20:45 pm
Mengeletar teruk!
Lembab tapak tangan Khaleeda yang sudah berapa kali didedat pada gaun singkat dan ketat separas atas lutut di tubuh.
Bunyi muzik akan kedengaran sayup dari beberapa arah setiap kali pintu bilik besar itu di buka jika ada yang masuk atau keluar, semakin menggilakan debaran di dadanya.
Matanya memandang sekitar bilik bercahaya suram yang sudah tersedia jug air berisi penuh dan cawan minuman di atas sebuah meja di hadapan sofa. Makanan ringan juga bersusun sama. Bermakna masanya hampir tiba.
Enam orang perempuan lain sudah cukup ada bersamanya di dalam bilik itu, sedang bersedia. Ada yang sedang merias terakhir kali wajah yang sudah dicat cantik. Ada juga yang sedang memilih lagu yang mereka minati untuk dinyanyikan sebentar lagi.
Termasuk dirinya sudah cukup tujuh orang. Khaleeda tidak kenal langsung enam orang yang lain.
Muzik sayup dari luar terdengar kembali, dia menoleh segera kerana sangat gugup dan panik. Tiada sosok berlainan jantina, hanya seorang perempuan Cina separuh umur berdiri di muka pintu.
"You!".
Semua ke tujuh mereka menoleh memandang perempuan Cina yang dipanggil Lady Boss oleh gadis-gadis di situ.
"You!".
Kali ini berserta jari telunjuk yang tercokeng menunjuk ke arah mereka yang ramai dan duduk berkumpul di sofa besar di dalam bilik itu.
Khaleeda menekap tapak tangan ke dada dengan kening berkerut yang gugup. Diakah?.
"Ya! you... ikut I!".
Perempuan Cina separuh umur itu segera menonong bergerak dari muka pintu. Dia pula sudah tergigil kepala lutut ketika bangun daripada duduk di sofa untuk mengikut arahan yang di terima.
@@@@@@@
SEBELUM ITU.
17:25 pm
Perbincangan sudah berakhir.
Dua kumpulan wakil syarikat dari dalam dan luar negara sedang menyerahkan dokumen perjanjian yang telah dipersetujui dan telah ditandatangan. Mesyuarat berlangsung sejak tiga hari yang lepas.
Dia sebagai syarikat penterjemah dan konsultan menjadi saksi kerjasama syarikat teknologi maklumat swasta dari dua negara itu dengan rasa bangga.
Jika tidak kerana peranan dia sebagai penterjemah tidak mungkin perjanjian perniagaan bernilai ratusan ribu euro itu termeterai.
Ketika mereka bergerak ke ruang yang telah disiapkan khas untuk jamuan ringan selepas mesyuarat, seorang kakitangannya datang menghampiri.
"Boss."
Bisik lelaki sederhana tinggi itu.
Dia berhenti melangkah. Memberi isyarat kepada seorang pegawai bawahannya supaya maju terus meraikan tetamu yang sedang bergerak ke ruang jamuan ringan.
Apabila laluan itu lengang, kakitangan yang tadi mampir lagi ke telinganya.
"Saya dah booking boss. Malam ni pukul sembilan. Tujuh orang."
"Tujuh?... Why tujuh?". Dia menyoal.
Kakitangan itu kelihatan tersentak. Air mukanya berubah cuak.
"Mr. Simon suruh order tujuh... termasuk dia."
Hah! Simon...
Pegawai bawahannya yang seorang itu cukup suka menyelit mengambil kesempatan. Dia sudah berulang kali berpesan bahawa mereka hanya pengantara.
Dia tidak mahu syarikatnya terlibat dengan apa juga aturcara seperti itu sebelum atau selepas perjanjian dimeterai.
Dia mahu keberkatan dalam pendapatannya atas rezeki dari perniagaan yang dia tubuhkan bermula dengan zero selepas pulang dari tamat pengajian ini.
"Mr. Simon cakap team German tu yang bayar. Dia orang yang bagi duit pada Mr. Simon."
Bisik kakitangannya yang sederhana tinggi itu lagi.
Dia menggeleng kepala sesal. Isnin minggu hadapan dia mesti memanggil lelaki itu untuk mengingatkan lagi entah yang ke berapa kali. Dia tidak suka cara lelaki itu meraikan pelanggan.
@@@@@@@
18:33 pm
Mereka berjabat tangan.
Erat genggaman tangannya kepada wakil luar negara seramai empat orang dan terlebih eratnya kepada wakil dalam negara yang dua orang.
Moga ada lagi kerjasama antara mereka selepas ini. Besar harapan dia jika syarikatnya selaku penterjemah dan perunding perniagaan menjadi pilihan wakil dalam negara untuk perjanjian seperti ini lagi di masa hadapan.
Suatu kebanggaan yang tidak dapat dia ungkap kerana syarikatnya yang bertatih dari bawah meningkat naik sedikit demi sedikit dalam tempoh hanya dua tahun.
Sekarang nama syarikatnya berada di aras yang baik dalam kalangan saingan jenis perniagaan yang sama.
Pegawai bawahannya yang bernama Mr. Simon itu tersenyum-senyum ketika berjabat tangan. Berbisik-bisik sambil menepuk-nepuk bahu sesama mereka.
Dia menggaru kening yang tidak gatal. Sedikit sesal.
Kereta yang membawa dua kumpulan wakil dua negara bergerak pergi. Dia dan Mr. Simon pegawai bawahannya itu kekal berdiri di situ sehingga kereta hilang dalam kesibukan jalan besar.
Dia berpusing mendaki dua mata tangga ke ruang legar kompleks perniagaan untuk menuju ke lift naik ke pejabat syarikatnya di aras 20.
Langkahnya yang panjang kerana saiz ketinggiannya terhenti di tengah ruang legar lalu menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi kecoh.
Beberapa orang pengawal keselamatan warga Nepal berkerumun di mata tangga hadapan, kompleks perniagaan. Kenapa tu?.
"Sir! Sir!"
Pengawal warga Nepal itu menjerit mengamit dia yang berdiri di tengah ruang legar.
"Sir! your colleague collapse!"
Allah! Allah!.
@@@@@@@
20:07 pm
Dia melangkah keluar daripada surau hospital. Lega hati kerana sudah menunaikan solat Maghrib walau di hujung waktu.
Ya di hujung waktu. Awal waktu tadi dia sibuk menguruskan pendaftaran masuk pegawai bawahannya itu ke hospital. Serangan jantung! Panik seketika jadinya kerana kekecohan petang tadi.
Mujur dia mampu bertenang menolong memberi bantuan CPR sehingga ambulan datang. Dia juga terpaksa mengikut ambulan ke hospital kerana kakitangan lain syarikatnya sudah pulang sementelah telah habis waktu bekerja.
Telefon bimbit di dalam kocek seluar bergetar lagi. Mungkin keluarga pegawai bawahannya yang telah dia maklumkan ketika sampai ke hospital tadi.
Seorang pun belum memunculkan wajah. Dia mengeluh tapi kemudian keningnya berkerut ketika memandang muka telefon.
"Hello".
"Boss!".
Dia menjauhkan telefon bimbitnya. Seruan namanya dengan kuat menyakitkan gegendang telinga. Kemudian dia mendekatkan kembali.
"Boss! Boss! Mr. James marah-marah."
"Kenapa?."
"Dah pukul lapan suku... tak ada siapa ambil team German."
"Awak tak cakap ke Mr. Simon heart attack?".
"Dah... diaorang suruh hantar sesiapa entertain diaorang."
"Mr. James cakap datang sekejap aje. Tunjuk muka."
Kening digaru. Macam tu pulak?!.
"Okay... awak pergi."
"Eh! tak boleh boss!."
"Kenapa?".
"Bini saya garang."
Dia mengusal rambut yang masih lembab kerana wudhu. Adoi!, semak!.
"Macam mana boss?. Ni call masuk lagi."
"Awak suruh driver ambil team German tu kat hotel. Saya cuba datang."
"Okay boss. Terima kasih boss."
@@@@@@@
20:48 pm
"Is it true this is your first job?".
Angguk sambil memintal kaki gaun ketat yang singkat separas atas lutut. Bibir dan pipinya mengeletar kecil bagai orang kesejukan.
"You virgin ke?"
Geleng kepala dengan mata semakin membulat dan kening berkerut.
"Kenapa you sini?".
"Sa.. saya... emergency. N.. nak guna duit urgent."
"Luc... cy kata pay...ment malam ni rm2k."
"I biasa tak percaya orang eh. Tapi sebab itu Lucy recommend you..."
Lady Boss memandangnya atas bawah dua tiga kali. Dia bertambah gugup. Mahu menelan liur sahaja terasa lekat.
"Nanti itu team datang you layan ada satu lelaki Melayu. Itu Melayu big boss. Make sure you layan baik-baik. Dia mahu perempuan clean sahaja. Jangan flirt with him. Just have a light chit chat. Faham tak?".
Dia angguk dua tiga kali. Perasaannya amat lega. Mungkinkah kerana niatnya baik maka dia bernasib baik dengan maklumat yang baru dia dengar.
Tiba-tiba entah suara dari mana dia terdengar membisik... niat tak pernah menghalalkan cara.
Bahunya jatuh kembali.
@@@@@@@
21:32 pm
Sebaik pintu berat itu ditolak bunyi muzik yang sayup menjadi kuat. Dia melangkah masuk. Seorang daripada team German yang sedang duduk di sofa mengangkat tangan. Sebelah lagi tangannya merangkul seorang gadis berpakaian seksi yang sendat.
Dia mendekat dan melabuhkan duduk di sofa berdekatan sekadar tersenyum yang canggung menyapa mereka dari kumpulan dua negara yang mengangkat tangan kepadanya.
Mr. James wakil kumpulan dari dalam negara maju ke arahnya selepas mengalih seorang gadis bertubuh genit dari ribaan.
"How's Simon? I'm really sorry. It's not I'm insensitive but I just... jaga periuk nasi meh."
"They asked for this before they arrived."
"I didn't inform them about Mr. Simon. Don't want to kill the joy."
"Aiya! you understand meh."
Dia angguk-angguk kepala sambil tersenyum sepanjang Mr. James bercakap. Dalam hatinya 'lantak kaulah labu, aku sekejap aje ni. Kau orang bawak aje perempuan ni keluar pusat karaoke ni aku balik la'.
Mr. James menyeluk masuk tangannya ke dalam jaket yang dipakainya, kemudian memasukkan beberapa paket ke dalam kocek jaket.
"Thanks me later".
Sambil mengenyit mata dan meramas bahunya sekali dan tepuk dua kali kemudian bangun dan bergerak kembali ke sofa diduduki gadis genit yang diribanya tadi.
Hantu! Yusoff dapat agak Mr James memasukkan apa ke dalam kocek jaketnya. Memang hantu betul!.
Pintu berat itu terbuka lagi. Masuk seorang perempuan Cina separuh umur dengan senyuman manis. Berpakaian seksi penuh labuci merelip-relip.
Mr. James segera bangun mendapatkan perempuan itu, berbisik seketika. Kemudian kedua mereka memandang ke arahnya sebelum Mr. James sekali lagi kembali ke tempat duduknya.
"Eh! Boss, why are you alone? Where is the girl?".
Hilang senyum manis di bibir Lady Boss melihat dia yang sekadar duduk berseorangan memandang wakil dalam dan luar negara menyanyi gembira.
"No, no. It's okay. I'm fine."
Cepat pantas dia menjawab, bimbang diberi teman seperti lelaki lain di dalam bilik karaoke itu.
"No lah Boss. Cannot like this. I don't feel good."
"No worries, James already told me, I will give you the clean one."
"I already warned her to just have a light chit chat with you. Okay Boss! you wait ah. I will go find her.”
Perempuan Cina itu hilang di sebalik pintu berat. Dia menggeleng kepala. Adoi la!.
banyak keje kwen kan
Share this novel
aarrghhhh......x syabaunya... semoga nasib D terbela kali ni