MZPHQ - BAB 3 - TEMBAM @ DEEJA

Romance Completed 61454

"Hah?"

"Ya, ngah... Itu yang kami semua tahu. Dia dah lama tunggu angah sampailah angah bertunang dengan Mimi... Si tembam kecewa sangat. Tapi, dia diamkan je... Dia selalu doakan kebahagiaan angah."

"Kenapa dia tak cakap dengan angah sendiri?"

"Angah, takkan perigi nak cari timba?"

"Tapi, sekurang-kurangnya, angah tahu isi hati diakan?"

"Untuk apa? Sedangkan masa tu, angah terlalu obses untuk memiliki Mimi." Ziqri Zafael terdiam seketika. Cuma menghadam kata-kata Zifril.

"Dari mana acik tahu semua ni?" Zifril pula kelu lidah.

"Acik?" Zifril melepaskan keluhan.

"Acik tahulah."

"Dari mana acik tahu?"

"Emm... Acik tahu pun sebab..." Terhenti bicara Zifril.

"Sebab?"

"Sebab acik pernah sukakan tembam."

"Kenapa acik tak luahkan isi hati acik?"

"Dah... Acik berniat nak suruh mama masuk meminang tembam. Tapi, acik nak dengar persetujuan dia dulu. Jadi, acik jumpa dia face to face. Acik nak tahu dia setuju atau tidak kalau acik masuk meminang."

"Jadi?"

"Angah nak tahu apa jawapan si tembam?" Zafael angguk laju.

"Dia tak dapat terima kehadiran lelaki lain sebab dalam hati dia ada nama Ziqri Zafael." Ada riak terkejut terpampang di wajah Ziqri.

'Tembam sukakan aku? Kenapa aku tak pernah tahu?' Gumam Ziqri.

"Sebab tu si tembam tak nak berkahwin lagi. Bukan takde orang yang masuk meminang. Tapi, si tembam tolak mentah-mentah." Sambung Zifril lagi.

"Si tembam cakap, dia nak tunggu angah. Dia percaya, suatu ketika nanti, angah akan ada dekat dalam hati dia. Dia tak nak paksa angah terima dia. Tapi, dia akan simpan perasaan sayang tu sampai satu ketika, perasaan itu akan hilang sendiri."

"Tapi, bakal tunang dia?"

"Hurm... Itu dia lakukan sebab dia terpaksa ikut pilihan ibu dan ayah dia sendiri. Si tembam terpaksa terima sebab tak nak lukakan hati ibu ayah dia..." Zifril sambung lagi.

"Dia dah berusia dua puluh lapan tahun, ngah. Tahun lepas, sepatutnya si tembam tu bertunang. Tapi, jodoh tak kesampaian."

"Kalau dia tak nak, kenapa dia terima lamaran lelaki tu?"

"Sebab angah." Sekali lagi Ziqri terdiam dan terkejut.

"Bila dia dapat tahu angah beria-ia mahukan model tiruan tu, si tembam dah nekad tak nak sebut lagi nama angah. Dia dah buang nama angah jauh dari lubuk hati dia." Ziqri menundukkan kepalanya. Tak sangka, si tembam simpan perasan pada dia. Sedangkan, apa yang Ziqri katakan dulu, hanya kata-kata kosong, ketika mereka di zaman kanak-kanak. Takkan semudah itu si tembam percaya.

"Dan lamaran yang datang tu, dari sepupu jauh si tembam, ngah... Dia terpaksa demi menjaga air muka ibu bapanya."

"Angah tak faham... Dia ada buat salah ke?"

"Bukan macam tu... Si tembam kesiankan ibu bapanya sebab orang taman perumahan kita cakap dia tak laku, anak dara tua..."

"Allahuakhbar... Takkan sebab itu, dia terima lamaran?"

"Entahlah, ngah. Tapi, acik rasa tak mustahilkan? Dia tak nak ibu bapa dia dimalukan jiran tetangga. Tapi, bila dapat tahu si tembam dilamar dan akan bertunang, terdiam terus mulut orang-orang kat taman kita ni."

"Tapi, kematian bakal tunang si tembam?"

"Ini satu lagi hal... Angah duduklah. Letih pulak acik tengok angah dukung anak acik ni..." Ziqri tertawa sendiri sebelum mereka duduk bersila dia lantai lantaran Zifril mahu menyusukan si kecil. Si kecil dibaringkan dipaha dan disumbat botol susu. Nampak sangat anak kecil itu kehausan bila susu dihisap rakus sebaik sahaja putingnya dicapai bibir comel itu.

"Ala, ciannya anak papa ni... Haus ya? Sorry, sayang... Papa leka berbual dengan pak ngah ni..." Ziqri tersenyum melihat Zifril melayan anak kecilnya.

"Dari apa yang acik tahu dari adik, si tembam sebenarnya, enggan menerima lamaran tu. Tapi, bila mendengar sendiri kata-kata mak cik bawang rangers yang kononnya dia tak laku, dia jadi tertekan. Kesian ibu bapa si tembam tu." Zifril membetulkan kedudukan si kecil yang sudah terlena sebaik sahaja susu habis dihisap.

"Allah, tidur sudah si kecil ni..."

"Comel... Subhanallah..." Ziqri mengusap rambut si kecil.

"Sudahnya, si tembam terima juga demi menjaga nama baik keluarga. Yelah, ngah... Adik-adik dia dah kahwin. Dan ada dua tiga empat orang anak. Dia, masih solo..."

"Si tembam tu ada kakakkan?"

"Ada abang dan kakak kat atas dia. Qadif, Qaisara... Abang dan kakak dia dah kahwin. Qadif tak silap acik, sebaya alongkan? Qaisara sebaya angah."

"Angah tak ingat."

"Mana nak ingatkan?" Sindir Zifril.

"Angah tahu, angah salah."

"Bukan mudah nak suruh Mejar Ziqri Zafael mengaku salah ni..." Usik Zifril.

"Zifril Zaiyan..." Meleret suara Ziqri.

"Okey, okey... Surrender..."

"Tahu takut..."

"Bukan takut. Malas je nak layan angah ni."

"What do you mean?"

"Acik tak lupa bila angah kalah dengan acik masa sparing dulu..."

"Itu kisah lama, Zifril Zaiyan..."

"Ala, setakat five years je, ngah. Takdelah lama sangat."

"So, dare to challenge me?"

"Why not? I'm ready for it."

"Challenge accepted..."

"Good. Nanti, kita deal kat mana dan masanya..."

"Deal!" Mereka berjabat tangan.

"Okay, back to our story."

"Okey, macam ni... Masa dapat tahu si tembam nak bertunang, semua orang terkejut. Yelah, tiba-tiba je si tembam nak bertunang. Macam desperate sangat." Ziqri mendengar dengan khusyuk.

"Sampai ketikanya, seminggu sebelum majlis pertunangan si tembam, dia dapat berita bakal tunangan merangkap sepupu jauh dia, kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian."

"Cerita si tembam tentu tak habis di situkan?"

"Yap! Kesian si tembam. Mulut-mulut mak cik bawang rangers ni cakap dia bawa malang. Kesian dia. Tertekan sangat. Sampai ada yang suruh dia mandi bungalah. Mengarut je dorang ni..."

"Reaksi si tembam?"

"Dah tentu dia kecewa, ngah. Hampir dua minggu dia tak keluar rumah."

"Si tembam kerja ke?"

"Kerja sebagai pegawai bank kat bandar, ngah. Tapi, masa dia dapat tahu tu, dua minggu dia tak keluar rumah. Siap ambil cuti sebab nak tenangkan diri." Ziqri meraup wajahnya.

"Tapi, macamana acik tahu semua ni?"

"Adik... Adik banyak spend time dengan Deeja..."

"Deeja tu siapa pulak?"

"Si tembamlah... Nama dia Qurshiah Qhadeeja."

"Kenapa angah tak tahu?" Zifril menjulingkan mata ke atas.

"Angah nak acik ulang banyak kali ke?" Ziqri menjeling.

"Angah dari dulu panggil dia tembam, tembam je, kan? Mana nak tahu nama betul si tembam tu..."

"Qurshiah Qhadeeja... Sedap nama tu... Sayang, kenapa panggil tembam?"

"Sebab masa dia kecil, dia je yang tembam dalam kalangan adik-beradik dia..."

"How come you know so much about her?"

"As I said before... I like her. Tapi, apa nak buat, jodoh takde. But, seriously, I happy with my life right now. I'm falling in love with my wife..."

"Wah! Zifril... Doktor Zifril berfalsafah."

"Ish, taklah. Tapi, kenyataan. Acik dah lama terima kenyataan yang jodoh acik dengan Irdina, bidadari acik sekarang."

"I'm happy for you, brother."

"Thanks, bro... Eh, ngah... Makanlah... Dah lama rasanya kita berborak ni..."

"Ingatkan tak nak bagi angah makan."

"Ala, kita dah lama tak bersembang macam ni. Acik leka pulak. Angah makanlah dulu. Nanti kita sambung sembang lagi."

"Yelah. Thank you, Zif."

"No sweat, bro... Acik nak tidurkan si kecil ni jap."

"Yelah. Thanks again."

"Most welcome, bro..." Ziqri menyenduk nasi dan lauk ke pinggan. Namun, suapan pertamanya terhenti tatkala teringatkan kata-kata Zifril.

'Takkan sebab aku, Deeja tak kahwin-kahwin? Betul ke aku dah janji dengan dia yang aku nak kahwin dengan dia?' Gumam Ziqri.

"Angah!"

"Subhanallah, budak kecik ni... Nasib baik angah tak tercekik tau."

"Hihihi... Sorry, angah. Angah pun bukan makan pun. Termenung je. Kenapa? Teringatkan buah hati ke?"

"Ish, mana ada buah hati?"

"Yelah tu..."

"Emm, akak tumpang toilet sekejap ya, Zandra?"

"Ya, kak. Silakan... Kat tempat biasa." Deeja berlalu pergi tanpa menoleh sedikit pun ke arah Ziqri.

"Makan je, ngah... Jangan sampai tercekik sebab tengok anak dara orang." Perli Zandra.

"Amboi, mulut ni... Sejak nak kahwin, memang macam ni mulut..."

"Ala, bukannya selalu pun. Adik dah lamakan tak bermanja dengan angah. Lima tahun, angah hilangkan diri. Adik hilang tempat bermanja..." Rintih Zandra sambil melentukkan kepalanya ke bahhu kekar Ziqri.

"Angah minta maaf. Angah tahu angah kejam selama ni. Angah tak fikirkan hati orang lain. Angah minta maaf sangat. Angah sayangkan adik. Angah sedar kekhilafan angah."

"Dahlah. Takmu nak emosi sangat. Angah nak makankan?"

"Zandra, akak nak pulang dulu, ya? Esok akak datang lagi."

"Ala, kak. Tunggulah dulu."

"Takpelah. Akak pulang dulu."

"Akak janji tau datang esok."

"Lepas habis kerja, akak datang ya..."

"Okey, kak. Terima kasih tau luangkan masa untuk Zandra..."

"Sama-sama. Akak balik dulu. Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam..." Mata Ziqri tak berkerdip memandang Deeja. Cepat-cepat Deeja mengalihkan pandangan bila mata mereka bertembung.

"Ngah!"

"Angah!"

"Astaghfirullahalazim... Adik ni... Kenapa asyik nak sergah angah je ni?"

"Angahlah... Pandang Kak Deeja tu sampai tak masuk-masuk nasi dalam mulut."

"Ni hah. Angah makan ni." Cepat-cepat Ziqri masukkan nasi ke mulut sebelum Zandra bersuara lagi.

"Okey, ngah. Selamat menjamu selera." Usik Zandra sebelum berlalu pergi.

'Deeja... Qurshiah Qhadeeja... Cantik nama secantik orangnya...' Gumam Ziqri. Sejujurnya, Ziqri belum berani nak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita lantaran kenangan lama mengusik jiwa.

Memikirkan apa yang Mimi lakukan padanya sebelum ini, cukup menyakitkan. Sehingga ke saat ini, Ziqri masih belum mampu melupakan kenangan pahit itu. Sakitnya, masih terasa sehingga ke saat ini.

Bukan takde wanita yang cuba mendekati dirinya. Tapi, Ziqri masih belum mampu membuka pintu hatinya untuk mana-mana wanita singgah. Takut dan bimbang akan dikecewakan buat kali kedua.

"Angah, terima segalanya dengan redha, ngah. Jangan berputus asa. Semuanya yang berlaku, ada hikmah tersendiri." Pesanan dari mama masih Ziqri ingat.

Ziqri cuba melupakan segala yang berlaku. Tapi, kebimbangan Ziqri yang tak bertempat membuatkan dia terus menutup pintu hatinya untuk mana-mana wanita. Bimbang, pisang akan berbuah dua kali. Walaupun sudah dinasihatkan berkali-kali, Ziqri tetap dengan keputusannya tidak mahu menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita selain mama dan adik perempuannya.

"Angah, tak semua perempuan macam Mimi, ngah."

"Tak, mama. Dorang semua sama je. Dorang semua mata duitan. Dorang tak jujur. Tak ikhlas nakkan angah. Dorang nak tumpang hidup senang je. Angah benci perempuan macam tu..."

"Habis tu, mama, adik, bukan perempuan? Jadi, angah bencikan mama? Bencikan adik?"

"Mama... Bukan itu maksud angah... Mama dan adik berbeza. Mama, syurga angah. Adik, penawar duka angah. Cuma... Angah belum bersedia untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidup angah."

"Sampai bila, ngah?" Ziqri tidak menjawab.

"Angah nak tunggu mata mama dan papa dah terpejam? Angah nak mama dan papa pergi dulu baru angah nak kahwin?" Ada riak terkejut terpampang di wajah Ziqri.

"Mama! Jangan cakap macam tu..." Ziqri menerpa ke arah mama. Tubuh tua itu dipeluk erat.

"Angah minta maaf. Angah tak nak kehilangan mama, papa. Angah cuba belum bersedia untuk kecewa buat kali kedua. Maafkan angah, mama. Tolong bagi angah peluang. Bagi angah masa dan ruang untuk angah cari semula semangat angah. Angah minta ampun, mama..." Rintih Ziqri. Jujur, dia terlalu sayangkan keluarganya.

jemput jenguk guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience