“KENAPA?” ujar wanita yang paras wajahnya cukup cantik. Namun, matanya kelihatan merah. Dia menatap ibu bapanya dengan riak tak percaya.
Ibu bapanya baru sahaja memaksa dia untuk berkahwin dengan seorang lelaki berumur tujuh puluh tahun. Lelaki tua itu dikatakan sudah uzur dan nazak. Melihat keadaan lelaki itu, mungkin tak cukup seminggu lagi hayatnya di muka bumi ini.
Sekejam itu ibu bapanya kepada dia, sanggup menyerahkan dia begitu sahaja demi mendapatkan saluran kewangan ke dalam keluarga mereka.
“Kalau kamu kahwin dengan pak cik tu, dia akan bagi kita rumah sebiji dan hantaran sebanyak RM 100,000. Tak susahlah hidup kita lepas ni. Kamu pulak boleh nak berfikir panjang. Ingat peluang macam ni boleh datang banyak kali ke?” soal ibunya sambil memandang anak perempuan yang berdiri di depannya dengan penuh jijik, nada suaranya dingin.
Bapanya pula mengangguk, “Betul tu. Kamu sama nilainya dengan RM 100,000. Bukan setakat RM 100,000 je, tapi rumah sebijik sekali. Apa lagi yang kamu tak puas hatinya? Mak dengan abah dah besarkan kamu elok-elok. Kenapa tak nak balas balik jasa kami dengan ikut cakap kami?”
Naria mengejek dalam hati. Macam ini sahajalah ibu bapanya. Demi anak lelaki mereka yang mereka anggap berharga, mereka sanggup jual dia dengan harga RM 100,000.
“Tak nak. Saya tak nak kahwin dengan lelaki tua bau tanah tu!” Naria menolak dengan keputusan muktamad. Naria baru sahaja berusia 24 tahun. Panjang lagi masa depannya.
Mendengar jawapan yang diberikan oleh Naria, ibunya terus bertukar marah. “Kalau kamu tak kahwin dengan pak cik ni, mak pukul kamu sampai jahanam.”
“Saya takkan kahwin dengan dia. Tak kisahlah mak nak pukul ke tak, Naria takkan kahwin dengan dia!” Naria menolak dengan keras.
Pang!
Tangan ibunya mendarat ke wajah Naria tanpa belas kasihan. Pipi Naria terasa panas dilempang kuat oleh ibunya sementara bapanya memerhati dengan pandangan yang dingin.
“Mak nak anak perempuan mak ni jadi janda semata-mata untuk bagi Pak Cik Azhar ada isteri?” Naria menghalang wajahnya dengan tangan, menatap tajam ke arah ibu bapanya yang langsung tak menghormati haknya sebagai seorang manusia dan kemudian menyambung, “Naria lagi rela mati dari kahwin dengan dia.”
Dengan itu, Naria berlari keluar, meninggalkan maki hamun ibu bapanya yang kedengaran di belakang.
“Apa gunanya kita besarkan dia tapi macam ni dia balas semua jasa kita?”
“Tak apa. Dia balik nanti, kita kurung je dia. Kita tak minta persetujuan dia. Dia akan kahwin dengan Pak Cik Azhar.”
NARIA masih belum habis belajar. Dia bekerja sebagai guru praktikal di sebuah sekolah antarabangsa. Gajinya tak tinggi, tapi semuanya habis dicekup dengan ibu bapanya untuk adik-adiknya yang tak curahkan usaha kepada pembelajaran di sekolah.
Dia lari keluar dari rumahnya dengan beg tangan sahaja. Bila teringat semula kata-kata ibu bapanya tadi, dia terasa hampa, tapi keputusan yang dia dah pilih untuk kejadian ini tetap sama. Dia takkan berkahwin dengan lelaki tua itu. Dia tak nak hidup begitu.
Dia lebih rela kahwin dengan lelaki yang dia jumpa dekat tengah jalan daripada berkahwin dengan lelaki tua yang tempoh hayatnya dah nak sampai ke garisan penamat itu.
HONK!
Dengan kepala yang tertunduk, Naria tidak terpandang jalan dan hampir dilanggar dengan sebiji kereta. Kereta mewah berwarna hitam itu berhenti cuma beberapa sentimeter dari tubuhnya. Naria terduduk, terkejut. Terpaku, dia tak sempat bertindak, hanya duduk dan menatap dengan pandangan kosong.
Pintu kereta terbuka, seorang lelaki keluar dari tempat pemandu. Dia memandang Naria di atas jalan dengan pandangan yang dingin. Wajahnya pucat, satu pipi kirinya kemerahan dan bengkak.
“Cik, awak ni dah kenapa?”
Naria mengangkat kepalanya. Lelaki di hadapannya sungguh tampan dan bergaya. Mata hitamnya dalam memancarkan sesuatu yang garang dan sadistik. Wajahnya sempurna, memiliki satu aura yang sukar untuk dihampiri. Naria terpaku, kemudian menggeleng perlahan.
“Cik dah tak nak hidup ke?”
Naria sekali lagi menggeleng. Dalam dia sedang menatap wajah lelaki tampan yang berdiri di hadapannya, kepalanya sudah menemui satu idea yang bernas. Lelaki tengah jalan?
Bingo!
“Awak single ke tak?” dia mengambil inisiatif untuk bertanya.
Lelaki itu menaikkan kening. Ini pertama kali dia ditanya soalan sebegitu.
“Kalau awak single, boleh tak awak jadi boyfriend saya?” mesej Naria jelas dan meyakinkan. Dia menatap wajah lelaki kacak yang sedang memandang rendah ke arahnya dan sambung, “Saya sanggup bayar asalkan awak pura-pura berkasih dengan aku. Saya perlukan seorang boyfriend buat masa ni.”
“Cik nak bayar saya?” lelaki itu bertanya sambil tersenyum dingin, “Cik tahu tak berapa saya cas untuk sejam? Hourly rate saya bukan murah, cik.”
Naria bangun perlahan dari jalan tar. Dia terlalu terkejut tadi dan secara tak sengaja dah terkehel semasa jatuh tadi. Bila bangun, barulah kaki kirinya terasa sakit.
“Tak jadi masalah. Kita boleh buat deal pasal harga tu.” Naria menahan sakit sambil memandangnya.
Itu adalah kali pertama Eden berjumpa dengan perempuan yang macam ni. Sebelah pipinya kemerahan dan bengkak, hampir kena langgar dengan kereta, tapi masih mampu bercakap dengan nada serius yang dia perlukan seorang teman lelaki. Bukan itu sahaja, tapi juga sanggup tawarkan duit. Apa Naria ingat lelaki yang berada di depannya ini penganggur ke? Atau wajah Eden ni sebenarnya dah serupa lelaki hos yang boleh dibayar servisnya untuk memenuhi permintaan dan layan seseorang wanita?
Wajah Eden tak berubah ketika dia melangkah menghampiri dan berbisik, “Saya tak nak ada girlfriend. Apa yang saya perlukan sekarang adalah seorang isteri untuk teruskan keturunan saya.”
“Boleh tak kalau awak pertimbangkan saya?” mata Naria yang cantik menatapnya penuh serius. Kahwin terus dengan lelaki yang berada di depannya ini? Ini jauh lebih baik daripada cari teman lelaki palsu.
“Siapa nama awak?” soal Eden.
“Naria. Naria Aulia.”
Eden memandang ke arah kakinya dan berkata, “Masuk dalam kereta saya.”
Kereta hitam itu meluncur menelesuri malam. Beberapa kereta mewah lain turut dipandu seiring dengan kereta Eden. Mereka mengekor seperti bayang-bayang, tak berani untuk terlalu menghampiri. Eden memandu, Naria duduk di kerusi depan bersebelahan dengan Eden. Wajahnya dingin, sepatah perkataan pun tak diungkapkan.
“Kenapa awak terdesak nakkan boyfriend?” pada awalnya Eden tidak berminat, tetapi reaksi wanita itu yang seolah-olah tidak terganggu dengan kemalangan tadi menarik perhatiannya. Mata Naria kosong, tiada cahaya. Kejadian tadi dimana dia hampir terlanggar Naria jauh lebih baik berbanding dengan apa yang dihadapi oleh wanita itu.
Naria menyentuh pipi kirinya yang merah dan bengkak. “Mak ayah saya lebih pentingkan anak lelaki diorang. Diorang nak saya kahwin dengan lelaki nazak. Lelaki tu umurnya dah lebih 70 tahun. Tengok pun tahu yang dia dah nak mati. Mak ayah saya nak kawinkan saya dengan dia sebab lelaki tu tawarkan dekat saya RM 100,000. Dengan duit tu, diorang nak kahwinkan adik saya dengan perempuan pilihan diorang.”
Sebab itulah dia larikan diri. Dia enggan menerima nasib itu. Mungkin betul yang dia dah putus asa sampai sanggup luahkan isi hatinya kepada orang asing. Untuk RM 100,000, nyawa dan maruahnya tak patut ditukar dengan apa-apa.
Eden mencebik dalam diam. “Cik yang tak nak terima realiti, sekarang ni saya pula yang kena tanggung?” suaranya rendah dan serak. Dia mengejek, “Jadi boyfriend cik?”
“Tadi masa awak suruh saya masuk kereta, saya ingat awak dah setuju nak tolong saya. Saya akan bayar awak, awak cuma perlu berpura-pura je jadi boyfriend saya.” Naria berkata dengan yakin.
Eden tersenyum sinis. “Apa yang buat cik rasa yang cik rasa mampu?”
“Mahal sangat ke... awak ni?” Naria bertanya dengan berhati-hati, tiba-tiba hilang keyakinan.
Eden memandangnya, seolah-olah ingin mengusik. “Bukan… bukannya saya mahal, tapi saya caj ikut jam.”
Caj ikut jam? Naria terkejut. Dia teringat yang lelaki itu memang ada sebut kadar sejam tadi. “Memang kerja awak ke ambil upah macam ni? Kalau macam tu, inilah peluang kerja awak.” Naria berkata terus terang, matanya bersinar.
“Cik Naria, nak bayar saya berapa?”
“Saya intern lagu dan belum masuk gaji. Dengan saya sekarang cuma ada RM 250 je.” Selepas berkata begitu, Naria keluarkan wang tunai dari poket dengan wajah yang serius.
Eden terdiam.
Kereta hitam itu berhenti di sebuah hotel. Di pintu, tertera perkataan emas ‘Knox Hotel’. Naria memandang dan bertanya, “Kita buat apa dekat sini?”
“Tidur dengan saya, dan saya akan setuju untuk tolong awak, atau macam yang awak cakap, berpura-pura jadi boyfriend awak.”
Ayat yang dikatakan oleh Eden selalunya dikatakan oleh samseng tak ada masa depan. Melihat wajah bimbang Naria, dia sangka yang wanita itu mungkin akan menolak.
“Tidur dengan awak? Awak akan tolong saya kalau saya tidur dengan awak?” Naria bertanya, suaranya kedengaran seperti satu rungutan. Dia terdesak. Dia terdesak, memerlukan kebebasan dan melepaskan diri dari cengkaman ibu bapanya yang tamak itu. Walaupun harga kebebasan itu tinggi, selagi dia boleh hidup untuk diri sendiri dan bukan kambing hitam sesiapa, dia sanggup buat apa sahaja.
“Awak kena tepati janji awak.”
Share this novel