Bab 3

Romance Series 10561

Isabella berbaring dalam diam. Seluruh tubuhnya terasa berat. Matanya terbuka, tapi dia tak nampak apa-apa selain gelap.

Bukan kerana bilik gelap. Tapi kerana dunia dalam dirinya sudah hitam seluruhnya.

Kenapa aku tak mampu buat apa-apa…? Kenapa aku tak lawan? Kenapa aku… tak menjerit sekuat hati aku?

Isabella di saat ini cukup membenci dirinya sendiri.

Benci kerana tak mampu menolak. Benci kerana tak mampu pertahankan maruahnya.
Dan lebih dari segalanya, benci kerana masih bernafas.

Air matanya menitis senyap di sisi pipi. Dan entah dari mana, suara itu keluar dari bibirnya, retak dan perlahan.

“Kenapa… Kenapa kau buat semua ni…”

Langkah Tengku Adrian yang sudah menuju pintu tiba-tiba terhenti.

Dia berpaling perlahan, wajahnya kosong. Tapi matanya tajam menikam.

“Kau nak ceraikan aku…” Isabella sambung, suaranya masih goyah. “Tapi kenapa... kenapa kau sentuh aku?”

Diam. Dan dalam diam itu, senyuman sinis muncul di wajah lelaki itu.

“Cerai?”

Tengku Adrian mendekat semula. Langkahnya tenang. Terlalu tenang untuk lelaki yang baru saja hancurkan wanita di hadapannya.

“Aku dah tak berminat dengan cerai. Aku mungkin nak simpan kau lebih lama.”

Isabella terbungkam. Dan lelaki itu menyambung lagi.

“Aku nak simpan kau sampai kau merangkak depan aku, sampai kau merayu minta aku lepaskan kau…”

Isabella menahan nafas. Wajahnya pucat, tapi matanya tetap menentang.

“Aku tak akan… merayu…” bisiknya.

Tengku Adrian menyandar sebelah tangan di sisi kepala Isabella. Wajahnya dekat. Nafasnya panas di pipi wanita itu.

“Kau panggil aku pengecut, ingat tak? Aku tak boleh terima benda tu. Jadi aku tukar permainan.”

“Tapi aku tak nak!”

“Kau yang menolak bercerai! Kenapa sekarang kau tak nak? Kau yang bodoh Isabella… Jangan salahkan aku atas penderitaan kau sekarang… Jangan beritahu yang aku tak bagi peluang…”

Tengku Adrian mendengus. Tadi masa dia meratah tubuh isterinya, dia puas. Hampir terlupa marahnya. Tapi di saat Isabella bersuara, marahnya kembali naik mencanak!

“Kau jangan ingat yang aku tak tahu, kau kahwin demi keuntungan keluarga kau ya.”

“Aku tak buat macam tu Adrian, sumpah. Aku cuma cintakan kau, dan…”

“Cinta? Aku ni nampak bodoh sangat ke? Kalau cinta, kenapa setiap bulan keluarga kau minta duit pada aku? Kau yang suruhkan?”

“Minta duit?” Isabella seakan-akan tak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia menggeleng kepala laju, cuba menafikan.

“Tak. Aku... Aku tak pernah suruh keluarga aku minta duit kau. Sumpah! Aku tak tahu apa-apa pasal ni…”

“Jangan menipu Isabella,”

Isabella cuba bangkit dan menggenggam tangan lelaki itu. Bermati-matian dia nafikan. “Sumpah Adrian. Percayalah pada aku. Aku tak pernah tahu pasal tu…”

Tangan Isabella serta-merta ditepis dengan kasar. “Cukup Isabella. Kau menipu atau tak, itu tak penting dah sekarang. Yang lebih penting, aku akan gunakan kau untuk tebus semua duit aku yang keluarga kau tagih daripada aku selama ni. Badan kau akan bayar semuanya…”

Senyuman sinisnya masih setia terukir. “Lagi pun, kau nak sangat aku jadi suami kan? Fine. Aku akan jadi suami kau. Tapi bukan suami yang kau harapkan.”

Dia mendekatkan bibir ke telinga Isabella. Suaranya rendah. Tapi menikam hingga ke tulang.

“Tiga tahun, aku biarkan kau hidup mewah dengan duit aku. Malah, keluarga kau pun aku suap. Tapi tak pernah sekali pun dalam tiga tahun, aku sentuh tubuh kau…”
Suara Tengku Adrian bergema dalam pendengarannya, buat Isabella ketakutan. Dia tak mampu nak bayangkan hidupnya selepas detik ini.

“Aku dah cukup baik tak sentuih kau selama ni. Tapi bika aku kata cerai, kau tolak mentah-mentah. Jadi sekarang, aku ikut kemahuan kau. Kita takkan bercerai, dan aku akan manfaatkan hak aku sepenuhnya…”

“Kau akan menyesal, Isabella… Aku janji… Aku akan buat kau menyesal.”

Dan dengan itu, dia bangkit pergi. Tubuh Isabella dibiarkan terbujur, nafasnya tercungap, hatinya patah-patah…

BAM!

Pintu dihempas dengan kuat, bunyi yang sama kuatnya dengan dentuman pertama runtuhnya cinta.
Isabella tersentak. Tapi kali ini, tak ada tangisan. Tak ada esakan. Hanya rasa terhina yang semakin berakar kuat di hati.

DI sebalik pintu itu, Tengku Adrian masih berdiri.

Tubuhnya bersandar pada kayu keras yang baru saja dihempas. Dadanya turun naik perlahan. Tangannya menggenggam, kemudian longgar semula.

Sunyi.

Terlalu sunyi hingga dia boleh dengar bunyi hembusan nafasnya sendiri. Tapi dalam kepala masih terngiang suara Isabella.

Rintihan perlahan. Suara menahan tangis. Soalan yang keluar dari bibir wanita itu...

‘Kenapa kau buat semua ni…’

Tengku Adrian pejam mata.

Dia cuba buang suara itu. Cuba halau dari gegendang telinganya. Tapi makin dia paksa lupa, makin kuat ia menjerit dalam kepalanya sendiri.

Isabella.

Isteri yang tak pernah dia minta. Yang disatukan dengannya kerana kehendak keluarga.
Kerana nama besar yang dia sendiri dah muak pikul.

Dan akhir-akhir ini… Dia telah sentuh tubuh perempuan itu. Bukan kerana cinta. Bukan kerana nafsu. Tapi kerana ego.

“Aku bukan pengecut.” Itu yang dia ulang dalam kepala.

Tapi kenapa hatinya terasa kosong? Kenapa tangannya terasa kotor? Kenapa suara itu, suara Isabella, bukan jeritan, tapi bisikan… masih menghantuinya?

‘Kenapa kau sentuh aku…’

Tengku Adrian buka mata. Pandang lurus ke lorong gelap yang sunyi. Wajahnya tak beriak. Tapi matanya, mata itu menyorokkan sesuatu yang tak pernah dia berani sebut.

Dia mengeluh perlahan. Bukan letih. Tapi seakan tercekik dengan perbuatannya sendiri. Ketika itu, sapu tangan di dalam kocek dikeluarkan. Ditilik di tangannya seketika.

Bunyi irama violin yang dia dengar bertahun-tahun dulu, kini bergema dalam telinganya. Tengku Adrian hafal setiap notnya. Setiap getaran yang meloncat-loncat dalam hati. Betapa dia rindukan bunyi geseran lunak yang dah lama dia tak dengar, bertahun-tahun.

Yang dulu di zaman persekolahannya, dia curi dengar di tingkap rumah asuhan anak yatim itu setiap hari. Dimainkan oleh gadis kecil berabjad ‘I’ yang menyelamatkannya.

Dengan suara yang hampir tak didengari dirinya sendiri, Tengku Adrian bersuara perlahan…

“Aku, akan cari kau suatu hari nanti… Aku janji…”

...

Share this novel

DHIA AMIRA.
2025-04-23 02:13:07 

isabella?


NovelPlus Premium

The best ads free experience