Rate

Bab 1

Romance Series 10305

"Jannah,Jannah.. Jannah.. Jannahhhhh...kau kat mana hah."

Sayup sayup aku dengar suara nyaring seorang perempuan memanggil manggil aku.Tangan aku angkat dan lambai kepadanya tanda susuk tubuh aku berada dicelahan mesin.

"Oii.. aku kat sini lah."

"Mana?"

"Sini.. sini belakang mesin ni lah."

"Huh,kat sini kau rupanya.Duduk laluan tikus ni macam mana lah aku nak nampak."

Bebel perempuan itu setelah susuk tubuh aku dicelahan mesin dia jumpa.

"Apa? laluan tikus kau kata.Isshh.. merepeklah kau ni.Ruang besar gedabak macam ni kau kata laluan tikus.Rabun ke apa."

"Oi Cik Nur Safiela Jannah! Ruang besar gedabak tu untuk kau muat lah.Kurus kering macam lidi.Kalau aku,jangan kata badan.Kaki pun belum tentu muat nak masuk kesitu."

Bebelnya lagi.

Tergelak besar aku dengar omelan gadis comel depan aku ni.Betullah tu katanya,untuk perempuan kecil molek macam aku ni muat lah duduk berlutut kat bawah mesin ni.Tapi untuk gadis montel macam Bella.. Hurmmm.Malas nak cakap.

"Woi! amboi amboi gembiranya hati gelakkan aku.Kau tahu tak Cik Jannah oi,macam nak tercabut kaki aku ni tau cari kau.Kau buat apa kat sini hah? Dengan muka comot."

Sekilas pandang aku tengok Bella yang berdiri cekak pinggang perhatikan aku.

"Buat apa lagi,buat kerjalah.Takkan memancing kot.Yang kau pula sibuk cari aku apahal.Nak tercabut kaki konon.Macam lah kilang ni besar sangat.Lagipun elok sangat lah kau tu banyak berjalan.Boleh pecahkan lemak yang berlebihan kat badan kau tu."

"Amboi,amboi.Sedap mulut kau je kan mengata aku.Tahu lah aku ni gemuk.Banyak lemak.Hei,gemuk gemuk aku pun comel tau.Sekali petik sepuluh datang.Kau ada?"

"Hah,ye lah tu.Sekali petik sepuluh datang.Tapi sepuluh yang datang tu semua mat bangla kat kilang ni.Euu tak hingin aku."

"Eleh,aku tak kisah lah kalau mat bangla pun.Okey apa,hensem ja diaorang aku tengok.Macam Shah Rukh Khan."

"Betul,ada je yang hensem.Tapi masalahnya mat bangla yang ada kat kilang kita ni tak ada sorang pun hensem macam artis bollywood.Semuanya muka cukup cukup makan je.Aku rasa kalau kau tak petik jari pun dia orang beratur nak kat kau."

Sedas aku menjawab.Padan muka kau Bella.Nak sangat bertikam lidah dengan aku.Conform kalah.

Dengar ja jawapan sindiran aku,Bella apa lagi bebal lah.Bekerut masam wajahnya tak puas hati.

"Ishh..kau ni! saja kan.Dengki lah tu.Benci,benci, benci.Suka sangat menyakat aku.Tak nak kawan lah dengan kau! Eee...

Sekali lagi tergelak besar aku dengar omelan Bella.Comel ja bila merajuk bebal siap hentak hentak kaki lagi macam budak budak.

"Oi,oi.. relaks lah,sudah sudah la tu hentak kaki.Kang runtuh kilang ni.Naya kita.Aku dah la belum kawin lagi."

Sekali lagi aku menyakat Bella.Kali ni Bella tayang muka marah pula.

"Jannahhhhh..." Lantang suara Bella jerit kat aku.

"Oi,diam lah.Kang Cik Zamri datang tak pasal pasal kena marah,cakap aku mengulat kat sini."

Bella terus diam,laju tangannya tutup mulut lepas dengar amaran keras aku.

Celahan mesin kilang cetak pakaian.Disini lah tempat aku menjalankan tugas.Tapi bukan lah selalu aku kat sini.Sekali sekala ja bila mesin yang dah uzur ni buat hal.Al maklumlah aku ni kan Technician datang nak baiki mesin.Tapi entah apahal lah si budak tembam ni cari aku.

"Bel."

"Hurmm.." pangilan aku Bella sahut tanpa suara.

"Aku lupa pula nak tanya.Tadi apahal kau cari aku hah.Terjerit jerit macam kucing nak beranak."

Soal aku pada Bella yang tengah kusyuk mengunyah keropok.Sibuk sangat menyakat dia sampai lupa nak tanya niat sebenar dia datang jumpa aku.Sebab Bella ni kalau tak ada hal dia takkan datang sini.Budak ofis lah katakan,mana suka duduk tempat panas panas.Hah,sebab tu lah si Bella ni tembam.Kerjanya duduk dalam ofis berhawa dingin ja.Lepas tu mengunyah 24 jam.

Lepas dengar soalan aku,tiba tiba terbuntang biji mata Bella tengok aku.Suapannya juga terhenti.Dengan mulut yang penuh dengan makanan Bella menjawab.

"Ha ah la.Ya Allah! Aku lupa nak bagitau kau.Ni semua kau punya pasal lah."

"Lah,aku pula yang salah.Kau tu yang dah tua.Cepat sangat lupa."

"Issh.. Kau ni kan...

"Eh dah dah.Jangan nak melalut.Kang lupa lagi.Cepat bagitahu aku apa hal yang penting sangat tu."

Belum sempat Bella merungut aku terus mencelah.Bella jeling aku,bebal lagi la tu.Nasib kau lah Bella dapat kawan kuat menyakat.

"Hurmh menyampah! Tadi Zul cari kau,dia hairan kau tak keluar makan.Aku cakap lah kat dia kau puasa sunat hari ni.Lepas tu dia cakap dia nak jumpa kau sekarang sebab tu lah aku cari kau.Tapi tu lah asyik layan otak tiga suku kau sampai lupa pesanan Zul."

"Lah nak jumpa lagi! Zul,Zul.. tadi pagi dah jumpa.Tengah hari nak jumpa lagi.Petang ni pun nak jumpa.Tak jemu ke dia tengok muka aku."

"Tengah hangat bercinta tak jemu lah.Eh,Tapi kan Jannah mati aku.Zul mesti marah aku."

"Zul marah kau? apasal kau takut sangat Zul marah.Macam lah buah hati aku tu garang sangat."

"Ha ah.Ye la tu tak garang.Sepupu aku tu depan kau je pijak semut pun tak mati.Tapi belakang kau..Gajah pun takut dengan dia."

"Ish kau nih,merepek lah!.. Zul tu bukan lelaki yang macam tu lah.Aku tahu lah,aku ni kan buah hati pengarang jantung dia."

"Uwekk.. nak muntah aku dengar.Tapi kan Jannah.Kau kena tolong aku cover line.Kau cakap aku dah bagitau kau.Tapi kau yang tak nak jumpa dia.Kau sibuk."

"Lah! apasal pula aku nak kena tipu tipu."

"Ehhh.. takpa lah! Tipu sunnat.Yang penting aku tak kena marah.Kau tolong lah ya.Zul dah bagi upah tadi dua puluh ringgit,aku dah ambil dah beli makanan pun."

"Kau ni kan..

Tergeleng geleng kepala aku dengar pengakuan jujur Bella sambil aku labuh punggung duduk disebelahnya.Dua puluh ringgit dia cas upah kat Zul untuk cari aku.Bella Bella.. kalau hari hari macam ni lah.Bila aku dengan Zul nak kawin.

Tok Tok Tok.. "Jannah.. Jannah.."

Tersentak bahu aku tersedar dari lamunan apabila daun pintu bilik diketuk bertalu talu diselangi suara tegas seorang lelaki memanggil aku.Kenangan tiga tahun lepas aku simpan semula ke dalam kotak fikiran aku.

"Jannah! Jannah! Oi,buka pintu ni." Tok tok tok..

Ton suara lelaki itu semakin tinggi.Ketukan pintu juga semakin kuat.

Tubuh aku mula menggeletar.Jantung aku juga mula berdegup laju.Panggilannya aku sahut.

"Ye.. ye.. abang.Jap Jannah buka pintu.Jannah dalam tandas."

Selepas dengar jawapan aku.Ketukan pintu terhenti tapi suara omelan lelaki itu aku masih dengar.

"Kurang ajar punya perempuan,nak menyorok dalam bilik.Dia ingat aku tak tahu dia buat apa.Oi Jannah cepatlah!" sekali lagi lelaki itu menjerit.

"Ye bang kejap ya."

Panggilannya aku sahut lagi sambil aku bingkas bangun dari birai katil berlari anak masuk tandas.Maggi cup ditangan aku tuang dalam mangkuk tandas dan aku pamkan.Seketika aku tunggu sebentar hingga mee kuning itu hilang dari permukaan mangkuk tandas.Selepas itu aku berkumur pula untuk hilangkan bau aroma maggi kari yang baru sempat dua suap aku jamah.

Selesai semua urusan,aku tarik nafas dan lepas.Tenangkan hati dan mula mengatur langkah.

Tombol pintu bilik aku pulas dan daun pintu aku buka sikit.

"Ye abang.. Abang nak apa apa ke?"

Soalku dengan nada lembut kepada lelaki yang masih berdiri dimuka pintu bilik aku.

Pertanyaan aku lelaki itu tidak jawab.Nipis alis matanya merenung aku.Aku tahu dia marah,jelas kulit mukanya merah.Tiba tiba dengan pantas tangannya menolak daun pintu bilik dengan kuat.

"Aduh.. Allah hu akbar."

Ya Allah sakitnya bahu aku terkena daun pintu sehingga tubuh aku terjelepuk atas lantai.

Tetapi lelaki itu pula tak tolong aku.Dia hanya berdiri pandang aku dengan raut muka bengis.

"Hei Jannah! kau buat hah? Nak buka pintu pun lembab."

Lelaki itu tengking aku.Langsung tak ada rasa belas kasihan pada aku.Berdirinya pula sambil cekak pinggang.

Aku pula kelu lidah,takutnya aku pada dia hanya tuhan saja yang tahu.Tubuh aku dah mula menggeletar.

"Err.. ta.. ta.. tadi.Jan.. Jannah mandi.Sebab tu lambat buka pintu."

"Mandi? Tengah tengah malam macam ni.Bukan tadi kau dah mandi ke."

"Ye.. ta.. tadi dah mandi.Tapi Jannah rasa panas.Badan berpeluh.Itu yang Jannah mandi sekali lagi."

Jawab aku dengan nada suara yang tersekat sekat.

"Ohh panas,berpeluh.Sebab tu kau mandi.Tapi kan apasal tiba tiba badan kau panas,berpeluh.Kau buat apa."

Soal lelaki itu lagi masih meragui aku.

"Tadi Jannah,Jan.. Jannah senaman."

"Senaman!"

Kata lelaki itu.Berkerut dahinya seoalah hairan.

"Oi perempuan kau bangun.Kau bangun berdiri!"

Kata lelaki itu lagi mengarah aku.Sambil lengan aku dia tarik kasar.

"Aduh bang! sakit."

Aku merintih.Sakit sangat bahu aku.Perlahan aku bangun berdiri berhadapan lelaki itu.

"Hei Jannah! Kau jangan nak temberang aku lah.Badan kau panas,badan kau berpeluh sebab kau makan maggi kan.Melampau kau sekarang ni kan.Dah pandai nak curi curi makan makanan sampah tu."

Dengar ja kata kata lelaki itu,aku sedikit terkejut.Macam mana Feqar boleh tahu aku makan maggi.Sedangkan dalam bilik ni tak ada cctv pun.

"Tak abang tak! Jannah tak makan maggi.Jannah mandi tadi.Betul,sumpah Jannah tak tipu."

Aku cuba berdalih.Bersumpah.Aku takut,takut sangat sebab aku tahu nasib yang bakal menimpa aku kalau Feqar tahu aku menipunya.Pantang Feqar kalau aku makan makanan segera.

"Wah,wah,wah masih nak menipu.Siap bersumpah lagi.Kau main main dengan sumpah ya.Hei Jannah! Dari luar aku dah boleh bau tau benda alah yang kau makan tu.Kau tak payah nak sembunyi sembunyi lah.Hei dari mana hah kau dapat makanan sampah tu hah? Aku tak pernah tau simpan makanan sampah tu dalam rumah ni!"

Soal Feqar dengan nada suara mencanak tinggi sehingga tersentak bahu aku.Perasaan takut semakin menebal sehingga bergetar jari jemari aku.Entah kenapa lidah aku kelu,kelu untuk menyatakan kebenaran.Aku takut,takut nak bagitahu pada Feqar bahawa aku lapar,terlalu lapar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience