BAB 14: Raksasa Pembentung

Thriller Series 558

BAB 14: Raksasa Pembentung

KROHHHH..zzzZZZZZ. Wartawan Yeob Maon tersembam di meja opis sambil berdengkur. Komputer bernyala dengan sampah keropok dan kotak minuman di biar bersepah atas meja.

''Ehem!"Kak Husna iaitu Ketua Kerani Editor Pengurusan syarikat dah berdiri di tepi meja wartawan gemuk tu sambil berdehem dan berpeluk tubuh.

"Huu...krohhh...zzzZZZZ"

Rakan-rakan wartawan dan staf lain dah ketawa-ketawa. Tadi ada mereka mendengar rungutan dari si gemuk debab, pendek dan bersuara parau tu. Katanya kepala besarnya dah rasa nak pecahlah..meletuplah..sebab ketiadaan idea untuk mengarang rencana fiksyen misteri rekaan yang sedang di usahakan.

Alih-alih di tuduhnya keropok dan air milo sejuk di atas mejanya menjadi punca kepada kelembapan otaknya untuk berfikir dan mengerah idea kerana mengandungi sodium glutamate berlebihan.

Haih! Yeob Maon..oh Yeob Maon..

Terus Kak Husna ketuk-ketuk meja wartawan Yeob Maon beberapa kali.

Si buncit tu pun terjaga. Bulat je matanya dengan muka yang agak blur.

"Huu?! uhuhu iya dah pukul lima petang ke haa? Dah tiba waktu untuk balik ya? Uhuhu iya baik..baik..sekian"

"Waktu balik apanya!? Baru pukul sepuluh pagi Yeob oi.."tegur Kak Husna.

Bahahahaha

Langsung ketawa staf dan rakan wartawan lain pecah berdencai. Ada yang sampai senak perut terbahak sambil tepuk meja. Wartawan Yeob Maon memang tak pernah tak kelakar.

"Huwaaaa..naya..naya..sekian"

Bagai nak gila wartawan gemuk tu menghadap komputer dan sambung semula kerja mengarang rencana fiksyen misteri yang terbengkalai.

"Hm..dah siap ke rencana kamu Yeob? Esok dah dateline tau"tanya Ketua Kerani itu.

"Uhuhu tak siap lagi kak Husna..uhuhu aku lebih rela di beri tugasan luor dari menghadap komputer sepanjang hari dan di paksa menulis karangan fiksyen misteri cenggini ya..sekian"

"Hm..kalau macam tu awak tolong akak buat tugas luar sikit ya"

Si gemuk tu dah tersenyum lebar sambil gerak-gerak kening. Ada peluanglah gamaknya nak keluar merayap. Nanti dapat lah nak singgah ke gerai-gerai minum dan makan bagai.

"Buhuhu untung..untung..huhuhu iya Kak baik..baik..sekian"

"Haa?apa yang untungnya tu Yeob?

"Huu?uhuhu tak ada apa-apa kak..uhuhu iya apa tugasan luor tu haa?sekian"

"Hm..mintak awak tolong pergi buangkan sampah-sampah opis kejap. Acik amah cleaner opis tak datang hari ni"

"Huu?!"terbeliak besar mata wartawan Yeob Maon.

Bahahahaha hahahaha

Staf dan rakan wartawan lain dah gelak-gelak.

"Uhuhu tak patut..tak patut..iya aku kerja wartawanlah kak..bukan acik cleaner..sekian"

"Dah awak jangan nak berkira sangat ya Yeob..staf lain pun boleh je tolong amah opis buangkan sampah. Pejabat ni kan tanggungjawab bersama"


________________

LANGIT pagi nampak cerah dan baik hari ni. Hanya sahaja jalanraya di hadapan bangunan letaknya premis syarikat penerbitan tabloid mingguan misteri BONGKAR sentiasa sesak di penuhi kenderaan warga kota.

Wartawan Yeob menolak troli berisi timbunan beg-beg plastik sampah opis ke kabin tempat pembuangan sampah.

"Huu!!! busuk punya sampah! sekian"

Beg plastik di lempar macam apa entah.

Tiba-tiba entah muncul dari mana kelihatan seorang pengemis gelandangan berlari-lari seperti orang kena kejar hantu ke arah wartawan gemuk itu.

"Bang tolong saya bang! Tolong!"katanya.

"Huu?uhuhu iya ko ni dah kenapa pulak haa?sekian"

Pengemis tu asyik tertoleh-toleh ke arah belakang. Wajahnya pucat lesi. Nafasnya tercungap-cungap dan mengah.

"Abang ni kerja wartawan akhbar misteri kat premis tingkat atas bangunan ni kan?"tanya si pengemis sambil mendongak ke atas.

"Huhuhu iya betul..betul..uhuhu dah kenapa ni haa?sekian"

"Saya Apai. Kalau saya cerita pun belum tentu tidak abang nak percaya. Tapi saya rasa saya boleh mintak tolong kat abang je. Lagipun perkara ni memang ada kaitan dengan misteri. Sesuai sangatlah dengan kerja abang sebagai wartawan yang kerjanya membongkar hal-hal misteri"

"Huu?uhuhu iya..baik..baik..mintak bior ko cerita kat aku sekarang..sekian"

"Saya ni gelandangan je. Tinggal kat dalam kawasan pembentung paip terbengkalai bawah tanah. Lebih kurang macam Ninja Turtle lah kiranya. Ramai lagi gelandangan tinggal kat situ. Cuma sejak akhir-akhir ni kami yang bergelandangan dalam pembentung ada di hantui rasa seram sikitlah. Kami ada di ganggu oleh bunyi-bunyi misteri. Ada gelandangan mendakwa ternampak kelibat raksasa yang amat gemuk dan besar tinggal kat ceruk terdalam dan gelap dalam pembentung. Oleh kerana ketakutan,ada di antara kami yang berpindah keluar dari kawasan pembentung. Saya mulanya tak percaya sangat dengan dakwaan begini. Baru tadi saya pergi teroka ke bahagian ceruk terdalam dan gelap dalam pembentung. Terkejut saya bang. Saya nampak sendiri dengan mata kepala ni. Memang ada raksasa seperti yang di dakwa"cerita Apai panjang lebar.

"Huu?huhuhuhu..iya aku nak mintak izin sikit dari ko lah..sekian"

"Eh boleh..boleh..tak ada masalah bang. Silalah abang datang dan tinjau sendiri kat dalam pembentung tu"

"Buhuhuhu bukan..bukan..aku nak mintak izin untuk ketawa sikitlah..buhuhuhu...huhuhu"

"Boleh bang..tapi sebelum abang nak ketawa..biar abang tengok sendiri"

Apai pun raba kocek seluar. Dalam pada bergelar gelandangan tak berumah,pemuda itu masih mampu memiliki henfon.

"Sori bang..henfon curi je ni. Tapi boleh lah nak snap gambor"

Gambar yang di dakwa sebagai raksasa itu pun di tunjuk oleh Apai kepada wartawan Yeob Maon.

"Huu??!"

Terbeliak besar biji matanya.

"Uhuhu naya..naya..iya aku tak jadi nak ketawa..sekian"

                         + + + +

"Haa? Dapat informer dengan tugasan misteri terbaru?"Kak Husna menyoal.

"Uhuhu iye kak..ini kes misteri yang bakal menggemparkan setiap warga bandor tak lama lagi ya..uhuhu bior le aku keluor pergi tinjau lokasi sekarang..sekian"balas wartawan Yeob Maon sambil menyarung jaket vest rasmi wartawan syarikat BONGKAR dan menyandang beg mengandungi pelbagai peralatan kerja seorang wartawan.

Dengan bertemankan Apai selaku informer,Yeob Maon pun di bawa ke sebuah kawasan parit longkang besar di ceruk kota.

"Huu?uhuhu naya..naya..bukan longkang besor ni ke tempat air mengalir di kalamana banjir berlaku dalam kota haa?sekian"

"Itu memanglah bang. Tapi kota kita ni jarang berlaku banjir. Longkang besar ni pun entah bila kali terakhir air naik. Jom kita masuk ikut situ!"kata Apai sambil tunjuk ke lubang saluran paip besar yang menyambung ke sistem kawasan pembentungan bawah tanah bandar.

Jauh mereka masuk ke dalam. Rupanya sistem laluan saluran pembentung bawah tanah itu tidaklah segelap yang di sangka. Pihak jabatan Perbandaran Pekan ada memasang lampu-lampu kalimantang kecil di sepanjang ceruk laluan di dalam sana. Patutlah warga gelandangan boleh 'berumah' dan menetap di situ dengan selesa.

Air cetek di dalam pembentung di redah. Wartawan gemuk pendek bernama Yeon Maon tu pun asyik merungut je.

"Uhuhu..busuk..busuk..iya busuk air kat dalam pembentung paip besor ni ya..sekian"

"Memanglah busuk bang. Air ni pun datang dari macam-macam longkang kot"

Di dalam sana wartawan Yeob Maon dapat bertemu dengan beberapa orang lagi gelandangan lain. Ada yang melepak,tersandar dan tidur di tembok-tembok.

"Uhuhu iya banyak rupanya ninja turtles tinggal kat dalam ni selain ko ya Pai..huhuhu sekian"

"Hahahaha"Apai ketawa je lah.

Berliku-liku lorong dan saluran pembentung di lalui sebelum akhirnya wartawan Yeob Maon dan Apai tiba di ceruk terdalam.

"Uhuhu gelap sikit kat sini ya..sekian"

Lampu suluh di nyala.

"Kami para gelandangan pun tak berapa berani sangat nak masuk ke ceruk-ceruk belah dalam ni bang. Dah tambah pulak sejak raksasa tu mulai nak menonjolkan diri akhir-akhir ni kan..lagilah kami tak berani"kata Apai.

Tiba-tiba dari kejauhan kedengaran bunyi seperti air lecak di redah. Siap ada suara garau dan besar.

"Hoarghhhhh"

"Psst..itulah dia raksasa tu bang. Mesti dia ada dekat-dekat sini jugak"bisik Apai.

"Uhuhuhu gila..gila..garau dan besor suara dia..uhuhu bior aku on video dulu..sekian"

Video kamera digital pun di buka. Wartawan Yeob Maon bersedia untuk merakam kelibat entiti yang di dakwa sebagai raksasa pembentung tu.

Ketika Yeob Maon dan Apai ingin membelok ke satu laluan,di ketika itulah suatu kelibat berbadan gemuk dan besar telah muncul dari ceruk gelap.

Wajah dan tubuhnya hitam dan kotor.

"Waaaaaaaa!!!"Apai dah terlolong.

"Huwaaaaaaaaaaaa!!! Sekian"wartawan Yeob Maon pun terlolong sama. Parau je suaranya.

"Hoarghhhhhh!!"entiti yang di dakwa sebagai raksasa itu pun turut terkejut dan terlolong sekali sebelum ia berpusing dan terkedek-kedek cabut lari.

"Huu?uhuhu dia pulak yang lari nampak kita?"

"Elok kita kejar dia bang!"cadang Apai.

Tak bertangguh mereka pun mengejar raksasa tersebut.

"Woi cilakak punya raksasa! jangan larilah!"teriak Apai.

Air kotor dan cetek di dalam pembentung berdebur-debur bunyinya di pijak dan di tongkah oleh tiga pasang kaki yang sedang berkejar-kejaran itu.

"Hoarghhhhhh tolong jangan apa-apakan saya! tolonglah!''raksasa besar itu tiba-tiba berlutut dan menyilang kedua-dua tangan ke wajah. Dia nampak seperti ketakutan.

"Huu?!"

Wartawan Yeob Maon dan Apai pun berhenti dan saling kehairanan.

"Kau boleh bercakap rupanya raksasa?"soal Apai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience