Bab 2

True Story Series 282

Sepanjang mak membesarkan aku sebagai seorang ibu tunggal, berbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Aku tidak mengeri apa-apa ketika itu. Tapi andai ketika itu mak sedang bersedih atau marah, aku akan cuba menjauhkan diri.

Setakat rotan, penyangkut baju apalah sangat. Aku sudah biasa. Badan aku pun sudah lali. Tapi aku tidak pernah berdendam dengan mak.

Anak kecil seusia enam tahun. Apalah yang ada dihatinya. Pengertian dendam pun tidak tahu. Bila malam aku akan tidur di bawah ketiak mak. Jadi aku tahu, walau mak marah macam mana pun, aku tetap akan tidur di sisi mak.

Pernah aku bergaduh dengan adik sepupu kerana berebut kuaci. Mak menyebelahi aku sehingga dia tidak menyapa dengan adiknnya berhari-hari atau mungkin berminggu-minggu. Malam kejadian mak keluar dari rumah pergi ke kedai. Dari tingkap rumah aku memanggil mak.

"Mak, mak....nak ikut".

Mak tidak berpaling. Aku hanya nampak mak menyapu muka dengan tangannya. Menyeka air mata barangkali.

Kehidupan keluarga kami berlalu seperti biasa. Pagi-pagi nenek akan ke sawah padi dan petangnya pula di kebun sayur dan sawah padi huma di atas bukit. Aku dijaga oleh adik lelaki mak yang bongsu. Dialah yang mengasuh aku, menghantar dan memgambil dari sekolah. Waktu petang aku akan ke kebun bersama nenek.

Mak ketika itu bekerja di kilang kain. Begitulah rutin harian kami sekeluarga. Mak ada empat orang adik beradik. Kakaknya yang sulung tinggal di Perak. Adik mak yang ketiga tinggal di kampung yang sama dan setiap hari akan berulang alik ke rumah nenek bersama anak-anaknya. Mak tinggal bersama nenek dan adik lelaki bongsunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience