Bab 45

Romance Series 39746

Setelah hampir pukul 9, tania pun meminta diri untuk pulang. Tania pun menyalami tangan datin maryam. "Mummy tania balik dulu ya"

"Cepatnya masa berlalu, nak balik dah kamu. Tak nak stay sini ke?"

"Eh takpelah mummy, esok tania ada hal awal pagi. Lagipun tania tak biasa tidur rumah orang"

"Ouhh, alahhh takpelah kalau macam tu. Kalau free-free nanti datanglah lagi. Mummy boleh masak yang sedap-sedap untuk kamu"

"InsyaAllah mummy" kata tania lalu beransur-ansur pergi

Talhah pun pergi menyalami tangan mummynya "kamu jangan nak buat benda-benda tak elok eh dekat tania. Mummy suka dia" pesan datin maryam dengan tegas

"Iye mummy, talhah janjilah" kata talhah lalu terus ke kereta.

Mereka pun meneruskan perjalanan, dalam perjalanan talhah membuka bicara

"Mummy tanya apa dekat you tadi?"

"Hahh!! ouhh, mummy tanya if i single. Your mom nak perkenalkan i dengan abang you"

"Ouhh, so you accept?"

"Tak, sebab i dah ada pilihan hati"

Apabila tania berkata begitu, hati talhah ditampar dengan perasaan marah dan cemburu

"Sape pilihan hati you tu?" tanya talhah dengan nada suaranya sudah tegas

"Adalah mana boleh bagitahu you, kata pilihan hati kan mestilah secret"

"Ouhh, ke sayf amir tu pilihan hati you?" tuduh talhah

"Eh you, dia takde kene mengenalah dengan pun lah i dengan sayf tu" kata tania sudah mula marah

"Dah dia pun tengok you senyum-senyum. Kott manalah tahu dia suka kan you, and you pun suka kan dia"

"Ishhh you ni, tak habis-habiskan pasal sayf. Kalau betul pun i suka sayf kenapa?"

"Sebab i tak suka you dengan sayf" kata talhah tanpa sedar akan percakapannya yang sudah terlajak

Tania sudah berkerut lalu bertanya kepada talhah "Why you tak suka i dengan sayf?"

"Sebab i suka dekat..........." talhah pun terdiam lalu baru dia tersedar. Dia sudah terlepas kata dengan tania

"Suka dekat?" tania semula

"Suka dekat perempuan yang lemah lembut, so i takut you kena tipu dengan sayf. Tu je lah" kelentong talhah sambil membetulkan bajunya

"Kena tipu dengan sayf? Sayf nak tipu apa dengan i?"

"Takde apa-apalah" kata talhah lalu meneruskan pemanduan. Tania masih lagi di dalam keadaan ragu-ragu

Setelah tiba di rumah tania, talhah hantar sehingga ke depan pintu rumah

"Hemm okaylah, thank you sebab you dah hantar i sampai ke depan rumah i. And thank you jugak sebab sudi ajak i dinner dekat rumah you and say to your mom masakan dia tadi sedap sangat-sangat. I suka tauu" kata tania lalu membuka kunci pintu sedikit. Tetapi memusing semula ke arah talhah

"Thanks sebab you dah tolong hantar dan ambik dekat rumah i. Sorry kalau i menyusahkan you ke apa and sorry pasal atas kereta tadi, i buat you marah tanya pasal sayf tadi. Sorry tauu, sorry sangat-sangat"

"Its okay, tak ada apa-apa pun. I cuma nak you hati-hati je. I risau kalau ada apa-apa yang berlaku dekat you. Sebab you tu salah satu pekerja yang penting dalam office i. So kalau jadi apa-apa dekat you, of course la i risau"

"Ouhh, okaylah kalau macam tu. Thanks sekali lagi and kirim salam dengan mummy dan daddy tau. Drive safe"

"Okay bye, good night tania"

"Bye, good night mr talhah" kata tania lalu melambaikan tangannya

Talhah pun masuk ke dalam kereta sambil melihat tania masuk ke dalam rumahnya. Talhah pula hanya tersenyum

"Heiiii kenapa bila dia senyum, aku asyik cair je memanjang. Sebab aku suka kan dia? tapi ye la, aku jealous bila dia sebut pasal sayf"

Kata talhah lalu bergerak dan pulang ke rumah, setiba dirumah. Dilihat kereta abangnya sudah tiba di rumah. Talhah terus meletakkan kereta dan masuk ke rumahnya

"Hehh baru balik, dah pukul 10.10 minit malam. Kau keluar pergi mana?" tanya taufiq

"Aku? aku keluar pergi......" tak sempat talhah ingin bercakap sampai habis, terus dipotong oleh mummynya

"Talhah keluar pergi hantar seseorang tadi, mummy ada jemput dia datang ke rumah untuk dinner bersama and mummy pun ada kenalkan kamu dekat dia. Kott la dia berkenan dengan kamu"

"Ouhhhh, sape dia mummy?"

"Tania, staf dengan office talhah"

"Ouhh, tania" kata taufiq sambil menjeling ke arah talhah apabila menyebut nama tania

"Kenapa kamu kenal ke?"

"Kenal kott, rasa macam pernah tengok. Tapi entahlah"

"Ouhh, okaylah kalau macam tu"

"Eh tapikan mummy, dia berkenan ke dekat taufiq?"

"Hehhh, tak. Dia tak berkenan pun dekat kamu. Sebab dia dah ada pilihan hati. Tapi mummy suka kalau dia jadi menantu mummy. Itu yang mummy nak kenalkan kamu dengan dia. Tapi nak buat macam mana, dia dah buah hati katanya lah" terang mummynya

"Ouhh, alooooo. Baru je nak berkenalan dengan dia. Dia cantik mummy?"

"Cantik menawan, pakai tudung, sopan santun, lemah lembut, pandai. Senang citer tiptop dimata mummy"

"Ada gambar tak mummy?"

"Alooo, mummy lupalah nak ambik gambar dengan dia tadi"

"Ouhh, takpelah mummy. Taufiq nak naik atas dulu lah. Taufiq nak berehat, good night mummy"

"Hemm ye lah, good night"

Talhah hanya melihat abangnya yang menaiki tangga sambil tersenyum, seperti ada sesuatu sahaja. Talhah pun mendekatkan diri ke datin maryam

"Mummy janganlah satukan along dengan tania"

"Lahhh, kenapa pulak? kamu kan dah bertunang. Abang kamu tu single lagi, bolehlah"

"Tapikan tania dia ada pilihan hati sendiri?"

"Iye mummy tahu, tapi kalau dah jodoh tak kemana kan?"

"Tapi mummy......."

"Apa tapi tapi? ke kamu berkenan jugak dengan tania tu?"

Talhah mendiamkan diri lama, lepastu talhah pun menganggukkan kepala. Terus terkejut datin maryam dengan apa yang dilakukan oleh talhah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience