bacdh 'Eh'

Drama Series 55610

Puan Kay datang ke butik bersama beberapa orang yang lain dan diperkenalkan kepada Miss May Rose sebagai kawan-kawannya.

Khaleeda sibuk keluar masuk dari cafe ke butik beberapa kali kerana Puan Kay meminta makanan di hantar ke ruang senggang di butik.

Cafe di sebelah sahaja dan mejanya lebih selesa untuk duduk menikmati hidangan, masih juga mahu makan di butik.

Aduhai Di! awak tu kuli buat sahajalah seperti diarah. Hmm...

Entah apa perbincangan berat mereka bersekali makan menyemak kertas dan fail yang dibawa. Kerana itulah agaknya mereka kaya, sambil makan pun membincangkan hal perniagaan.

Khaleeda kembali ke ruang belakang butik. Ke arah patung berdiri yang dipakaikan gaun pengantin yang ditempah pelanggan.

Dia kemudian duduk bersila di atas lantai lalu menyambung menjahit manik seperti lakaran Miss May Rose berikan.

Sedang ralit menjahit namanya dijerit Puan Kay. Kelam kelibut Khaleeda berlari menghadap kerana sudah tahu sikap ibu majikannya yang tidak suka menunggu.

"Photostat ni. Tiga salinan."

Puan Kay hulur kepadanya sekeping kad pengenalan biru. Khaleeda sambut dan cepat-cepat menuju ke dalam pejabat Miss May Rose.

Sebelum dia baringkan kad pengenalan di atas kaca mesin photostat Khaleeda membelek sekilas.

Ermm... cantik, tapi garang dan serius. Miss May Rose mesti ikut wajah Daddy dia kerana sembilan puluh sembilan peratus seperti perempuan kulit putih.

Khaleeda letak kad pengenalan di atas kaca mesin tetapi diangkat semula... eh!.

@@@@@@@

"Kenapa tu?".

Encik Saadon ikut memandang ke arah pandangannya.

"Oh, tu... meeting staff petang ni budak admin in charge makan."

Sebuah kereta terpakir di hadapan pintu lobi bangunan perniagaan syarikatnya menyewa.

Beberapa kakitangannya sedang mengeluarkan mangkuk-mangkuk tipuware dari dalam kereta tersebut. Tiga orang sudah berlalu masuk untuk naik ke pejabat.

Tinggal seorang lagi di bonet kereta yang terbuka pintunya.

"Ada lagi ke tu? Encik Saadon panggillah lagi staff minta tolong."

"Tak boleh Boss... Customer dah nak sampai. Pandailah budak admin tu nanti."

"Call aje budak atas..."

"Tak apa Boss, pandailah budak admin in charge."

Yusoff tidak bercakap apa lagi. Dia tidak dapat menyertai mesyuarat kakitangan pada petang ini. Dia dan encik Saadon sedang menunggu pelanggan untuk minum petang dan berbincang bersama projek penting yang bakal berlangsung dalam tempoh seminggu lagi.

Matanya masih lagi berulang memandang ke arah kereta di mana kakitangannya yang menguruskan makanan untuk mesyuarat petang nanti berada.

Pemandu kereta keluar dan menuju ke belakang bonet. Menolong kakitangannya mengangkat sebuah mangkuk tipuware yang jauh ke dalam bonet dan mungkin lebih berat kemudian menghulur kepada kakitangannya yang menunggu.

Ralit Yusoff memandang segala gerak-geri dua orang di belakang kereta itu. Fikirannya jauh menaksir. Pintu bonet di tutup dan pemandu berpaling mencium pipi kakitangannya kemudian masuk kembali ke dalam kereta dan berlalu pergi.

Eh! Eh! Yusoff benar-benar terperanjat. Panjang lehernya meninjau. Membuka mata besar-besar. Bukankah itu... Betulkan? Dia salah orang ke? Tapi macam... Tak mungkin salah! Ya dia cam. Dia masih ingat.

"Encik Yusoff..."

Yusoff menoleh, rasa terkejutnya masih belum hilang. Dia nanar seketika kerana hilang dalam fikiran tentang sosok pemandu tadi.

"Boss... Customer dah sampai."

Yusoff tersentak apabila pembantunya berbisik di telinganya tiba-tiba.

"Oh! Maaf, maaf... saya macam nampak seseorang yang saya kenal tadi. Maaf."

Yusoff termalu sendiri dengan sikapnya sebentar tadi. Dia kemudiannya berjabat tangan dengan pelanggan yang sudah di depan mukanya dan berdiri pelik memandang Yusoff. Mereka kemudiannya masuk ke dalam kereta yang sudah terpakir lama.

Memang iya tu!.

@@@@@@@

"Ibu..."

"Ya sayang."

"Sya macam tak sihat. Badan Sya tak selesa."

Anak comelnya datang menempel wajah ke perutnya yang sedang berdiri membasuh pinggan.

"Laa... ye ke? Sekejap ye. Ibu habiskan pinggan ni kejap."

Khaleeda bilas cepat-cepat pinggan yang sudah disabun. Mahu segera memeriksa Khalisya yang kekal memeluk pinggangnya.

"Kenapa tu?".

Khaleeda tersentak. Suka datang bersuara tiba-tiba macam itu. Cuba jauh lagi sudah memberi salam, tidaklah dia asyik terperanjat.

Seharian ini dia tidak nampak Yusoff. Baru inilah pada hari ini dia nampak suami yang tidak sayangkan dia ini.

Dia ada hal penting mahu bercerita pada Yusoff, malangnya dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbincangan.

Dia bimbang tiada peluang kerana Yusoff sudah memberi tahu bermula minggu ini hingga habis bulan dia akan sibuk dan akan bekerja luar daerah.

Entah Yusoff mahu dengar atau tidak cakapnya. Lebih berat lagi entah Yusoff mahu ambil peduli atau tidak. Silap hari bulan hanya jadi gaduh sahaja akhirnya.

Yusoff yang berbaju melayu, berkain pelikat dan memakai kopiah putih mendekati dia dan Khalisya di sinki.

Yusoff tarik Khalisya dari memeluk pinggangnya. Lalu membawa duduk di meja makan berdekatan.

"Kenapa Sya?".

"Sya rasa tak sedap badan."

Khalisya sudah merengek. Sejak kebelakangan ini Khalisya menjadi agak manja. Mungkin kerana dia mendapat perhatian dan layanan yang baik dari semua orang di dalam banglow ini.

Belakang tangan Yusoff lekap ke dahi dan tapak tangan ke leher Khalisya. Beberapa kali diulang.

"Dedar ni. Makan ubat jom. Meh Ayah tolong."

"Sya nak Ibu."

"Ibu ada kerja tu."

"Tapi Sya nak Ibu."

Yusoff tidak menjawab, memandang kepada dia yang sibuk memeriksa periuk kukus di atas dapur dan menyambil dengan beberapa kerja dapur yang lain.

"Lama lagi ke kerja tu?."

Khaleeda menoleh, memastikan Yusoff memang sedang bercakap dengannya.

Mana ada orang lain di dapur ini Di.

"Sikit lagi."

Yusoff memeluk Khalisya. Khaleeda rasa sebak tiba-tiba. Dia nampak kasih sayang Yusoff yang ikhlas dan dia bersyukur.

Jika sampai masanya dia beritahu Khalisya itu anaknya, adakah Yusoff terus percaya tanpa kata atau mahukan ujian DNA sebagai bukti?.

"Sya makan ubat dengan Ayah ye."

Yusoff bangun menuju peti sejuk. Mengeluarkan ubat demam Khalisya yang memang ada sebagai langkah berjaga-jaga untuk situasi seperti sekarang.

"Ayah dah nak kerja luar. Nanti kesian Ayah rindu Sya. Bagi Ayah jaga Sya ye. Biar Ibu sudahkan kerja. Kesian Ibu dengan Mommy. Kuih tu untuk cafe esok."

Yusoff memujuk lembut ketika sudah duduk kembali di meja makan dengan ubat dan sudu.

Khalisya terpujuk dengan Yusoff. Menganga ketika sesudu ubat itu Yusoff sua ke mulutnya. Yusoff beri air selepas ubat.

Yusoff kemas ubat dan masukkan semula ke dalam peti sejuk.

"Jom tidur."

Mula-mula Yusoff pimpin tapi apabila Khalisya berjalan lambat dengan muka monyok dan nampak sakit segera Yusoff cempung anak itu dan didukung.

Kasihannya Khalisya. Sudah sebesar ini baru merasa di dukung sang Ayah. Khaleeda tahan sebak di dada.

Yusoff hilang ke bilik belakang. Khaleeda teruskan kerja mengukus kuih-kuih talam untuk cafe esok. Untuk stock cafe dan sebahagian sudah ditempah orang untuk jamuan pejabat.

"Di... you tau Yusoff pergi mana? Belum balik surau ke?".

Miss May Rose yang berbaju kelawar muncul di muka pintu masuk ke dapur basah.

Aduhhh...
Tak kan nak menipu. Telefon tangan Yusoff elok baring di atas meja makan. Buatnya Miss May Rose nampak selepas dia beri jawapan salah, macam mana?.

"Err... kat bilik belakang Miss."

Khaleeda sudah takut. Walaupun cerita di butik tadi dia sudah ada fikiran untuk tinggalkan rumah ini tapi dia mahu keluar cara baik dengan memaklumkan kepada Miss May Rose dan Yusoff. Dia mahu mengakhirkan semua ini!.

Majikannya ke kiri dapur kering. Ke bilik yang katanya disediakan untuk mereka atau juga tetamu tapi disebut juga sebagai bilik belakang.

"Err Miss... Tuan bawa Khalisya masuk bilik saya sebab Sya demam."

"Sya demam?... laa siannya."

Miss May Rose terus menuju ke belakang. Arah bilik tidurnya dan Khalisya. Bilik yang Yusoff selalu heret dia masuk ketika Miss May Rose tiada di rumah.

Allah, sakitnya kepala dia. Perangai Miss May Rose yang terlalu baik. Sikap Yusoff yang menakutkan. Dia rasa mahu lari jauh-jauh dari semua situasi tidak logik ini.

@@@@@@@

"Uii, ada mana?"

"Parit..."

"Ooo... aku ingat kau call ada sini."
"Apa cite?".

"Ayun... dia ada call kau?".

"Tak ada pulak. Last kat hotel ajelah jumpa kursus. Why?".

"Kejap-kejap hilang, kejap-kejap hilang. Nasib baik bapak aku jengah sangkar. Ikan banyak mati."

Yusoff keluar dari bilik Khaleeda selepas menidurkan Khalisya yang dedar. Sudah dia letak tuala basah yang di beri Khaleeda ke dahi anak itu. Khaleeda masih sibuk dengan periuk kukus di atas dapur.

May Rose mencarinya di bilik Khaleeda tadi mengejutkan dia, kerana dia fikir May Rose sudah tertidur.

Isteri itu meminta izin untuk keluar kerana mahu menghantar ibunya ke lapangan terbang untuk percutian mengejut ke Melbourne. Sempat lagi mencium Khalisya sebelum pergi. Sayang sungguh May Rose dengan anak tirinya.

"Mana pulak dia pergi?".

"Sebab tu aku tanya kau."

"Burhan dia bawak ke?".

"Tak... tinggal dengan aku. Uji jaga. Tak pernah Ayun buat macam ni. Sebulan dua ni budak kedai cakap."

"Aku esok outstation. Kau tolong tengokkan dulu An."
"Balik hujung bulan aku cari dia tanya apa kes, slow talk dengan dia. Memang langsung tak masuk kerja ke?".

"Taklah gitu... ada kejap. Lepas tu hilang. Kerja banyak tak siaplah. Biar budak-budak, tak monitor. Sukalah budak kerja. Sayang bisnes kalau salah langkah."

"Okay, balik aku cari dia. Terima kasih inform aku."

"Sama-sama."

Apa ceritalah agaknya si Yunus tapi nantilah. Sudah lama Yunus tak ada buat perangai pelik. Yunus berubah bagus sejak berpindah ke kampung. Perniagaan perkongsian mereka berdua semua dijaga baik dan maju.

Yusoff tekan butang merah menamatkan panggilan. Khaleeda sudah siap agaknya dengan kuih-kuih talamnya.

Dapur sudah kemas dan Khaleeda sedang menyusun bekas untuk esok pagi. Yusoff berjalan perlahan-lahan mendekati Khaleeda dari belakang. Geram!.

"Op batin!"

Melatah? Hahaha.

Tangannya yang mencengkam punggung yang bulat cantik itu memeranjatkan Khaleeda.

"Tak naklah Tuan!"

Melawan! Berani kau ya?. Yusoff jalarkan tapak tangan ke perut dan dada pula.

"Janganlah! Di tak nak!".

Eh, sakit pula hati kita!
Yusoff palingkan tubuh mampat Khaleeda dan hempas ke dadanya. Terjerit perempuan itu. Dia jegil mata menunjuk garang.

"Di berpeluh ni. Di penat."

Sedikit merengek. Sebijik anak dia Khalisya. Kalau Khalisya buat yelah comel. Bila perempuan di hadapannya ini buat rasa mahu dia humban terus ke atas katil. Aumm!.

Yusoff tidak kira. Dia jengah dapur memastikan api semua sudah dipadam dan bekas bederet di atas kabinet bertutup tapis. Segera dia heret Khaleeda ke bilik belakang sebelah dapur kering.

Esok dia pergi, hujung bulan baru dia boleh balik. Gila apa nak simpan lama-lama!.

sakit kepala... berdonyut-donyut. terima kasih kpd yg donate, singgah bce n komen. Sy Cuba habiskan scpt mgkn ikut angan2 yg ada ni. tp klw ada Komen blh beri n tmbh idea blh guna... Sy bce sume Komen. cumanya klw lari sgt dr angan2 Sy nti susah nk bina ayat. syg uoll ikut rapat cite ni. terima kasih kwn2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience