bacdh 'Jatuh Motor'

Drama Series 55610

"You!".

Hamdan tidak mengangkat wajah memandang Faridah sebaliknya menghentikan kerjanya dan mencapai kertas A4 yang diletak Faridah di atas meja. Apa ni?.

Penyata kad kredit. Hamdan membaca ringkas.

"Sakit apa sampai tujuh ribu plus plus?."

"Sebab tu I print. She never used her credit card before suddenly I received a bill with this amount.”

"Jangan tanya Dida. Awak call hospital and ask them if your credit card has been charged that amount and you want to know the reason.”

"Okay."

@@@@@@@

Khaleeda dengar bunyi alarm pintu. Seseorang pulang dan tidak mungkin ibu bapanya kerana mereka sudah ke Johor Bahru untuk urusan perniagaan selama empat hari dan baru satu malam mereka di sana.

Khaleeda cuba sudahkan kerja mencuci pinggan cepat-cepat, mengeringkan tangan kemudian bergerak ke ruang hadapan. Tiada Yusoff tapi kunci rumah dan kunci motorsikal ada di dalam bakul khas di atas meja di sisi tangga.

Yusoff sudah pulang. Hari ini Yusoff pulang lewat. Petang tadi Yusoff menghantar pesanan supaya Khaleeda makan dahulu jangan menunggunya.

Sekarang sudah lama isyak baru Yusoff tiba dan terus naik ke atas. Biasanya selama lebih sebulan Yusoff di sini, pulang sahaja kerja pasti mencarinya di dapur sebagai memberitahu dia sudah pulang kerana Khaleeda suka duduk di situ.

Khaleeda panjat tangga naik ke tingkat atas. Hatinya bimbang tiba-tiba. Buka sahaja pintu Yusoff sudah membentang sejadah untuk solat isyak.

Khaleeda duduk di pinggir tilam sambil melipat beberapa helai pakaian sementara menunggu Yusoff selesai.

"Abang dah makan?"

Ketika Yusoff sudah berdiri sambil melipat sejadah Khaleeda menyoal.

"Ya dah, sorrylah saya makan luar."

"Tak apa. Di buat rendang kerang kalau kejap-kejap lagi Abang nak makan Di panaskan."

"Okay... terima kasih."

Sebulan ini beginilah corak perbualan Khaleeda dan Yusoff. Tersusun dan ringkas-ringkas sahaja. Ketika Khaleeda berpaling selepas selesai memasukkan baju ke dalam gerobok dia tersentak.

"Abang!".

@@@@@@@

Khaleeda mendekat. Mahu melihat lebih jelas.

"Kenapa ni!?".

"Sikit je."

Yusoff menjawab selamba. Khaleeda usap pipi Yusoff yang calar. Dahinya ada benjol yang agak besar dan lebam kebiruan. Khaleeda selak ke atas lengan pendek baju Yusoff kerana perasan di situ juga ada lebam panjang tanpa luka.

"Kenapa ni!?"

"Jatuh motor. Alah sikit ajelah."

"Macam ni sikit?. Kenapa tak cakap Di?. Abang balik naik apa?".

"Grab."

"Kenapa tak cakap? Di boleh ambik Abang."

Yusoff capai dan genggam tangan Khaleeda yang merayau mengusap-usap muka dan lengannya. Bahaya ni.

Khaleeda tarik tangannya dari genggaman Yusoff dan kembali mengusap dan memeriksa muka dan tubuhnya.

"Teruk benjol ni. Muka dengan lengan aje ke? Tempat lain cedera tak?".

Jari Khaleeda tidak berhenti bergerak. Habis baju Yusoff diselak untuk diperiksa. Tidak baju sahaja kain pelekat juga Khaleeda selak. Bahaya ni! Adoi! Jerit Yusoff dalam hati. Dia bukan kebal sangat.

Yusoff genggam lagi tangan Khaleeda ketika bibir mugil itu tidak berhenti bertanya itu ini penuh kerisauan.

Okay! That's it!

Yusoff benam bibirnya ke bibir yang tidak berhenti bercakap itu. Terus suasana bilik menjadi sangat sunyi. Melihat tiada penolakkan, Yusoff dalamkan lagi ciuman.

Wajah mereka terpisah apabila masing-masing sudah putus nafas. Merah kulit wajah cantik itu. Yusoff jadi tidak keruan lebih-lebih lagi mata bundar yang cantik itu merenungnya sebegitu.

Debaran di dadanya menggila melihat sepasang mata bundar yang cantik itu sudah kuyu layu seperti itu. Liurnya jadi lekat melihat bibir merah yang baru dilumatnya.

Yusoff baringkan Khaleeda perlahan-lahan ke atas tilam dan kembali mencakup bibir mugil itu. Dia sudah tidak mampu membendung, perlahan-lahan tangannya bergerak membuang segala kain di tubuh sang isteri.

Tak menolak langsung, terbaring merelakan sahaja tangan Yusoff yang sudah melebih-lebih nakalnya.

Okay...

@@@@@@@

Mujur dia masak banyak semalam dan Yusoff pula tidak makan. Kalau tidak rasanya hari ini makan bungkus sahaja. Mengantuk dan penat.

Selepas solat subuh tadi mereka buat kerja lagi. Masing-masing kemaruk dengan pengalaman baru. Sudahlah tidur lambat bangun subuh lambat, sudah segar sedikit selepas mandi dan solat kemudian tenaga dihabiskan untuk permainan baru lagi.

Bangun pukul 11 pagi terus mandi dan panaskan lauk semalam, makan kemudian bermain lagi. Agaknya ini dinamakan pengantin baru. Sudah lebih sebulan bernikah baru mereka menikmatinya.

Satu hari itu mereka tiada aktiviti lain. Rehat sekejap kemudian sambung lagi. Ibu bapanya pula tiada, maka memang syurga dunia sungguh rumah itu.

@@@@@@@

Yusoff sauk Khaleeda yang menghulur tangan untuk bersalam masuk ke dalam pelukannya. Terjerit budak itu dengan aksinya yang tiba-tiba.

Dia dengar wajah yang terbenam di dada itu ketawa kecil. Pelukan dilepaskan dan Yusoff pagut bibir merah itu sekali, dua kali dan kali ketiga baru dia berhenti.

Tidak lekang senyuman dari bibir yang manis, buat Yusoff rasa seperti tidak mahu pergi bekerja. Yusoff capai tangan Khaleeda dan kucup kekura tangan itu dan kemudian giliran Khaleeda pula melakukan yang sama.

Pertama kali dalam hidup, jatuh motor langsung tak terasa sakit. Pertama kali jatuh motor rasa sedap. Sedap sangat!. Tidak dia tahu selama ini dia akan mendapat budak ini sebagai ubat penahan sakit.

Sudah bergerak keluar pintu pagar masih juga mereka saling melambai. Masing-masing dengan wajah penuh keriangan.

Terdetik di hati Yusoff, cinta atau nafsu? Mereka tidak banyak berkomunikasi, jika ada hanya perkara ringkas dan mudah.

Selebihnya Khaleeda lebih banyak tersenyum dengan lemah lembutnya. Sayangkah isteri itu kepadanya seperti apa yang dia rasa.

Semalam lebih parah corak hubungan mereka. Tiada suara, sekadar bahasa tubuh hampir sepenuhnya. Gila! sehari suntuk tiada kerja lain!.

Bahaya tak untuk kandungan Khaleeda?.
Argh! dia betul-betul sudah terkena jangkitan virus zombie budak cantik itu. Silap langkah hatinya akan cedera parah!.

@@@@@@@

"Sekejap! sekejap! Puan! Puan! Tunggu!".

Langkahnya yang menonong terhenti. Nampaknya tidak berjaya idea dia yang satu ini. Dia tidak dapat naik ke tingkat atas melalui tangga.

"Puan mahu ke mana?".

"Oh! saya ke?"

"Ye puanlah."

Pengawal keselamatan dan penyambut tetamu yang menghalangnya, berdiri di hadapannya bertanya dengan raut wajah tidak puas hati.

Maklumlah, strategi dia tadi memang mahu berpura-pura tidak nampak mereka dan terus ke tangga yang merupakan satu-satunya laluan untuk naik ke tingkat atas.

"Saya nak jumpa bapa saudara saya."

"Siapa?. Nama?."

"Sheikh Hamdan."

Wajah ke dua mereka seakan tersentak. Memandangnya turun naik dari atas hingga ke bawah.

"Puan ikut saya. Duduk dulu di sofa sana. Di sini ada protokol puan. Siapa nama puan? saya inform dulu bapa saudara puan."

Tekanan bunyinya sahaja dia tahu ianya sindiran. Dia senyum sahaja kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

Bukan senang nak senang. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

"Beritahu dia Zawati akak ipar Muhammad Yusoff nak jumpa. Penting!."

"Baik. Puan duduk dulu."

@@@@@@@

Tak apa, tak apa.
Kau halau aku ye. Tak kenal ye. Lepas ni aku akan pastikan aku ni mimpi ngeri kau! Sialan punya orang kaya.

Wati berfikir-fikir sambil berdiri di kaki lima bangunan pejabat urusan sebuah farmasi terkenal itu. Macam mana ye untuk dia dapat berjumpa empat mata dengan pasangan orang kaya itu.

Yunus!
Ya Yunus, mesti lelaki itu ada nombor telefon pasangan itu. Balik nanti dia akan cari dalam telefon Yunus. Hantar mukadimah dahulu lepas tu mesti orang tua berdua tu kelam kelibut mencari dia minta nyawa.

Wati tersenyum dengan perancangannya hingga lelaki warga asing yang lalu di sebelah ikut tersenyum sambil mengenyit mata. Terus Wati menjerit menyergah marah dan menjeling tajam.

Apa kelas lelaki warga asing itu mahu bermain mata dengan dia!?. Pantang nampak perempuan cantik, mulalah gatal merenyam.

Ish! payah betullah jadi orang cantik ni!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience