BAB 3 ~PENANTIAN

Romance Series 13925

SETELAH 18 tahun penantian, akhirnya Daniyal di pertemukan kembali dengan kawan baiknya. Sudah pelbagai cara dia usahakan, malangnya usahanya sia-sia. Sehinggalah dia bertemu Ilham yakini rakan sekelasnya, yang menyatakan bahwa Siti tinggal di kampung yang sama dengan atoknya. Sebab itulah dia kemari, dan benar saja. Siti kini ada di depan matanya.

"Lama tak jumpakan. Awak apa khabar?."

"Seperti yang awak tengok. And you?."

"Saya macam nilah. Kadang-kadang sakit, kadang-kadang sihat. Biasalah tukan. Dah nak masuk angka 4.."

"Tulah, kita dah tak muda lagi. Oh ya, awak dah kahwin ke?. Mesti dahkan. Dengan siapa?."

"Belum. Tengah mencarilah ni."

"Belum?. Seriuslah !. Bukan ke awak kaya raya. Kalau masalah cari isteri. Petik jari jelah. Ke, awak masih dengan trauma yang sama." Siti meneka.

Daniyal mengangguk.

"Takpa. Masalah jodoh ni, biar takdir yang menentukan. Kalau dah sampai waktunya nanti, pandailah jodoh tu datang sendiri. Yang penting, awak banyakkan berdoa. Saya yakin, satu hari nanti. Pasti akan hadir seorang gadis yang akan sembuhkan trauma awak tu. Percayalah cakap saya."

"Kalaulah mama saya berfikir macam awak. Kan bagus."

"Kenapa dengan mama awak?."

"Mama saya paksa saya kahwin dengan anak kawan baik dia tu. Jadi, dia bagi saya masa 4 bulan. Kalau saya tak bawa calon isteri jumpa dia. Ya, terpaksalah saya kahwin dengan pilihan dia."

"4 bulan mana cukup."

"Kan."

Terlihat seorang gadis datang menghampiri mereka dengan membawa dulang di tangan, lalu di sajikan di atas meja. Betapa Daniyal terkejut dengan kehadiran Raz. Membuatnya tertanya-tanya. Apa kaitan gadis itu dengan kawan baiknya?.

"Jemput minum pakcik." Pelawanya lalu melangkah pergi.

"Silakan Daniyal. Ni je yang saya mampu." Kata Siti sambil menuangkan teh ke dalam gelas pemuda itu.

Namun, Daniyal sama sekali tidak merespon kata-katanya. Malah asyik memandang anak daranya. Sehingga Raz hilang dari pandangan mata.
"Amboi. Tengok anak dara orang, sampai nak juling mata tu ya."

"Anak awak?."

"Yap, anak saya. Kenapa?. Awak kenal dia ke?."

“Oh. Kenal macam tu je. Dia pernah tolong adik saya. Tak sangka pulak, dia anak awak. Tu je ke anak awak."

“Aa. Dia satu-satu anak saya, yang saya sangat sayang. Kalau boleh, saya nak selalu di dekat dia. Tapi tulah, keadaan tak mengizinkan. Dia kerja jauh di bandar. Sekarang ni pun, dia cuti just 3 hari je. Habistu, susahlah nak tengok muka dia lagi."

"Kalau boleh saya tahu, dia kerja apa?."

"Kedai dessert. Ada bagus juga dia ada penghasilan sendiri. Saya ni belum tentu hidup lama. Ada suami pun tak boleh di harap."

"Apa cakap macam tu?. Tak sukalah dengar."

“Saya menghidap kanser hati tahap 3."

“What !, kanser hati tahap 3. Raz tahu tak yang awak sakit ni?."

“Saya tak nak dia susah hati, fikirkan saya."

“Bagitahu saya, berapa kos rawatan untuk penyakit awak ni. Biar saya yang tanggung semuanya. Jangan risau, saya tak minta ganti. Tengok awak sihat, cukup buat saya lega."

"Terima kasih jelah. Saya tak nak menyusahkan siapa-siapa. Bukan ke mati itu pasti. I redha dengan ketentuannya." Tolaknya.

“Kalau awak mati, Raz macam mana?. Dia hanya ada awak. Ingat sikit anak."

"Awak ingat lagi tak dengan taruhan kita. Taruhan di mana siapa yang kahwin dulu, dia bebas minta apa saja."

Daniyal mengangguk. "Ingat. Awak nak saya buat apa?."

"Saya tak minta banyak, saya hanya nak awak jaga Raz."

“Maksud awak, saya kena kahwin dengan Raz.”

“Tak semestinya saya suruh awak jaga dia. Awak kena kahwin dengan dia. Taklah. Hanya minta awak tolong jagakan dia. Jaga dia, sampai dia di pertemukan dengan seorang lelaki yang boleh buat dia bahagia. Bolehkah?."

"Awak jangan risaulah. Saya janji akan akan jaga dia macam nyawa saya sendiri. Jangan terlalu fikirkanlah. Anak awak, anak saya juga."

"Can you keep your promise?."

“Yes i will.”

“Thank."

"Most welcome. Oh ya bila Raz balik?."

"Kenapa tanya?. Jangan harap dapat kahwin dengan Raz. Ingat sikit yang awak tu dah tua. Lagipun tak mungkin menantu saya, kawan saya sendirikan. Nak panggil apa?."

"Saya dah tahu sebab kenapa saya tak kahwin-kahwin."

"Kenapa?."

"I think, Raz jodoh saya. Yelah, kami asyik bertemu je. Tahu-tahu dia anak awak. Tak ke satu kebetulan tu. Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa Raz yang selalu bantu saya. Mungkin, Allah kirimkan Raz untuk gantikan awak. Tak dapat awak, Raz pun jadilah."

“Amboi. Pandainya main teori. Ingat umur tu Tuan Daniyal. Kalau awak kahwin pun, anak awak sebesar Raz tau. Awak sesuai jadi pakcik Raz. Bukan suami dia."

"Kalau dah jodoh, tak kira umur Puan Siti oi. Rupa dia sama macam awak. Perangai dia juga sama macam awak. Kalaulah saya jadi menantu awak. Takda masalahkan."

"Jangan berguraulah. Tak mungkin awak jatuh cinta dengan anak saya. Saya kenal awak tau. Cita rasa awak bukan anak saya."

“Mak." Raz mencelah.

"Ai Raz. Nak kemana?."

"Raz nak ke kedai kejap. Beli barang dapur."

"Raz nak ke kedai. Mehlah, daddy temankan. Kebetulan, saya nak beli tikar untuk malam ni. Jomlah."

"Daddy, daddy. Saya ketukkan kepala tu baru tahu."

"Takpa pakcik. Saya boleh jalan kaki. Lagipun, kedai dari sini tak jauh. 10 minit dah sampai." Tolak Raz.

"Saya tunggu kamu dalam kereta." Arah Daniyal lantas melangkah pergi.

"Mak. Tak nak." Renggek Raz.

"Ikut jelah. Jangan risau. Kawan mak baik orangnya. Kalau dia berani apa-apakan kamu. Bagitahu mak. Pandailah mak hajar dia nanti."

"Baiklah. Raz pergi dulu. Mak jaga diri." Pasrah Raz, sambil bersalaman dengan ibunya. "Assalamualaikum." Lalu berjalan malas ke kereta pemuda itu.

"Waalaikumsalam." Jawab Siti.

SEMENTARA di restaurant 5 bintang. Terlihat Puan Eza bersama sahabatnya yakini Puan Elly sedang menikmati sarapan bersama.

"Mana bakal menantu I?."

"Harinikan hari pertama dia masuk office."

“Oh yeke?. Apa jawatan dia?.”

"Marketing manager."

"Untunglah you, anak-anak you dah ada tempat di THE LION GROUP. Tak lama lagi, 'THE LION' jadi milik keluarga youlah ni. Makin kayalah you."

“Tak semudah tulah you, sebab masih ada Haris dan anak bongsu dia. Mereka waris utama juga. Selain suami I."

"Bukan ke si bongsu dah lari dari rumah?."

"I dengar, yang bapa mentua I cari dia lagi. Dia suruh Haris yang carikan"

"Kenapa pulak?. Mentua you tak serik-serik lagi ke?."

"I pun tak fahamlah. Kalaulah si Siti tu ada anak. Tak ke nanti, bapa mentua I, sayang giler dekat cucu baru dia nanti."

"You jangan risaulah. Belum tentu Siti ada anak. You tahu sendiri suami dia bermasalah. Jangan-jangan dianya dah mati. Lagipun dah 20 tahun masa berlalu. Dalam masa 20 tahun tu dia tak balik-balik. Itu bermakna dia dah tak perlukan keluarga dia lagi."

"Betul juga. Kenapa I tak terfikir ya. Bijaklah you ni. Terima kasih dah buat I kembali tenang. You yang terbaiklah."

"Dah, jangan di fikirkan lagi. Yang penting sekarang, anak-anak you kena ambil hati mentua you. I yakin, The Lion Group akan jadi milik keluarga you."

"Thank sebab dah kembalikan kepercayaan I. Love you."

"Love you too." Balas Puan Eza.

• •

DALAM perjalanan menuju pulang, terlihat Raz hanya mendiamkan diri. Tidak tahu ingin membahas apa. Kerana suasana terasa asing baginya. Mana tidak kenal pun tak, tiba-tiba ajak keluar bersama. Katanya temankan pergi kedai, ini entah kemana saja pemuda itu membawanya.

'Apa budak ni saja, aku buat bini. Tapi dia nak ke dengan aku ni?. Umur aku dengan mak dia tak jauh beza. Aku ni sesuai jadi ayah dia, bukan suami.' Katanya dalam hati.

"Terima kasihlah pakcik sebab dah temankan saya belanja, siap bayarkan lagi."

"Takda masalah, untuk bakal is..." kata-kata terhenti ketika sedar apa yang ia katakan.

"Bakal is apa?."

“Maksud saya takda masalah. Lagipun, mak kamu dah saya anggap keluarga. Begitu juga dengan kamu. Oh. Kalau perlukan bantuan, jangan segan bagitahu saya. Saya pasti akan bantu."

“Pakcik dah lama ke kenal mak saya?.”

“Dari tadika lagi kami sama-sama, sampai sekolah menengah. Habis je sekolah, mak kamu terus hilang tanpa khabar. Tak sangka pulak, Siti mak kamu. Oh ya, mak kamu cakap, yang kamu kerja kedai dessert. Betul ke?."

"Mana ada."

Jawapan Raz membuatkan Daniyal memandang sekilas gadis itu.

“Jadi, kamu kerja apalah?.”

"Pembantu rumah."

"Pembantu rumah?." Ulang Daniyal

"Tepat sekali. Pembantu rumah. Gaji dia, lumayan besar. Cukup, buat saya bayar hutang itu ini. Walaupun, taklah cukup sangat. Tapi, ada."

"Aik, mak kamu cakap yang kamunya kerja kedai dessert. Jadi sekarang ni, kamu tipu dialah ni?."

"Misalnya saya bagitahu dia. Saya yakin, mak saya takkan izinkan. Kalau dia tak izinkan, kami dah makan apa?. Setakat kerja kampung, jual kuih-muih. Mana cukup. Hutang saya bukan makin berkurang. Makin bertambah adalah. Tapi apapun bebannya, saya tak nak bagitahu mak saya. Biar saya hadap sendiri."

"Kalau boleh saya tahu, berapa hutang kamu agak-agaknya."

"Tak perlu tahulah. Nanti pakcik kena serangan jantung. Siapa susah?. Saya juga."

“Ingat semua orang tua, semuanya sakit jantung ke?. Darah tinggi adalah. Bagitahu jelah berapa hutang kamu?. Mana tahu saya dapat bantukan, sikit-sikit.”

“Dah pakcik yang paksakan. Tak payah cakap tentang hutang lainlah. Hutang ayah saya dengan along, ada RM67,600 dah termasuk bunga. Dan, jumlah tu akan terus bertambah. Sekiranya ayah saya kalah judi."

“RM 67,600 !. Gilalah. Semua tu kamu yang tanggung?.”

"Siapa lagikan. Sebab tu saya selalu lambat bayar wang rumah sewa. Bukan saya tak nak bayar. Sebab nilah. Mesti, boss pakcik marahkan."

"Jangan risaulah. Boss saya dia mesti faham keadaan kamu. Oh ya, kalau saya tanya. Kamu marah tak?."

"Tak. Tanyalah."

"Kalaulah saya masuk meminang kamu. Kamu nak tak?."

“Tak nak.”

“Kenapa pulak?. Saya ni, bujang terhot tau. Banyak yang nak. Betul ni, kamu tak nak?."

“Saya tak nak, jangan di paksalah. Ni hati, bukan nasi lemak. Kalau dah bujang terhot tu, kenapa sampai sekarang tak laku. Dah jelas-jelas, pemilih. Jangan terlalu memilih sangat, nanti sampai ke tualah single baru tahu." Jawab Raz tanpa takut lagi. "Perempuan malang manalah yang jadi isteri pakcik nanti. Saya harap dia tak menyesallah, bersuamikan pakcik."

Kata-kata Raz bagaikan sembilu yang menusuk hatinya.

“Ok fine. Ingat kamu sorang je ke perempuan dalam dunia ni. Masih banyak lagi yang nakkan saya." Rajuknya.

“Silakan. Itu pun, kalau adalah.” Cabar Raz beserta ketawanya. Membuatkan Daniyal bertambah kesal.

"Kamu nikan..,"

"Jangan marah, nanti ginjal kena jual."

Daniyal menarik nafas dalam-dalam, lalu di hembusnya perlahan. Nasibnya baik, kerana gadis itu anak kawan baiknya. Jika tadi orang lain, dah dia tinggalkan dekat tepi jalan.

“Kamu tengoklah nanti. Orang tua ni juga yang tolong kamu nanti.”

Kata-kata Daniyal hanya Raz balas dengan senyuman saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience