BAB 2

Romance Completed 63184

Buluh yang dia ambil pagi tadi di heret perlahan ke tengah halaman rumah. Amarra mencapai gergaji sebelum mengukur saiz pada buluh itu. Tempahan meriam buluh pada bulan Ramadhan nanti sudah banyak, dia harus segera sebelum terganggu dengan ibadah terawih.

Matanya menjeling tajam ke arah sisi. Tidak puas hati dengan kehadiran lelaki yang bersama Fahim sekarang. Dah kenapa dia ikut sama?

"Dah kenapa kau bawak dia? Buang tebiat?" Bisik Amarra sebaik saja Fahim duduk bertinggung dihadapannya.

"Kau ni. Dah dia nak ikut, aku bawak jelah. Kenapa? Kau ada masalah negara dengan dia?" Balas Fahim yang masih tidak faham.

"Kau nak aku gergaji mulut kau?" Amarra sudah menghalakan gergaji pada wajah lelaki itu.

Fahim menggeleng pantas. Dia sudah lama mengenali Amarra. Malah, mereka dahulu sahabat sewaktu kecil. Bersama-sama dengan Noah cuma lelaki itu sudah terpisah jauh dek kerana bertukar sekolah. Tinggallah mereka berdua. Sekarang sudah bertemu kembali, Amarra pulak jual mahal!

"Meriam ni." Noah bersuara setelah lama membisu.

Amarra pandang ustaz muda itu. Dengan kopiah atas kepala, baju kurta warna biru, nampak lain macam. Dah hilang imej nakalnya dahulu! Ceh.

"Awak buat meriam ni?" Tanya Noah yang masih tidak percaya.

Dah macam lapangan tentera! Bersusun meriam buluh di ruang halaman rumah gadis itu. Banyak betul. Fahim cakap, Amarra memang membuat meriam buluh untuk di jual kepada beberapa orang budak lelaki dari kampung ini dan kampung sebelah. Dia cakap, buy at your own risk!

"Kenapa kalau saya buat? Saya bukannya jual dadah ke apa? Ustaz nak report polis?" Sinis Amarra bertanya.

Topi dikepala dia pusing. Panas betul petang tu. Lagi panas dengan kehadiran Noah yang dah macam pengawai polis! Sekejap duduk, sekejap berdiri. Tak sudah-sudah belek meriam buluh buatannya! Apalah. Tak pernah tengok ke apa?

"Saya tanya je. Kan bahaya main meriam ni, kenapa jual? Awak tak rasa, bila awak jual lepastu diorang main then dapat kemalangan, apa tindakan awak? Awak lepas tangan?" Soal Noah lagi.

Gergaji di tangan segera Amarra letak. Panas betul kena soal macam-macam ni.

"Itu bukan urusan saya. Saya jual, dapat duit. Diorang main, pandai-pandailah tanggung risiko! Ada je cara nak main dengan selamat. Ustaz boleh jangan tanya banyak soalan? Saya gergaji kepala ustaz nanti!" Marah Amarra.

Noah hela nafas. Dia hanya merenung meriam buluh yang nampak cantik itu. Dulu pernah teringin nak main, tapi bonda tak pernah bagi chance. Kesudahannya kena hantar masuk sekolah agama.

"Noah." Ujarnya tiba-tiba.

Mereka berdua saling berpandangan. Tidak faham dengan maksud lelaki itu.

"Panggil saya Noah je. Kan kita pernah jadi kawan? Tak payahlah panggil ustaz bagai." Ujar Noah dengan senyuman.

"Eyy, tak kuasalah! Bila masa saya jadi kawan ustaz?! Tolonglah!" Balas Amarra dengan nada jelek.

Fahim ketawa. Dia kenal dengan Amarra. Bukan senang nak dekati gadis itu setelah tamat zaman persekolahan. Dia pun, ambik masa nak rapat macam sekarang. Kesungguhan Amarra dalam membesarkan adik-adiknya wajar dia puji. Biarpun ramai orang kampung yang mengata gadis itu, dia tidak kisah.

Dia kenal siapa Amarra. Dia tahu hati budi gadis itu. Dah cukup.

"Ustaz Noah!!"
"Yasin! Ya Allah, kecil nya dunia. Awak buat apa dekat sini?"

Yasin, budak lelaki comel yang berbadan gempal. Dia hanya tersenyum sebelum mencium tangan ustaz muda itu. Berkerut dahinya melihat Noah di sana. Ada apa-apa ke?

"Ustaz buat apa dekat rumah saya ni? Ada urusan apa-apa ke?" Tanya Yasin.

"Ni rumah awak? Jadi Amarra ni.." Noah berpusing sekelias sebelum kembali memandang ke arah budak lelaki itu.

"Kakak saya. Saya adik dia."

Yasin sengih macam kerang busuk. Macam tak percaya. Lain benor muka diorang. Noah hanya tertawa halus. Tidak pernah dia sangka, Yasin itu adalah adik kepada Amarra. Pelajar pintar di sekolah dia mengajar. Top student.

"Ustaz nak cakap kakak dia bodoh, adik dia pandai? Macam tu?" Sampuk Amarra.

"Astaghfirullahalazim. Amarra, tak baik menuduh. Saya tak cakap pun. Awak yang cakap macam tu. Lagipun saya datang rumah awak petang ni, sebab Fahim cakap dia nak hantarkan makanan. Saya teman dia. Tak elok lelaki dan perempuan bukan mahram berduaan." Jelas Noah dengan lembut.

Amarra garu telinga. Malas dengar. Bukan main warak Noah sekarang. Cakap pun, pandang tanah je. Ish, tak suka. Kenapalah dia benci sangat dengan Noah? Entah. Tak tahu. Tengok muka pun dah meluat.

"Ada sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya. Saya tak nak timbul fitnah pasal sahabat saya, itu saya dekat sini. Awak faham?"

"Tak nak faham. Jangan nak ceramah. Pergilah balik!"

"Awak halau saya? Kawan awak?"

Gadis itu berpusing kembali. Dia bercekak pinggang. Dari apa dia nampak, Amarra sudah banyak berubah. Tidak bertudung, berpakaian seperti lelaki dan..kasar. Apa sebenarnya yang dah berlaku sampaikan dia berubah drastik macam ni?

"Ustaz tahu, kalau ustaz dekat sini..lagi banyak fitnah yang timbul lagi." Ujar Amarra.

"Taklah. Saya dengan Fahim, Yasin. Rumah awak, tepi jalan. Saya berdiri sedepa jaraknya dari awak. Ramai je nampak, bukan tempat tersorok. Saya tahu batas saya sebagai seorang lelaki bukan mahram awak. Cuma kalau boleh, saya nak nasihatkan awak. Jaga ikhtilat. Jangan disebabkan hubungan rapat yang di anggap biasa, awak boleh halalkan benda yang sememangnya haram, Amarra." Lembut tapi menusuk.

Dia faham maksud Noah. Hubungan dia dengan Fahim. Ni mesti sebab dia nampak Fahim memegang bahunya pagi tadi. Kan dah free kena ceramah.

"Rajin-rajinlah datang masjid kalau awak ada kelapangan. Memang orang perempuan tak di galakkan ke masjid, tapi kalau awak nak kejar pahala lebih..awak boleh singgah. Saya tak cakap awak jahat tapi kadang-kadang kita kena cari semula tuhan kita."

"Ustaz nak cakap saya ni jahil lah?"

"Bukan, Amarra. Cuma saya risau dengan perubahan mendadak awak. Awak bukan macam ni dulu. Kenapa? Apa yang dah buat awak berubah sampai ke tahap ni?"

"Ustaz tak tahu apa-apa lah pasal saya! Jangan acah baik! Ustaz pun belum tentu baik!"

"Ya, Amarra. Saya pun, manusia. Lemah. Penuh dengan dosa. Saya tak cakap saya mulia macam malaikat. Saya pun masih mengigil bila saya sampaikan dakwah. Risau kalau-kalau saya tersalah bagi fahaman pada orang lain. Saya nasihat sebab saya anggap awak kawan saya. Jadi sebab tu rugi kalau awak terlalu bebas macam sekarang. Kalau orang tanya, mana maruah awak sebagai seorang wanita? Apa awak nak jawab? Marah bukan cara yang tepat untuk melawan diorang. Marah tu sifat syaitan. Perbaiki diri, pintu taubat sentiasa terbuka. Allah selalu menunggu doa-doa dan rintihan setiap hamba Nya."

Suasana jadi sepi seketika. Yasin hanya diam merenung kakaknya. Amarra diam. Tidak menjawab. Jarang kakaknya begitu. Fahim pula hanya tersenyum. Seakan bangga dengan apa yang baru saja ustaz muda itu sampaikan.

Noah masih tenang. Merenung tanah kering yang gersang. Seperti perasannya saat ini. Kenapa dia rasa sakit hati dengan perubahan mendadak Amarra?

"Ustaz nak rasa?" Tanya Amarra.

"Rasa apa?" Jawab Noah, malu-malu.

Nak bagi makan ke?

"Nak rasa kena tembak dengan meriam buluh ni? Kalau nak, saya boleh nyalakan sekarang. Biar berkecai, hilang terus dari muka bumi ni! Tahu nak ceramah orang je! Sakit telinga!" Amarra sudah serius.

"Tak. Tak nak. Takpa, teruskan buat meriam. Teruskan." Jawab Noah terketar-ketar.

Dia mengundur beberapa tapak jauh daripada Amarra. Bahaya betul. Dah macam meriam buluh, salah letak kabat meletup.

"Tapi Amarra, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957..ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan." Jelas Noah dengan lembut.

"Ustaz Noah!!!!" Amarra angkat meriam buluh tanda geram.

"Maaf! Maaf! Ok. Saya diam! Saya diam!" Noah sudah melarikan diri.

Bersembunyi di belakang Fahim. Lelaki itu sudah mengekek ketawa.

"Itulah, cari pasal lagi. Banyak cakap sangat ustaz kita ni. Kan dah kena? Nasib baik takda lighter.. kalau tak dah bersepai ustaz muda idaman malaya ni!" Usik Fahim dengan tawanya.

Noah sudah masam mencuka. Salah ke dia cakap?

*****

"AKU nampak, ustaz muda tu dekat rumah Amar? Buat apa dia dekat sana?" Pertanyaan daripada makcik Latifah kedengaran.

Fahim yang sedang mengira barangan di atas meja hanya diam. Tidak mahu melayan. Siapa tak kenal makcik Latifah? Kaki gossip kampung!

"Makcik datang sini nak beli barang atau nak gossip?" Soal Fahim.

"Aku tanya sebab kau tu ada sekali! Kau tu memang dah selalu lepak sana. Dah kenapa kau bawak ustaz tu sekali? Kau sengaja nak rosakkan imej baik dia?"

"Takda yang rosak kalau setakat ziarah rumah anak yatim. Makcik ni kenapa? Suka sangat cari salah Amarra? Tak puas hati apa?"

"Kau bela sangat perempuan takda maruah tu! Dah macam jantan! Orang macam ustaz Noah tu patutnya berkawan dengan orang-orang baik, soleh. Bukannya bergaul dengan perempuan tak berjenis macam dia. Ustazah Heliza tu, kan ada? Kenapa diorang tak kahwin-kahwin lagi?"

Fahim sudah geram. Manalah dia tahu? Lagipun, siapa pulak ustazah Heliza? Dia tak kenal. Dia bukannya ambik tahu semua kawan-kawan Noah. Dia cuma berjumpa pada waktu tertentu sahaja. Sebab Noah selalu sibuk dengan mengajar, tusyen dan banyak lagi aktiviti luar sekolah.

"Ustazah Heliza tu, calon terbaik untuk di jadikan isteri! Kenapa ustaz Noah jual mahal sangat?" Perli makcik Latifah.

"Makcik kalau nak promote anak sedara sendiri, balik je. Cakap dengan saya, apa je dapat? Nanti malam, ustaz Noah ada. Makcik bagitau hajat makcik nak masuk meminang dia." Balas Fahim.

"Kau ni, tak membantu! Apalah yang ustaz Noah tu dapat dengan berkawan dengan kau?"

"Kenapa dengan anak saya?"

Mereka diam. Ghaisani sudah melangkah masuk ke dalam kedai runcit itu. Dengan penuh santai, hanya memegang raga kecil yang dibawa bersama.

"Makcik! Apa khabar? Lama tak jumpa, makin cantik nampak?" Usik Fahim sambil melambaikan tangannya.

"Ada-ada je kau. Alhamdulilah sihat. Makcik dengar nama anak makcik naik, kes apa? Latifah? Anak aku kacau anak kau ke?" Tanya Ghaisani dengan tenang.

"Takda. Taklah! Puan Sri! Saya gurau je tadi. Tak apalah. Saya balik dulu. Nah, duit!"

Fahim terpingga-pingga. Bagi duit, dahlah tak cukup! Rugi aku!

Ghaisani mencebik. Lari. Macam biasa. Dia hanya mahu menikmati kehidupan sebagai orang kampung dengan tenang. Dah kenapa mereka masih menyebut nama panggilnya dahulu?

"Petang tadi kau pergi mana dengan Noah? Sampai lewat petang dia balik? Nak Maghrib dah ni, kau pun. Kenapa tak tutup kedai? Kau nak tunggu malaikat izrail datang baru nak insaf pergi solat berjemaah?"

Fuh. Pedas. Jauh beza dengan anak dia. Dia dah faham, macam mana Noah yang nakal dah berubah jadi ustaz.

"Saja bawak dia ronda, tengok meriam buluh. Kejap lagi saya tutup kedai makcik. Makcik nak beli apa?" Fahim menukar topik sebelum kena hentam lagi.

"Ambilkan susu pekat dengan gula." Arahnya.

Anak muda itu hanya menurut. Usai membuat bayaran, Ghaisani berjalan keluar sebelum dia berpatah semula.

"Siapa Amarra?" Tanya Ghaisani dengan senyuman dibibir.

Terjatuh kunci kedai di tangan Fahim. Ah, sudah!

"Budak perempuan mana yang dah buat anak cerewet aku pergi rumah dia? Tak kisahlah apa alasan dia pergi sana. Cakap, siapa dia?" Ghaisani sudah serius.

Fahim telan air liur. Noah yang masuk line, aku pulak yang kena serang ni!!

"Bonda! Apa yang lama sangat? Noah kena singgah masjid dah ni. Bonda?" Noah sudah munculkan diri.

"Kenapa?" Noah blur.

Ghaisani memberi isyarat amaran kepada Fahim yang masih terkaku. Dia berjalan keluar bersama-sama Noah. Pintu kereta dibuka seraya melangkah masuk. Noah hanya tersenyum sebelum mula memandu.

"Siapa Amarra?"

Krekk!!!

"Allahuakhbar! Bonda ni. Soalan apa tengah-tengah Maghrib ni?" Terkejut Noah yang sedang memandu.

Nasib baik sempat tekan brek kalau tak dah lama masuk parit. Ish, bahaya bonda ni. Dari mana dia dengar nama tu?

"Saja terdengar topik hangat. Kamu pergi rumah dia?" Ghaisani sudah memerlukan sesi soal jawab.

"Ya, teman Fahim. Mana boleh dibiarkan diorang berduaan, tak elok. Haram tu. Tak kisahlah hanya hantar makanan atau apa. Noah teman je. Kenapa bonda? Orang kampung dah mula bergosip ke?" Noah cuba tenangkan diri.

"Takda. Saja tanya kamu. Yalah, ini pertama kali kamu berminat dengan perempuan. Hairan jugak bonda. Rasa macam nak jumpa Amarra tu." Sengaja Ghaisani memancing.

"Baik tak payah, bonda. Sakit kepala bonda jumpa dia nanti. Tadi petang pun, Noah nyaris nak kena tembak dengan meriam buluh. Nasib baik hidup lagi anak bonda ni tau! Kalau tak takda dah ustaz idaman malaya ni." Noah puji diri sendiri.

Ghaisani menjuihkan bibir. Sudah muak dengan sikap suka main-main anaknya.

"Mesti Noah kacau dia kan? Kalau tak, takdanya naik hantu."

"Mana ada. Takkanlah anak bonda yang baik lagikan budiman ni nak kacau perempuan? Noah tak nak dapat dosa free. Noah dah berubah. Dulu masa kecik je nakal sikit. Kan bonda?"

"Sikit kamu cakap? Ingat lagi, siapa yang letak chewing gum dekat rambut budak perempuan masa kelas mengaji dulu? Kamu! Penat bonda nak kena menjawab dengan ustaz kamu dulu tau! Hari-hari buat masalah."

Noah ketawa. Betul jugak, banyak onar yang dia buat dulu. Mungkin sebab tu jugak, Amarra bencikan dia sekarang. Patut ke dia mintak maaf? Ehhhh.

Tapi dia kan bergurau dulu? Ya. Just joking right? Rasanya takda masalah. Isu zaman budak-budak la katakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience