HFM 79 | | Baby, sebenarnya kan...

Romance Series 136653

Bingkai gambar pasangan pengantin yang indah berbusana putih dan tuksedo tergantung indah pada dinding di ruang tamu utama. Beberapa lagi bingkai kecil yang tersusun kemas atas rak terisi dengan imej pasangan tersebut. Sejak dua bulan yang lalu selepas kes pertengkaran di hospital bersama Zane, Sarah dan Lee telah menjlanai kehidupan mereka seperti biasa.

Lee sibuk dengan pekerjaannya sebagai assistant manager di syarikat perhotelan terkemuka. Sementara Sarah cuba belajar perlahan-lahan menjadi seorang isteri dan suri rumah. Adakalanya dia tersalah jugak masa buat kerja. Tapi Lee sabar mengajar.

Maka semenjak Zane menghamun Sarah akan penyesalan lelaki tu, Sarah dah berikrar yang dia tidak ingin lagi ada hubungan dengan abangnya. Dia enggan ada kaitan lagi dengan lelaki tidak berhati perut tu. Apa yang dia perlukan adalah Lee di sampingnya. Sebab bagi Sarah, suaminya keluarganya. Insan terpenting dan orang yang dia cintai. Jadi dari dia sibuk fikirkan orang yang tidak pernah menganggap dia sebagai keluarga baik dia fokus pada orang yang menghargai dirinya sebenar-benarnya.

Tapi dalam diam, Sarah masih lagi terkilan akan kata-kata Zane tempoh hari. Sejujurnya dia mahu meminta maaf pada Zane. Buruk macam mana sekali pun Zane, lelaki itulah yang telah menyelamatkan dirinya dulu.


Sedang Sarah tunduk membongkok mencari sesuatu dalam kabinet baju, tiba-tiba sebuah kotak jatuh tergolek atas lantai. Mengenai kakinya dengan kuat. Terkejut punya pasal dia terus terduduk di situ sambil memegang jari kaki. Berdesis mengaduh kesakitan. "Dah kenapa boleh terjatuh ni?" sungutnya.

Sekali bila Sarah mula mengutip barang yang berterabur keluar dari dalam kotak itu, dia terpegang satu keping foto. Bila dia terbalikkan foto itu, dia melihat sekumpulan orang berpakaian pejabat duduk semeja seakan dalam restoran di foto itu. Sekali imbas seperti ada sesi makan bersama rakan company. Namun bila Sarah double take gambar itu semula, keningnya terus berkerut hairan


"Baby, bunyi apa tadi? You okay tak?" muncul Lee dengan apron di sekeliling pinggang. Lelaki itu berdiri depan pintu selepas dengar bunyi Sarah mengaduh kesakitan dari dapur tadi.

Perlahan-lahan Sarah berpaling. Sambil memegang foto itu dia pandang Lee dengan riak kebingungan. Apa yang dia nampak ni?


"Sayang, apa ni?" Sarah menggoyangkan foto yang dipegangnya.


Kehairanan tidak faham, Lee jalan mendekati Sarah sambil memandang foto yang dipegang oleh isterinya itu. "Apa bendanya tu?"


"Kenapa dekat dalam gambar ni ada Dihya?"jantung di dalam berdegup sakit. Sarah begitu terkejut. Dia berasa takut dan tidak percaya setelah melihat gambar Dihya di sebelah Lee sedang tersenyum sambil memandang ke arah kamera. Mereka berdua sama-sama mengenakan pakaian kerja korporat pejabat mereka. Jadi selama ni Lee kenal Dihya? Perempuan simpanan Zane tu sejak awal lagi mengenali Lee?

Terpempan Lee lepas dengar. Matanya pantas memandang wajah Sarah. Ya tak ya. Gambar-gambar dia masa dia kerja dekat tempat lama! Dia sendiri terkejut sebab dia dah lupa pasal gambar tu sebab semua tu memori beberapa tahun yang lepas. Benda dah lama kan. Jadi Lee langsung tak ingat pasal tu.


"Sayang... Baik you jujur dengan I. Kenapa ada you dengan Dihya dalam gambar ni? You kenal Dihya dari awal lagi? Sebelum you kenal I atau selepas you bersama dengan I?" Sarah memukul dada Lee dengan foto itu.

Gulp!Dengan kesat Lee menelan liur gugup. Dia pegang kedua belah lengah Sarah untuk menenangkan isterinya semasa hendak berkata. Sebab dia taknak Sarah berfikir yang bukan-bukan.


" I boleh explain dekat you baby. Ianya bukan apa yang you fikirkan. Tapi sebelum I beritahu, you kena janji dekat I. Yang you takkan bencikan I apalagi tinggalkan I."pinta Lee.


Makin menjadi-jadi takut yang Sarah rasakan. Bila Lee cakap macam lagi la dia berfikir yang bukan-bukan." Apa yang you cuba cakapkan ni? Memangnya apa hubungan you dengan Dihya sebenarnya ni?"


"Please. Janji dengan I dulu."


"No! You kena explain semuanya dulu. I taknak janji apa-apa selagi you tak beritahu dekat I kenapa you ada dengan Dihya dalam company dinner dekat gambar ni!" marah Sarah.

Untuk seketika Lee diam. Matanya bergerak kanan kiri merenung tatapan kecewa Sarah kepadanya saat itu. Betapa berbelah bahaginya dia rasakan ketika itu.

SARAH TERDUDUK di sofa dengan riak tergamam. Mulutnya terbuka tutup hendak berkata tetapi tiada butir perkataan yang keluar. Dia begitu tertampar setelah mendengar berita itu.


"Awak dan Dihya bekerja untuk datuk kami? Awak diarahkan untuk menjaga saya. Sementara Dihya diarahkan untuk menjaga Zane? Maksudnya selama ni awak bersama dengan saya kerana permintaan datuk kami?"

Lee mendiam. Tetapi dia mengangguk.


"Tapi tak lama. Hanya beberapa bulan kemudian, saya minta izin untuk berhenti kerja dari Syarikat Tuan Samsoong dan bekerja dengan keluarga saya."


"Kenapa awak berhenti?"Sarah masih belum dapat memproses apa-apa. Dia bingung mengenai kenyataan Dihya yang dikatakan mistress pada abangnya adalah pekerja upahan datuknya. Itu bermakna semua tuduhan dan kenyataan dia pada Dihya salah. Dia salah faham dengan Dihya!


"Sebab saya dah jatuh cinta dengan awak. Saya tak sampai hati nak sakiti awak dengan berpura-pura mendekati awak. Jadi saya teruskan hubungan kita sebagai pasangan kekasih yang sebenar. Bukan pura-pura lagi."

Sambil memandang Lee, Sarah sedaya upaya mengawal nafasnya. Dia begitu marah tetapi pada masa yang sama kebingungan. Entah nak marah entah nak mengamuk dia tak tahu. Sebab dia tak boleh nak berpisah dengan Lee sebab suaminya satu-satunya keluarga yang dia ada. Kalau dia marahpun nak apakan lagi. Benda dah lama berlaku.


"Zane tahu pasal Dihya?"


"Mungkin ya. Mungkin tak. Kami tak pernah berhubung sejak saya keluar dari company Tuan Samsoong. Kali terakhir kami berjumpa pun masa baby lawat Dihya dekat hospital hari tu."jelas Lee. Lelaki itu perlahan-lahan melutut depan kaki Sarah. Tangan di atas peha isterinya di capai. "Baby, please. Percaya dekat saya. Saya kahwin awak sebab saya cintakan awak. Bukan kerana Tuan Samsoong. Saya tak pernah terima sebarang bayaran apapun sejak kita pertama kali berjumpa. Saya betul-betul ikhlas nak bersama dengan awak."

Sarah tunduk memandang Lee dengan kening berkerut. Apalagi yang dia boleh katakan. Segala kebaikan yang Lee berikan padanya tiada gantinya. Ya tak mungkin la dia akan menyalahkan Lee atas apa yang dah berlaku.


"Maknanya selama ni Tuan Samsoong kisah tentang kami berdua. Saya ingatkan cuma Zane aje yang ambil berat tentang saya. Saya tak sangka yang Tuan Samsoong pun buat perkara yang sama."


"Maafkan saya sebab rahsiakan hal ni Sarah."


"Tak ada apa yang awak perlu minta maafkan. Saya yang patut minta maaf sebab dah susahkan awak sejak awal lagi." perlahan-lahan Sarah melingkarkan tangan ke sekeliling bahu Lee. Menarik suaminya ke dalam pelukan. "Terima kasih untuk segalanya Sayang."ucapnya.

Lee membalas pelukan itu. Matanya terpejam dek berasa lega dengan reaksi tenang Sarah. Mujur isterinya tidak mengamuk lagi.

Tiba-tiba deringan telefon kedengaran. Menyentak pasangan itu di sofa. Dengan serentak Sarah dan Lee berpaling ke arah telefon di atas meja kopi depan mereka.

Telefon itu dicapai oleh Lee sebelum dia menyerahkan ia kepada Sarah untuk dijawab.

Sarah memandang skrin. Melihat nama pemanggilnya. Dan orang itu lain tak bukan Zane Hayes sendiri.

Sambil membuat muka kehairanan, Sarah jawab panggilan tersebut.


"Hello?"


"Ni saya Dihya, Cik Sarah."suara lembut menyapa dalam panggilan itu.


Dah kenapa Dihya yang guna telefon Zane?Mana abangnya?Sarah memegang lengan Lee."Ada apa ni?"


"Cik Sarah bersiaplah. Sekejap lagi ada driver akan datang jemput Cik Sarah."nada mendung Dihya itu buatkan Sarah semakin resah.


"Kenapa kau cakap macam ni?Mana Zane?Kenapa bukan dia yang call aku?"

Lee di hadapan Sarah bergerak ke samping isterinya. Melihat riak wajah keruh itu buatkan Lee berasa tidak senang. Apa la yang Sarah dengarkan dari panggilan tu?


"Zane tengah sibuk sekarang. Dia tak boleh nak bercakap dengan Cik Sarah. Dia sendiri yang minta saya hubungi cik."beritahu Dihya.


"Yalah. Itu aku tanya apa yang dia sibukkan sampai tak boleh nak bercakap dengan aku?Ada sesuatu berlaku dekat dia ke?"

Untuk beberapa saat panggilan itu senyap. Sepi. Tiada jawapan dari Dihya untuk sementara waktu.


"Dihya...?Kau dengar tak ni?"Sarah dah mula takut. Keningnya berkerut hendak menangis.


"Tuan Samsoong meninggal dunia awal pagi tadi, Cik Sarah. Zane tengah uruskan majlis sekarang jadi dia tak sempat nak bercakap sendiri. Cik bersiap ya."

Menipis terus air mata ke pipi Sarah sebaik dengar. Dia kejung memandang Lee. Baru aje tadi dia dengar hal sebenar mengenai datuknya dengan Lee. Sekarang apa?Datuknya meninggal dunia?


"Kenapa ni baby?"Lee lekas-lekas menyeka air mata dari pipi Sarah. "Apa yang berlaku?"

Longlai tidak bertenaga, tangan memegang telefon itu terjatuh ke bawah sebelum Sarah menangis di situ.


"Saya tak sempat nak ucap terima kasih pada dia, Sayang...macam mana ni?"rintih Sarah panik. Kain baju di dada Lee dicengkam erat.


"Apa awak cakapkan ni?Kenapa awak menangis?"

Tidak dapat meneruskan kata-katanya, Sarah menyembamkan mukanya ke dada Lee. Dia belum sempat nak ucapan terima kasih pada datuknya itu. Kenapa baru sekarang dia tahu hal sebenar?

Nanti kalau ada notification naik lagi, reread chapter ni semula ya. Sebab Tinta akan tambah bab lagi dalam chapter yang sama.

Share this novel

Zai Zai
2025-06-14 10:13:36 

bila nak up ni

Zai Zai
2025-05-30 07:46:12 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience