Bab 77

Romance Series 39746

Pada pagi itu, mereka telah bangun awal pada pukul 5.30 pagi untuk siap-siap diri. Awal lagi talhah sudah siapkan dirinya dengan memakai baju melayu bersamping berwarna off white. Manakala tania mengenakan kebaya berwarna sama seperti talhah. Semasa menunggu ketibaan tania sekeluarga, talhah gementar dan menjadi sejuk tangannya

"Wehhh apasal ni?" tanya taufiq

"Takutlah"

"Lahh, relax la. Takde apalah"

"Kau cakap senanglah, kau dah lalui. Aku ni first time"

"Kalau takut, nak practise tak dengan daddy?"

"Tak nak"

"Ehh sombong, biar dia gementar sorang-sorang" usik daddynya pula

"Apa daddy ni"

"Dah-dah pengantin perempuan dah sampai tu" kata daddynya

Semua mata tertumpa pada tania yang lalu diatas jalan khas untuk menuju ke pelamin, bersama beberapa perempuan menaburkan bunga diatas jalan itu dihadapan tania. Tania naik dan menuju ke pelamin. Wani tidak menjadi pengapitnya kerana wani sudah mengandung 3 bulan

"Boleh kita mula sekarang? ke nak tengok puas dulu pengantin perempuan?"

"Eh boleh, boleh. Silakan bapa pengantin perempuan" kata tok kadi itu lalu menukar tempat duduk

"Bismillahirrahmanirrahim, Ahmad Talhah bin Anaqi"

"Ya saya"

"Daku nikahkan dikau, dengan anak perempuanku Tania Sofiana binti Syukri dengan mas kahwinnya 5 ribu ringgit tunai"

"Daku terima nikahnya Tania Sofiana binti Syukri dengan mas kahwinnya 5 ribu ringgit tunai"

"Sah?" tanya ayah sofiana kepada saksi-saksinya

"Sah, alhamdulillah"

Mereka membaca doa dan talhah menuju ke arah tania untuk upacara membatalkan air sembahyang

"Assalamualaikum sayang"

"Waalaikumsalam biy" talhah duduk dihadapannya lalu mengeluarkan gelang tangan daripada kotak barang hantaran dan menarik tangan tania lalu memakaikannya

Tania terus menyalami talhah, setelah itu sesi bergambar dilakukan. Wani dan afiq turut hadir bersama

"Wehhh wani, janji nak jadi pengapit aku, tapi apa jadinya?"

"Alaaah, sorry la babe. Aku tak bolehlah aku dah ada isi sekarang ni. Afiq tak bagi dia takut aku penat. Sorry la tau"

"Hemm ye lah, lagipun kau kan dah ada cik abang jugak. Suruh cik abang kau je la yang jadi pengapit malam nanti"

"Diam ahh kau" marah tania

"Tapi pape pun, tahniah la kau wehh. Dah jadi suami orang jugak. Dah tukar title eh"

"Thanks, biasalah tu. Nanti lagi up jadi ayah pulak"

"Hahahahahaha ye dohh"

"Tapi kan semoga kau betul-betul jadilah malam pertama malam ni, jangan jadi macam aku. Kene tunggu lagi 7 hari baru jadi"

"Ouhh, asal?"

"Bini aku datang bulan"

"Ouhh, biasalah dah perempuankan. Tak boleh nak elak lagi dah"

"Itulah"

"Aku harap tania tak harini"

"Berdoa la kau" kata afiq dan talhah berbisik

Mereka melihat tania dan wani berborak

Setelah itu, selesailah sesi perkahwinan diantara talhah dan tania. Keesokan harinya ialah majlis persandingan mereka pula. Busy la nampaknya dua harini

Pada malam itu, talhah mengikuti tania pulang ke rumahnya. Mereka makan bersama seisi keluarga

"Mama masak apa tu?" tanya tania setelah selesai membersihkan diri dan menuju ke dapur

"Masak tomyam ayam, kan tadi kamu cakap kamu nak makan. Ke lupa dah?"

"Ouhh, ingat-ingat. Thanks mama tolong masakkan"

"Iyelah, suami kamu mana?"

"Ada dekat atas baru naik tadi"

"Ouhh, ingatkan tunggu suami"

"Hehehe tania cakap, tania nak turun dulu"

"Pandai kamu, ni lah tolong mama kacaukan benda ni"

"Okay mama"

Talhah apabila sudah selesai, terus turun ke bawah untuk dilihat tania. Dilihat hud ada diruang tamu. Talhah terus menuju ke arah hud

"Eh talhah nak kemana tu?"

"Ouhh, nak cari tania"

"Ouhh, hemmm tania ada dekat dapur tengah tolong mama masak. Kenapa? dah tak sabar nak tunggu malam ke?" usik hud

"Eh, tak adalah abang" merah terus muka talhah

Setelah selesai memasak, tania keluar ke ruang tamu untuk memanggil abangnya dan suaminya makan

"Abang, biy jomm lah makan. Dinner dah siap"

"Jommlah"

Mereka pun menuju ke dapur dan makan bersama. Setelah selesai mereka kembali ke ruang tamu dan berborak seketika

Talhah dan tania untuk bersama. Talhah berbisik sesuatu kepada isterinya itu

"Sayang you free tak malam ni?"

"Kenapa?"

"I want you" kata talhah sambil tangannya merayap di belakang tania

"Ishh, apa you ni. Depan family kott, tak malu ke?" kata tania sambil menolak tangan talhah

"Tak, i tak malu. Jomm sayang" ajak talhah sambil menolak bahu tania dengan kepalanya

"You ni, gatal lah" tolakan manja daripada tania

"Jomm lah"

"No, esokkan majlis sanding kita. Mama dengan papa nak bincang apa pun kita tak tahu kalau kita naik bilik awal" elak tania

"Kann seminggu yang lalu dah bincang"

"Memanglah, tapi you ni tak baiklah kalau kita naik bilik dulu"

"Ishh you ni" rajuk talhah lalu terus berlalu selepas meminta diri untuk naik ke bilik

Hud melihat pada tania, manakala tania mengangkat bahunya

"Aikkk, laki dah naik bilik. Bininya masih lagi disini taknak naik ke? Kesian si suami menunggu tu" usik hud

"Diamlah abang hud, mama papa tania naik dulu eh. Good night"

"Naik nak pujuk laki la tu, laki dah merajuk"

Tania menjeling abangnya itu dengan jelingan maut. Apabila hud terpandang kedua ibubapanya mereka pun menjeling dia. Terus hud menelan liur

"Ke.....kenapa mama papa?"

"Adik kamu dah kahwin, kamu bila pula?"

"Tak ada jodoh lagi la mama"

"Alasan, kalau kamu tak cari. Benda tak datang tergolek depan kamu"

"Tak ada ke dekat hospital tu yang cantik baik orangnya?"

"Ada, tapi isteri orang"

"Papa tak nak yang isteri orang, papa nak kamu cari yang single"

"Nantilah papa mama"

"Jangan nanti lama-lama umur tu semakin lama semakin meningkat. Cepat sikit carinye"

"InsyaAllah, papa dengan mama tolong doakan sekali eh. Cepatkan jodoh anak mama yang ni eh. Hud penatlah mama papa, hud naik bilik dulu. Assalamualaikum good night" elak hud

"Elok lah tu, bila kita cakap pasal jodoh. Sibuk nak lari, biarkan dia. Nanti jadi antetua"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience