BAB 25:Ops Gempur

Thriller Series 558

BAB 25:Ops Gempur

HUJAN turun lebat pula pada malam itu. Terminal keretapi masih kelihatan terang-benderang. Selepas membeli tiket di kaunter,Yen pun cepat-cepat memasang langkah dan meredah warga penumpang di terminal.

Bekas wartawan tabloid misteri SELONGKAR itu kelihatannya seperti sedang melarikan diri dari seseorang. Dia di lihat asyik menoleh-noleh ke belakang.

Berada dalam kerumunan orang ramai membuatkan dia berasa sedikit aman dan selamat. Dia pun duduk seketika di salah sebuah bangku dekat terminal bersama para penumpang lain untuk menunggu ketibaan keretapi.

Tiba-tiba suara itu muncul lagi.

"Kau fikir kau boleh melarikan diri dari aku?"

Tak bertangguh Yen bingkas bangun dan melihat-lihat ke sekelilingnya. Tiada pula di lihatnya 'orang' itu. Yang ada hanya para penumpang lain.

"Mana? Mana dia?"getus hati bekas wartawan SELONGKAR itu.

"Kau tak sepatutnya dedahkan foto-foto kematian sahabat wartawan kau untuk di terbitkan oleh pihak akhbar tabloid tu tempoh hari. Kau memang terlebih berani. Malah media arus perdana pun tidak seberani kau nak siarkan foto tu!"

''Jadi apa masalahnya dengan pendedahan tu?"balas Yen di dalam komunikasi secara telepati dari minda ke minda.

"Bumerang aneh yang aku gunakan untuk menombak tangan dan kaki rakan kau itu telah tersiar ke khalayak ramai. Itu telah menarik minat orang lain untuk datang ke Haunted Hills dan membongkar lebih banyak misteri. Kau harus terima akibatnya. Aku akan buru kau sehingga dalam keretapi!"

Oleh kerana merasakan kata-kata orang misteri itu berunsurkan ancaman,Yen pun lantas membatalkan hasrat untuk menaiki keretapi. Dia pun beredar dari ruangan menunggu.

Akhirnya Yen memilih untuk menyusup di padang terbiar di belakang stesyen terminal keretapi sambil meredah hujan yang masih turun. Kawasan itu samar-samar terang dan hanya bergantung pada cahaya rembulan yang kebetulan terang mengambang di dada langit.

"Fuh!"

Yen duduk seketika di bangku padang untuk mengambil nafas. Dia berharap agar orang misteri itu telah berjaya di tinggalkan jauh di belakang.

Dekat padang terbiar itu kelihatan ada jentera traktor tersadai di suatu sudut. Dalam samar-samar suasana itu anak mata Yen terperasan seperti ada kelibat seseorang sedang berdiri di atas bumbung kokpit pemandu traktor terbabit.

"Dah habis berehat?"tegur kelibat itu.

Langsung Yen tersentak. Rupanya orang misteri itu telah mengekorinya hingga kemari.

Baru dia hendak melarikan diri lagi,tahu-tahu sepasang bumerang telah meluncur laju ke arahnya.

"Arghhhhhhhh!!"

Yen terbaring ke padang dengan tubuh sudah di benami senjata tajam dan aneh bentuknya itu. Darah berlumuran.


__________________

BERITA kematian Yen Nazrin,bekas wartawan akhbar tabloid SELONGKAR heboh di media siar,cetak dan sosial. Pihak polis percaya beliau di bunuh oleh suspek yang sama dalam kes pembunuhan wartawan Izak tempoh hari.

"Auchh!"Yana menekup mulut dan tergamam saat menonton berita tentang Yen di kaca televisyen pejabat bersama staf dan wartawanan lain.

"Hm..memang tak ada lain lah suspeknya. Mesti orang misteri penjaga Haunted Hills tu jugak yang punya kerja"kata Asywina.

"Saya rasa dia akan buru setiap orang yang terlibat dalam mendedahkan rahsia dan aktiviti dekat tapak apartmen terbiar tu"Encik Rauf Johari membuat telahan.

"Uhuhu naya..naya..iya Kak Yana..ko masih berani lagi ke nak tulis pendedahan pasal Haunted Hills haa?uhuhu..iya kemungkinan beso lepas ni Konstabel Yazid pulak akan menjadi mangsa seterusnya ya..sekian"kata Yeob Maon membuat andaian.

"Itulah..akak pun dah pening kepala..naik serba salah di buatnya. Takkanlah semua informer kita akan di buru?"kata Yana.

Harun tercegat sambil berpeluk tubuh menatap ke kaca televisyen. Biasanya dia bersikap begitu kerana sedang galak berfikir tentang sesuatu.

"Yana..aku rasa elok engkau hubungi konstabel Yazid dan nasihatkan dia agar hati-hati. Aku pun dapat rasakan yang dia akan menjadi sasaran seterusnya"nasihat Harun.

Yana bersetuju dan terus menghubungi anggota polis terbabit.

                         ****

"Jangan risaulah Cik Yana. Saya kan anggota polis. Sejak kes terbaru melibatkan wartawan Yen Nazrin ni,pihak polis pun sedang giatkan usaha untuk buru suspek. Saya pun tak sabar nak tengok dia muncul depan saya"kata konstabel Yazid.

"Saya nak tanya..adakah pihak polis tahu hakikat yang orang misteri bukannya suspek manusia biasa.."

"Saya dah beritahu kepada pihak atasan. Tapi mereka ada masalah untuk mempercayai perkara-perkara di luar lojika seperti tu. Kita tengoklah nanti macam mana keadaannya"

"Baiklah kalau macam tu"

PIHAK polis mulai memandang serius akan kes ini setelah berlaku kematian ke atas dua orang wartawan SELONGKAR. Mereka juga mulai menimbang semula maklumat dari konstabel Yazid yang mana akhirnya sekumpulan anggota polis bersenjata telah di hantar ke tapak apartmen Haunted Hills.

Setiap blok apartmen terbiar itu mulai di periksa dari tingkat ke tingkat. Keadaan jadi kecoh bila beberapa orang anggota mendakwa terlihat kelibat seseorang yang amat aneh dan mampu menimbulkan hal-hal luar biasa.

PAMM! PAMM! PAMM! PAMM!

Terdengar bunyi das-das tembakkan dan kaca tingkap bertaburan. Berpasang-pasang kaki anggota polis berlari ke tingkat atas sebuah blok seraya terdengar jeritan meminta tolong.

"Arghhhhhhh!!"

"Sarjan Masri!!"

Terkejut skuad anggota polis itu sejurus melihat sarjan tersebut telah terbelenggu dalam suatu jaringan seperti lazer.

"Berundur! kamu semua jangan sentuh jaringan ni. Bahaya! Tengoklah jari saya hancur di buatnya"kata Sarjan Masri.

Tergamam para anggora polis yang ada. Mereka buntu dan tidak tahu bagaimana untuk membebaskan pegawai polis terbabit dari belenggu jaringan lazer hijau seperti tudung saji raksasa itu.

"Siapa dia tu Sarjan?

"Entahlah..hantu ke apa..aneh sekali wajahnya. Jaga-jaga..dia juga punya senjata yang aneh"Sarjan mengingatkan rakan-rakan dan anak buahnya.

Sementara itu di blok lain pula,ada anggota polis yang sudah di serang panik dan ketakutan apabila melihat ribuan akar-akar pokok seperti ular meliuk-lentuk muncul ingin menyambarnya.

Aaaaaaaaaaaaaa!!!

Lebih mengerikan apabila tiga orang anggota polis juga telah di serang oleh senjata seperti bumerang yang pelik bentuknya. Mereka terbaring dan tidak bergerak. Tidak dapat di pastikan apakah nasib ketiga-tiga mereka.

                       *****

BANGG!

Pintu rumah apartmen bernombor 713 terbuka di terjah oleh konstabel Yazid yang turut serta dalam opps gempur di blok apartmen Haunted Hills. Beliau sentiasa bersiap-siaga dengan senjata api di tangan.

Peluang itu di gunakannya untuk menaiki lif silinder kaca tersebut. Sekali ini beliau di temani tiga orang lagi anggota lain.

Lif itu terus membawa mereka naik ke puncak bumbung blok F.

"Hati-hati!"pegawai inspektor yang mengetuai skuad gempur blok F mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa waspada ketika mereka di munculkan di puncak bumbung bangunan terbabit.

Kini kesemua mereka tergamam bagai tidak percaya dengan apa yang di lihat di hadapan mata. Sebuah landasan telah di bina di situ. Juga terdapat sebuah jet pesawat yang aneh bentuknya.

Di atas permukaan lantai landasan itu terdapat pelbagai simbol-simbol yang aneh dan pelik.

Seseorang di lihat sedang duduk di dalam ruang kokpit pesawat. Inspektor pun memberi arahan kepada anggota bawahannya agar mengepung jet tersebut sambil mengacukan senjata api.

PAMM!

Satu das tembakkan di lepaskan ke udara oleh pegawai Inspektor yang sedang berdiri di hadapan jet. Beliau sengaja buat begitu sebagai tanda iayarat agar 'kelibat' yang sedang duduk di dalam kokpit segera keluar dan menyerah diri.

"Cepat keluar dan menyerah diri! kamu sudah di kepung!"tinggi suara amaran yang di beri oleh Tuan Inspektor sambil terus memerhatikan kelibat misteri itu dari luar tingkap jet.

Tak lama kemudian pintu jet aneh itu pun terbuka dari atas. Orang misteri itu pun berdiri kaku seperti patung. Kain jubah kulit leather hitam metalik yang di pakainya berayun-ayun di tiup angin.

Entahkah itu wajah sebenarnya ataupun hanya topeng yang di pakai,tiada pula sesiapa yang tahu. Akan tetapi ia nya sememangnya wajah yang aneh lagi menyeramkan.

Setelah melihat orang misteri itu berdiri kaku terlalu lama tanpa bergerak-gerak,skuad anggota polis pun mulai berasa curiga.

Tiba-tiba kepala orang misteri itu langsung tertanggal dan bergolek-golek ke lantai landasan hingga menimbulkan sedikit keseraman di dalam diri para anggota polis.

Tiit...tiitt..tiiit..

Keluar bunyi seperti signal dari kepala tersebut.

"Konstabel..periksa kepala tu!"Inspektor memberi arahan.

Konstabel Yazid pun menjalankan tugasnya. Kepala itu sungguh mengerikan malah mampu pula menimbulkan bunyi seperti siren.

"Tuan..saya mengesyaki ada bom waktu di dalam kepala ni"kata kontstabel Yazid.

Bergegas pegawai inspektor dan anggota lain pula memeriksa.

"Kita terperangkap!"

"Cepat kita lari'

"Tak sempat. Masa tinggal tiga saat dari sekarang"

POMM!

Kepala itu pun pecah lalu mengeluarkan habuk-habuk debu seperti spora hingga membuatkan para anggota polis yang berada di situ terhidu akan ia dan terbatuk-batuk.

Tiba-tiba orang misteri tanpa kepala itu pun melompat duduk ke kokpit pesawat. Pintu pun tertutup.

Tak bertangguh tembakkan demi tembakkan di lepaskan ke jet pesawat aneh itu. Namun sayangnya perbuatan itu hanya sia-sia.

Enjin pesawat pun di hidupkan. Dari bawah badan pesawat terbuka sebuah pintu kecil. Orang misteri itu sempat meninggalkan sebutir bom waktu yang sebenar berbentuk seperti bola bergolek-golek di kaki skuad anggota polis.

"Tuan! ini adalah bom waktu sebenar. Kita hanya ada masa tiga minit.."

"Cepat beredar semua!"

Pesawat itu pun menjulang tinggi di udara sebelum meluncur laju seperti peluru dan hilang dari pandangan.

Mujurlah skuad anggota polis sempat beredar turun dari blok F dan berlari sejauh-jauhnya dari tapak apartmen Haunted Hills,kerana selepas tiga minit kemudian telah berlaku suatu letupan yang dahsyat hingga meranapkan bangunan blok F rebah menyembah bumi.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience