MZPHQ - BAB 4 - ARAHAN PAPA

Romance Completed 60290

Grup Gerak Khas (GGK) adalah satu pasukan khas utama negara dalam naungan Angkatan Tentera Malaysia dan juga merupakan pasukan elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan apa sahaja. Pasukan ini beroperasi di Sungai Udang di Melaka dan Mersing di Johor.

Mejar Ziqri Zafael bin Tan Sri General (B) Muhammaf Zafril Zaqri bertugas di Mersing, Johor sebaik sahaja menamatkan latihannya. Dan selama lima tahun tidak pulang ke pangkuan keluarganya, Ziqri banyak menghabiskan diri dengan melatih rekrut-rekrut baru bagi menghilangkan kenangan pahit yang mengganggu lenanya.

Bukan tiada rekrut baru atau wanita-wanita yang berada dalam pasukan komando yang meminati Ziqri Tapi, Ziqri sendiri mengambil pendekatan untuk tidak melayan mana-mana wanita itu lantaran tidak berminat dengan wanita lasak. Ziqri gemar wanita yang lemah lembut seperti bekas tunangnya, Mimi yang dahulunya cantik dan kelihatan sangat ayu berhijab.

Mejar Shakifa a.k.a Ika, yang sama bertugas dengan Ziqri di Mersing, antara wanita yang sudah terjatuh cinta pada Ziqri. Tapi, kedinginan Ziqri mematikan niat Shafika untuk terus mengejar lelaki hebat itu dan meluahkan perasaanya.

Bagi Shafika, Ziqri mempunyai ciri-ciri lelaki hebat yang dia dambakan untuk dijadikan peneman hidupnya. Tapi sayang, Mejar Shafika hanya bertepuk sebelah tangan. Ziqri tidak pernah melayan dirinya lebih dari seorang rakan kerja.

Bukan sekali dua, Shafika luahkan perasaan. Namun, sedikit pun tidak mampu melembutkan hati Ziqri. Hadiah ketika hari lahir Ziqri, coklat, makanan, macam-macam sudah Shafika lakukan. Namun sayang, Ziqri sedikit pun tidak mengendahkan Shakifa.

Rekrut Nafisah atau lebih dikenali dengan panggilan Fisa, turut menyimpan perasaan pada Ziqri. Seperti Ika, Fisa turut kecewa bila Ziqri tidak memberi tindak balas. Bagi Fisa, Ziqri lelaki yang ego dan tidak berperasaan.

Flashback #

"Ziqri..." Ziqri menoleh.

"Awak panggil saya apa?"

"Err, tuan... Maafkan saya."

"Apa yang awak nak?"

"Saya... Saya nak serahkan ni pada tuan." Sebuah kita kecil berbalut kemas, diserahkan pada Ziqri. Namun, dipandang sepi.

"Saya tak terima barangan. Maaf. Awak simpan je hadiah tu atau serahkan pada mereka yang lebih memerlukan." Ziqri melangkah pergi.

"Tapi, saya sukakan tuan." Terhenti langkah Ziqri.

"Saya tak sukakan awak. Faham?"

"Tapi, tuan..."

"Jangan buang masa! Awak ke sini bukan untuk bercinta atau mencari calon suami!" Bentak Ziqri membuatkan bahu Fisa terhinjut akibat sergahan Ziqri.

"Awak calon komando! Nak kerja buat cara nak kerja. Jangan murah sangat!" Sindir Ziqri, kasar sebelum berlalu pergi. Fisa menoleh ke kiri kanan. Bimbang jika ada sesiapa yang terlihat kejadian memalukan itu.

Bertakung air mata Fisa dengan jerkahan Ziqri. Fisa benar-benar tidak sangka, Ziqri akan menjerit ke arahnya sebegitu rupa. Air mata dikesat laju sebaik sahaja meleleh di wajah mulusnya.

Flashback end #

Ziqri meraup wajahnya bila memikirkan kenangan lama. Jujur, dia tak mampu membuka pintu hatinya untuk perempuan lain bila mengingatkan apa yang telah Mimi lakukan pada dirinya.

Walaupun sudah lima tahun peristiwa pahit itu berlaku, tidak mudah untuk Ziqri melupakannya. Kesakitannya masih jelas terasa. Luka yang Mimi toreh terlalu dalam. Walau sudah dijahit, masih meninggalkan parut yang jelas.

"Hai... Anak mama ni... Termenung je kerja dia sejak balik. Kenapa? Angah tak suka ke balik rumah ni?"

"Bukan macam tu, mama. Angah minta maaf sangat. Angah cuma teringat kisah lama je."

"Untuk apa ngah? Untuk apa fikirkan kenangan yang menyakitkan tu?"

"Tak mudah untuk angah lupakan, mama... Bukan mudah. Angah dah kenal dia hampir sepuluh tahun. Bercinta tujuh tahun... Alih-alih dapat kebenaran yang cukup menyakitkan. Siapa aje yang tak sedih, ma?" Rintih Ziqri.

"Angah... Lebih baik angah tahu sekarang dari tahu bila dah kahwin nanti. Lagi payah kalau korang berdua dah memiliki anak."

"Tapi, angah dah bercinta sampai tujuh tahun, ma. Bukan satu masa yang singkat."

"Ya, mama faham. Angah kena terima takdir Allah, ngah. Setiap yang berlaku punya sebab dan hikmah. Angah kena fikir positif. Angah masih punya mama, papa, along, acik, adik... Angah bukannya keseorangan."

"Angah tahu, ma..."

"Buang semua kenangan lama tu. Angah masih muda. Perjalanan hidup angah masih panjang jika diizinkan Allah..."

"Mama, angah minta maaf sebab dah lama tak pulang ke rumah ni. Angah..."

"Sudahlah, ngah. Mama faham dan mama dapat rasakan apa yang angah rasakan sekarang. Cuma, mama nak angah buang semua kenangan pahit tu."

"Angah..."

"Angah dengar sini. Setiap yang berlaku bukan sebagai pengakhiran kisah hidup angah. Angah boleh dapat wanita yang jauh lebiih hebat dari dia. Lupakan dia. Lupakan kenangan pahit angah dengan dia. Kat luar sana, ramai lagi gadis yang jauh lebih hebat dari perempuan tu." Ziqri menggelengkan kepalanya. Bukan mudah untuk dia lupakan kenangan manis mereka berdua.

"Angah! Papa panggil ke depan."

"Hah?"

"Papa panggil angah. Mama sekali."

"Kenapa?"

"Mana acik tahu. Pergilah. Kang papa bising kalau tunggu lama-lama."

"Yelah, yelah. Jom mama..." Ziqri beriringan dengan Puan Sri Zaiton Zailani.

"Hah, Ziqri. Duduk." Ziqri akur dengan arahan papa. Maklumlah, papa bekas general bersara. Siapa aje yang berani nak melawan arahan papa.

"Ada apa, papa?"

"Begini... Memandangkan angah dah pulang papa ingat nak buat kenduri sebelum majlis pernikahan adik."

"Kenduri? Buatlah, papa. Angah okey je."

"Angah dah ada calon isteri?"

"Calon isteri?" Papa anggukkan kepala.

"Takde, pa. Angah belum berani nak buka hati angah untuk mana-mana perempuan."

"Good. Kali ni, angah kena dengar cakap papa dan mama." Ada riak terkejut terpampang di wajah Ziqri.

"Apa maksud papa? Mama?"

"Angah sabarlah. Biar papa terangkan."

"Pa... Apa benda ni? Apa yang angah kena dengar?"

"Papa dah tetapkan majlis pertunangan angah dengan gadis pilihan mama dan papa."

"What?!" Naik seoktaf suara Ziqri membuatkan Ziqri tegak berdiri.

"Sit down, young man!" Tegas papa. Arahan papa memang takde sesiapa yang berani membantah.

"Tapi, pa... Angah belum bersedia, pa. Jangan buat angah macam ni..."

"I don't care. Angah dah tiga puluh dua tahun. Sepatutnya umur begini angah dah berumah tangga."

"Papa, please... Ini berkaitan kehidupan angah, pa... Tolong jangan seksa angah, papa. Mama, please..."

"Sampai bila kami perlu menunggu, ngah? Angah nak tengok mama dan papa dan tutup mata baru nak kahwin?"

"Mama, kenapa cakap macam tu? Angah cuma perlukan masa untuk mencari jati diri angah sendiri."

"Dah lima tahun, ngah. Lima tahun. Takkan tak cukup lagi masa lima tahun untuk angah buang dan lupakan kenangan angah dengan betina tu?" Soal papa tanpa berbasi-basi.

"Pa, angah dah cuba pa. Tak semudah itu angah nak lupakan dia. Tujuh tahun, pa. Tujuh tahun kami bercinta. Tak mudah untuk angah lupakan semua kenangan kami, papa..."

"Hah! Angah yang beria-ia cintakan dia. Tapi, dia? Angah sendiri dah tengok apa yang perempuan tu buat belakang angah. Masih nak sebelahkan perempuan tu lagi?"

"Bukan macam tu, papa. Angah belum bersedia..." Jawab Ziqri sebelum menundukkan kepalanya.

"Ziqri Zafael! Papa tak peduli apa jawapan angah. Dah cukup masa yang kami bagi sehingga angah enggan pulang ke rumah ni selama lima tahun. Angah buat kami semua macam tak wujud. Sekarang, angah nak hampakan harapan papa dan mama?"

"Papa, please... Bukan macam tu, papa. Angah... Angah cuma belum bersedia. Angah tak berani nak ada komitmen..."

"This is an order, Ziqri Zafael!" Bentak papa sebelum berlalu.

"Mama..."

"Mama minta maaf, ngah. Angah tahukan kalau papa dah bersuara, takde siapa yang boleh membantah."

"Allahuakhbar... Mama, angah belum bersedia, ma. Tolonglah pujuk papa. Angah balik sini pun sebab adik. Tolonglah, mama... Angah rayu sangat. Bagilah angah peluang untuk angah pilih kehidupan angah sendiri."

"Angah, apa yang papa dan mama lakukan adalah untuk kebaikan angah juga tau... Kami dah semakin tua, ngah. Takde siapa yang akan jaga angah lagi selepas ni. Sebab tu, kami ambil keputusan untuk satukan angah dengan gadis pilihan kami."

"Tapi, mama..."

"Angah, dengar sini. Gadis yang kami nak jadikan menantu kami pun bukan calang-calang orangnya. Background keluarga dia pun hebat-hebat. Mama percaya, angah tentu akan bahagia dengan dia nanti." Ziqri meraup wajahnya.

"Angah dengar cakap mama. Papa takkan bertindak kejam pada angah. Papa nak yang terbaik untuk angah."

"Tapi, macamana angah nak bahagia kalau angah tak kenal siapa perempuan yang bakal menjadi suri hidup angah?"

"Angah akan kenal nanti." Ujar mama sambil menepuk-nepuk bahu Ziqri. Mama berlaku meninggalkan Ziqri dan Zifril di ruang tamu.

"Acik tahu pasal hal ni?"

"Sumpah, tak tahu, ngah. Acik baru dengar."

"Allahuakhbar... Angah bukan balik sini untuk berkahwin..." Omel Ziqri. Beberapa kali Ziqri meraup wajahnya.

"Angah, relaks... Angah setuju jelah dengan permintaan mama dan papa tu."

"Mudah sungguh acik cakap, ya? Angah ada life angah sendiri, cik. Takkan sampai perkahwinan angah pun mama dan papa nak campur tangan?"

"Ngah, papa dan mama buat semua ni untuk kebaikan angah juga. Angah dah tiga puluh dua tahun, ngah. Dah layak bergelar seorang suami dan ayah tau..."

"Kau tak faham, cik... Kau tak faham."

"Apa yang acik tak faham? Cuba angah cakap kat acik. Buat acik faham..."

"Acik, ini soal hidup dan mati angah. Biarlah angah yang cari sendiri calon isteri angah."

"Angah, papa dan mama buat macam tu sebab orang tua kita nak tengok angah berumah tangga, ngah. Ada orang jaga angah, makan pakai angah semua."

"Angah tahu. Mama dan papa risaukan angah. Tapi, bukan ini yang angah mahukan..."

"Angah, angah cubalah dulu. Kenal dengan gadis pilihan mama papa tu. Mana tahu angah akan berkenan dan dapat mencintai gadis tu."

"Tak semudah itu, acik. Angah nak balik kem!" Ziqri berura-ura mahu melangkah pergi.

Prang! Terhenti langkah Ziqri bila terdengar bunyi kaca berderai.

"Ma...ma..." Ziqri menendang serpihan kaca ke tepi sebelum mendapatkan mama.

"Angah nak tinggalkan mama lagi? Angah nak tinggalkan kami macam dulu?" Rintih mama dengan linangan air mata.

"Mama!" Laju langkah Ziqri mendapatkan mama yang sudah terjelepuk di atas lantai.

"Sam...pai hati a...ngah..." Rintih mama sebelum menutup mata.

"Mama! Mama! Bangun, ma! Mama!" Pipi mama ditepuk perlahan.

"Allahuakhbar... Acik, tolong angah, cik..."

"Inilah yang berlaku pada mama sebaik sahaja mendapat tahu angah merajuk dan enggan pulang ke sini." Tertoleh kepala Ziqri mendengar kata-kata Zifril.

"Ya, ngah. Mama alami depression. Puas kami semua pujuk mama. Mama tetap nakkan angah. Sampai ke satu tahap, papa marahkan mama sebab asyik ingatkan angah. Papa dah tak sanggup nak tengok mama sakit macam ni."

"Mama depression?"

"Ya... Kami call, angah enggan jawab. Mama menangis je ngah... Rindu kat angah. Berbulan-bulan, bertahun. Akhirnya, mama pulih selepas macam-macam yang kami dah lakukan."

"Allah... Apa yang aku dah lakukan Ya Allah?" Rintih Ziqri sambil menyauk tubuh mama dalam pelukan.

"Mama... Maafkan angah, mama. Maafkan angah. Angh janji angah takkan tinggalkan mama dan keluarga kita lagi. Angah janji..." Pelukan Ziqri semakin erat sebelum Ziqri mencempung tubuh mama dan diletakkan di atas sofa.

"Mama... Angah takkan lari lagi. Angah takkan merajuk. Angah akan ikut semua kemahuan mama. Angah janji, ma. Bangunlah, mama. Angah minta ampun. Angah akan turut semua kemahuan mama. Angah janji..." Rintih Ziqri sambil mengusap dahi dan tangan mama.

Last chapter untuk free reading... bab 5 dan seterusnya akan dilock ya sayang-sayang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience