Bab 19

Romance Series 39746

Talhah yang mendengarnya hairan, apakah maksud abangnya itu? Mahu merampas jawatannya di CEO syarikat tapi bukan kah abang itu tidak berminat tentang bidang perniagaan. Ataupun abangnya ada muslihat lain dengan ariana?? Apakah semua ini? dia pasti kena korek secepat yang mungkin sebelum terlambat. Talhah berjalan lalu menuju ke biliknya untuk berehat. Tapi otaknya tidak dapat berhenti daripada berfikir tentang itu. Apa yang patut dilakukan?

Talhah pun bersihkan diri dan solat lalu terus baring di katilnya seketika untuk merehatkan mindanya yang serabut

"Apa niat along nak rampas jawatan CEO tu eh? ke sebab dia nak jatuhkan aku? atau memang dia sebenarnya sukakan ariana?" teka talhah

Dalam talhah berfikir tu, tiba-tiba bunyi ketukan pintu biliknya yang diketuk daripada luar

"Ada apa pulak along ketuk pintu bilik aku? kacau aku nak berangan pun tak boleh" kata talhah lalu terus bangun dan membuka pintu biliknya

"Haaaa, ada apa along?" tanya talhah acuh tak acuh

"Tak ada apa, kau okay?"

"Aku okay je, biasalah penat sikit. Lainlah kau duk rumah goyang kaki je masuk duit"

"Hahahahahahaha itu la kau, aku suruh tak payah kerja kau tak nak. Degil, suka hati kau la" kata taufiq lalu masuk ke dalam bilik adiknya dan duduk di sisi katil

"Emm along, asal kau tak nak kerja eh? kau tak nak guna ke otak kau tu untuk kerja. Kau penat-penat belajar bidang engineer. Tapi last-last tanam anggur je dekat rumah"

"Sebab, aku rasa tak nak. Lagipun aku nak kerja dengan office daddy tu. Tak ada ke kerja-kerja kosong bahagian engineer tu dekat sana?"

"Emmmmm, buat masa ni tak ada lagi. Nanti dah ada aku bagitahu kau la. Kau tunggu je la"

"Hemm okaylah kalau kau dah cakap macam tu. Jangan lupa pulak eh?"

"Iye la, dah la aku nak rehat. Aku penat, keluar nanti tutup pintu"

"Okay, bye, good night" kata along lalu keluar daripada biliknya sambil senyum senget

"Hemmmm" talhah yang baru sahaja menutup mata. Terus tak jadi nak tutup, tiba-tiba matanya terbuka dan terfikir sesuatu. Tiba-tiba sahaja alongnya mahu bekerja di office daddynya dan mahu menjadi engineer disitu

"Hehh mula-mula jadi engineer, nanti lama-lama nak ambik jawatan CEO daripadanya" kata talhah dalam hati. Otaknya ligat memikirkan sesuatu

Pada hari rabu, tania hadir ke office dalam keadaan biasa. Tania mengenakan warna baju maroon daripada atas sampai bawah. Pada awal pagi, tania seperti biasa singgah di cafe untuk breakfast dan terus naik ke office. Tania terus naik ke biliknya, semasa naik lif. Tania terserempak dengan talhah seperti biasa bau minyak wangi yang menyebabkan tania mengenali talhah

"Hi mr talhah, are you okay?"

"Hi, ms tania. Hemm okay" jawab talhah acuh tak acuh kerana tiada moodnya untuk bercakap

Tania terus diam. Apabila dilihat talhah sebegitu. Mereka diam sehingga ke atas dan masing-masing masuk menuju ke biliknya. Setelah tiba di bilik, seperti biasa tania lihat banyak jambangan bunga yang ada diatas meja. Semuanya jenis yang sama tetapi warna yang berbeza dan ada yang hampir nak layu mungkin kerana terlalu lama kesejukkan. Tania mengambil bunga itu dan buang, hanya beberapa jambak yang masih elok sahaja digantikan di dalam pasu perhiasannya

Semasa khusuk tania menghias pasu bunganya, PA nya mengetuk pintu daripada luar

Knock knock knock

"Yes, masuk"

"Cik tania dah okay?"

"Yeah, i' m okay. Kaki i pun dah fully sihat. So i datanglah kerja harini"

"Ouhh, nah. Bunga untuk cik tania" kata PA nya sambil menyerahkan sejambak bunga kepada tania

Tania mengeluh "aduhh, i ingatkan bila i tak masuk office. Bunga ni dah stop, rupanya still sama. Tak penat ke dia asyik bagi bunga je? Banyak betul duit dia eh beli benda yang membazir ni" kata tania sambil hanya melihat bunga tersebut

"Emm you nak bunga tu?" tanya tania kepada PA nya

"Kenapa cik tania?"

"You ambiklah, i tak nak. Sebab dah banyak sangat bunga ni dalam bilik i, serabut i tengok" kata tania kepada PA nya sambil memberi bunga itu kepada PA nya semula

"Ouhh, takpelah kalau macam tu. Tapi cik tania tak nak tengok dulu ke kad dia?"

"Its okay, kad dia you boleh buang je. I tak nak baca ayat-ayat macam orang tak sekolah ni" kata tania sambil duduk dan membelek failnya yang bertimbun di atas meja

"Baik cik tania, ada apa-apa lagi ke cik tania?"

"Ouhh, yeah. I want to ask, Kerja i masa i tak ada dekat office sape yang buat?"

"Ouhh........ encik talhah yang siapkan. Tu pun ada dia tengah semak lagi sekarang, kata ya susah sebab bukan bidang dia. Cuba cik tania pergi tanya"

"Hemm......... okay, thanks sebab bagitahu. Nanti i pergi tanya"

"Okay, cik tania. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu. Kalau cik tania nak apa-apa just panggil saya ya"

"Of course la i akan calling-calling you je. Okaylah, bye"

"Okay, bye cik tania" kata PA nya lalu keluar daripada biliknya

Tania menyambungkan kerjanya yang sudah hampir seminggu ditinggalkan gara-gara tuan punya syarikat buat hal. Tania baru teringat yang failnya masih banyak berada di dalam biliknya. Tania bangun lalu menuju ke bilik talhah dalam keadaan perlahan-lahan. Tiba di depan pintu bilik talhah, baru sahaja tania ingin mengetuk pintu. Pintu sudah pun dikuak daripada dalam. Terus tania tertunduk menghadap lantai tak berani nak berpandangan mata dengan talhah

"Yes ms tania you nak apa?"

"Ouh, emmm............. i nak ambik fail kira-kira"

"Sape yang izinkan you masuk?"

"Emm....... itu kan kerja i"

"Yeah i know, you boleh keluar! jangan ada sape-sape pun yang masuk dalam bilik i. If ada i pecat!" tinggi nada suara talhah memarahi tania

Terkedu tania dibuatnya, terus tania pergi ke biliknya dengan tangan yang kosong. Niatnya mahu mengambil fail kerjanya semula. Tapi lain pula dia yang kena marah, apakah ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience