60

Other Completed 76851

TETAMU yang datang mulai pamit untuk pulang. Natrah pula masih sibuk melayan beberapa orang bekas teman sepejabatnya.

"Tak sangka kan? Jodoh kau dengan bos kuat. Kita orang ni dari dulu dok fikir siapa bekas isteri dia. Tak sangka pulak engkau orangnya"

Kata-kata Tina dipersetujui oleh semua yang mendengar.

"Tu ke sebabnya bos pindahkan kau ke cawangan dia?" sampuk Sufian pula.

"Taklah! Aku tak tahu pun dia bos kat situ. Alaa panjang ceritanyalah! Kalau aku cerita pun, tak habis seminggu nanti" seloroh Natrah dalam nada gurauan.

"Aah lah kan? Korang ni pun satu. Sibuk sangat nak tahu pasal kisah dorang apa ke hal?" Fatin menyampuk pula.

"Puan Natrah" Andika dan beberapa orang staf datang menghampiri.

Natrah menoleh dan memberikan senyuman. "Ya?"

"Kita orang nak mintak maaf atas apa yang berlaku hari tu. Kalau kita orang tahu hal sebenar, kita orang takkan menuduh puan yang bukan-bukan"

"It's okay Andika! Saya okey je. Yang penting lepas ni, korang buat kerja dengan baik. Dan jadi staf yang berdisiplin. Tu je"

"Ye puan. Kita orang takkan hampakan puan dan bos" sahut Zack pula.

Natrah mengangguk kepala. Dalam pada itu, dia tercari-cari akan kelibat seseorang. Dari majlis bermula sehinggalah kini, wajah itu tak kunjung tiba.

"Mrs Eirfan?'"

Sekali lagi namanya dipanggil namun dia tahu siapa pemilik suara itu. Natrah lantas menoleh seraya melemparkan sebuah senyuman.

"Yes, that's me"

Eirfan sudah memeluk pinggang isterinya. Tersengih-sengih dia memandang sang isteri.

"Tak naik atas salin baju lagi?" tanya Eirfan, manja.

Hati Natrah berdegup kencang. Soalan dan mimik muka Eirfan tampak mencurigakan.

"Kejap lagi. Love nak berborak dengan dorang dulu. Hubby naiklah dulu"

"Okay then" Sebuah kucupan singgah di dahi Natrah.

"Jangan lama-lama sangat pinjam isteri saya" Eirfan mengingatkan para stafnya namun dalam nada bergurau.

TATKALA kaki melangkah masuk ke dalam rumah itu, hatinya kelu seribu bahasa. Jiwanya meronta dalam kekecewaan namun dia sudah pasrahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.

Bayang-bayang Natrah dicari namun tak ketemu. Dia melilau sekeliling namun tetap tak ketemu. Dan ketika itulah dia terserempak dengan Eirfan yang baru menuruni anak tangga.

Soraya lihat senyuman pada wajah Eirfan menguntum saja. Sungguhpun senyuman itu bukan untuknya, namun dapat dia rasakan keikhlasan di situ. Hati, mohon kuat please!!

Perlahan-lahan dia berundur, namun suara panggilan Eirfan menghentikan langkahnya.

"You baru sampai ke?" tegur Eirfan.

"Aah! Ingat nak jumpa Natrah tapi dia takde"

Sebenarnya Eirfan agak terkejut melihat penampilan Soraya yang sudah berubah itu. Dia kini sudah berhijab dan pakaiannya juga agak labuh.

"Ohh dia kat dapur agaknya. Nak I panggilkan dia ke?" Eirfan bersuara ramah.

"Ehh takpe. Nanti I sendiri yang datang cari dia" Laju Soraya menghalang. Dia tak mahu Eirfan susahkan diri hanya kerana dia.

"It's okay. You kan tetamu" Eirfan senyum tipis.

"By the way, congratulation! I am so happy for you. Sorry I datang lambat. Tak sedar dengan jam"

"It's really okay. Thank you anyways. You duduklah dulu. Lauk-pauk pun masih. I panggilkan my wife"

Soraya hanya mengangguk. Sungguh dalam hatinya yang paling dalam, dia cemburu mendengar perkataan 'my wife' itu. Namun kenyataan tetap kenyataan. Dia tak bisa menafikan itu.

"Semoga you berbahagia dengan Natrah selalu Eirfan"

Doa Soraya sambil menghantar langkah Eirfan ke dapur.

"SORAYA! Ingatkan awak tak datang"

Natrah menerpa ke arah Soraya lantas memeluk mesra tubuh itu. Hatinya girang melihat kesudian Soraya bertandang ke majlisnya.

Dalam keriuhan suasana dan keramaian manusia, hanya bayangan Soraya yang dicarinya. Dia sangkakan Soraya tak sudi menerima jemputannya.

"Mana boleh tak datang? Awak dah jemput kan? By the way, this is for you"

Hamper kecil itu bertukar tangan. Natrah menyambut dengan senyuman.

"Soraya, awak tahu kan, awak tak perlu bersusah-payah macam ni. Awak datang pun dah cukup bagi saya" Natrah merendah diri.

"Alaa bukan selalu pun! Lagipun ni hari terakhir kita jumpa"

"Haa? Apa maksud awak?"

Natrah mengekori langkah Soraya ke halaman rumah.

"I need to fly to New York tonight"

Wajah Natrah berubah muram. Dia baru saja nak memulakan persahabatan baru namun ianya harus berakhir secepat ini.

"Don't make that face!" rungut Soraya sambil tergelak.

"Saya ada kerja kat sana. I will start my career. As a model. Tapi saya akan bawak imej Islam"

Air mata Natrah sudah bertakung. Dia tahu buka itu saja asbab Soraya melarikan diri ke New York.

"Awak tak selesa dengan saya dan Eirfan ke?"

Pertanyaan Natrah mengagetkan Soraya. Dia tak pernah rasa begitu. Dia hanya perlukan sedikit ruang dan waktu untuk melupakan Eirfan.

"Ehh taklah Natrah! Ya, saya mengaku saya kecewa tapi jauh dari lubuk hati saya, saya betul-betul happy untuk awak berdua. Sebab tu saya betul-betul perlukan masa untuk move on dari semua ni"

Natrah diam. Itu bererti Soraya masih belum mampu melupakan Eirfan. Namun dia tak menyalahkan Soraya sama sekali. Tiada siapa dapat menipu atau menyangkal akan perasaan.

"Tapi awak akan balik Malaysia kan?"

Soraya senyum tipis. "Maybe yes. Or maybe not. Tapi saya takkan pernah lupakan awak"

Tubuh Natrah didakap erat. Sesungguhnya dia sudah mula selesa berkawan dengan Natrah. Namun dia harus meneruskan hidup, sesulit apapun itu.

"Thanks for everything" ucap Natrah seraya melepaskan pelukan. Eirfan menghampiri. Bahu Natrah dipaut.

"No, saya sepatutnya yang ucap terima kasih. I guess, I have new friend now"

Natrah mengangguk. Senyuman tipis dihadiahkan buat Soraya.

"I doakan you guys live a happy life. And Fan.."

Soraya pandang wajah Eirfan.

"Thanks for everything too"

Hanya anggukan yang Eirfan berikan.

"Well, I gotta go! I dah lambat nak ke airport. I takut nanti I tertinggal flight pulak"

"Flight? You nak pergi mana?" Eirfan keliru. Soraya hendak ke mana?

Soraya memandang wajah Natrah. Kemudian sebuah senyuman dilemparkan.

"Nanti wife you cerita"

Soraya pamit. Kereta yang dipandu sudah keluar dari perkarangan rumah. Dalam kereta, air matanya sekali lagi mengalir. Sukar untuk dia membuat keputusan tersebut. Namun jika dia tidak bertindak sedemikian, dia hanya akan merana dan memakan hati.

"Allah is the best planner!" Ucapnya dalam sebak.

MALAM telah menjelang. Keadaan rumah mulai lengang. Natrah membantu membersih dan mengemas apa yang patut.

Datuk Elias dan Datin Jenny juga berada di situ. Kak Atie dan beberapa orang pembantu rumah yang lain turut sama membantu.

Eirfan sudah ke bilik bagi menidurkan Erman yang kepenatan dek kerana bermain dengan Fariq siang tadi.

"Tak payahlah buat semua ni! Mummy dan yang lain boleh buat. Ara masuk bilik. Pengantin baru kan?" Datin Jenny sempat mengusik.

Wajah Natrah merona merah. Mengenangkan itu, hatinya mulai kacau-bilau.

"Err takpe mummy! Ara belum mengantuk lagi. Lagipun, Eirfan masih tidurkan Erman kat bilik dia"

"Ishh Ara ni! Betullah Eirfan cakap. Degil kan?" rungut Datin Jenny sambil menggeleng kepala.

"Alaa mummy!! Bagilah Ara tolong" Natrah separuh merayu. Dia bukannya apa. Dia masih segan nak berdua-duaan dengan Eirfan. Lagipula, peristiwa di hotel tempoh hari masih segar dalam ingatannya.

Datuk Elias sudah mengekek. Disambut pula oleh Tuan Kassim. Malulah tu!

"Jen ni, biarlah dia nak tolong. Dia masih malulah tu!" Tuan Kassim menyampuk.

"Yelah Jen! Awak ni tak payahlah nak mendesak menantu awak tu. Tahulah dia naik ke bilik nanti" sahut Datuk Elias pula. Kasihan melihat wajah Natrah yang sudah membahang itu.

"Yelah-yelah! Tapi nanti kalau Eirfan marah, jangan salahkan mummy pulak ye?"

Senyuman di wajah Natrah melebar. Laju saja tangannya membantu apa-apa yang patut. Dia berharap agar Eirfan sudah terlelap di atas sana. Jadi tidak perlulah dia terus menyimpan rasa segan itu.

EIRFAN menghampiri Natrah yang sedang sibuk menyimpan barang di dalam stor. Tubuh itu didakap dari arah belakang. Betapa dia rindu hendak bermanja dengan Natrah. Tetapi isterinya itu tak kunjung tiba walaupun jam sudah berganjak ke angka 10.

Natrah tersentak. Pelukan Eirfan bikin seluruh tubuhnya kejang. Dia tak mampu nak bernafas walau sesaat pun. Hatinya berdebar kencang.

"Kenapa tak naik bilik lagi? Hubby tunggu dari tadi" bisik Eirfan ke telinga Natrah. Kemudian telinga itu dikucup mesra.

"Errr..." Natrah menggumam. "Love masih nak bersihkan benda ni ha. Hubby tidurlah dulu. Kejap lagi Love naik"

Natrah mencipta alasan. Tak mahu berduaan dengan Eirfan merupakan alasan utamanya.

Eirfan mengeluh hampa. Natrah mengelak lagi seperti perkahwinan mereka sebelum ini. Adakah Natrah masih trauma?

"Hmmm" Eirfan seakan merajuk. Sudah lama dia menanti saat itu namun Natrah masih saja kaku terhadap setiap sentuhannya.

"Yelah. Nanti dah siap kemas, naik atas tidur tau? Jangan lewat sangat"

Pipi dan dahi Natrah dikucup sebelum melepaskan pelukannya. Dia melangkah ke bilik tidur dengan perasaan penuh hampa. Takpe! Dia takkan memaksa Natrah. Masih ada masa lagi.

PINTU bilik ditutup perlahan. Dia tak mahu membuat sebarang bunyi kerana risau akan mengejutkan Eirfan.

Dikerlingnya Eirfan yang sudah lena di atas katil. Natrah menghela nafas lega.

"Sorry Hubby! Love masih segan" Perlahan-lahan dia kucup dahi Eirfan. Kemudian dia menapak ke bilik air dan membersihkan diri.

Usai membersihkan diri, Natrah keluar dari bilik air dan menuju ke almari. Suhu bilik dirasakannya terlalu sejuk mencucuk-cucuk ke seluruh anggota badannya. Dia hanya bertuala mandi dan segera menggapai baju tidurnya.

Belum sempat menyalin pakaian, dia tersentak tatkala tubuhnya dipeluk oleh Eirfan dari arah belakang. Natrah terkebil-kebil. Bila pulak dia sedar?

"Wangi.." bisik Eirfan ke telinganya. Getaran maha hebat terasa menusuk ke hatinya.

"Errr bi..bila Hubby bangun?"

"Bangun? Hubby tak tidur pun. Hubby pejam mata je. Tapi masih sedar lagi"

Seluruh wajah Natrah mulai menjadi sasaran bibirnya.

Haaa? Natrah kaget. Itu bermakna Eirfan mendengar bicaranya tadi.

"Kenapa nak segan dengan Hubby?"

Sekali lagi, Natrah tersentak. Tu kan!! Eirfan tahu isi hatinya.

"Err..." Natrah kehilangan kata-kata. Bibir Eirfan melekap pada lehernya. Dia jadi tak selesa. Bulunya meremang. Batin yang satu itu mulai menjerit. Apatah lagi setelah tangan Eirfan hinggap pada buah dadanya.

"Love tak sedia lagi ke? Kalau belum sedia, Hubby takkan paksa" Eirfan alih tangannya.

"Err..bukan!" Laju Natrah mengelak.

Eirfan pamer senyum. "Dah tu?"

"Err..Love tak pernah lagi alami keadaan macam ni. Love segan. Dan tak tahu caranya" luah Natrah jujur.

Tubuh Natrah dipusing mengadapnya. Dia tersenyum kemudian dagu Natrah dipaut. Wajah itu tampak terlalu cantik, apatah lagi dengan rambutnya yang basah itu.

"It's okay! Kita buat slow-slow" ujar Eirfan.

Perlahan-lahan bibir mungil itu dikucup. Tangannya hinggap pada seluruh tubuh Natrah. Dia lihat Natrah pejam mata. Namun tidak lama kemudian, Natrah mula bertindak ghairah.

Tubuh Natrah dibawa rapat ke sisi. Tuala yang membaluti tubuh Natrah ditarik lalu dicampak ke lantai.

"Kenapa?" soal Natrah tatkala Eirfan melepaskan kucupan.

"Love dah ready ke?"

Tak menjawab, Natrah tarik wajah Eirfan lalu mensasarkan bibir itu. Seketika asmara keduanya mulai bergelora.

Eirfam bawa tubuh Natrah ke ranjang. Di situ, asmara mereka bergabung lagi.

"Kenapa aktif semacam ni?" tegur Eirfan dalam gurauan. Dia merasakan Natrah yang terlebih excited sementelah tadi dia juga yang seakan mengelak.

"Ke Love ambik pil perangsang ni?" sempat juga Eirfan bergurau.

Bahu Eirfan dipukul lembut. Suka nau bergurau saat-saat seperti itu!

"Hubby!!" radang Natrah. Wajahnya sudah memerah.

"Okey. Sorry. My bad!"

Malam pertama telah berlabuh dan asmara mereka terasa indah. Eirfan senyum kemenangan. Dia kini sudah menjadi suami. Mahkota Natrah akhirnya dimiliki. Dan dia bahagia!

oopss, senyum ke tu? *_* nahhh <3 happy reading.

Share this novel

Norzilawati
2025-01-21 08:57:14 

manis chapter pg ni ...looove it


NovelPlus Premium

The best ads free experience