"Ye ke saya ada cakap macam tu dalam tidur?"
"Ada, awak tak sedar ke?"
"Tak, dah awak kata dalam mamai tu?" tanyaku semula kepada dia
"Haah, awak dah mandi ke?" tanyaku kepadanya
"Dah, awal pagi lagi saya dah mandi. Awak tu yang belum ada bau macam asam jawa" perli baihaqi padaku
Aku terus membalingkan bantal ke arahnya, tetapi sempat dielak oleh baihaqi. Kurang asam betul, tunggu la kau nanti. Dia menjelir ke arahku, dan segera melarikan diri ke arah pintu lalu terus keluar
Aku merampas kain tuala, dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai itu, aku bersiap-siap dan terus turun ke bawah setelah hidungku dapat menangkap bau harum melalui dapur
"Ermmmmm........ sedapnya bau" kataku sambil menghidu bau bihun goreng
"Sedapkan, nah cuba rasa" baihaqi menghulur sesudu bihun untuk dirasa olehku. Aku terus mengganga kan mulut. Terus disuap. MasyaAllah sedap yang teramat wehh, Aduh aduh aduh
"Sedap tak?"
"Sedap awak, sedap gila lah"
"Seriouslah?"
"Iya, ni first time saya rasa masakan daripada lelaki tau" kataku bersemangat sambil bersedia untuk makan di meja makan
Baihaqi menghidangkan bihun goreng dan air teh panas untuk sarapan pagi
Aku baru sahaja ingin mencapai bihun, tiba-tiba baihaqi telah membaca doa makan kuat-kuat. Hemm nak perli aku la tu sebab tak baca doa. Aku turut ikut menadah tangan dan membaca doa. Selesai itu, aku terus makan bihun sampai tak ingat dunia
Baihaqi yang melihat aku makan, hanyalah mengeleng kepala
"Ouhh, saya lupa nak bagitahu sayang. Saya cadang nak bawa awak keluar jalan-jalan lepas kita siap makan"
"Jalan-jalan ke mana?"
"Ikut je lah, takpe saya belanja. Boleh? temankan saya"
"Awak belanja saya on"
Aku terus menyambung makan sehingga selesai, aku mengutip pinggan kotor aku dan baihaqi menuju ke singki lalu membasuhnya. Selesai itu, aku terus naik ke bilik untuk menukar pakaian. Selesai itu, aku terus turun tetapi aku terdengar perbualan baihaqi ditelefon
"Kita tak boleh jumpalah alya"
Eh ni bukan ke alya yang dia mimpi tu ke?
"Bukan, abang sibuk sikit sekarang. Bukan abang tak nak jumpa"
Sampai abang eh dia panggilkan bahasa diri dia? apa yang special sangat perempuan tu?
"Okaylah, abang letak dulu. Nanto abang free kita jumpa. Okay, bye assalamualaikum. I love you too"
What!! i love you too? apa benda tu? menyampah aku dengan jantan ni
Aku pun turun ke bawah dalam keadaan marah, terus jadi tak ada mood nak bercakap
"Eh sayang dah siap, cepatnya" kata baihaqi aku terus berjalan meninggalkan baihaqi yang terkial-kial
Aku terus menuju ke kereta dan aku terus memasuki kereta tanpa bercakap apa-apa. Baihaqi memandang aku dan berkata
"Sayang okay?"
Cehhh, kau nak bersayang dengan aku konon. Sedangkan dekat belakang aku kau ada perempuan lain, buat apa kau nak bersayang-sayang dengan aku
Aku hanya diam malas nak bercakap, daripada bercakap menyakitkan hati baik diam je
"Kita nak pergi jalan-jalan ke mana ni?" tanya baihaqi, aku diam buat tak dengar
Satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh saat
"Sayang"
"Sayang"
"Sayang....." panggil baihaqi meleret
Aku dah geram, lalu suara aku pun naik senoktaf
"Apanye awak ni? sayang sayang sayang. Tak payah nak panggil saya sayang kalau dekat hati awak dah ada orang lain" kataku tanpa sedar
Baihaqi tersenyum melihat kata-kataku begitu
"Kenapa senyum-senyum, manyampah saya tengok. Rasa nak je lempang awak biar terpusing kepala awak" kataku marah
"Amboi, marah nampak"
"Memanglah saya marah....... Ishh dah la malas nak bercakap dengan awak" aku terus memandang pemandangan yang berada disebelahku. Dalam hati habis sumpah seranah mana yang tak keluar mengutuk baihaqi
"Kita nak pergi jalan-jalan dekat mana ni?" tanya baihaqi kepadaku buat kali ke dua
"Ikut awaklah"
"Okays, jom kita pergi IOI mall dekat putrajaya tu"
Baihaqi terus memecut laju menuju ke IOI mall, setibanya disana kami terus masuk menuju ke mall. Aku masuk terlebih dahulu daripada baihaqi yang berjalan dibelakang. Semasa berjalan tiba-tiba aku terdengar bunyi telefon bimbit baihaqi sedang menyanyi
"Sayang awak jalan dululah, saya nak jawab call sekejap"
"Okay" aku terus beredar menuju ke hadapan. Tetapi tidak lama aku terus berpusing semula ke arah baihaqi. Tidak tahu kenapa hatiku seperti ingin sangat mengetahui siapa gerangan yang menelefon baihaqi
"Abang dekat IOI Putarajaya ni, kenapa?"
"Nak jumpa? abang pun tak sure lah. Tapi rasanya boleh je, nanti abang bagi location dekat kedai mana"
"Okay-okay, bye alya"
Alya again??? sikit-sikit alya. Habistu aku ni? fatin tak ada ke? Eh kenapa aku macam ni pulak
Baihaqi terpusing, lalu terkejut melihat aku yang berada dibelakangnya
"Eh mak kau hijau" latah baihaqi
"Kesian jpj ni, rupa dah ada tapi latah pulak. Malu orang dengar jpj" perliku lalu beredar menuju ke hadapan
Baihaqi masih terkial-kial disitu. Sehinggalah tiba di sebuah kedai makan ni. Aku ternampak seorang perempuan yang menunggu seseorang. Aku berselindung disebalik tiang setelah aku melihat baihaqi menuju ke arah perempuan itu
"Abang" panggil perempuan itu
"Iye, alya apa khabar? sihat ke?"
"Sihat, abang pulak?"
"Sihat je, biasalah busy kerja"
Amboi kemain lemah lembut cara dia bercakap dengan betina tu. Tapi dengan aku dia bercakap lembut jugak
Tiba-tiba bunyi notifikasi telefon baihaqi aku menghantar mesej
"Awak, saya nak beli barang dapur sikit. Nanti saya dah siap saya call awak"
"Okay sayang" balas baihaqi
Aku perasan perempuan itu melihat baihaqi seperti cemburu. Baihaqi pun satu, nak balas mesej aku pun tersenyum-senyum. Tapi bagus jugak dia senyum, baru nampak dia cemburu
Share this novel