HATI dan jiwanya diserang kesayuan ketika mengenangkan apa yang telah berlaku lima tahun dulu. Bingkai gambar di tangannya digenggam kemas. Air matanya diteka agar tidak bertabur di pipi.
"Maafkan Uzair nenek. Maafkan Uzair sayang. Semua salah Uzair. Andainya Uzair dengar nasihat Naim malam tu, semua ini tak akan berlaku. Nenek dan anje pasti masih hidup lagi," gumam Uzair. Satu keluhan kesal dilepaskan.
"Ujay, tak baik merungut. Dah takdir tertulis begitu. Maka begitulah jadinya. Atuk ikhlas nenek pergi. Ujay pun kena ikhlas Arie pergi."
Uzair mengeluh. Lambat Uzair menoleh ke arah atuk baru duduk di sebelahnya.
"Atuk, Ujay ikhlas Arie dengan nenek pergi. Hati ni ada masa dia buat Ujay rasa rindu dengan mereka. Terutama Arie," keluh Uzair sopan.
"Atuk faham perasaan Ujay. Hidup Ujay masih panjang. Atuk lain dah tunggu masa nak jumpa nenek."
"Hisyh, atuk ni!"
"Ujay... move. Five years Ujay... atuk rasa Ujay dah patut move... cari yang lain. Selagi Ujay tak kahwin macam mana atuk nak serahkan semua yang atuk ada pada Ujay dan cucu menantu atuk? Cicit atuk?"
Uzair meneguk liur pahit. "Dah move atuk tapi tak ada yang berkenan di hati ni. Mama tu ada. Atuk boleh bagi pada mama."
"Mama pun dah tua. Esok lusa Mama meninggal siapa pula nak jadi waris mama. Mama Ujay tu tak minat kerja atuk. Mama minat atuk ni dah lama pencen."
Puan Wanda meletakkan gelas di hadapan bapanya dengan senyuman meleret. Punggungnya dilabuhkan ke sebelah anak bujangnya. Bingkai gambar di paha anaknya dialihkan dan diletakkan di atas meja.
Uzair hanya memandang wajah mama sedang membetulkan duduk di sebelahnya. Cara mama seperti mahu menyampaikan sesuatu yang penting.
"Uzair sayang, mama dah bincang dengan atuk. Atuk setuju bagi mama pilih calon isteri untuk Uzair. Uzair jangan risau, nanti mama carikan yang elok untuk anak mama ni," pujuk Puan Wanda.
"Mama, siapa pula nak ke Uzair ni? Mama sendiri tahu yang Uzair ni mana pernah bergaul dengan perempuan. Arie tu pun sebab...."
Puan Wanda menarik pipi anaknya yang sedang merungut. "Uzair, pandang mama. You ni bukan duda. You bujang Uzair Zein. Ramai sebenarnya kawan-kawan mama nak you jadi menantu mereka cuma mereka takut Uzair yang tak nak kenal anak mereka."
Dato Mikael hanya diam melihat anak perempuannya memujuk cucunya. Gelas di meja dicapai dan direnung kosong.
"Ma, I sebenarnya tak kisah pun ma nak jodohkan dengan anak kawan mama semua tu tapi tolong bagi I date dulu dengan mereka. Paling kurang pun sekali dua. I nak orang yang terima I seadanya dan bukan sebab I cucu Dato Mikael Khairuddin dan anak Puan Wanda Mardiah pelukis yang terkenal di pelusuk dunia. Boleh ke mama?"
Terbit senyuman sinis di bibir Dato Mikael mendengar bicara cucunya.
"Sudahlah Wanda. Ujay dah setuju tu... Wanda cari dan ikut syarat Ujay.Simple."
"Daddy, I takut nanti Uzair akalkan mereka."
"Ujay, enam bulan atuk bagi masa. Habis tempoh tu Ujay kena terima pilihan atuk."
Terselit rasa bimbang di hati Uzair apabila atuk mula bersuara. Suasana terbungkam seketika.
"Bila masa pula aku setuju. Alahai atuk ni... aku maksudkan lain dia pergi simpulkan terus. Ikat mati pula tu. Parah macam ni. Mana aku nak cari?" bisik batin Uzair. Uzair menguap dan mengeliat kecil. Bingkai gambar di atas meja dicapai.
"Ma, atuk... Uzair naik dulu. Penat, nak tidur. Assalamualaikum."
Dato Mikael hanya tersenyum tawar melihat cucunya bangun dan pergi. Masak sungguh dia dengan perangai cucunya. Setiap kali Wanda masuk campur urusan peribadinya pasti cucunya mengelak.
"Awak seorang saja yang pandai pilih pasangan hidup cucu kita. Harap masih ada lagi gadis dekat luar sana yang sepadan dengan cucu kita ya Wahida," gumam Dato.
"Daddy manjakan sangat Uzair tu." Puan Wanda memeluk tubuh dengan wajah masam mencuka.
"Wanda, daddy ni atuk... atuk. Wanda tu mama dia. Ibu kandung Uzair. Sepatutnya Wanda lebih kenal perangai anak Wanda. Ini tidak, sibuk dengan galeri lukisan tu."
Puan Wanda menggigit bibir menahan sabar. "Daddy, Wanda bukan tak cuba dengan kerja daddy tu. Wanda dah cuba banyak kali. Sebelum kahwin, dah kahwin dan last sekali masa arwah sakit. Memang Wanda tak boleh. Arwah dengan Uzair tu saja yang boleh join bisnes daddy."
"Wanda, daddy bagi Wanda peluang cari cucu menantu untuk daddy sebelum malam anniversary tu nanti. Daddy rasa Wanda faham maksud daddy," ugut Dato Mikael.
Puan Wanda memandang ke atas mencari kelibat Uzair. Syukurlah Uzair tiada dan tidak mendengar perbualan mereka.
"Baiklah. Daddy memang kejam. Tak nak kawan daddy." Puan Wanda tahu apa yang dimaksudkan bapanya. Cukuplah sekali bapanya pernah menggunakan kuasanya menjatuhkan kariernya suatu ketika dahulu.
"Daddy tak kejam kita tak akan selesa begini Puan Wanda Mardiah."
...
Ciuman sekilas hinggap di pipi Puan Wanda di awal pagi. Puan Wanda menggosok lengan anak lelakinya dan menghadiahkan senyuman manis. Tali leher anaknya dikemaskan sambil mulutnya memuji anaknya.
"Ikut siapa? Mestilah ikut arwah papa. I gerak dulu ya ma. Nanti atuk bising lambat. Atuk dah tunggu tu dengan Naim."
"Hati-hati sayang. Love you Uzair."
"Love you more ma. Mama good luck pameran petang nanti. Uzair free nanti Uzair singgah ke galeri mama."
Puan Wanda hanya mengangguk dan tersenyum nipis. "Uzair, Uzair... perangai you sama macam arwah papa. Suka curi-curi keluar demi mama."
"Puan, kereta dah siap."
Puan Wanda menoleh ke arah Ejoy sedang berdiri di kereta Nissan putih. Puan Wanda mengeluh. "Ejoy, I malas nak drive. You drive... nanti petang you ambil Uzair datang ke galeri saya."
"Baik Puan."
"Ejoy, tak salah saya Farisya bagitahu dia balik Malaysia hari ni. Betul ke?"
"Betul tu Puan. Dia ada tinggalkan pesanan ringkas pada saya ambil dia nanti."
Puan Wanda hanya tersenyum nipis. Pandangannya dialihkan ke skrin telefonnya.
....
Seperti yang dijanjikan Uzair keluar bersama Ejoy menuju ke galeri mama. Sepanjang perjalanan ke sana Uzair leka menyiapkan tugasnya di tempat duduk belakang.
"Astagfirullah! Ejoy!"
Ipad di tangannya terlepas daripada tangannya apabila Ejoy tiba-tiba menekan brek mengejut.
"Maaf Tuan, saya terlanggar motor. Tuan tunggu dalam, saya selesaikan."
Uzair hanya mengangguk dan mengutip Ipadnya di hujung kaki. "Harap orang yang bawa motor tu tak cedera teruk."
Beberapa minit kemudian, Ejoy masuk ke dalam kereta dan mengeluh perlahan. Mulutnya mengomel sendirian mencari dompetnya di dalam dashboard.
"Ada masalah ke Ejoy?"
"Biasalah Tuan, pak cik motor ni tak kecoh pun tapi perempuan ni pula yang bising."
Uzair mengeluh dan merapikan rambutnya sebelum turun daripada kereta. Bunyi panggilan telefon menghentikan niatnya.
"Waalaikumsalam mama, Uzair dengan Ejoy la ni dalam perjalanan ke sana. Mama teruskan dulu... ya mama, baik mama. Baik...baik." Uzair mengeluh setelah menamatkan panggilan daripada mama.
"Maaf Tuan, Puan mesti risau Tuan tak sampai lagi. Salah saya tadi boleh tak perasan motor tu muncul," keluh Ejoy sambil memandu.
"Selesaikan dah ke? Teruk ke pak cik tu?" tanya Uzair. Uzair memandang Ejoy yang sedang memandu.
"Pak cik tu kata dia okey, tapi ada sorang perempuan ni turun bising-bising. Dia punya bebel buatkan semua yang tengok terus salahkan saya."
"Biasalah Ejoy, agaknya dia ingat kamu pandu kereta sendiri rasanya."
"Betul tu Tuan, nasib baik Tuan tak turun. Tuan turun tadi mesti lagi berjela perempuan tu membebel."
Suasana berbeza di dalam sebuah kereta Toyata hitam yang sedang menuju ke hospital. Mulut gadis berbaju kurung yang sedang memandu tidak henti-henti berleter memarahi pemandu kereta Nissan putih tadi.
"Anak, pak cik yang salah. Lagipun pak cik tak ada lesen motor. Nak dibawa ke tengah pun tetap pak cik yang salah."
"Tapi pak cik sekurang-kurangnya dia bantu pak cik. Bawa pak cik pergi hospital. Ini dia mengelak pula alasan dia ada urusan penting. Saya paling benci orang kaya macam lelaki tadi."
...
Kunyahan terhenti apabila belakangnya ditepuk orang. Uzair menoleh ke arah gadis sedang berdiri di belakangnya. Gadis itu tersenyum lebar memandang Uzair.
"I miss you Ujay."
Belum sempat Uzair menegurnya, gadis berbaju unggu lembut memaut tengkuknya. Uzair hanya ketawa kecil dan meleraikan pelukan gadis itu perlahan-lahan. Apa yang pasti semua mata yang ada dalam galeri seperti tertumpu kepadanya.
"Lama ke cuti Isya?"
"Two week. Boleh tak abang temankan Isya selama Isya ada sini?"
"Mimpi apa I nak teman you. Ejoy, Naim ada. Suruh mereka teman you. Okey. I busy." Uzair beredar meninggalkan Farisya begitu sahaja. Tidak kuasa Uzair mahu melayan perangai manja Farisya.
Piring kuih di tangannya diletakkan di atas meja. Uzair memandang Ejoy yang berada tidak jauh daripadanya. Cukup dengan hanya mengangguk Ejoy segera menghampirinya sedang menuju ke mama.
"Mama, sorry Uzair ganggu."
"Uzair, dah nak gerak ke? Sekejap ya. Sufi, ambilkan lukisan untuk Datin June." Puan Wanda memeluk lengan anaknya sebaik Uzair mendekatinya.
"Ma, Datin tahu ke Uzair hantar?"
"Of course darling. Ma dah call auntie June. Nanti Uzair jumpa anak perempuan dia jangan you diam pula. Berkawan dulu Uzair. Ada alhamdulillah," usik Puan Wanda.
"Mama, Uzair minta diri dulu ya. Dah lewat ni." Uzair senyum nipis.
"Sesi nak jodohkan rupanya. Patutlah beria suruh aku hantar," bisik batin Uzair.
"Thanks sayang datang majlis mama. Jumpa esok petang. Hati-hati ya. Pesan pada Naim dengan Megat, jangan bawa kereta laju-laju ke Gambang." Puan Wanda memeluk anaknya untuk seketika.
"Welcome. See you tomorrow." Uzair mencium pipi mama sekilas.
Uzair hanya mengoyak secalit senyuman ke arah rakan mama sedang memerhatikannya sebelum dia beredar dari galeri. Gulungan lukisan di tangan pembantu mama Uzair ambil dan diserahkan ke Ejoy.
"Hati-hati. Mahal lukisan ni. Naim dah sampai ke Ejoy?"
"Baik Tuan. Dah Tuan. Naim tunggu dalam kereta dengan Encik Megat."
....
Uzair duduk bersandar di kerusi empuk bersama Megat. Dinding kaca besar yang terbentang di sebelahnya menampakkan segelintir manusia yang ada di sebalik dinding ini. Jam tangan di pergelangan tangannya dipulas menghilangkan gelisah.
"Dah tiba masanya. Apa aku nak buat ni. Idea please muncul sebelum dia muncul," gumam Uzair.
Beberapa minit kemudian, Uzair bingkas bangun apabila matanya menangkap ada kelibat manusia baru keluar dari lif.
"Megat, take over. Aku sakit perut."
Terpinga-pinga Megat apabila Uzair keluar dari ruang ini dalam keadaan tergesa-gesa.
"Patutlah, dia dah nampak dulu rupanya. Kau ni Uzair melampau sungguh," rungut Megat apabila dua perempuan berlainan usia muncul di muka pintu.
Megat mengukir senyum tawar dan mengajak Datin serta gadis itu duduk bersamanya.
"Uzair Zein? Ketua Pengarah MK Empire?"
Megat meneguk liur apabila gadis cantik di hadapannya menyoalnya. Apa perlu dia jawab sekarang? Aku bukan Uzair. Bila Datin tanya mana Uzair aku nak jawab apa? Uzair lari bila tengok Datin? Uzair sebenarnya takut perempuan? Uzair ni bosan gila?
Share this novel