59 My Sweet Pepero ( Finale II )

Family Series 110448

Tok Teh diam-diam memerhati. Mata tuanya tak mungkin menipu. Ada sesuatu tak kena dengan Deila dan Rhett. Sejak kembali dari makan malam berdua, ada yang berubah.

Rhett sudah jarang mengeluh tentang Deila. Tidak lagi clingy. Selalunya balik je dari kerja, nama Deila lebih dulu dilaung sebelum tuan punya badan masuk ke dalam rumah. Kurang bercakap, lebih pendiam.

Deila pun sama. Lebih banyak menghabiskan waktu di kilang dan rumah anak yatim. Kadang muncul tengah malam dan terus masuk bilik. Tok Teh sudah tidak lihat Rhett berpimpinan tangan dengan Deila menuju ke meja makan. Seorang muncul dulu, kemudian yang seorang muncul apabila yang seorang lagi hampir selesai makan. Bertegur dan berbual juga, tetapi hanya sepatah-sepatah. Tiada gurauan dan gelak tawa seperti selalu.

Apa sudah jadi?

Tok Teh garu kepala yang tak gatal. Kalau kata bergaduh, tiada masam muka. Cuma tak ceria. Tak mesra. Macam ni bila dia nak dapat cicit?

Tok Teh muncul di salah satu rumah anak yatim petang itu. Yakin yang Deila ada di situ. Dia mahu korek dari Deila apa sebenarnya yang berlaku.

Seperti yang dijangka, Deila sedang duduk termenung di laman belakang rumah anak yatim. Beberapa kanak-kanak sedang ketawa girang berkejaran di laman belakang. Deila memandang kosong. Fikiran jauh melayang.

Kedatangan Tok Teh langsung tak disedari sehinggalah tok labuh punggung di sebelah Deila.

“Eh, tok! Bila sampai? Maaf, saya tak sedar.”

“Jauh termenung, macam mana nak sedar?”

Deila senyum sumbing dengar tok memerli. Terasa tapi tak sampai di hati. Dia dah masak benar dengan perangai tok, saling tak tumpah perangai arwah opah.

“Ingat siapa tu? Rhett ke?”

“Tok ni, ada-ada je. Saja nak sakat saya eh? Ingat Rhett buat apa tok, hari-hari jumpa.” Jawab Deila lalu ketawa kecil.

“Habis tu, yang kau termenung panjang kenapa, Del? Kau ada masalah ke? Cuba cerita kepada tok.”

Deila tarik nafas panjang. Wajah berkedut tok ditenung sejenak. Tok Teh sama macam arwah opah. Macam tahu-tahu je dia tengah berserabut sekarang. Apakah semua terpampang jelas dari wajah dia?

“Apabila saya lihat budak-budak tu, teringat zaman kanak-kanak saya di kampung, tok. Saya rindu. Dah lama saya tak balik jenguk rumah pusaka tu. Jenguk pusara opah.” Luah Deila setelah beberapa sangat membungkam. Tok angguk perlahan.

“Kau nak balik kampung? Nanti tok suruh Rhett temankan.”

“Tak payahlah tok, saya boleh je pergi sendiri kalau saya nak balik. Rhett banyak kerja. Saya tak nak kerja Rhett terganggu.”

“Kau tu isteri Rhett, lebih penting berbanding urusan syarikat tu. Banyak je yang boleh buat kerja Rhett nanti. Hal tu biar tok uruskan. Bila kau nak balik kampung, Del?”

Deila bungkam lagi. Serba salah mahu jawab. Dia takde niat mahu susahkan sesiapa. Lagipun, dia tak bercadang mahu balik bersama Rhett kerana ianya bukan sehari dua. Kalau balik setakat mandi berak je di kampung, baik tak payah. Rhett kena uruskan sebuah syarikat besar, bukan kilang bakeri kecil macam kilang Deila. Dia cukup maklum tentang kesibukan Rhett. Kilang kecil dia je pun hampir tak cukup tangan, inikan pula sebuah syarikat yang punya ribuan pekerja.

“Saya belum fikir lagi tok. Tak perlu risaulah, saya boleh je bincang dengan Rhett nanti.” Jawapan yang diberi bertujuan untuk menolak halus campur tangan tok.

Cuma Tok Teh, seorang wanita yang sudah lama melalui kehidupan penuh rencah, dengan mudah dapat baca isi hati Deila. Tok rasa tidak sedap hati. Sesuatu perlu dilakukan. Bukan mudah mahu satukan kembali Deila dan Rhett. Mana mungkin tok lihat saja hubungan dua manusia yang paling dia sayang itu berantakan hanya kerana peristiwa lampau. Ya, tok cukup faham penderitaan yang Deila lalui. Tetapi, biarkan masa depan dibelenggu kisah lalu sama seperti biarkan hidup terus kelam, bahagia di depan mata tak tergapai. Deila perlu melepaskan kenangan semalam.

“Del… kau ada masalah dengan Rhett ke? Cerita kepada tok.”

Deila kemam bibir. Rasa bersalah menerpa. Tok perasan? Ah… tok dah lama hidup, tak hairan tok dapat rasa!

“Bukan masalah besar, tok. Jangan risau, saya dan Rhett boleh selesaikan.”

Tok Teh mengeluh. Nak selesai? Berapa lama? Dia bukan semakin muda, Deila oi! Dia nak cicit!

“Lepaskan, Del. Kenangan yang buat kau terusan terluka, lepaskan. Apabila kau belajar melepaskan, kau akan lebih mudah memaafkan.”

Deila terpaku. Tertampar pedih dengan kata-kata tok. Bibir dikemam, cuba beriak biasa depan tok. Batin merintih. Bukan tidak cuba tok… tetapi setiap kali lihat Rhett, luka kembali tertoreh. Sakit, terlalu sakit tok!

“Jangan risau, tok. Saya okay je. Saya yakin semuanya akan okay nanti. Masa adalah ubat paling mujarab untuk semua luka.”

Tok angguk. Wajah masih nampak tidak puas hati tetapi tok pilih untuk tidak terus membicarakan hal itu kerana tidak mahu luka Deila bertambah parah. Bukan itu tujuan tok berbual dengan Deila.

Tok Teh muncul di rumah agam bersama Deila ketika matahari sudah terbenam. Usai menikmati makanan malam, tok ajak Deila berbual di ruang tamu.

“Rhett belum balik?” Tok aju soalan. Sedari tadi dia tak lihat kelibat Rhett.

“Rhett ada hantar pesanan tadi. Katanya dia lewat balik. Kena selesaikan masalah tentang kontrak dengan salah satu syarikat besar.”

“Takpe, tak perlu tunggu Rhett. Nah… minum air ni. Tok buat khas untuk kau dan Rhett.”

Deila pandang cawan yang tok hulur dengan wajah berkedut. Bau macam minyak urut!

“Air apa ni, tok?” Hampir bertaut hujung kening saat Deila lihat air berwarna coklat kehitaman itu. Kembang anak tekak!

“Jangan pandang rendah khasiat air ni tau. Ni air herba, resepi turun temurun keluarga tok!”

Deila sengih sumbing. Ketara sangat ke riak wajah menolak dia tadi?

“Untuk apa ni tok?”

“Untuk kesihatanlah. Tok lihat sejak akhir-akhir ni kau nampak letih dan lesu. Kulit muka tak bercahaya. Minum ni! Tok gerenti wajah kau bersinar bak rembulan.”

Amboi, tok! Agak-agaklah nak pujuk suruh minum. Ingat dia budak-budak ke percaya je benda tak logik macam tu? Kalau setakat minum air herba boleh buat muka glowing serta merta, takdenya wujud mesin laser muka, suntik muka sana sini Tok Teh oi!

“Dah, minum cepat. Habiskan. Penat tok reneh.”

Deila sambut cawan yang dihulur dengan wajah mahu tak mahu. Bagaimana bisa dia telan air berbau ubat urut tu? Deila pandang tok, minta belas kasihan. Tok jegilkan mata, memaksa!

“Habiskan, Del!” Desak Tok Teh.

Tak sampai hati mahu menolak, Deila teguk air hitam itu sambil tahan nafas.

“Telan! Jangan muntahkan!”

Berair-air mata Deila cuba paksa diri telan air herba itu sampai ke titisan yang terakhir. Tok tenung cawan yang sudah kosong itu dengan riak puas hati.

Rhett Raffendy muncul di ambang pintu rumah agam ketika waktu hampir menginjak ke tengah malam. Ruang bawah sudah gelap gelita. Rhett melangkah perlahan menuju ke anak tangga. Tidak mahu kejutkan penghuni rumah.

“Rhett? Kau dah balik?”

Hampir terlompat Rhett kerana terkejut disergah seseorang dalam gelap.

“TOK!”

Lampu terpasang. Rhett mendengus apabila lihat Tok Teh mengatur langkah ke arahnya sambil menjinjing sebuah dulang.

“Tok buat apa dalam gelap tadi? Buat orang terkejut je!”

“Tok tunggu kaulah! Ni, tok reneh air herba untuk kau. Minumlah, tok dah panaskan tadi.”

“Tok tunggu saya balik tengah malam macam ni semata-mata nak suruh saya minum air herba tok? Serius?”

“Ha’ah, penat tok sediakan. Minum cepat, Rhett!” Tok sua dulang berisi secawan air herba yang masih berasap tipis di depan Rhett.

“Tak nak!”

Tok jegil mata.

“Tak nak?!”

“I don’t trust you, nenda! Lagipun, air tu nampak tak sedap. Tak hingin.”

“Rhett Raffendy, berhenti!”

Mati mendadak langkah Rhett. Niat mahu naik ke tingkat atas terbantut apabila tok bersuara lantang.

“Apa lagi tok? Saya tak nak minum air tu.”

“Minum atau tok paksa!”

“Sorry, tak nak!”

“Rhett!!!”

Berdesup Rhett lari. Tok Teh pandang dengan mata marak. Sudah dia duga sebenarnya. Rhett pasti menolak. Tok cuma mahu cuba nasib je.

Rhett yang sudah berada di depan pintu bilik menolak perlahan daun pintu. Tak mahu kejutkan Deila yang pasti sedang nyenyak tidur di dalam. Pintu ditutup perlahan sebelum Rhett kunci. Berjengket mendapatkan tuala dan berlalu ke bilik mandi.

Keluar dari bilik air, hanya sehelai tuala membalut punggung. Sambil mengeringkan rambut dengan sehelai tuala kecil, Rhett tuju ke almari pakaian.

“Rhett…” Desah suara gemersik, begitu menggoda. Rhett tergamam apabila tuala yang membalut punggung dilepaskan oleh sepasang tangan. Tuala kecil dalam genggaman auto jatuh. Rahang ikut jatuh.

“Del… kau… urm…” Belum sempat habiskan ayat, tubuh terpusing. Bibir ditekan oleh dua ulas bibir lembut. Biji mata Rhett terbelalak.

“Help me, Rhett… panas… saya rasa panas… release me…”

Tubuh Rhett terundur dan terus terundur hingga belakang tubuh melekat di dinding.

“Del… what happened?”

Deila tidak menjawab. Seperti cacing kepanasan, terusan menyerang Rhett dengan sentuhan yang membangkitkan rasa sensual. Darn, Deila Araferro! Bagaimana dia bisa bertahan? Sejak nikah, tidur sebilik, sekatil tetapi hanya sebatas tidur berhemah. Terpaksa akur kerana hormat kemahuan Deila. But now?

“Deila!”

“Saya dah tak tahan. Help me, Rhett…”

Ketika menyentuh bibir Deila, dahi Rhett berkerut. Rasa itu…

“Kau minum air herba tok ke?”

“Help me…”

“Del… kau sedar tak tentang kemahuan kau? Saya boleh tunaikan. Tapi… betulkah ini yang kau mahu? Tak menyesal?”

“Tak… I want you…”

Cukup hanya sebaris ayat itu!

Tak tunggu lama, Rhett cempung tubuh Deila dan melangkah laju ke arah katil.

Matahari sudah tegak di atas kepala ketika Rhett terjaga keesokan harinya. Letih! Tak larat mahu bangun. Dia sudah plan tak mahu masuk pejabat masa awal subuh tadi, selepas aktiviti suami isteri untuk kesekian kalinya berakhir.

Bersama senyuman bahagia mekar di wajah, tubuh mengiring. Tangan bergerak, meramas ke sebelah. Mata terkuak luas.

Kosong?

“Del?!”

Bebola mata meliar. Telinga gigih dipasang. Ruang bilik luas itu kosong. Sunyi sepi. Rhett melompat keluar dari katil, mengenakan pijama dan meluru ke bilik air. Kosong! Bergegas turun. Dari ruang tamu ke dapur hingga ke laman rumah. Kosong. Rhett berlari naik, mencari telefon bimbit. Nombor Deila dihubungi. Tak dapat disambungkan.

Deila Araferro!

Where are you?

Rhett baru bercadang mahu mandi ketika bebola mata tertancap pada sehelai kertas berlipat di atas meja solek. Rhett menghampiri. Lipatan dibuka.

Rhett,
Maaf saya pergi tanpa meminta kebenaran. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Apa yang berlaku semalam atas kerelaan saya sendiri. But still, I can’t face you right now. Saya pergi untuk cari ketenangan. Cari diri saya yang hilang. Cari apa yang saya mahukan. Saya janji saya akan kembali jika kau masih sudi menunggu. Kalau tak, saya terima segala keputusan kau dengan hati terbuka. Maafkan saya, Rhett. Tolong jangan cari saya. Beri saya masa untuk perbaiki diri. Insya-Allah, jika jodoh kita kuat… saya pasti akan jadi yang terbaik untuk kau.

Deila Araferro!

Kau pergi jua… Rhett berteleku di atas lantai, membiarkan air mata mencurah jatuh ke pipi.

Deila Araferro!

Don’t take too long… I’ll be waiting for you… When you are ready, just come to me!

sabar sat sayang² semua... special chapter akan menyusul, love uolls!

Share this novel

Daa Razali
2024-09-15 11:36:14 

nk lagi

Zai Zai
2024-09-10 16:48:34 

next

norsila
2024-09-03 16:21:32 

laa lari terus dio...malu apo? hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience