Hujan renyai yang mula membasahi bumi itu menitis gerimis di atas tubuhnya yang tersadai lemah di atas celah tingkap kereta yang pecah.
Dia mula merangkak keluar dari kereta menggunakan kudrat yang masih ada di tubuhnya.
"Laili! Laili!" Dia menjerit memanggil nama si kekasih hati yang merupakan tunangnya yang turut terlibat dalam kemalangan yang sama.
Apabila dia ternampak susuk tubuh Laili yang masih terperangkap dalam kereta, dia mula berlari ke arah pintu kereta sebelah penumpang dimana tunangnya terperangkap.
"Laili! sedarlah!" Adhuka berusaha sekuat tenaga untuk membuka pintu kereta itu dengan tubuhnya yang penuh dengan luka.
"Adh..." Andika mendengar suara sayup milik Laili.
"Cepat, keluar dari sini," Adhuka berusaha menanggalkan tali pinggang kereta yang tersangkut pada Laili sekuat tenaga.
Laili menangis.
"Jangan menangis sayang! I ada untuk tolong you!" jerit Adhuka masih berusaha.
Laili mengangguk dan akhirnya Adhuka berjaya menarik Laili keluar.
Adhuka memeluk tubuh Laili erat.
"Jom pergi, sebelum kereta ni meletup," Adhuka membantu Laili berdiri sedangkan dirinya juga cedera.
Adhuka merangkul bahu Laili dan mula berjalan dengan huyung hayang menjauhi kereta yang sudah terbalik itu.
Tidak jauh mereka berdua mula menjauh kereta itu mula mengeluarkan bunyi seperti angin bocor.
Tidak lama selepas itu,
BUM!
"Laili!" Adhuka secara drastik berpusing badan dan memeluk Laili supaya berlindung kepadanya.
Secara tidak sedar ada sesuatu yang meloncat tepat ke arah Adhuka.
Adhuka terkejut dan menjerit kesakitan apabila benda sebesar batu itu hinggap tepat pada bahagian matanya.
Adhuka terlepas Laili dari pegangan dan jatuh terbaring sambil berteriak memegang matanya.
"Adh!" Lalili segera mendapatkan Adhuka.
...
Kata-kata orang sekeliling yang cuba memberi semangat padanya bagaikan angin lalu.
Semangatnya untuk hidup sudah di bawa pergi saat dia mendapat berita yang tunangnya ingin membatalkan pertunangan selepas dia disahkan menjadi buta.
Adhuka menjerit kesal.
"Ya Allah, anak mama..." Adhuka merasa ada tangan yang sedang memeluknya saat ini.
Adhuka memberontak kecil seraya melepaskan tangisan kuat.
"Biarlah Adhuka mati mama! Laili tinggalkan Adhuka sebab Adhuka buta! Adhuka taknak buta mama!" jerit Adhuka , tanganya memukul matanya sendiri.
Pandangannya makin lama makin kelam selepas sebulan kejadian tragik berlaku padanya.
"Ini semua ujian sayang, sabar," Puan Aishah menenangkan anaknya.
Adhuka menangis semahunya dalam pelukan si ibu.
"Adhuka dah buta mama, macam mana Adhuka nak teruskan hidup?" soalnya kesal.
Puan Aishah mengusap belakang Adhuka.
"Jangan risau, mama ada, selagi mama hidup, Adhuka dalam jagaan mama, redha atas ujian Allah Adhuka, anak mama kuatkan?" Puan Aishah memegang wajah Adhuka.
"Kenapa Laili tinggalkan Adhuka lepas kejadian tu?! kenapa! majlis kitaorang tinggal lagi berapa minggu ja mama! semua dah siap! dia yang beria nak siapkan awal! alih-alih dia gantikan tempat Adhuka dengan jantan lain ?!" sungguh dia kesal apabila tahu yang Laili sudahpun menjumpai pengantinya.
Tidakkah wanita itu sedar yang Adhuka jadi begini gara-gara dia bertarung nyawa untuk melindungi dia?
Sungguh seperti diseksa!
Puan Aishah berterusan memujuk Adhuka sehingga Adhuka kembali sedikit tenang sebelum dia bersuara lembut semula.
"Mungkin Laili bukan jodoh untuk Adhuka, ikhlaskan Laili mencari cinta yang lain, you deserve to someone else, okay sayang?" Puan Aishah memujuk Adhuka lagi.
"Susah mama, kitaorang dah lama bercinta, tup tup disebabkan kekurangan Adhuka, dia terus putus tunang? nonsense lah mama, cakap boleh terima segala kekurangan," Adhuka meluahkan rasa kecewanya.
"Mama akan cuba cari seseorang yang boleh terima Adhuka, majlis Adhuka masih perlu diteruskan, boleh?" Puan Aishah bertanya penuh lembut tidak mahu terlalu nampak memaksa.
Adhuka diam, merenung nasibnya.
Sudah banyak kos yang dia keluarkan untuk majlis mereka berdua, namun ianya sia-sia apabila Laili memilih untuk pergi.
"Adhuka akan fikir dulu, Adhuka penat, Adhuka nak rehat," terkial-kial Adhuka cuba mencari selimutnya yang entah jatuh di mana.
Puan Aishah bantu menyuakan selimut untuk Adhuka dan membaringkan Adhuka.
Adhuka dia pandang sayu, hatinya sebagai seorang emak sangat pilu melihat keadaan anaknya berubah drastik.
...
"Mana kamu pergi sampai pagi buta baru nak balik Ara Kamelia!"
Jerkahan itu membuat Ara berhenti melangkah secara sembunyi dan mula menjulingkan mata ke atas.
Ayahnya, Tuan Khairi kini sedang merenungnya tajam dari sofa ditemani mama, Puan Melur disamping.
"Sini!" Tuan Khairi mengeluarkan kuasa vetonya.
Ara berjalan malas ke arah ayahnya yang sudah menyinga.
"Hm, nak apa?" Ara menyilangkan tangan sambil menghenyak punggung ke atas sofa lembut itu.
Tuan Khairi meneliti pakaian yang dipakai oleh Ara.
Sendat!
Sungguh pilu hatinya sebagai seorang ayah melihat anaknya berpakaian seperti tidak di didik.
"Balik lewat malam, pakai pula baju macam balut buah nangka! apa ni Ara! tak malu ke?!" soal Tuan Khairi kedengaran kesal.
Ara membelek kukunya merasa tidak bersalah.
"Inilah fashion papa, dan ini generasi Z, penuh dengan enjoy, salah ke Ara nak enjoy dengan kawan-kawan Ara?" Ara menyoal semula dengan lagak.
Puan Melur menggeleng perlahan, sedih melihat sikap anaknya.
"Enjoy? macam ni enjoy? Ara tu anak dara, perempuan, pakai pakaian tak menutup aurat, berdosa tau tak? Ara dah dewasa, Ara kena lah tau dan sedar sendiri dengan apa yang baik , apa yang buruk..." tegur Tuan Khairi cuba berlembut suara.
"Ye, Ara tahu, so, can i go now? Ara nak tidur," Ara bingkas bangun tanpa menunggu balasan dari ayahnya.
"Papa nak kahwinkan Ara dengan anak kawan papa," ujar Tuan Khairi membuat Ara berdiri mendiamkan diri.
"Apa papa?" Ara bertanya semula memastikan dia tak salah dengar.
"Putus dengan Haris dan kahwin dengan pilihan papa," tegas suara Tuan Khairi saat berkata begitu.
Ara kembali berdiri di depan papanya.
"Mengarutlah papa! bertahun-tahun Ara bercinta dengan Haris, now papa tiba-tiba nak suruh Ara putus dengan dia semata nak ikut cakap papa?! memang taklah!" Ara meninggikan suara.
Tuan Khairi turut berdiri dan memandang Ara tajam.
"Arahan papa kalini Ara tak boleh nak tolak! keputusan papa muktamad! disebabkan budak tu lah Ara berubah jadi liar! macam tak ada maruah! keluar malam balik pagi buta! tak reti nak jaga air muka mak bapak sendiri sebab ikut jantan!" jerkah Tuan Khairi membuat Ara terkelu.
Ara mengepal tangan membentuk buku lima sambil memandang marah kepada Tuan Khairi.
"Jadi disebabkan Ara ni memalukan papa, jadi papa nak buang Ara dekat lelaki yang entah siapa-siapa tu?!" Ara menjerit kembali.
"Papa bapak yang jahat!" jerkah Ara lagi.
Tuan Khairi tidak dapat menahan geram dan terus menampar muka Ara buat pertama kalinya.
Ara terkejut dan terus berlari ke tingkat atas tanpa berkata apa-apa lagi.
"Abang, kenapa pukul anak kita?" Puan Melur tururt terkejut dengan tindakan suaminya.
Tuan Khairi memandang tanganya sendiri dan mula merasa bersalah.
Tuan Khairi berlalu begitu saja meninggalkan isterinya yang sedang merenung mereka dengan kesal.
prolog duluuu~ hai readers, ini baby baru honey, salam jumpaa lagiii, semoga my 4 stories mendapat sambutan dan support dari pembaca❤️, terima kasih semua, happy reading. p/s: hasil cerita memang asal dari otak dan imaginasi sendiri. start: 9/May/24
Share this novel