bagi tembakan balas."
48th Sergeant memegang LMG.
47th Sergeant garu kepala;
"Cavalries dekat mana? Tiada satu pun datang sini."
"Cavalries cuba datang sini dari utara, tapi kena sekat! Kami dah minta bantuan izf tapi belum ada jawapan."
49th Sergeant mengikat kain pembalut luka.
Helmet Iszran terjatuh oleh sebutir peluru sesat, dia segera bertiarap dan mengambil sebelum memakainya semula.
Tangannya berketar, dingin dan bibirnya terkumat-kamit tidak berhenti berdoa. Walhal teriakan dari kiri dan kanan terus menerus memenuhi telingnya.
"Izf dah rearm! Cari tempat berlindung! 300 saat!"
Lapor Radioman selepas lapan minit menunggu maklum balas.
"Duduk rapat! Tiarap kalau perlu!!!"
Beberapa Askar-askar Zehir tiarap untuk mendapatkan lebih banyak perlindungan.
PB5[A] "Gagak Hitam" memecah awan putih membawa bantuan kepada semua yang berada di bawah.
Twin 20mm Cannon melepaskan tembakan bertubi-tubi sehinggakan bangunan tersebut bercerai roboh.
"Keluar! Cari mana-mana yang masih hidup! Bunuh mereka!"
Askar-askar Zehir bergerak masuk ke kawasan runtuhan untuk memasuki airfield.
Ibarat neraka dunia, setiap airstrip dipenuhi api besar masih menjilat kapal terbang yang jatuh ditembak musuh. Banyak pokok yang musnah. Mayat bergelimpangan di serata tempat.
Askar-askar Zehir yang sudah sampai dahulu tidak dapat maju ke depan akibat dihalang oleh kereta kebal musuh.
36th, 47th, 48th dan 49th Squad turun untuk membantu. Tidak lama kemudian pasukan Type-24 dan m3 Half-track di zon pertempuran yang menjadi semakin hangat.
Semua mahu menuju ke sasaran utama, bangunan utama di seberang airfield yang masih mengibarkan panji musuh.
Izuwan melutut untuk mengisi peluru;
"Belum tentu kita sampai di sana hidup-hidup..."
"Memanglah tapi kita cuba buat yang terbaik, okay?"
Balas Hasril.
"Kekal dekat dengan type-24! Tolong mereka maju!"
Iszran tiba di parit, terus membersihkannya sebelum yang lain tiba berkumpul.
Semua mendongakkan wajah ke langit bila sebuah pesawat milik IZF jatuh dan terhempas di bukit belakan airfield, mematahkan dua tiga batang pokok dengan sayapnya yang besar.
"AA gun mereka masih fokus tembak pesawat-pesawat kita!"
47th Sergeant tunduk.
"Kita akan uruskan mereka! Tapi kita kena uruskan kereta kebal mereka dulu!
"Mortar! Bazooka! Bom! Guna apa saja yang ada!"
Hasril menunding jari kearah jam 12.
49th Squad berada di barisan paling belakang. Kebanyakkan ahli merupakan mortar operator;
"Direct fire! HE! On that tank! At your right front"
Askar Zehir 2;
"800 meter! 23 degrees right and ready!"
Askar Zehir 1;
"HE! Hung!"
49th Sergeant;
"Fire for effect!"
Pusingan pertama membuatkan kereta kebal Elimina berundur dan kembali bergerak ke hadapan.
57mm main gun terus berusaha menembusi 78mm armor kereta kebal Zehir.
Akan tetapi 7.7mm machine gun terus menyasarkan parit yang mereka gunakan.
48th Squad senyap-senyap melakukan "flanking" ke kanan posisi kereta kebal musuh sebelum melepaskan bedilan bazooka.
Hasilnya, satu kereta kebal musuh berjaya dimusnahkan.
Hasril melontar bom tangan ke atas;
"Teruskan!"
Izuwan dan Iszran menunggu arahan selanjutnya kerana mereka berdua sudah kehabisan peluru.
Cuma pisau dan bayonet yang menjadi senjata. Mereka duduk dekat dengan Radioman di terowong dalam parit.
Baki dua kereta kebal dapat dihancurkan. Semua Type-24 maju ke depan. Askar-askar Zehir pun keluar menyeberangi airstrip.
36th dan 47th menuju ke posisi anti-aircraft gun Tentera Elimina.
Walaupun dipenuhi sisa-sisa pertempuran, airstrip tetap mendedahkan askar-askar Zehir dengan serangan balas pihak musuh di seberang.
Sebuah Type-24 bernama "Big Factory" menjadi perisai bergerak untuk mereka.
Barisan pertahanan terakhir hancur dilanggar kereta kebal tersebut sekaligus membuka laluan untuk yang lain memecah masuk.
"Masuk! Masuk! Tumpaskan triple 25 mereka! Kita akan ambil balik airfield ni hari ni jugak!"
Seru Hasril dengan lantang.
Iszran menjadi orang pertama tiba di kawasan atap;
"Usah risau akan kelaparan! Usah risau akan kepenatan! Risau akan kegemilangan empayar zehir!
"Orang zehir mengharapkan tidak lain daripada kejayaan! Für den kaiser!"
Tanpa rasa takut, dia meluru kearah musuh yang terkejut dengan laungan perangnya.
"Hurrah..! Hurrah..!"
Askar-askar yang lain turut bersemangat dan bersorak, mengetahui kemenangan semakin dekat.
Selesai menguruskan senjata AA musuh, mereka menyedari panji Zehir Thalassocracy sudah megah berkibar di samudera biru. Satu lagi kejayaan dicapai. Satu lagi berita gembira dihantar ke mejar dan semua orang di Pakma.
"Haa..."
Izuwan duduk menyandar pada dinding, lega dan gembira. Iszran pula menepuk helmetnya yang sudah berada di pehanya. Radioman terus memakai radio sebelum menyerahkan gangang kepada Hasril.
"Ya tuan... Kami dah dapat airfield ni. Saya ulang, kami dah dapat airfield ni..."
Sejujurnya, tulis chapter ni betul² mencabar. Ada banyak draf, ada banyak idea tapi tak semua boleh letak. Chapter ni siap dua minggu lepas. bila nak publish, disaster strike; aku jatuh sakit. Itu sebab sekarang baru publish. I am so sorry for make you all wait for too long to read new chapter. I'll make sure to fix the schedule. Apa-apa pun, terima kasih sebab baca. Have a good day. See you in the future.
Share this novel