CHAP 43

Romance Series 74213

"Apa yang lama sangat Anya tu mengukur baju Bahr tu? " soal Sherry apabila dia menunggu dia luar. Pintu pula berkunci dari dalam. "Hish.. apa kebenda Anya ni lama-lama nak ukur baju? Baju je kut? " soal Sherry.

Becky dan Misha sudah tersenyum puas. Biarlah mereka suami isteri nak lama-lama di dalam tu pun tak mengapa, mereka suka melihat muka Sherry yang cemberut. Pintu dibuka dari dalam. Melihat Bahr dan Anya masing-masing keluar dari bilik dengan wajah yang merah.

"B.. kenapa merah wajah you ni? Anya ni buat kerja tak betul lah ni.. " kata Sherry. "Taklah, dia buat kerja betul.. sangat betul.. dah, jom.. sorry buat sayang tertunggu lama." kata Bahr, terus tidak memandang wajah Anya.

Sejurus sahaja mereka keluar dari butik tersebut, Anya tersebut menghamburkan tangisannya. Buat pertama kalinya, Misha dan Becky melihat Anya menangis. Entah apa yang terjadi di dalam bilik tersebut. Anya tidak bercerita satu apapun.
***
Anya yang baru sahaja selesai mandi terus menuju ke dapur. Dia perasaan makannya tidak teratur memikirkan jalan apa yang sekarang mereka lalui, kusut fikiran. Namun, teringat dia peristiwa di Paris.

*Paris*

"Jangan pernah ada sesiapa dalam hati Candy, selain abang? " soal Bahr, selepas sahaja mereka melayari bahtera suami isteri. "Saya boleh janji, tapi abang? " soal Anya..

"Selepas ini, Abang sudah ada dua hati abang nak jaga.. Abang kena jaga Sherry sebagai isteri kedua abang. Tapi, boleh kah saya tanya? " soal Anya. Bahr mula memekuk diri Anya. "Kenapa Abang nak kahwin Sherry kalau Abang sayang saya? " soal Anya.

Bahr diam, tiada jawapan. "Abang.. sekiranya saya kejam.. saya akan cakap macam ni, kalau abang khawin Sherry, abang secara automatik akan ceraikan saya.. " ucap Anya.

"Don't leave with a choice Candy.. " kata Bahr. Anya menangis.. "Abang memang dah sayangkan Sherry sangat.. " kata Anya. "Candy, this our honeymoon.. Please do not ruin it. " kata Bahr, menyambung kembali aktiviti mereka.
***
Anya sedang menikmati makan malam keseorangan. Apapun, dia gembira kerana pakaian mereka sudah siap.. Menjelang hari perkahwinan Bahr, dia tahu suaminya tidak akan pulang ke sini malam ini.

Panggilan daripada Zayhar telah selamat dimasukkan dalam list block dari telefon. Demi keselamatan seseorang. Sekarang, hanya dua orang yang boleh dipercaya oleh Anya.. Tiada yang lain.
***
Bahr meneguk air suam dengan rakusnya. Hari ini dia bakal bergelar suami kepada Sherry.

"Sikit masa lagi, Anya.. Abang harap Anya bersabar sikit dengan permainan ini. " kata Bahr. Dia keluar dari keretanya dan melihat Anya dan Becky menjadi orang suruhan Sherry. Anya hanya memaniskan mukanya melihat Becky yang menangis.

"Becky.. kenapa nangis? " soal Anya. "Aku tak sanggup tengok korang dua macam ni. " kata Becky. Sherry yang melihat sangat geli dengan perbuatan dua orang di hadapannya sekarang. "Kau tunggu jap Anya, ada kejutan untuk kau malam ini. " kata Sherry.

Sherry terpaksa melakonkan wataknya. "Anya.. selepas ini, kita akan jadi madu. Maafkan salah silap saya.. kalau saya bersalah ya. Bukan salah saya, tapi.. Bahr yang dah pilih saya. " kata Sherry.

Anya hanya tersenyum.
***
"Aku terima nikahnya Sherina Qistina binti Datuk Ali dengan mas khawinnya 10 ribu ringgit tunai. "

Sekali lafaz, Sherry menjadi madunya. Kelihatan Bahr gembira dan tersenyum. Hanya Anya yang melihat dari kejauhan. Ya, mereka berkahwin hanya di kampung ayahnya. Lagi pula, mereka serasi dan secocok.

Becky terus merapat kepada Anya dan memeluknya. "Becky akan sentiasa berada di Anya. Becky janji. " kata Becky.

Becky, Anya dan Misha sedang sibuk di ruang bilik Sherry untuk persalinan malam. "Anya.. " panggil Sherry.. "Ya Sherry. " sahut Anya.

"Boleh tak hantar ni dekat bilik Bahr. Kot dia tertinggal." kata Sherry. "Bilik dia dekat mana? " soal Anya, yalah.. dia tidak terlibat langsung bagi persalinan Bahr.

"Bilik 203" kata Sherry. "Nak aku teman? " soal Becky. Anya hanya mengelengkan kepalanya. Anya menaik lif ke tingkat dua dan sesampainya di sana dia mengetuk pintu 203.

Terkejut dia apabila pintu terbuka, bukannya Bahr tetapi ... namun belum sempat dia ingin bercakap, mulutnya terus ditekup menggunakan kain putih.
***
"Mana Anya ni? " soal Becky. Sedari tadi, dia tidak melihat Anya. "Becky, mana Anya ni? Dah lambat dah ni? " soal Sherry.

"Kijap, saya call Abang Bahr. " kata Becky. "Hello Abang.. " kata Becky. "Ya, kenapa? " soal Bahr. "Abang sengaja tak lepaskan Anya ke macam mana ni? " soal Becky. "Apa maksud Becky, lepaskan Anya? " soal Bahr seperti risau.

"Yelah, dah dekat dua jam dah ni. Takkan Abang tak pulangkan Anya.. Dia nak mekapkan Sherry. " kata Becky lagi. "Apa yang Becky merepek ni? " Nada Bahr sudah naik tinggi.
***
Anya terbangun apabila ruangan menjadi bising. Dia memegang kepalanya. Tetapi, segala-galanya berlaku dengan pantas apabila wajahnya ditampar oleh seseorang, terduduk dia di lantai.

"Kenapa buat saya macam ni Anya? Aku ingatkan kit kawan karin. Kau tidur dengan Zahin, Anya.. Why? " soal Becky, bertalu-talu. "Tutup badan kau, perempuan jalang. " kata Bahr pula melempar tuala di wajahnya. Zahin hanya tersenyum sinis di sebelah Zayhar.

Anya hanya diam. Dia lemah, tapi dalam hati.. Dia tahu, dia tidak bersalah. Tapi, apa buktinya. Dia cuba untuk mempertegakkan keadaan.

"Sherry perangkap saya. " kata Anya. Dia yakin semua ini perangkap Sherry. "Dia suruh hantar kot dekat bilik 203." kata Anya, menegakkan keadaan. Bahr datang ke arahnya terus menampar wajah Anya. Dia marah dengan semua ini.

"Kau fitnah perempuan jalang? Bilik aku memang nombor 203. Rupanya dua jam kau bermadu asrama pula dengan Zahin. Isteri tak guna! " bergema jeritan di bilik hotel tersebut.

Anya hanya terdiam, air matanya hanya terkeluar.. Bahr menarik tangan Anya dan mengheretnya ke arah lif.. Sesampainya di bawah, dia menolak Anya ke jalan raya.

Anya merenung ke arah keluarga Bahr dan keluarga Becky. Seluruh keturunan aku menyesal masukkan kau dalam keluarga kami. Berambus kau dari sini! kata Bahr meninggalkan mereka.

"Aku pun. menyesal terima kau sebahagian dari keluarga aku. Pergi! Perempuan kampung! Kau sanggup buat aku macam ni dan sanggup kau tidur dengan Zahin. " jerit Becky..

Mama Bahr dan Mama Becky hanya diam. Dia yakin bukan salah Anya, seperti ada udang di sebalik batu dengan apa yang berlaku.

"Becky.. tolong percayakan aku.." Anya bangun dari jalan raya. Sehelai sepinggang dia di halau keluar dari hotel tersebut.

"Bukti ada depan mata.. Anya! Kenapa kau wasap Zahin untuk jumpa kau dekat bilik 403 Anya! " jerit Becky.. "Bukan aku yang buat Becky, aku dikhianat! " tangis Anya.

"Macam mana aku nak percaya Anya.. Kau wasap Zahin cakap, sebelum kau hantar kot.. kau singgah dulu bilik dia. Macam mana aku nak percaya. " jerit Becky. Anya hanya diam.

"Ingat.. aku tak nak tengok lagi muka kau!! " jerit Becky.

Anya diam dan menangis di luar hotel. "Tolong halau perempuan ini, jauh dari hotel ini. Ingat, dia tidak dibenarkan lagi berada di mana-mana kawasan kepunyaan keluarga aku. " kata Bahr datang bersama tiga pengawal.
***
"Maaf Puan, kami terpaksa turunkan Puan di sini. Arahan daripada Keluarga Bahr. " kata pengawal. Anya hanya tersenyum..

"Dan, ni semua barang Puan. " kata pengawal tersebut. Anya hanya tersenyum lalu keluar dari kereta kepunyaan pengawal tersebut. Setelah kereta itu berlalu jauh.

Anya menghubungi seseorang. "Idlan.. mereka dah jalankan rancangan mereka, saya rasa.. boleh ambil saya dekat sini. " kata Anya..

Belum sempat Anya meneruskan kata-katanya, dia mendengar deruman kereta di belakangnya..

"Naik Anya.. Sekurang-kurangnya kita berjaya selangkah hadapan daripada mereka. " kata Idlan. Ada juga Misha di dalam kereta tersebut.

"Rehatlah kak, baby pun perlukan rehat kan? " soal Misha sambil mengusap perut Anya. Idlan hanya melihat Anya dan Misha melalui cermin belakang.

"Sekarang, masa aku pula balas jasa kau Anya.. " bisik Idlan. Melihatkan Misha mengusap perut Anya sekurangnya-kurangnya dia tahu Anya dan babynya selamat. 6 minggu usia kandungannya Anya jika dikira dari tarikh akhir Anya datang bulan.

Share this novel

Marilynn Malikin
2025-05-24 22:31:52 

lama kita tunggu updte, blh x updte lebih.


NovelPlus Premium

The best ads free experience