bacdh 'Biar Betik'

Drama Series 55610

Sejuk!.

Dengan t-shirt yang dipakainya memanglah sangat tak sesuai untuk membonceng motorsikal.

Ah! nasiblah!

Khaleeda rapatkan tubuhnya pada tubuh Yusoff yang menunggang dengan kelajuan sederhana. Motorsikal sedikit bergoyang ketika dia mula memeluk tubuh Yusoff, kelajuan motorsikal menjadi perlahan dan berhenti di lampu merah.

"Lepas!".

Sepatah Yusoff berbunyi ketika lelaki itu sedikit memusing badan ke belakang. Lebih kepada cuba melonggarkan pelukan Khaleeda.

"Sejuk!"

Khaleeda menjawab sepatah. Meminta pengertian Yusoff. Lepas seketika apabila dia kekal memeluk Yusoff tangannya ditarik lelaki itu supaya melepaskan pelukan.

Biar betik!

Tak pernah dia termalu begini. Dia tidak pernah berkawan rapat atau cuba mendekati lelaki apatah lagi memeluk seperti malam ini.

Dengan Hamzah saja sudah beberapa kali dia membonceng motor abang Michan itu tapi tidak pernah pula dia sampai buat kerja gila memeluk Hamzah yang memang terang-terangan sukakan dia.

Ermm...
Nak cakap macam mana, dah Khaleeda memang 'crushed' Yusoff dalam diam dan dari jauh. Cuma saja ego dia tinggi melangit untuk jadi seperti yang lain-lain mengejar cinta Yusoff. Murahnya dia malam itu.

Baki perjalanan seterusnya Khaleeda memeluk diri sendiri menahan kesejukan. Mujur perjalanan sudah tidak jauh mana.

Ketika sudah sampai di hadapan rumahnya dan dia turun daripada motorsikal Yusoff, sepatah haram lelaki itu tidak berbunyi. Sekadar mengambil helmet yang Khaleeda hulur dan berlalu pergi.

Hmmm... I like!
Huhu...

Tak layan tak apa. Ingat dia hairan. Sikit pun tak. Cuma rasa suka dan respek pada Yusoff bertambah. Satu-satunya lelaki yang tidak terkesan dengan dirinya.

"Hoi!"
"Berangan!?"

Mati ingatan Khaleeda pada kenangan sebulan yang lepas. Kacaulah Michan ni!.

"Kau ni!"

"Ye la... aku bercakap sorang-sorang."

"Kau cakap apa?"

"Ha! kan betul, jauh benar kau berangan. Ada balak tak cakap aku eh?"

"Mana ada... Kau cakap apa tadi?"

"Tunggu result nanti, kita kerja sama-sama kat Aeon Mall nak tak? Kedai kerja lain-lain. Kalau sama nanti tak boleh rehat saing."

"Hebatlah kepala otak kau. Jauh ke depan. Confirm 8A+ ni."

"Amin Ya Allah."

"Amin...".

@@@@@@@

"Aku harap result aku cukup untuk dapat maktab."

Ucap Hamzah ketika sedang mengemas buku yang berselerak di atas meja.

"Amin Ya Allah."

Yusoff aminkan cakap Hamzah. Dia turut mengemas peralatan menulisnya. Mereka baru sahaja selesai 'study group'. Tempat biasa, restoran mamak berdekatan sekolah.

"Aku nak masuk polis!"

Azhar yang lebih awal mengemas barang-barangnya pula memberitahu impiannya selepas STPM.

"Amin Ya Allah."

Sekali lagi Yusoff mengaminkan impian baik kawan-kawan.

"Aku nak kerja baik-baik." Sambung Azhar.

"Amin Ya Allah".
"Amin Ya Allah".

Kali ini Yusoff dan Hamzah serentak mengaminkan cakap Azhar.

"Kumpul duit banyak-banyak." Azhar menambah lagi.

"Amin Ya Allah".
"Amin Ya Allah".

"Lepas tu nak kahwin" Azhar.

"Amin Ya Allah".
"Amin Ya Allah".

"Aku nak pinang Khaleeda."

"Amin Ya Allah".
"Ami...? Huh!?"

Yusoff sudah tergeleng-geleng kepala memandang muka kelat Hamzah dengan ayat terakhir dari Azhar. Dia sendiri tidak menyangka sampai begitu sekali jauhnya impian Azhar.

"Nanti kau dah masuk polis Zaha mesti kau dah lupa budak tu. Awek polis sekarang lagi ramai lawa-lawa. Mesti kau pilih polis jugak, faham kerja kau."

Ayat Yusoff di tuju kepada Azhar tapi lebih bertujuan memujuk Hamzah.

"Mungkin... tapi buat masa sekarang Dida la yang paling lawa! paling cun!."

Yusoff tahu kepala Hamzah sudah berasap mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azhar.

Hamzah sudah menuju ke motorsikalnya tanpa berbunyi sepatah kata dan menunggang pergi. Yusoff dan Azhar sekadar menghantar dengan pandangan.

"Padan muka dia..."

Yusoff menoleh kepada Azhar.

"Mentang-mentang adik dia rapat dengan Dida, dia ingat dia boleh cop Dida. Gentleman la sikit, bersaing cara sihat."
"Kau jadi kawan biar adil Sop! kau ingat aku tak perasan kau asyik back up Hamzah dapat Dida."
"Sama-sama suka Dida kan... best man win la!"
"Sama-sama usha... kalau Dida pilih dia aku tarik diri. Tapi... kalau Dida pilih aku dia blah la!"

Sehabis bercakap Azhar tepuk bahu Yusoff sekali.

"Nasib baik kau tak suka Dida Sop. Kalau kau masuk group peminat Dida aku memang tarik diri dari awal. Hahaha..."
"Okaylah aku balik dulu. Nak menoreh cepat hari ni. Nak kumpul duit pinang Dida."

Azhar capai helmet di atas meja dan menuju ke motorsikalnya kemudian berlalu pergi.

Tinggal Yusoff seorang di situ. Teringat malam dia menghantar Khaleeda pulang daripada rumah Hamzah. Masih terasa-rasa dada penuh Khaleeda yang melekap di belakang badannya.

Huhu.

@@@@@@@

Geram saja rasa hati Khaleeda.
Kenapa?.
Nak kerja boleh... tapi kerja di farmasi Mama dan Papa.

Tu bukan pergi kerja namanya, tu pergi hospital sakit jiwa. Kalau dia kerja dengan Mama dan Papa alamat putuslah urat kepala Khaleeda.

SPM baru sahaja berakhir pagi tadi. Last paper. Lega kepala otak Khaleeda selepas bertungkus lumus belajar. Dia bukanlah pelajar harapan. Keputusan peperiksaan dia yang lepas biasa-biasa sahaja. Cukup makan kata orang.

Tidak mustahil dia hanya layak untuk kolej swasta, tapi okaylah. Oleh kerana dia aliran ERT Khaleeda bercadang nak ambil kemahiran kulinari. Selama ini dia sentiasa ditinggalkan seorang jadi dia 'okay' dalam urusan memasak.

Bermula dengan suka menolong arwah Mama Yati ketika dijaga pengasuhnya semasa kecil dahulu.

Cikgu dia semestinya Acik Google. Tukang rasa dan makan mestilah Michan dan Hamzah. Tak taulah kalau budak berdua tu sebenarnya hanya mahu menjaga hatinya, sentiasa cakap masakannya sedap.

Tapi kalau dia bawa untuk Pak guard dan Acik cleaner sekolah pun diaorang cakap sedap. Mereka juga bagi semangat pada Khaleeda supaya ambil kursus kulinari apabila sambung belajar nanti.

Itu semua kemudian.
Lepas keputusan peperiksaan keluar nanti baru dia fikir. Sekarang periksa dah habis dia nak kerja, tapi tak nak kerja di farmasi Mama dan Papa.

Dia patut kerja lain senyap-senyap. Mama dan Papa bukan kisahkan dia pun. Cuma bila terserempak sahaja akan bebel dan bebel.

Dia kenalah sedar diri. Fungsi dia untuk Mama dan Papa hanya sebagai tempat orang berdua itu lepaskan stress dan segala ketidakselesaan dalam kepala. Titik!.

Esok keluar pagi pergi rumah Michan ajak budak muka Jepun suka makan Sushi tu pergi cari kerja kat Aeon Mall.

Okay that's it!.

@@@@@@@

"Wati! you nak kerja ke tak?".
"Jangan salah lagi! customer order lain you buat lain!."

Si Sotong pengurus cafe kopi premium tempatnya bekerja pun berlalu pergi selepas memarahi kesilapannya hari ini.

Kepala dia ke lain sekarang. Teringat cerita semalam yang masih tak berjaya. Sudah beberapa kali dia mencuba tapi tetap juga tak menjadi.

Tak apa, dulu Yunus pun macam tu juga, 'stone' sahaja. Dekat kilang dulu, dia sama kerja dengan Yunus, semua orang cakap lelaki tu alim dan budak baik. Tak pernah nak melayan dia tapi akhirnya jatuh kecundang juga di tangannya.

Ah! tu cerita Yunus dulu. Sekarang Yusoff!.

Si Yusoff tu tak macam budak 'upper six'. Dengan muka dan badan 'tough atlit cutting' tu. Geram betul. Aummm...

Sekarang peluang semakin terbatas. Bukan sahaja sebab dia sudah mula bekerja di kedai kopi premium ini tapi juga kerana si kacak tu hanya akan pulang ke rumah jika Yunus ada.

Tapi tak apa...
Kalau ada peluang tahulah dia macam mana nak tidurkan Yunus.

Kecur betul dengan Yusoff. Dah tak boleh tahan lagi. Mana ada kucing tolak ikan. Walaupun badan dia semakin naik sejak melahirkan anak tapi mampat lagi apa!. Mula-mula aje tu macam tak mahu.

Nanti la kau Sop...
Buat tak layan ye?. Ni Wati la. Kau dah merasa service aku nanti mesti nak lagi!.

Percayalah!.

tqvm yg sudi bce. pls komen dan follow ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience