Rate

HFM 52 | | Ketahuan!

Romance Series 110280

BUNYI BIP DARI MESIN bantuan pernafasan menghuni bilik rawatan dimana katil yang menempatkan Dihya berada. Dari topeng oksigen, tiub IV drip dan alat pembaca detak jantung terpasang pada wajah dan tangannya. Namun begitu mata itu masih tertutup.


"Mujur masih sempat. Sekiranya tuan lambat sedikit sahaja lagi, pesakit mungkin takkan dapat diselamatkan."ujar doktor dihadapan Zane dengan suara perlahan." Menurut laporan darah, pesakit telah didapati mengambil sejumlah dosis trazodone dan doxepin yang sangat tinggi. Yang mana melebihi dari had selamat. Selain tu, terdapat kandungan temazepam yang mana menjadi punca kenapa pesakit ini tidak sedarkan diri.... "

Kening Zane berkerut. Tercengang lepas dengar penjelasan doktor. Nama-nama ubatan yang disebut oleh doktor itu amat familiar buat Zane. Kerana dia juga pernah mengambil kesemua jenis drug itu untuk masalah insomia yang dihadapi selama beberapa tahun kebelakangan ini. Tapi selepas Dihya bersama dengan dia, dia tidak lagi mengambil sebarang dadah mahupun ubat-ubatan.

Jadi datang dari mana semua ubat tu?Dan bagaimana Dihya boleh overdose!? Sedangkan semuanya baik-baik aje. Tiada sebab untuk Dihya membahayakan diri dengan mengambil ubat tidur dengan jumlah yang banyak!


"Adakah isteri tuan mempunyai sejarah masalah kesihatan berkenaan dengan ubat ubatan ni?" tanya doktor lagi hendakkan kepastian. "Sebab kalau tiada sejarah, itu bermakna isteri tuan cuba melakukan hal yang berbahaya dengan mengambil sejumlah ubat sebanyak ini."

Menjeling tajam mata Zane sebaik dengar. Pantang betul dia!


"No. Dia tiada sejarah masalah kesihatan. Dan saya tak simpan sebarang ubat ubatan di dalam rumah saya, jadi tak mungkin dia cuba bunuh diri."tegasnya selepas itu.


"Kalau begitu, besar kemungkinan isteri tuan telah consume sejumlah ubat ubatan yang banyak sehingga overdose tanpa sedar. Ada tak apa-apa yang mungkin membawa kepada pengambilan makanan atau minuman tertentu yang mungkin telah bercampur dengan mana-mana ubatan tersebut."

Makanan?

Kening Zane terangkat sebelah kiri. Tangan yang bersilang pada dada tadi jatuh ke sisi kerana terkesima.

Memangnya Dihya makan apa? Setiap diet dan pemakanan Dihya dia yang kawal dan pantau. Jadi mustahil akan berlaku keracunan.

Kecuali la kalau-


"Buat masa sekarang kami beri rawatan dengan flush pump untuk buang semua bahan kimia di dalam perut dan darahnya. Disebabkan isteri tuan menerima rawatan agak lewat, keadaannya masih kritikal kerana kekurangan oksigen di dalam darahnya. Kita hanya akan tahu keadaan sebenar selepas isteri tuan sedarkan diri. Sementara waktu itu isteri tuan akan di tempatkan dalam pemantauan kami." tambah doktor lagi.

Setiap bait kata dan penjelasan dari doktor itu hanya dengar tak dengar sahaja oleh Zane. Fikirannya ketika itu sedang ligat berfikir. Ia masih tidak habis fikir bagaimana Dihya boleh overdose dengan ubat tidur sedangkan tiada sebarang ubat tidur yang boleh Dihya akses. Kecuali ada yang telah sabotaj makanan Dihya!


"Itu sahaja dari saya. Sekiranya ada apa-apa tuan boleh maklumkan pada jururawat bertugas atau terus dapatkan saya."pamit doktor.

Tanpa mengatakan apa-apa Zane mengangguk perlahan. Dia masih dalam keadaan terkedu dengan keadaan yang menimpa Dihya.

Bagai tak percaya pun ada. Sebab tak pernah terlintas dalam fikiran dia Dihya akan cuba membunuh diri apalagi overdose. Untuk alasan apa Dihya lakukannya? Itu persoalan yang terlintas dalam fikiran Zane pada mulanya.

Namun begitu sesaat selepas itu, Zane di hentak dengan satu kenyataan. Kenyataan yang mana membuatkan dia hilang kata-kata.

Obviously, Dihya takkan cuba bunuh diri melainkan ada orang lain yang cuba nak sakiti Dihya sejak awal lagi!

Dan orang tu tak lain tak bukan isteri dia sendiri. Memangnya dekat dalam dunia ni selain ayah dia siapa aje yang akan memusuhi dia kalau bukan Astrid!

Perempuan tu! Tak faham bahasa agaknya! Nak sangat dapat masalah dengan dia ke?


Hah! Zane memejamkan mata saat dongak mencekak pinggang. Nafasnya di atur sebaik mungkin untuk tenangkan diri dari hilang kawalan. Berani-beraninya Astrid menyentuh Dihya selepas dia beri amaran pada isterinya itu! "F***!" rambutnya dikuak ke belakang dengan berang.

Perlahan-lahan Zane membuka mata. Keningnya berkerut sebaik tertancap pada sekujur tubuh yang terlantar tidak sedarkan diri di atas katil. Betapa sesak dan beratnya dada dia ketika ini. Melihat Dihya dalam keadaan begini benar-benar menyakiti dia.

Kenapa, balik-balik dia yang jadi punca Dihya disakiti!

Kalau bukan mengenangkan keadaan Dihya, memang dah lama dia serang isterinya sekarang. Tapi tidak. Zane belajar untuk tenangkan diri dan bersabar. Sebab dia tahu Dihya takkan suka kalau dapat tahu apa yang dia lakukan nanti pada Astrid.

Untuk itu sehingga Dihya sedarkan diri, dia akan biarkan hal ni dulu. Dan bila tiba masanya, dia akan kenakan hukuman setimpal pada Astrid!


"KENAPA SUSAH SANGAT kau nak jawab call aku ni Zane?" bebel Sarah dalam panggilan.

Lee di sebelah Sarah sedang duduk melunjur di sofa sambil menonton siaran langsung perlawanan ragbi pasukan kegemarannya. Sebelah tangannya merangkul bahu Sarah.


"Aku busy. Kau nak apa call aku ni?"grumpy sahaja suara dalam panggilan tu. Sampaikan Sarah yang dengar pun terus mencemik bibir mengajuk cara Zane bercakap. Menyampah betul. Langsung tak ada mesranya. Entah kenapa Dihya boleh tahan hadap perangai kepala angin Zane ni! Sampai sekarang dia tertanya-tanya.


"La... Call pun dah tak boleh ke? Nanti aku mesej memang jangan harap la kau nak balas. Inikan lagi berjumpa memang dah kena maki direct dengan kau...memangnya kau beria sangat ke nak putus hubungan dengan aku even aku ni cuma adik tabung kau?"Sarah duduk tegak dari menyandar pada Lee ekoran geram.

Sementara Lee sedikit pun tidak terganggu. Lelaki itu terlalu khusyuk melihat bola ragbi di baling ke sana sini oleh pemain di skrin tv.


"Kalau kau nak cari gaduh dengan aku, bukan sekarang, Sarah."

Tidak semena, kerutan dan riak tidak puas hati Sarah melurut. Suara Zane kedengaran berat dalam panggilan itu. Sarah yang sudah mengenali Zane bagaimana, dia boleh bezakan sendiri mood Zane hanya mendengar suara itu. Dan ini adalah kali pertama dia dengar suara Zane begini.

Memangnya ada sesuatu yang dah berlaku ke?


"Hei, kau okay tak ni? Something berlaku dekat kau ke?"Sarah menepuk peha Lee laju-laju. Memeranjatkan teman lelakinya itu. Dia beri isyarat agar Lee memperlahankan suara tv itu agar dapat mendengar lebih jelas suara Zane dalam panggilan itu.


Zane mendiam.


"Ada apa ni Zane?" kerut Sarah semakin gusar. Abangnya ini jarang buat perangai macam ni. Memangnya serius ke hal tu. "Kau-"


"Astrid cuba racun Dihya dengan ubat tidur tiga hari lepas."beritahu Zane tidak semena.

Membuntang mata Astrid sejurus itu. Dengan nafas tertahan mulutnya terbuka tutup tidak tahu hendak berkata apa. Astrid buat apa?!

Racun Dihya?


"Dihya masih belum sedarkan diri lagi gara-gara overdose. Aku sekarang ada dekat hospital..."murung sahaja suara Zane ketika itu.

Gulp! Well.... Dia tak terkejut yang Astrid berani sakiti orang. Sebab ini bukan kes pertama Astrid. Perempuan menakutkan tu dah buat lebih teruk dari ni pada ramai perempuan simpanan Zane sebelum ni. Tapi untuk kali ni, entah kenapa dia terasa sangat yang Dihya disakiti. Sedangkan Dihya pun lebih kurang sama jugak dengan perempuan simpanan Zane yang lain.


"Overdose kau cakap?" Sarah menggigit jari dek cemas.

Yang mana disedari oleh Lee ketika itu. Lelaki tersebut terus mengajak ke sisi Sarah. Mendakap belakang badan Sarah kerana ingin tahu.


"Kenapa ni baby? Siapa yang overdose?"

Bersama mata berkaca, Sarah pandang tatapan Lee dengan perasaan serba salah. Macam mana ni, gara-gara dia Dihya disakiti. Kalau Zane dapat tahu tentang semua ni berpunca dari dia, pasti abangnya takkan maafkan dia sampai bila-bila!

I did write all three chapter for today at the same day. Tinta takut nanti minggu dpn tk dn nak update sebab busy. So tinta try tebus balik hari yang Miss update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience