"Hai!".
Teruja suaranya menyapa! Lelaki kacak yang sejak kebelakangan ini kerap masuk ke kedai serbaneka ini sudah datang seperti waktu yang sama setiap kali walau bukan setiap hari.
"Hai".
Perlahan sahaja. Tiada keterujaan dan senyuman miang dan menggodanya seperti selalu. Rita terpempam. Kenapa?. Terlalu tiba-tiba perlakuan lelaki kacak ini.
Rita mengekori arah berlabuhnya pandangan lelaki di hadapannya...
Huh! dasar...
Rasa menyampah menyerbu ke dada. Bengkak dan bengang. Sebentar tadi begini juga dan lelaki yang sebelum ini sekarang sedang bertanya itu ini kepada musuh tiba-tibanya.
"Baru ke?".
"Apa?".
"Budak tu."
"Ya."
"Nama apa?".
Bertanya dan bertanya dengannya tetapi pandangan tetap lekat pada si putih melepak yang sedang melayan lelaki yang sebelum ini.
"Buat ap..."
Belum habis cakapnya lelaki kedua sudah bergerak pergi ke arah musuh tiba-tibanya yang sudah meninggalkan lelaki pertama.
Rita genggam tangan jadi sebuku penumbuk. Genggam kuat-kuat menahan geram.
Boleh kata sejak tiga hari yang lepas pelanggan lelaki yang masuk ke kedai serbaneka ini memerlukan bantuan mencari barang.
Masalahnya hanya mahu bantuan dari musuh tiba-tibanya.
Rita merengus. Lelaki kedua tadi sudah dia tunggu lama. Sudah juga bagai memberi harapan kepadanya semenjak dua menjak ini.
Hari ini dia sudah marah sangat kerana lelaki yang barusan bergerak adalah crushnya yang sudah dia nampak akan harapan. Nampaknya sudah bergoyang harapan yang ada.
Eyy! Sakitnya hati!
@@@@@@@
"Kau kena tolong aku kak!"
Terjatuh barang yang Kak Ros pegang untuk dilekat barcode. Menjeling sekilas kepadanya sebelum mengutip barang dan meneruskan kerjanya yang terganggu.
"Ni patutnya kerja kau kan. Kenapa ada yang dalam kotak ni tak siap lagi?".
Cakapnya Kak Ros balas dengan urusan kerjanya yang tidak sempurna. Rita buat bodoh, ada yang lebih penting dari kerja lekat-melekat barcode.
"Kak...!"
"Kenapa kau ni!?".
"Budak tu lah!".
Kak Ros bangun. Menyambil mengutip alatan kerja lalu diletak di atas rak barang berdekatan.
"Apa dia buat?".
"Dia caras crush aku!".
"Jantan tu masuk tak nampak aku!. Ilmu setan apa dia pakai! Tak pun ada saka!".
Kak Ros tak memandang wajahnya yang bersungguh bercerita. Ralit mengutil pelekat barcode yang melekat di hujung baju kerja.
"Kau dengar tak Kak!?".
Rita sakit hati. Melihat sikap sambil lewa Kak Ros dan teringat peristiwa dipalau lelaki impiannya kerana mengejar musuh tiba-tibanya... Mendidih!.
"Pagi tadi..."
Kak Ros terhenti bercakap, Rita ikut menoleh arah pandangan Kak Ros. Musuh tiba-tibanya lalu dengan menolak troli penuh dengan barangan. Lalu sahaja, tidak menoleh kepada mereka.
"Apa kak?".
"Hah?".
"Kau nak cakap apa?".
"Oh, pagi tadi laki aku hantar aku..."
"Mende kau ni Kak!? Memanglah laki kau hantar tiap pagi. Cerita berenti-berenti."
Rita naik angin dengan sikap Kak Ros, pengurus cawangan kedai serbaneka ini. Dia tengah mengadu boleh pula perempuan ini sibuk dengan cerita dia pula!.
"Biasa dia hantar terus balik. Ni... dah dua hari, lepas aku turun motor masih tercongok depan kedai sampai aku bukak pintu."
"Kau ni kan Kak! Sakit hati akulah! Aku mengadu rasa hati boleh pulak kau cerita benda sweet-sweet laki bini!".
Rita hentak kaki macam budak-budak. Melepaskan geram dan sakit hati. Serasa mahu menangis tidak dilayan luahan perasaannya.
"Eh baghal! Laki aku dok tercongok lagi depan kedai nak menengok perempuan tulah bodoh!".
Rita tidak jadi melangkah. Berpaling semula menghadap Kak Ros.
"Betulkan aku cakap. Perempuan tu makai tu. Entah ilmu apa agaknya. Tengok cara dia merenung orang, perasan cantik!".
"Semalam ada customer tu masuk semata-mata nak mintak nombor telefon dia!".
Rita teringat cerita semalam. Bengang betul dia sejak tiga hari ini.
"Sekejap lagi aku settle kan."
Usai bercakap Kak Ros bergerak membawa alatan barcode ke belakang kedai. Menghilang di sebalik pintu yang berbidai.
@@@@@@@
Perempuan putih melepak itu ralit dengan kerjanya. Menyusun barangan di rak yang memanjang dan bertingkat-tingkat.
Jawatan dia sebagai pembantu kedai di kedai serbaneka ini. Hari ni hari ketiga dia di sini.
Caranya macam psycho pun ada juga. Tidak berbual dengan mereka yang lain dan kelihatan khayal di dalam dunianya sendiri.
Seram!.
"Hei!"
Kak Ros sepak tepi kasut musuh tiba-tibanya. Perempuan itu yang bertinggung mendongak kerana Kak Ros di sebelah berdiri dekat.
Dari bertinggung perempuan itu bangun dan berdiri tegak. Menghadap Kak Ros selaku pengurus cawangan. Tau takut!.
"Parents kau drug dealer kan."
Rita dan Ami terus ketawa dengan ayat yang keluar dari mulut Kak Ros. Ami si bendul hanya mak turut. Ami takut dengan Kak Ros sebab Kak Ros banyak simpan rahsia Ami mengikut teman lelakinya merempit.
Mereka berdiri berdekatan yang cuma berjarak oleh satu rak dari tempat Kak Ros dan perempuan itu berdiri.
Maklumat yang ini sudah mereka tahu dari hari pertama perempuan itu masuk kerja tapi disebabkan dari hari pertama perempuan itu rajin bekerja walau diarah apa sahaja jadi Kak Ros diamkan sahaja.
Hari ketiga barulah maklumat itu berguna kepada mereka. Walau tak berkait dengan urusan kerja lantaklah. Janji boleh diguna untuk nyahkan perempuan itu dari kedai serbaneka ini.
"Kes sedang berjalan. Dituduh, belum didakwa bersalah."
Perempuan itu berbunyi membela diri.
Kak Ros tersenyum mengejek. Untuk tambahkan sakit hati perempuan itu Rita dan Ami ikut ketawa sekali lagi.
"Kenapa masa kau mohon aritu tak ada cakap?. Padahal muka kau viral masa dia orang kena tahan."
Perempuan itu jeda. Kulit putih melepak itu nampak berwarna di atas tulang pipi dan dahi. Malu agaknya. Padan muka!.
"Gaji kau dua hari nanti company kredit akaun. Ambil barang kau... sekarang!"
Tak ada egh atau ogh perempuan itu terus berlalu ke belakang kedai. Mereka bertiga mengikut langkah perempuan itu dengan pandangan mata sehingga hilang di balik pintu yang berbidai.
Kak Ros mendekat kepada Rita dan Ami. Mengangkat kedua belah tangan tinggi. Rita dan Ami tepuk seorang sebelah tangan Kak Ros dengan bunyi 'high five'.
Mereka bertiga ketawa suka. Selesai masalah. Apa susah sangat nak fikir lama-lama.
@@@@@@@
"Hai!".
Teruja suaranya menyapa! Lelaki kacak datang lagi. Waktu yang sama setiap kali dan dua hari selepas terakhir kali yang lalu.
"Hai".
Perlahan, hampir tidak kedengaran. Hilang sudah sepenuhnya keterujaan dan senyuman miang dan menggodanya yang dia harapkan seperti dulu-dulu.
Tapi tak mengapa. Kita tunggu dan lihat. Mungkin hari ini sahaja. Mungkin dan tidak mustahil balik asal. Maklumlah kedatangan pertama sejak terakhir kali dua hari yang lepas.
Berjalan melepasi Rita di kaunter hadapan seolah dia hanya barangan jualan bukan barang yang diperlukan di rak pameran.
Rita sekadar mengekor dengan pandangan. Apa lagi mampu dia lakukan. Jatuhlah air mukanya jika dia mengekor lelaki itu di dalam ruang kedai.
Ini kedai serbaneka tahun 2024 bukan kedai pakaian atau kedai zaman dahulu yang jurujual akan mengekor pelanggan macam bayang-bayang.
Lelaki itu berlegar dari satu rak ke satu rak. Tapi mata bukan pada barangan yang beratur di atas bawah para.
Akhirnya berhenti di tepi Ami yang sedang menyusun barang di rak paling tepi tapi masih kelihatan dalam sudut pandangan Rita.
Bertanya sesuatu kepada Ami sebelum berdiri tidak tegak, bergoyang-goyang badan dengan sebelah tangan menyeluk kocek seluar dan sebelah lagi mengurut-urut dagu mendengar Ami yang menerangkan sesuatu.
Kemudian segera keluar dari kedai tanpa menoleh kepada Rita yang berdiri mengharap lelaki itu menoleh dengan senyuman miangnya kepada dia.
'Arghh!'
Assalamualaikum kwn2. Ni testing 123. Nk cari mood je. Susah btul nk tarik idea dpt cite baru. Nk dpt tulis yg ni pn gila lama asik taip delete taip delete. Doakan asbab testing 123 ni Sy dpt idea ye. Kpd yg sudi singgah bce mohon tinggalkan Komen ye. tqvm sume
Share this novel