".......okay jadi itu lah kesimpulannya, apa ada bahagian yang tidak faham?" tanya Kimi selaku ketua kumpulan kami.
"faham" Marilyn dan Amir menjawab serentak. Aku hanya angguk kepala.
Mataku melirik ke arah jam dinding tempat kami berbincang. Dah pukul empat tiga puluh minit. Aku kena balik sekarang. Aku dengan cepat mengemas barang masuk ke dalam beg aku.
Tengah aku kemas barang, aku teringat yang aku lupa nak bagitahu Banga Raefan untuk ambil aku balik rumah. Tengah sibuk aku dengan fikiran dan mengemas barang, tiba- tiba bunyi ada orang bagi salam.
"Assalamualaikum"
Eh, macam suara Abang Raefan. Detik hati aku.
Kimi membuka pintu. "Waalaikumussalam abang Raefan"
"Deina, termenung apa lagi, cepatlah, jom balik" Abang Raefan menegur aku.
"Eh, ah jom, macam tahu sahaja dah nak balik"
Abang Raefan memandang Kimi, Kimi memandang Abang Raefan.
Aku mengabaikan mereka.
"Abang Raefan! Cepatlah"
"ya ya, jom"
"Kimi, Amir, Marilyn, aku pulang dulu, jumpa esok ya" aku mengundur diri.
"baik" mereka bertiga menjawab serentak.
"Assalamualaikum" Aku memberi salam.
"waalaikumussalam" mereka bertiga menjawab salamku.
"kak, bang, aku lapar, Raqan pun lapar" Raqie berdiri depan aku, lalu dia naik ke tingkat atas masuk ke biliknya.
"haih, lapar baru tahu nak cakap elok dengan kakaknya, kalau tidak sindiran sahaja yang keluarnya" Abang Raefan mengeluh.
Aku hanya diam, aku meletak barang- barangku lalu mula memasak.
"Deina, abang dah beli bahan masak, abang letak kat atas meja makan, masak guna bahan tu, nanti Deina kena marah lagi dengan Laila pula" ucap Abang Raefan.
"baik bang" aku menjawab ringkas.
Share this novel