BAB 1~GUGUR

Romance Completed 19265

SETAHUN KEMUDIAN,

JAM menunjukkan tepat pukul 8:00 pagi. Terlihat Qis sibuk menyusun bunga-bunga untuk gubahan tempahan yang perlu dia siapkan hari ini juga. Meskipun demam melandanya, tapi tidak menghalang tekadnya untuk datang ke kedainya dan menyiapkan apa yang perlu ia siapkan. Baginya, itu adalah amanah. Jika berkaitan dengan amanah, dia harus tunaikan dengan bersungguh-sungguh.

Itulah Qis yang penuh dengan tanggungjawab. Oleh kerana sikapnya yang sempurna, dia sering menerima pujian dari orang ramai, menjadikan kedainya sangat popular tiada tandingnya. Sampai saat ini, belum ada yang boleh mengalahkannya.

•••

"Qis. Harini, kau busy tak?. Kalau kau tak busy, aku nak ajak kau pergi kenduri rumah saudara aku." Soal Nia, sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Qis.

Soalan Nia hanya Qis balas dengan diamnya saja.

"Oi. Kau dah kenapa termenung ni Qis. Ada masalah ke?. Atau, kau dah jatuh miskin." Tanya Nia lagi.

"Apalah kau ni. Kata-kata itu satu doa tau."

"Dah tu. Kenapa kau termenung?. Fikirkan Encik Naim kau tu ke?. Kenapa dengan dia lagi?. Dia ajak kau keluar?."

"Hah. Jangan mimpi. Sekarang dia dekat luar negara. Harini baru balik."

"Kau dah bersama dia hampir 9 tahun. Tapi hubungan korang macam tu je. Takda kemajuan, bahkan takda titik terang sama sekali. Kenapa kau masih bertahan?."

"Aku sayang dia, dan dia juga sayang aku. Sayang kalau putus. Tapi dia janji, bila urusan dia dah selesai nanti. Dia pasti akan lamar aku."

"Hah. Kau percaya?. Kalau dia benar-benar sayang kau. Dia akan bagitahu semua orang bahwa kau kekasih dia. Ni tak, dia mati-matian sembunyikan kau dari pengetahuan semua orang, bahkan bila jumpa pun harus tempat yang tertutup. Kau tak tanya dia alasan, kenapa dia buat macam tu ke?."

"Aku tak tahulah. Malas nak tanya."

"Sekarang ni, banyak yang jodohkan dia dengan asisstant dia tu. Kau tak terluka. Kalau aku, aku tak tinggal diam. Aku akan mempertahankan hak aku sebagai kekasih sebenar dia."

"Buat apa?. Malaslah. Bukannya happy ending, malah sad ending. Lebih baik diam. Itu yang seharusnya."

"Suka hati kaulah. Harap, kau tak kecewa."

"Tak mungkin terjadi, kerana aku yakin dia setia. Ni Nia, kau kan pernah mengandung."

"Mmm."

"Hurm..., sakit tak melahirkan. Macam mana rasa dia?. Ada rasa macam kena gigit harimau tak." Tanya Qis tiba-tiba.

"Kenapa kau tanya?. Atau jangan-jangan..., Oh my god. Kau dah berhubungan badan dengan Im ke?."

"Aku.., aku...,"

"Aku apa?."

"Dia cakap, dia akan bertanggungjawab. Jadi aku serahkan semuanya pada dia. Serius, aku keberatan. Tapi dia janji, akan bertanggungjawab. Kalau aku tak turuti, dia nak tinggalkan aku. Aku tak nak. Jadi, aku turuti kemahuan dia."

“YaAllah Qis. Meskipun cinta kau setinggi langit sekalipun. Tak perlu kot kau serahkan semuanya pada dia. Belum tentu dia nak bertanggungjawab. Tunang pun tak, kahwin jauh sekali. Kau nikan."

"Macam mana ni Nia, kalau mak ayah aku tahu. Mati aku Nia."

"Dah berapa bulan kandungan kau tu?."

“2 bulan."

"Baru 2 bulan. Masih awal lagi."

"Oi. Kalau aku tahu akan jadi macam ni. Aku tak mungkin, tidur dengan dia.”

“Dah terlambat. Sebaiknya, kau bagitahu Im tentang perkara ni. Kalau tak, susah kau nanti. Aku yakin, dia pasti akan bertanggunjawab."

"Ok. Aku try."

"Good luck."

"Thank." Balas Qis.

***

LIAR mata Puan Aina ketika memandang rumah sewa anaknya yang tidak seperti rumah melainkan kandang ayam baginya. Mana tidak, rumah berselerak dengan sampah bekas makanan di atas meja. Belum lagi bertimbun-timbun baju kotor yang belum di cuci. Entah bagaimana anaknya hidup, dengan persekitaran yang tidak menyenangkan seperti ini.

"Berseleraknya rumah kamu ni Az, rimas mak tengok. Anak orang kaya, tapi rumah macam kandang ayam. Takda rumah lain ke?. Kalau kamu nak, harini juga mak belikan rumah untuk kamu. Nak rumah macam mana?. Bagitahu mak."

"Mak. Az selesa tinggal sini. Lagipun, Az tinggal berdua dengan Yan. Tak perlu rumah besar-besarlah. Mak ni, ada keperluan apa datang sini?. Pasal ayah ke?."

“Ayah suruh mak jemput Az pulang. Mehlah Az. Kita dah lama tak kumpul bersama. Raya pun Az tak balik rumah. Mak hanya ada kamu dan Im. Lagipun si Naim tu, busy dia mengalahkan menteri. Bosan. Baliklah Az. Az tak sayang mak ke?."

"Az sayang mak, ayah. Tapi kalau Az balik, itu bermakna Az dah bersedia ambil alih semuanya. Az tak nak. Sakit kepala, tumbuh jerawat, tak dapat bebas lagi, serabut, stres dan sewaktu dengannya. Mimpi buruk mak."

"Apa kaitannya dengan jerawat?."

"Yelah mak, kalau stres mesti tumbuh jerawat. Az tak boleh stres, alergik. Mak pujuk atok, tukar nama Az. I think, mesti banyak yang nakkan posisi tu. Az, bahagia dengan kehidupan Az sekarang."

"Kamu ni, umur dah 32. Perangai macam budak-budak. Atok pilih kamu, mesti ada sebab. Orang lain nakkan posisi tu, dia tolak pulak. Apa punya manusia kamu ni."

"Mana ada 32. Tak silap Az, 23. Ni mak. Naim ada kekasih ke?.”

“Setahu mak takda. Kenapa?.”

"Takda?. Tak patut. Dia yang kacak tu, takda girlfriend."

"Takda. Setahu mak, dia selalu juga keluar. Katanya, ada meetinglah. Itulah, inilah. Mak pun tak tahu. Mak curiga juga, yang dia ada simpan perempuan. Kalau betul, apa salahnya bagitahu mak, ayah. Kami tak marah. Malah kami bahagia. Korang normal."

"Mak ayah tak kisah ke dia orang biasa."

"Orang biasa, manusia jugakan. Buat apa pilih-pilih. Tapi kalau boleh, cari perempuan yang baik kelakuannya. Tak kaya, takpa. Asalkan, dia boleh jaga kamu. Itu yang penting. Tapikan Az, mak berkenan dengan seorang gadis ni. Kalau tak silap mak, nama dia Nurul Aisha Balqis. Pemilik kedai bunga langganan mak. Dia cantik, baik hati, ramah. Intinya mak suka dia. Ayah kamu pun kenal dia. Kalau kamu dah takda pilihan lain tu. Cubalah gorat dia. Atau, nak mak masuk meminang dia."

"Siapa pulak dia mak. Jangan asal nak meminanglah. Bila baik sikit, mak berkenan. Kot-kotlah, itu cara dia nak tawan hati keluarga kita, habistu bolot semua harta kita. Nak menyesal dah takda gunanya lagi mak."

"Mak kenal sangat dengan dia. Mak selalu juga ajak dia makan dekat rumah kita, pergi keluar negara sama-sama. Ada juga yang temankan mak. Harapkan kamu dengan Naim. Tunggu mak mati dulu, baru nampak muka korang berdua."

“Apa cakap macam tu mak. Az sayang mak. Sayang sangat-sangat. Baiklah. Az balik."

"Betul ke ni Az?."

"Betul. Tapi mak kena janji. Mak tak cakap macam tu lagi. Kalau mak ingkar, Az tak nak balik buat selama-lamanya. Setuju."

“Setuju. Betul ni kamu nak balik.”

"Betul."

"Yeah" Girang ibunya, lantas di peluknya anak bujangnya. "Akhirnya. Terima kasih sayang. Ok. Kalau macam tu, mak balik dulu. Nak kemaskan, bilik kamu.”

"Sebelum Az balik. Boleh bagi Az masa. Tak lama, Az nak urus dulu apa yang Az tinggalkan nanti. Boleh?."

"Boleh. Tapi, jangan lama-lama. Mak tunggu tau."

"Tak lama. Az janji."

“Mak pegang dengan janji kamu.”

Senyuman Puan Aina lebar terukir ketika pada akhirnya anak sulungnya, pulang kepangkuannya setelah 5 tahun membawa diri jauh darinya. Membawa diri sehingga tidak pernah menjejak kaki di rumah mereka lagi. Ini kerana sebuah janji. Jika tidak kerana janji, mungkin sekarang dia bahagia bersama keluarga lengkapnya.

* * * *

WAJAH Naim bengis terlihat, ketika mengamati test pack pemberian kekasihnya. Meskipun dia kurang faham akan pengunaannya. Tapi dia yakin, ini pentanda buruk baginya. Lantas memandang Qis yang hanya menundukkan kepalanya saja.

"Awak mengandung?."

Qis mengangguk laju,

“Betul ke ni?. Ke awak prank saya?. Setahu saya, saya dah berhati-hati tau. Tak mungkin menjadi. Ke, awak tidur dengan jantan lain. Habistu tuduh saya, supaya saya yang bertanggungjawab. Macam tu."

"Saya tak pernah tidur dengan jantan lain, selain awak. Bukan ke awak pernah cakap dekat saya, yang awak akan bertanggungjawab walau apapun yang terjadi. Sekarang, awak tuduh saya tidur dengan jantan lain pula."

“Kita berhubungan baru beberapa kali, dan saya yakin yang saya dah guna perlindungan. Sebab tu saya curiga dan tak yakin, betul ke baby dalam kandungan awak tu anak saya. Lagipun, kita jarang jumpa. Jangan-jangan, anak yang awak kandung tu. Anak dari hasil liar awak tak."

PANG !

Tamparan kuat melayang tepat pada pipi kanan Naim.

"Jangan asal tuduhlah. Awak tahu sendiri, saya tak pernah bercinta. Bahkan dekat dengan lelaki lain pun awak larang. Sampai awak upah orang untuk jaga saya, dari lelaki lain. Macam mana saya boleh tidur dengan jantan lain. Saya hanya sayangkan awak sorang. Sayang sampaikan saya serahkan dara saya pada awak."

Seketika Naim terdiam.

"Kita dah bercinta dah hampir 9 tahun. Tapi awak tak pernah anggap saya ada. 8 tahun tempoh kita bersama, awak sembunyikan hubungan kita dari pengetahuan semua orang. Kenapa?. Awak malu ada kekasih miskin macam saya."

“Kan kita dah bahas soal ni. Dah tiba waktunya nanti, saya akan kenalkan awak pada dunia bahwa awak kekasih saya. Tapi tidak untuk sekarang." Jawab Naim, lantas di genggamnya tangan Qis. "Macam ni jelah, kalau awak sayang saya. Saya minta, awak gugurkan kandungan tu."

“Gugur?.”

“Ya gugur. Awak jangan risau, saya akan cari dokter terbaik untuk awak. Saya akan teman awak. Saya mohon, jangan bagitahu orang-orang tentang perkara ni. Kalau tak, masalah buat saya."

Pantas Qis menepis tangan Naim yang menyentuh dirinya.

"Bahkan sampai detik ni awak masih pentingkan diri awak sendiri. Dengar sini, saya takkan gugurkan kandungan ni. Titik."

"Apa?."

"Awak jangan risau. Saya takkan menyusahkan awak, saya takkan bagitahu siapa-siapa tentang perkara ni. Saya harap, satu hari nanti karma akan membalasnya. Mulai sekarang, kita putus. Terima kasih untuk segalanya." Pamit Qis pantas melangkah pergi.

Dengan pantas juga, Naim menghalangnya,

“Ketepilah. Awak nak apa lagi?.”

“Putus?. Setelah 8 tahun. Awak gila ke apa?."

"Awak yang gila. 8 tahun takda kepastian, buat apa di pertahankan. Awak hanya nak kenikmatan, bukan hidup serius bersama saya. Dahlah. Saya malas nak bertengkar."

"Dengar sini sayang. Saya sayang awak. Awak sumber kebahagian saya. Jangan buat saya macam ni. Saya mohon, bagi saya peluang. Saya janji, akan bertanggungjawab. Saya janji. Tolong, jangan tinggalkan saya." Mohon Naim, lantas di peluk erat kekasihnya.

Pantas Qis menolak kasar Naim jauh darinya.

"Keputusan saya muktamad. Awak dah musnahkan kepercayaan saya. Berbahagialah dengan asisstant awak tu. Dia lebih sempurna dari sayakan. Pergilah. Itu yang awak banggakan. Saya mengalah." Balas Qis lantas melangkah pergi.

"Qis !." Teriak Naim dalam kepiluan. Bukankah ini yang ia tunggu. Kenapa luka yang datang, bukannya bahagia?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience