BAB 3

Drama Series 3749

MALAM itu, Syamira duduk di ruang tamu apartment. Bersandar pada sofa sambil merenung telefon di tangannya.

Jemarinya bermain dengan rantai kecil di leher, minda menerawang ke arah skandal kelab sugar baby yang sedang viral membuatkan namanya terasa seperti bom masa yang menunggu saat untuk meletup.

Telefon dia tiba-tiba bergetar. Nama Aqilah tertera pada skrin.

“Hello?” Suara malas Syamira menerobosi corong telefon.

“Weh, kau ada tengok trending hashtag malam ni?” Soalan Aqilah di hujung talian kedengaran cemas.

“Tak. Kenapa?” Syamira bertanya kembali dan terus duduk tegak, firasatnya mengatakan ada sesuatu yang tak kena.

“Kau buka Twitter sekarang. Cepat!” Arah Aqilah dengan pantas dia mendesak, sebelum talian dia matikan.

Syamira mengerutkan dahi, membuka aplikasi itu. Dia menatal beberapa saat, sebelum mata dia terpaku pada satu thread.

#SugarBabyExposed trending di tempat pertama dan salah satu ciapan memuatkan gambar kelab eksklusif yang biasa dia kunjungi.

“Apa ni…” dia berbisik tidak percaya. Jemarinya menggigil sedikit tapi dia terus membaca.

“Syamira, kau ada dekat apartment tak?” Suara Aqilah tiba-tiba kedengaran dari arah pintu sedangkan tadi sekadar di talian. Mendongak dan mengejutkan si model jelita itu.

Aqilah muncul dengan wajah serius. Tangannya menggenggam telefon.

“Ya, aku ada,” Syamira menjawab, cepat-cepat meletakkan telefonnya di atas meja dan bangun.

“Kau nak cakap pasal apa ni?” Setelah pintu suite apartmen milik Syamira, melopong. Soalan terpancul.

Aqilah tidak menjawab terlebih dahulu tetapi terus melangkah masuk. Riak wajah tercitra kebimbangan.

“Mira, benda ni makin teruk. Orang dah mula teka nama. Kau tahu tak, ada gambar yang orang guna tu dari kelab kita?” Soalnya tegang.

Syamira cuba menenangkan dirinya, menyalakan rokok yang di ambil dari atas meja.

“Relax, babe. Nama aku tak ada pun. Itu semua spekulasi je,” jawabnya setenang air di kali.

“Tapi kalau nama kau naik?” Aqilah duduk di sebelah tersentak dengan ketenangan itu lalu memandangnya tajam.

“Kau nak buat apa? Kau ada pelan?”

Syamira menghembus asap. Tatapan matanya memandang jauh ke depan.

“Pelan aku? Aku akan buat macam biasa. Kalau tak ada bukti, aku takkan goyang. Kau tahu cara aku, Qil.” Jawabnya masih boleh kelihatan tak melatah.

Aqilah menggeleng, kecewa.

“Kau ni degil, Mira. Kau ingat, media tak boleh buat cerita? Wartawan suka benda macam ni, tau.” Sangkal Aqilah dengan mata cuba dia tegaskan. Dari menyandar terus menegak dan ke depan, sedikit.

“Tapi aku tahu mainkan mereka. Lagipun, kau tahu aku tak pernah tinggalkan jejak.” Syamira tersenyum nipis setelah memberikan jawapan.

Aqilah memandangnya dengan lama, sebelum akhirnya dia berkata.

“Kadang-kadang aku rasa kau ni terlalu yakin. Tapi aku harap keyakinan kau ni, takkan makan diri.”

Lelah nada. Syamira hanya tertawa kecil.

“Aku dah hidup dengan risiko, babe. Benda ni cuma satu lagi cabaran.” Jawab model jelita itu lalu menghisap rokok. Hembusnya.

Namun, jauh di dalam hati, Syamira tahu kata-kata Aqilah ada benarnya. Risiko besar dan kali ini, dia tak pasti sama ada dia mampu mengendalikannya seperti biasa ataupun tidak.

Aqilah menatap wajah Syamira dengan lama sebelum dia bangun secara tiba-tiba dan berjalan ke arah dinding kaca besar yang menghadap pemandangan bandar.

Lampu neon dari bangunan tinggi kelihatan berkelip-kelip tetapi hati mereka berdua penuh dengan kerisauan yang tak terungkap.

“Syamira, kau tahu kan kau tak boleh selamanya hidup macam ni?” Suara Aqilah memecah kesunyian. Ritma kini lebih lembut.

“Aku tahu kau bijak tapi satu hari nanti, nasib tak akan sentiasanya nak menyebelahi kau. I’m sorry I don’t underestimated you but this shit was real, babe.”

Syamira menghisap rokoknya sedalam yang mungkin sebelum dia mematikan puntungnya di ashtray.

“Kau ni macam tak kenal aku, Qil. Aku selalu ada jalan. Bila kau hidup dalam dunia aku ni, kau kena belajar survive. Kalau tak, kau mati.”

“Tapi kau tak pernah fikir nak keluar? Buat benda lain, bina hidup baru?” Soal Aqilah berpaling semula ke belakang lalu memandangnya dengan mata penuh harapan.

Syamira tergelak sinis.

“Keluar? Dari apa, Qil? Hidup yang aku bina dengan susah payah? Kau nak aku buang semua ni? Kau tahu berapa lama aku struggle untuk sampai sini?”

“Tapi kau bukan bahagia, Mira,” Aqilah menjawab cepat.

“Aku tengok kau setiap hari, aku tahu kau letih. Hidup macam ni, kau kena hati-hati setiap masa. Kau tak rasa kosong ke?”

Syamira terdiam. Kata-kata Aqilah itu tepat, tapi dia enggan mengakuinya. Dia tak mahu kelihatan lemah.

“Bahagia tu overrated, Qil. Yang penting aku boleh hidup. Itu dah cukup.”

Aqilah menggeleng perlahan.

“Aku cuma takut satu hari nanti kau tersilap langkah. Bila tu berlaku, kau kena tahu aku ada untuk kau.” Itu saja yang termampu Aqilah luahkan.

Syamira menelan liur. Dia cuba menahan rasa sebak yang tiba-tiba datang setelah menelinga bicara yang ikhlas itu.

“Terima kasih, Qil. Tapi aku tak perlukan orang selamatkan aku. Aku tahu jaga diri,” jawab Syamira secara tiba-tiba.

Sebelum Aqilah sempat membalas, telefon Syamira berdering. Nama Rizal tertera pada skrin. Syamira memandang Aqilah seketika, kemudian menjawab panggilan itu.

“Hello?”

“Syamira,” suara Rizal kedengaran serius.

“Kita ada masalah. Kau kena datang jumpa aku sekarang.”

“Malam-malam macam ni? Kau nak apa?” Syamira bertanya, nada suaranya jelas tak suka diganggu.

“Tak ada masa nak explain. Percayalah, benda ni penting. Aku tunggu kau dekat Skyhaven. Jangan lambat,” Rizal menjawab sebelum talian dimatikan.

Syamira memandang telefon di tangannya dengan kening berkerut. Aqilah yang berdiri di belakangnya memandang dengan penuh tanda tanya.

“Apa dia nak?” tanya Aqilah.

“Entahlah. Tapi nada macam serius.” Syamira bangun dan mencapai beg tangannya.

“Aku kena pergi.”

Aqilah menahan lengannya.

“Mira, jangan buat benda bodoh. Kalau benda ni pasal kelab tu, kau kena hati-hati,” pesan Aqilah. Gusar tergambar.

Syamira menghela nafas sambil melepaskan pegangan Aqilah dengan lembut.

“Aku tahu, Qil. Kau jangan risau. Aku okay.”

Tanpa menunggu jawapan, Syamira keluar dari apartment, meninggalkan Aqilah yang masih terpaku di tempatnya.

SYAMIRA melangkah keluar dari dalam kotak lif dan terus menuju ke pintu unit apartment Rizal.

Dia mengetuk pintu dengan sedikit kekuatan, merasa marah kerana dipanggil secara tiba-tiba.

Pintu terbuka dan Rizal berdiri di sana dengan wajah tegang. Dia segera menarik Syamira masuk sebelum memeriksa koridor.

“Kau buat apa tu?” Syamira bertanya, jelas keliru.

“Kita ada masalah besar,” Rizal berkata perlahan tetapi serius.

Dia menunjuk ke arah meja, di mana beberapa dokumen dan foto bersepah.

Syamira mendekat. Anak matanya melebar ketika melihat salah satu foto. Foto kelab eksklusif mereka. Dalam foto itu, beberapa wajah kelihatan, termasuk dirinya.

“Apa benda ni?” Syamira bertanya dengan suara tersekatnya.

“Orang dalam. Ada yang khianat,” Rizal menjelaskan, tangannya mengurut pelipis.

“Kau dan aku, kita dah kena target, Mira. Kalau kita tak buat sesuatu, nama kau akan naik dalam masa tak sampai sehari,” jawabnya.

Syamira berdiri kaku. Jemari tangannya menggenggam erat pinggir meja. Untuk pertama kali dalam hidupnya, dia rasa dunia di sekelilingnya mula runtuh perlahan-lahan.

Syamira menelan liur, otaknya cuba memproses apa yang sedang berlaku. Dia memandang Rizal tetapi lelaki itu hanya menatap meja dengan wajah serabut.

“Siapa? Siapa orang dalam yang khianat ni?” Suara Syamira akhirnya keluar, agak serak.

Rizal menggeleng, tangan masih memegang pelipisnya.

“Aku tak tahu. Tapi ada maklumat yang bocor. Tengok ni.”

Dia menghulurkan sekeping kertas laporan yang mengandungi senarai nama yang berurusan dengan kelab itu.

Nama Syamira ada di situ, di antara nama-nama besar lain.

Syamira menutup mulutnya dengan tangan.

“Macam mana benda ni boleh keluar? Kau cakap semua urusan kita clean, tak ada rekod!” Aju suara tergemap Syamira.

“Kita memang clean!” Rizal juga meninggikan suara, jelas dia pun tertekan.

“Tapi aku tak tahu siapa yang simpan rekod ni. Mungkin orang kelab sendiri. Yang pasti, ada orang yang tengah cuba jatuhkan semua orang dalam ni.”

“Damn it, Rizal!” Syamira menghentak meja, menahan marah.

“Kau tahu tak apa yang akan jadi kalau nama aku keluar? Career aku habis! Aku dah tak ada apa-apa lagi!” Bentaknya. Bengang. Sebal.

Rizal memandangnya dengan matanya yang mencerlung tajam.

“Kau ingat aku tak tahu? Kau fikir aku selamat? Kau lupa aku pun terlibat sama?” Rizal juga aju soalan lebih kurang sama. Dia juga resah.

Syamira tersandar di kerusi. Sedaya-upaya menenangkan diri. Dadanya berombak. Otak pula bekerja keras mencari jalan keluar.

“Kita kena cari tahu siapa yang bocorkan benda ni,” dia berkata perlahan tetapi tegas.

“Kita tak boleh biarkan ini meletup.”

“Aku dah cuba. Tapi orang kelab semua senyap. Semua tengah takut.” Jawab Rizal menggeleng.

Syamira merenung meja, kemudian mengangkat wajahnya.

“Ada sesiapa yang kau syak? Sesiapa yang mungkin nak jatuhkan kita?” Soalnya semula.

Rizal diam sejenak, seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Ada satu orang ni… tapi aku tak pasti,” jawab Rizal berkedutan keningnya. Memikir.

“Siapa?”

“Adrian,” Rizal akhirnya menyebut nama itu.

Syamira terkedu.

Adrian?

Lelaki itu?

Dia menggeleng perlahan, seperti cuba menolak kenyataan itu.

“Tak mungkin. Adrian takkan buat macam tu. Dia ada terlalu banyak nak kalah kalau nama dia naik sekali.”

“Tapi dia ada akses,” Rizal membalas.

“Dia tahu banyak tentang kita. Dan dia pun ada masalah sendiri. Kau tak rasa pelik kenapa dia asyik cari kau kebelakangan ni?” Rizal cuba membuat andaian.

Syamira terdiam. Hatinya berkecamuk. Memang benar, Adrian ada bertemu dengannya lebih kerap kebelakangan ini dan kadang-kadang, dia ada menanyakan soalan-soalan yang mencurigakan. Tapi untuk mengkhianatinya?

Dia sukar untuk percaya.

“Aku tak pasti, Rizal. Aku rasa ada orang lain. Adrian… dia mungkin salah satu faktor tapi dia takkan buat benda ni sorang-sorang,” kata Syamira sambil menggeleng.

Rizal memandangnya lama sebelum bersuara.

“Kalau bukan dia, kita kena cari siapa yang buat. Sebelum benda ni keluar lagi besar,” Rizal dengan konklusinya.

Syamira menghela nafas panjang dia cuba menenangkan diri. Dia tahu, ini bukan masanya untuk panik. Jika dia mahu bertahan, dia perlu lebih bijak dari musuh-musuhnya.

“Aku perlukan masa. Kau ada cara nak tapis siapa dalam kelab tu yang paling mungkin buat benda ni?” Soal Syamira menatap Rizal.

Rizal mengangguk perlahan.

“Aku tengah kerja dengan satu hacker ni. Mungkin, dia boleh tolong. Tapi benda ni ambil masa juga,” jawab Rizal.

“Pastikan cepat,” Syamira berkata tegas lalu berdiri dan meraih beg tangannya.

“Aku tak akan biarkan nama aku tercemar. Kalau ada orang cuba jatuhkan aku, aku akan pastikan mereka kena dulu.”

Dia melangkah ke pintu tetapi Rizal memanggilnya sebelum dia keluar.

“Mira.”

Syamira berpaling memandang lelaki itu.

“Hati-hati. Kalau nama kau naik… mereka takkan berhenti. Kau tahu apa maksud aku.”

Syamira memandangnya lama setelah itu, dia mengangguk.

“Aku tahu. Dan aku dah bersedia.” Jawab Syamira.

Dia keluar dari unit apartment itu, berjalan ke arah lif dengan wajah yang penuh tanda-tanda soal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience