Kebahagiaan yang datang bukanlah terletak pada luaran, sebaliknya berpunca dari dalam hati. Namun, hakikat itu amat perit untuk diterima. Kesibukan kedua orang tuanya menjadikan Faiq hidup dalam kesepian dan kesunyian. Monolog sendirian menjadi satu-satunya teman bagi seorang yang telah lama kehilangan kasih sayang insan tercinta.
Hari ulang tahun kelahirannya tiba — namun disambut dengan sepi.
Sepi?
Ya, sepi... tanpa kehadiran keluarga tercinta di sisi.
Faiq amat merindui pelukan dan wajah kedua orang tuanya, lebih-lebih lagi pada hari yang paling bermakna buat dirinya. Dalam kesendirian itu, fikiran Faiq mula hanyut mengimbas kisah silam — tentang seseorang yang pernah sangat bermakna dalam hidupnya.
Abangnya, Amir Furqan.
"Bagaimana khabar abang sekarang?" bisik Faiq dalam hati. "Kenapa abang pergi begitu cepat?"
Sungguh, dia merindui figura abangnya yang sentiasa menjadi pelindung dan peneman. Namun, semuanya berubah selepas satu peristiwa hitam yang telah mengaibkan nama keluarga mereka. Amir Furqan dihalau pergi. Maruah keluarga tercalar, terobek. Dan Faiq — hanya mampu melihat, terperangkap dalam kejadian yang tidak diingini… kejadian yang langsung tidak mencerminkan nilai seorang ilmuwan.
Dituduh!!
Diviral!!
Difitnah!!
Dianiayai!
Begitulah situasi abangnya yang memaksa kedua orang tuanya membenci abangnya sampaikan menghalau amir furqan supaya maruah dan imej reputasi keluarga Dato' tidak terjejas.
Maka bermulalah hidup baharu buat seorang insan yang kesepian bernama Faiq Furqan.
Share this novel