bacdh 'Orentasi'

Drama Series 55610

"Esok cuti kan Ibu."

"Ya sayang."
"Kenapa? Sya tak suka sekolah ke?".

"Suka... Cikgu kata hari ni last orentasi. Minggu depan dah kena belajar."

"O ye?... Sekarang anak Ibu belajar darjah satu. Nanti tiba-tiba dah masuk universiti tinggalkan Ibu."

"Nanti Sya masuk U dekat sini sini je. Tak jauh dari Ibu."

Khaleeda ketawa senang dengan jawapan Khalisya. Jawapan anak kecil tujuh tahun yang tidak pernah berpisah dengannya.

"Promise ye?."

Khalisya tidak menjawab hanya tersenyum manis sambil menghulur jari kelingking menunggu jari Khaleeda untuk ditaut.

"Ibu sorry ye parking jauh."
"Macam dah nak hujan pulak tu."

"Tak apa. Kita exerciselah Ibu."

Khaleeda parkir kereta Myvi Miss May Rose di bawah pokok besar di seberang kawasan perumahan agak jauh dari sekolah.

Kenapa?
Dia masih tidak mahir memandu. Hari pertama menghantar Khalisya ke sekolah rendah dia dihon panjang kerana salah memakir kenderaan. Hampir sahaja kereta Myvi milik Miss May Rose disondol sebuah lori.

Mengingatkan keadaan ketika itu masih menggamit cemas dan debaran di dada. Sungguh dia trauma. Sudahnya hari kedua sehingga Jumaat ini dia memakir kereta jauh dari kawasan sekolah dan harus berjalan kaki lebih kurang 300 meter ke pintu pagar.

(Ini perangai saya yg tk cekap memandu. ikut jalan jauh pun tak apa janji tak cross jalan atau minta jalan orang hahaha)

Tak mengapalah. Seperti kata Khalisya bolehlah mereka beriadah mengeluarkan peluh. Dahulu dia dan Khalisya harus berjalan kaki lebih jauh dari ini setiap hari selama lima tahun.

Khaleeda dongak kepala memandang langit yang mula gelap dan angin sudah mula bertiup kuat. Mudah-mudahan jika hujan turun sekalipun biarlah Khalisya sudah di dalam kawasan sekolah.

Dia sudah cukup bersyukur dengan keadaan sekarang. Miss May Rose memberi izin dia menggunakan kereta Myvi hadiah daripada arwah bapanya ketika masih belajar untuk Khaleeda gunakan.

Walaupun bukanlah kereta baru tapi masih dalam keadaan baik. Dia bimbang juga mahu menerima pada awalnya kerana kereta itu ada nilai kenangan manis pada Miss May Rose.

Tapi Miss May Rose berkeras mahu dia gunakan kereta itu supaya tidak terbiar buruk begitu sahaja kerana tiada siapa menggunakannya.

Miss May Rose yang baik hati itu rapat dengan Khalisya. Mahu Khalisya selesa tinggal di rumahnya dan melayan anaknya dengan baik. Setiap kali berpergian ke luar daerah pasti ada sahaja buah tangan untuk Khalisya apabila pulang.

Miss May Rose juga meminta Khalisya untuk memanggilnya Mommy May. Jika suaminya berpergian pun akan diminta untuk membelikan sesuatu untuk Khalisya seperti baju atau permainan untuk anak-anak.

Sungguh dia bersyukur dengan kehidupan baru ini. Segala janji Miss May Rose tunaikan setakat ini. Benar-benar mahu dia dan Khalisya hidup aman tenteram sahaja menemani majikannya itu.

Sehingga sekarang Khaleeda tidak pernah bertemu suami Miss May Rose kerana tempat tinggal Khaleeda selesa dan selamat di sebuah bilik khas untuk pekerja di belakang banglow.

Bukan di dalam rumah yang sama seperti ketika dia bekerja sebagai pembantu rumah dahulu.

Dia tidak akan masuk ke dalam rumah utama ketika suami majikannya ada seperti yang mereka persetujui daripada awal. Miss May Rose faham dengan trauma yang dia alami enam tahun yang lalu.

Khaleeda lepaskan tautan jarinya kepada Khalisya. Mencium pipi anak comel itu kiri dan kanan kemudian menyangkutkan beg sekolah berwarna merah jambu itu ke belakang badan Khalisya.

"Jumpa tengah hari nanti sayang".

"Okay Ibu."

Khalisya salam tangan Khaleeda dan menciumnya. Kemudian melangkah yakin masuk melalui pintu pagar. Rasa bangga menjalar dalam hati Khaleeda.

Anak yang dia besarkan dalam keadaan tidak sempurna ini mampu berdikari dan membawa diri dalam apa juga keadaan dan suasana.

Khaleeda bersyukur sangat anaknya dapat masuk ke alam persekolahan sebenar ketika hidup mereka sudah stabil dari segi emosi dan ekonomi. Allah hadirkan pertolongan buat dia dan Khalisya pada masa yang tepat.

Dia merasa sangat terhutang budi dengan segala kebaikan Miss May Rose kepada mereka dua beranak. Tidak terbalas rasanya segala layanan penuh ihsan dan santun dari Miss May Rose.

Kecantikan wajah dan perilaku Miss May Rose sangat seiring.

Khaleeda tunggu sehingga kelibat Khalisya sudah tidak dapat dilihat barulah dia beredar dari tepi pagar sekolah.

Oleh kerana ketakutannya memandu di waktu sibuk, setiap hari dia akan menghantar Khalisya lewat ke sekolah supaya jalan di pesisir sudah agak lengang.

Hari ini dia akan terus ke cafe kerana menggantikan tempat salah seorang krew dapur yang mengambil cuti. Dia juga tidak akan bersaing dengan Miss May Rose seperti selalu.

Suami majikannya yang sentiasa sibuk itu pulang pada malam tadi dan kata Miss May Rose dia akan masuk butik lewat pada hari ini. Begitulah rutinnya pada setiap kali kerana suami Miss May Rose hanya pulang sekali sekala dan selalunya tidak lama.

Khaleeda mulakan langkah kembali ke kereta. Sekali lagi dia mendongak ke langit yang gelap dan angin yang semakin bertiup kuat. Rasanya sekejap lagi pasti hujan lebat akan turun .

Alhamdulillah dia sudah selamat menghantar Khalisya. Khaleeda cuba berjalan laju menuju ke kereta melawan angin yang bertiup kencang dan hujan yang sudah mula kasar-kasar butirnya jatuh menimpa dirinya.

@@@@@@@

Hujanlah pulak. Sepatutnya dia ke gimnasium sahaja tadi seperti sebelumnya. Silap percaturan dia pagi ini.

Sudah agak lama Yusoff tidak beriadah di luar. Kerana itu walaupun dia sampai ke rumah dari kerja luar agak lewat malam semalam tapi dia tetap mengambil keputusan mahu berjoging di taman. Nampaknya cuaca hari ini tidak menyebelahi dia.

Yusoff sedang menimbang tara untuk menukar hala tujuan ke kompleks sukan atau club house berdekatan sahaja. Memilih untuk beriadah di dalam gimnasium seperti sebelumnya.

Sudah sebulan dia bekerja luar. Mengiringi kumpulan dari sebuah universiti tempatan ke luar negara untuk menarik ramai pelajar luar negara belajar di universiti mereka.

Keputusan dia memilih bahasa sebagai kursus pilihan di universiti benar-benar suatu keputusan yang tepat.

Sekarang dia sudah membuka sebuah perniagaan yang menyediakan khidmat penterjemah bahasa asing kepada mereka yang memerlukan.

Terpaksa berjuang agak keras di awal penubuhan untuk mengenalkan diri dan syarikat dalam pasarannya tapi sekarang sudah mendayung tenang-tenang sahaja menarik hasil.

Projek masuk dan masuk tidak putus-putus. Alhamdulillah!. Pelanggannya datang dari pelbagai bidang. Perniagaan, pendidikan, perubatan dan juga badan kerajaan.

Seawal semester ke dua ketika di universiti dia sudah mengaut semua peluang di sekeliling yang boleh dijadikan pengalaman dan asas untuk maju dalam pilihannya.

Bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong, penterjemah di mahkamah, menterjemahkan artikel atau buku dari satu bahasa ke satu bahasa dan macam-macam lagi yang berkaitan.

Pulang ke tanah air sekitar dua setengah tahun yang lalu dia terus membuka sebuah perniagaan sendiri. Hasil dari usaha kerja kerasnya memanglah sangat berbaloi.

Mudah-mudahan perniagaannya ini akan terus maju kerana dia amat meminati bidang sebagai penterjemah ini.

Cahaya kilat yang terang diikuti guruh yang kuat mematikan lamunannya. Hujan sudah mula turun. Belum lebat tapi butir hujan kasar-kasar jatuh di atas cermin hadapan keretanya yang sedang bergerak..

Tiba di hadapan kawasan sekolah dia memperlahankan kenderaannya kerana trafik yang agak kelam kabut akibat hujan.

Eh!

Yusoff lajukan pergerakkan wiper kereta supaya rintik hujan yang kasar-kasar hilang dan pandangannya menjadi jelas.

Ya, dia yakin tidak silap orang. Seorang perempuan dengan susah-payah cuba berjalan laju melawan tiupan angin yang kuat. Tudung yang dipakainya sudah terselak menutup muka kerana tiupan angin.

Yusoff berhentikan kereta di hadapan sedikit daripada perempuan yang sedang berjalan itu. Sah! memang dia tidak silap orang!.

Yusoff keluar dari kereta kemudian...

"Aaaaa... Hey! hey! apa ni!?".

Yusoff tarik perempuan itu dan humban di tempat duduk belakang dengan pantas. Perempuan yang terperosok di lantai kereta tidak mampu bangun dengan cepat lalu segera Yusoff menutup pintu kereta.

Dia masuk ke tempat duduk pemandu dan dengan pantas memandu pergi.

"Hey kau siapa ha!?".

Jerit perempuan itu nyaring apabila sudah mampu duduk dengan stabil di tempat duduk belakang. Perempuan itu menarik bahunya kasar. Yusoff toleh ke belakang sekadar menayang wajahnya kepada perempuan itu.

Walau sekilas dia nampak raut wajah Khaleeda berubah. Terperanjat besar, gugup kuat dan menjadi pucat. Padan muka!.

"Berhenti! berhentiiiii..."

Sekali lagi Khaleeda menjerit nyaring. Mungkin sudah mengimbangi rasa terkejut apabila nampak wajahnya sebentar tadi. Tidak dia endahkan, terus sahaja memandu keretanya.

Yusoff berhentikan kereta di kawasan pakir yang luas di dalam sebuah taman riadah yang dia bercadang pada awalnya untuk berjogging di situ.

Dia memilih kawasan tiada kenderaan berdekatan, lagipula kerana hujan yang sudah turun lebat menggila sekarang ini.

"Baik abang hantar Di balik sekarang!".

Tak padan kecik ada hati nak mengarah!...

Ya, Khaleeda yang dulunya di zaman sekolah sedikit montok sudah sedikit kurus. Tidaklah kurus kering tapi sudah hilang saiz dahulu.

Mengikut kiraan Yusoff pada malam mereka bersama beberapa bulan yang lepas rasanya saiz sekarang lebih sesuai dengan ketinggian Khaleeda.

Amboi Sop!

Yusoff garu pangkal kening yang tidak gatal. Fikirannya sebentar tadi membuatkan kepalanya terbayang yang tidak sepatutnya. Junior, please behave okay!.

"Kenapa awak tinggalkan hotel!? Kan saya dah pesan tunggu saya datang semula! Saya nak bincang hal kita!"

Yusoff tunjuk garang kerana geram hidupnya yang huru-hara beberapa bulan ini mencari Khaleeda.

"Pesan apa!? Abang tinggalkan Di macam tu aje! Dayus!".

Mendengar makian Khaleeda membuatkan Yusoff naik angin. Perempuan ini sengaja cari pasal. Tak mungkin kertas pesanan itu Khaleeda tidak nampak.

Pada perkiraannya Khaleeda sengaja mencari pasal untuk melarikan diri dari membincangkan tentang hubungan mereka. Entah apa agenda tersembunyi perempuan ini!.
"Hantar Di balik sekarang! Hantar Di kat tempat tadi!".

"No! kita kena bincang hal kita!".

"Kalau nak bincang bukan cara macam ni. Bahayalah hujan lebat macam ni dekat parking terbuka macam ni! Dengan kilat, guruh, petir semua!".

"Eh, tau pulak takut guruh kilat! Buat kerja tak senonoh tu berani pulak!?".

Bulat mata Khaleeda memandangnya dari arah tempat duduk belakang kereta ketika dia menoleh.

Assalamualaikum sume. cuti dh abis. Mari kita cuba selesaikan mslh rmhtga bdk Di n Sop ni okay. hrp Sy msih ada reader lg huhu.

Share this novel

cikainlah
2024-09-22 11:03:05 

banyak lagi chapter ke sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience