GAMBAR yang berselerak di atas meja kaca itu langsung tidak menarik minatnya. Al Fateh hanya diam memerhati. Tangannya masih memegang cawan kaca berisi air kopi panas. Calon terbaru lagi? Bosan.
"Calon ke sembilan puluh sembilan. Kalau kalini Fateh tak nak dengar cakap umi, I'm done!" wanita itu menghentak mihun goreng diatas meja makan.
Fateh ketawa perlahan. Dia berjalan ke arah meja makan seraya duduk dengan sopan. Wajah cemberut uminya ditatap dengan senyuman.
"Tak cantiklah umi masam macam ni. Cuba senyum sikit, baru nampak macam Siti Nurhaliza!" usiknya.
"Diamlah. Umi tak nak kawan dengan Fateh dah. Semua calon umi... Fateh tolak! Takkan nak membujang sampai ke tua?" sindir Hajah Kalsom.
"Astaghfirullah, Hajah Kalsom. Kata-kata itu satu doa tu, cubalah doakan yang terbaik untuk anak umi ni."
"Dah puas berdoa dah. Meleleh airmata ni! Anak sendiri tak nak jugak kahwin! Tak tahulah normal ke tidak!"
"Hey, I'm normal okay! I'm straight!"
Haji Aziz yang melintasi mereka sudah ketawa. Dia duduk perlahan disisi isterinya yang sedang mencuka. Ini pasti kerana anaknya buat perangai lagi.
"Calon kalini pun kamu tak berminat, Al Fateh?" soalnya sambil mencicip kopi panas.
"Not interested." Fateh angkat kedua tangan sebelum membuat tanda X.
"Habistu Fateh suka perempuan yang macam mana?" tanya Hajah Kalsom.
Fateh senyum comel. Dia hanya duduk dikerusi sambil merenung kedua orang tuanya.
"Fateh nak perempuan yang boleh hormatkan umi dengan abi sama macam Fateh buat. Yang boleh buatkan umi tersenyum bangga dengan adanya dia. Tak cantik tak apa, asalkan cukup ilmu agama dalam diri dia. Kalau tak tahu pun tak apa, Fateh boleh ajar dia. Insha Allah."
"Berat ni, calon umi kamu semua free hair."
"Abang!!!"
Dua beranak itu mengekek ketawa. Seronok betul dapat menyakat dia. Hajah Kalsom pandang wajah anaknya. Al Fateh yang masih santai tanpa seorang isteri. Dia pulak yang risaukan anaknya ini. Bukan apa, umur dah bertambah tapi masih single.
"Calon tu...biarlah Fateh cari sendiri. Dia akan muncul, Fateh percaya. Kalau dah Allah takdirkan Fateh jaga abi dengan umi dulu pun, Fateh tak kisah. Barulah umi tak rasa sunyi kalau Fateh kahwin nanti kan?" tangan uminya disentuh lembut.
"Tengok anak abang, suka buat saya sebak." Hajah Kalsom sudah menangis.
Al Fateh ketawa. Bukannya dia tak nak berkahwin cuma dia risau. Masih adakah perempuan yang boleh menerima baik buruknya? Terima umi yang suka membebel dan penuhi segala arahannya? Fikir saja dah sakit kepala.
"Kahwin ni satu sunnah. Fateh kena ingat yang manusia ni diciptakan berpasang-pasangan. Abi harap sangat, Fateh boleh tunaikan hasrat umi. Lagipun rumah ni sunyi. Kalau ada bunyi baby, kan seronok?" pujuk Haji Aziz.
"Insha Allah, abi. Fateh tengah usahakan."
"Usaha apa kalau seharian duduk dekat bengkel tu? Dekat situ tak adanya perempuan nak pergi! Cubalah keluar, cari perempuan. Kenal dulu, taaruf dulu?"
"Macam mana nak taaruf kalau semua calon umi tu extra?"
"Dah umi bagi ustazah haritu, Fateh tak nak kan?"
Anaknya tersengih.
"Dia janda, Fateh tak nak. Kalau boleh biarlah macam Fateh jugak. Umi...jodoh ni ada kalau kita usaha. Ni, Fateh tengah usahakan ni. Sabarlah sikit lagi. Ok?" Fateh senyum comel.
"Basith ada call kamu? Haritu dia call abi cerita pasal adik dia. Katanya nak kahwin jugak dengan kekasih dia." Haji Aziz sudah menukar topik perbualan.
"Ha, tu lagi sorang! Umi nak carikan calon jugak! Budak bertuah dua orang ni memang suka buat perangai. Dua-dua belum kahwin, tak ada calon katanya. Entah-entah bercinta senyap-senyap kot?" Hajah Kalsom jeling tajam.
"Astaghfirullah umi, sampai ke situ umi punya overthinking?" Fateh ketawa lagi.
"Kawan baik kamu tu bagus, abi suka dia. Adik dia, apa nama?"
"Adinda Cendana."
"Yes,her. She's pretty and nice. Why don't you try?"
Haji Aziz sudah mengangkat keningnya berkali-kali. Fateh menggeleng pantas.
"Abi dengar kan? Dia dah ada calon, tak elok rampas orang punya."
"Yeke? Bukan dulu Fateh pernah suka dia?"
Uhuk!
Tersedak anaknya. Haji Aziz dan isterinya sudah mengekek ketawa. Seronok dapat kenakan anak itu. Merah padam mukanya mengingat kembali. Adeh.
**
BILIK guru yang lenggang tanpa guru dipandang sepi. Basith melangkah masuk dengan perlahan. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi. Penatnya harini, sudahlah tak sempat sarapan...lagilah dia kurang bertenaga.
Fikirnya masih melayang mengingat adiknya. Adinda yang baru sahaja mula bekerja sebagai guru disebuah tadika merisaukan dirinya. Tekadnya untuk berkahwin dengan Hanif, memang tindakan berani mati.
Apa perlu dia buat? Patukah dia mintak tolong dari sahabatnya? Uish, kerja gila tu. Takkanlah dia nak paksa orang lain kahwin dengan Adinda?
"Cikgu Basith tak keluar rehat?" sapa Zulaikha.
Guru wanita yang baru berpindah itu nampak tenang menyapa dirinya. Basith hanya tersenyum. Meja mereka yang bersebelahan buatkan dia selalu berbual dengan gadis itu.
"Kejap lagi, ustazah. Ustazah dari mana?"
"Kelas lima Cempaka, ada hafazan harini."
Terangguk-angguk kepalanya mendengar perkara itu. Basith berpusing menghadap Zulaikha.
"Ustazah. Nak tanya sikit, kalau adik saya jenis yang tak nak dengar cakap...nak buat apa eh?"
"Degil sangat ke dia?"
"Nope. She's nice tapi kadang-kadang je tak nak dengar pendapat saya. Saya risau, dia nak kahwin dengan boyfriend dia tapi lelaki tu kerja tak tetap."
"Jadi itu yang awak risaukan?"
Basith angguk perlahan. Zulaikha masih merenung buku diatas meja. Macam biasa, langsung tak nak pandang dia. Buruk sangat ke dia? Oh, ya. Dia jaga pandangan.
"Kalau awak jumpa lelaki yang baik, cukup didikan agama dan rajin bekerja...bagi saya semua tu dah ok. Cuma kadang-kadang ni, manusia mudah jatuh hukum dalam menilai manusia. Cuba cikgu bagi peluang pada diorang? Tengok effort lelaki tu dulu? Lepastu baru decide sama ada nak teruskan atau tidak." ujar Zulaikha dengan lembut.
"Baik, faham."
"Kita sebagai keluarga ni, memang risau kalau-kalau adik atau sedara kita salah buat keputusan. Tapi kalau boleh... cuba pandang dari sudut positive? Pilihan diorang kadang terbaik cuma cara tu yang tak kena."
"Baik, faham."
Zulaikha tergelak kecil. Apa yang dia faham? Terangguk-angguk je dari tadi.
"Ustazah ada boyfriend?"
Terjatuh pen dari tangan. Basith sudah ketawa. Rasa-rasanya dia sorang saja yang berani menyakat Zulaikha. Kelakar, baru usik sikit dah gelabah. Orang cantik macam dia...mestilah ada boyfriend kan?
Share this novel