24 Beri Saya Masa

Family Series 57531

“Sayang, kenapa ni? Dah berkali-kali I panggil you tau.”

Zara Adelia yang kelihatan sungguh anggun mengenakan busana pengantin melangkah penuh tertib menghampiri Rhett yang sedang duduk termenung di salah satu sofa di ruang menunggu.

“Sayang!” Rhett tersentak lalu menengadah. Terpinga-pinga dia memandang Zara yang sudah menarik wajah masam.

“Kenapa dengan you ni? Tak fokus langsung. Apa yang mengganggu fikiran you ni?” Zara melabuhkan punggung di sebelah Rhett. Lengan Rhett dipaut lalu Zara peluk dengan manja.

“Takde apa-apa. Lama lagi ke habis photoshoot ni? Saya letihlah, Zara.” Rhett menolak tangan Zara dengan lembut lalu memandang sekeliling.

“Dah lewat ni. Cukuplah gambar yang dah diambil tadi tu. Jom, saya hantar kau balik.”

“Hish, mana boleh macam tu. I nak gambar yang perfect, jadi kenalah buat banyak kali. You sepatutnya tukar baju kan? I dah siap tukar ni. Pergilah tukar cepat.”

“Saya dah letihlah, Zara. Dah berapa kali tukar baju.” Rhett merungut sambil tayang wajah sebal. Malas mahu ambil peduli perasaan Zara ketika itu kerana dia memang sudah keletihan. Seharian masanya dihabiskan hanya untuk photoshoot itu.

“I pun letih tau. Tapi I tak mengeluh. Ini gambar perkahwinan kita, Rhett. Hanya sekali dibuat seumur hidup. Kenangan yang akan kita lihat sampai ke tua. Sebab itu, I nak yang terbaik. Dah, pergilah tukar baju. I nak warna baju kita sepadan.” Zara bingkas berdiri lalu menarik lengan Rhett.

Mahu tak mahu, Rhett terpaksa menurut sambil cuba kawal rasa bengangnya. Selepas menukar pakaian, terpaksa pula menurut kemahuan Zara dan jurufoto untuk melakukan pelbagai ekspresi wajah dan gaya di depan lensa kamera. Menjengkelkan!

“Dah selesai kan? Jom I hantar you balik.” Selepas menukar pakaian, Rhet kembali mengaju soalan yang sama. Wajah bosannya tak disembunyikan langsung.

“I laparlah. Kita pergi makan dulu baru balik, please…” Rayu Zara dengan suara lunak manjanya lalu menggamit lengan sasa Rhett.

“Dah lewat sangat dah ni. Kau mana makan lewat malam, Zara. Dahlah, saya letih sangat ni. Kalau setakat pergi restoran minta sepotong buah baik tak payah. Kau makan je di rumah.”

“Rhett! You ni kan… I cuma nak spend time dengan you. Faham tak?” Zara melepaskan pelukan lalu merenung Rhett dengan wajah merajuk.

“Kenapa, Rhett? You ingat I tak perasan ke perubahan you? Sejak I balik, you dah tak layan I macam dulu. You asyik nak mengelak dari I. Layanan you dingin pada I. Kita dah nak kahwin, Rhett. Sampai bila you nak buat I macam ni? I dah seperti perigi mencari timba tau. Terhegeh-hegeh cuba mencuri masa you untuk bersama I. Bukan macam ni yang I impikan selepas kita kahwin.”

Rhett membuang keluh. Semakin mencanak rasa sebal bila memikirkan apa yang bakal berlaku. Zara Adelia akan merajuk dengannya. Keluarga Zara akan menghubungi keluarganya untuk bertanya mengapa Zara jadi begini, jadi begitu dan macam-macam lagi. Lepas tu mulalah kedua-dua keluarga sibuk nak masuk campur.

Sesak! Dia benar-benar rasa rimas. Seolah hidupnya bukan milik dia tetapi keluarganya. Dia tidak punya hak untuk bersuara melainkan menurut.

“Look Zara, kalau kau tak suka kau boleh cancelkan je perkahwinan kita. Saya dah kata awal-awal yang saya tak bersedia untuk berkahwin buat masa ini. Saya masih tak mampu menggalas tugas sebagai pengarah di syarikat keluarga! Now kau nak saya galas tugas sebagai suami? No, Zara. Saya tak mampu menggalas dua tanggungjawab besar tu sekaligus.”

Rhett melarikan wajah apabila Zara memandangnya dengan riak muka tidak percaya.

“You yang nak sangat percepatkan ikatan kita sebelum ni kan?”

“Itu dulu. Masa tu saya masih bebas, tanggungjawab utama hanya perlu lulus pengajian dengan cemerlang dan banggakan orang tua saya.”

Renungan sebak dengan mata berkaca Zara buat Rhett dilema. Melihat Zara, dia diserang rasa bersalah.

“You yang separuh mati terkejar-kejar I dulu. Sampai you sanggup buat apa saja demi memenangi hati I! Now you dengan mudah cakap macam tu dekat I? What kind of excuse is that, Rhett Raffendy?! You buat I seperti orang jahat! Seolah you terpaksa melakukan semua ini demi I!”

Rhett tewas apabila melihat air mata jatuh sebutir demi sebutir ke pipi mulus Zara. Dia mara menghilangkan jurang antara mereka. Pipi Zara dielus perlahan. Dia benar-benar rasa bersalah pada Zara.

“Be honest to me, Rhett. Apa yang buat you berubah? Do you still love me or I dah digantikan dengan orang lain yang lebih you cinta?” Zara menggapai jemari Rhett lalu dia genggam erat.

Soalan Zara buat Rhett terpempan. Otak tidak mampu menjana apa-apa untuk membalas. Dia tersepit antara kemahuan hati dan desakan keluarga. Banyak hati bakal terluka jika dia ikut kemahuan sendiri. Jika diturut kemahuan keluarga, dia merana! Bezanya hanya dia seorang yang merasainya. Jadi… perlukah dia korbankan perasaan sendiri demi menjaga banyak hati orang di sekelilingnya? Sampai sekarang ini dia tidak mampu membuat keputusan.

“I’ll send you home.” Tak sanggup melukakan hati Zara, Rhett menukar topik. Tangan Zara ditarik menuju ke kereta. Zara hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

Melihat reaksi Rhett, rasanya tak perlu bertanya lagi. Semuanya sudah terjawab. Zara memandang ke luar jendela. Sengaja mengelak dari disedari oleh Rhett. Air mata mengalir deras menuruni pipi Zara.

Selepas menghantar Zara, Rhett terus memandu pulang. Dia terlalu letih seharian berada di studio. Nak memandu pun rasanya hampir tak larat. Saat memasuki halaman banglo mewah keluarga, mata Rhett terbuntang luas. Dada berkocak gila.

Tak berkelip mata memandang single cab berwarna putih yang diparkir di sebelah tepi, berhampiran garaj. Mengapa kereta itu boleh berada di halaman rumah? Rhett menghentak stereng kereta dengan kuat.

Argh! Ini mesti kerja Tok Teh!!!

Rhett mengambil masa beberapa minit untuk menenangkan diri dari badai gelora yang melanda jiwa sebelum keluar dari kereta. Mata melirik jam di tangan. Sudah terlalu lewat untuk penghuni di dalam rumah itu masih berjaga. Pasti semua sedang tidur lena.

Rhett menghampiri kereta Dmax single cab itu perlahan-lahan. Rasa rindu membuak-buak ketika Rhett menyentuh badan kereta tersebut. Semua kenangan yang tercipta bersama kembali bermain di ruang minda. Ada rasa sakit menyucuk di dada.

“Puas hati kau?”

Rhett tersentak. Mata yang tertutup rapat dibuka seluasnya. Bebola matanya kini sedang ditentang oleh sepasang mata yang dipenuhi api amarah.

“Kau? Kenapa kau boleh ada di sini?” Dada mulai berbahang sebaik sahaja melihat pemilik suara yang menyergah tadi.

“Saya tanya… puas hati kau sekarang? Atau masih tak cukup?”

Rhett mendengus. Tak! Dia menderita. Tapi mana mungkin orang luar seperti manusia yang sedang mara menghampiri dia itu akan faham.

“Kau tak perlu masuk campur urusan saya!” Bentak Rhett dengan kasar.

“Ya! Saya memang tak beminat nak masuk campur pun! Tapi kalau pasal Del, saya takkan berdiam diri.”

Dada Rhett seperti dihempap oleh sesuatu yang keras sebaik sahaja dia dengar nama itu dipetik.

“Mirul… saya tak…”

“Tak apa Rhett?! Tak berniat mahu kahwin lagi? Kau memang lelaki tak guna! Kau dah lukakan Del, jantan sial!!!”

Tak mampu lagi mengawal rasa marah yang sedari awal lagi dipendam, Amirul meluru lalu menghentam muka Rhett dengan penumbuknya. Rhett terundur sebelum jatuh terduduk di atas lantai. Amirul masih tidak berpuas hati terus meluru dan mengayun buku lima ke wajah Rhett.

“Jantan tak guna! Del tak sepatutnya bertemu dengan kau, sial! Kau hanya buat dia menderita! Kau beri harapan, lepas tu kau tinggalkan dia macam tu je. Kau ingat kau ada duit kau boleh buat suka hati mak bapak kau ke hah?!”

Amirul menyerang bertubi-tubi. Beberapa kali Rhett berjaya mengelak dan ada beberapa tumbukan mengena wajah. Pedih! Dapat dia rasakan ada cecair mengalir dari celah bibir dan hidung.

“Sejak kecil, Del dilimpahi kasih sayang bukan saja dari opah malah oleh semua penduduk kampung selepas Del jadi anak yatim piatu. Hidup Del ceria dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi dia. Kau muncul dan rosakkan semuanya, Rhett! Orang kampung memulaukan Del kerana kau! Opah sampai jatuh sakit disebabkan kau! Hidup Del hancur kerana kau!”

Rhett benar-benar terkejut. Perut Amirul ditusuk dengan kepala lutut lalu Rhett tolak hingga Amirul jatuh terlentang di tanah. Rhett menindih tubuh Amirul dan dengan pantas mengunci pergerakan Amirul.

“Kau kata apa? Del… dipulaukan?” Rhett bertanya dengan nada tidak percaya.

“Saya menyamoah tengok muka kau, Rhett! Tak perlu nak tunjuk konon kau tu kisah dengan apa yang terjadi pada Del! Berkali-kali Del cuba hubungi kau tapi kau sibuk nak buat persiapan kahwin kau! Lelaki macam kau memang sial. Apa tujuan kau kahwin dengan Del kalau kau dah ada pilihan hati? Kau memang syaitan! Saya takkan maafkan kau. Ceraikan Del. Lelaki macam kau memang tak layak langsung untuk Del!”

Rhett terkesima. Sungguh dia tertampar dengan kata-kata Amirul.

“Saya tak nak!” Jawapan Rhett buat Amirul semakin terbakar. Amirul meronta, mahu melepaskan diri dan menghentam Rhett biar lelaki itu mampus saja.

“Kau memang syaitan! Tak nak?! Habis tu sampai bila kau nak seksa Del, syaitan?!” Amirul hampir hilang kewarasan. Mujur saja dia ingat mereka berada di rumah Tok Teh. Kalau saja mereka di kampung, pasti suara pekikan dia terdengar sampai kampung sebelah.

“Saya takkan ceraikan Del. Saya berkahwin bukan untuk bercerai, Mirul!”

“Syaitan!!! Del terluka. Dia dah banyak menderita! Kau tak terfikirkah bagaimana keadaan Del selepas kau kahwin nanti? Bagaimana penerimaan isteri baru kau? Bagaimana dengan keluarga kau?! Kau bahagia, tapi Del? Dia akan jadi orang jahat di mata semua orang, syaitan! Kau tak fikir ke bagaimana hidup dia nanti?”

“Saya cuma perlukan masa untuk buat semua orang faham.”

“Arghhh!”

Amirul sudah tidak mampu bersabar. Rasa marahnya sudah naik sampai kepala. Kalau saja dia dapat melepaskan diri, pasti dia kerjakan Rhett sampai lunyai.

“Lepaskan saya, syaitan! Biar saya ajar kau cukup-cukup!”

“Mirul, saya tak akan lukakan hati Del.”

Semakin bengang Amirul mendengar kata-kata tak sedar diri itu. Apa lelaki itu tak nampak ke realiti yang sedang berlaku sekarang? Apa lelaki itu anggap cuma kerana mereka asal dari kampung, Deila boleh terima apa yang terjadi hanya dengan kata-kata manis lelaki itu?

“Kau melampau, Rhett! Kau ingat Deila tu tunggul kayu tak berperasaan ke? Apa kau ingat sekarang ni Del tak terluka dengan perbuatan kau ke? Kau bakal berkahwin, Rhett! Kau rupanya dah lama bercinta dengan bakal isteri kau, sebelum kau bertemu Del lagi! Apa semua ini, Rhett?”

Rhett terperangah. Melihat reaksi Rhett, tak tunggu lama Amirul ambil kesempatan untuk melepaskan diri. Tubuh mereka berdua tergolek sebelum Amirul berjaya menguasai keadaan. Amirul yang kini berada di atas Rhett terus mengayun tumbukan deras, mengerjakan Rhett sepuas hatinya.

Apabila melihat Rhett tidak membalas, Amirul akhirnya berhenti menyerang. Wajah tampan Rhett sudah dicemari darah ketika itu. Amirul bingkas bangun dan menjauhkan diri dari Rhett. Risau dia akan kembali menyerang kerana dia sebenarnya masih belum puas hati dengan lelaki itu.

“Ceraikan Deila, Rhett! Bukan kau seorang je lelaki di dunia ini. Kalau kau sedar kau tak mampu bahagiakan Del, lepaskanlah. Masih banyak lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan Deila.” Suara Amirul mulai mengendur. Rhett ditenung sebentar sebelum Amirul melangkah pergi.

“Say whatever you want, Mirul. Kuasa talak di tangan saya!”

Langkah Amirul mati mendadak. Terasa dada bagai mahu meletup mendengar jawapan penuh egois Rhett. Buku lima kembali tergenggam erat.

“Saya cuma pinta sedikit masa. Saya yakin saya juga mampu buat Del bahagia.”

Argh!!! Amirul mengusutkan rambut. Rhett memang jantan tak guna! Batin mati-mati memaki. Dengan langkah besar-besar dan kasar, Amirul berlalu pergi. Kalau dia tidak pergi, pasti pergelutan mereka berlanjutan sampai pagi. Bukan itu yang dia mahu meski keinginannya mahu mengajar Rhett sepuas hati begitu menggunung. Apa yang benar-benar mahu Amirul lakukan ialah bawa Deila keluar dari neraka ciptaan lelaki itu. Buat masa ini, itu yang perlu dia utamakan.

Selepas Amirul pergi, Rhett bangun perlahan-lahan dan melangkah gontai menuju ke pintu. Sempat dia perhatikan keadaan sekeliling sebelum menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Setelah membersihkan diri, Rhett keluar bilik lalu memerhati sekeliling.

Deila Araferro! Di manakah gadis itu sekarang? Satu persatu bilik kosong di ruang tersebut Rhett jengah. Dia tidak kisah jika terserempak dengan Amirul di dalam salah satu bilik tersebut kerana dia yakin Amirul tidak akan bertindak melulu di dalam rumah tersebut. Paling koman pun dia cuma akan diusir oleh Amirul.

“Rhett? Is that you?”

Langkah Rhett spontan terbantut bila disergah oleh satu suara lembut. Pantas Rhett berpaling.

“Yes, mum. It’s me.”

“Buat apa ni? Kenapa belum tidur lagi? Majlis kau tinggal beberapa hari saja lagi kan? Kau kena banyak berehat supaya tak nampak letih masa bersanding nanti.”

Rhett tunduk sembunyikan wajah. Mujurlah keadaan di ruang tersebut agak malap. Jadi mama tak mungkin dapat lihat dengan jelas keadaan wajahnya yang luka dan lebam sana sini ketika itu.

“Saya cuma periksa keadaan sekeliling, mum.” Rhett beralasan.

“Ah, kau pasti terkejut nampak kereta asing di luar rumah tu kan? Jangan risaulah. Itu tetamu tok, cucu angkat dia dan bakal suaminya datang nak tengok kau bersanding.”

“What?” Terkejut bukan kepalang Rhett dengar. Bakal suami? Del dah gila ke?! Dada mulai berbahang.

“Di mana tetamu tu tidur, mum?” Tak mampu kawal perasaan, Rhett terus tanya tanpa fikir panjang.

“Tok bawa Del tidur bersama dia. Bakal suaminya tu… bilik hujung tu.”

Terasa ada batu besar jatuh menghempap kepala bila dengar jawapan mama. Tidur bersama tok? Kalau macam tu, bagaimana dia mahu berjumpa dengan Deila? Argh! Batin menjerit sebal.

“Dahlah, pergi tidur. Esok kau boleh jumpa tetamu tok.”

Akur, Rhett melangkah laju menuju ke biliknya. Di dalam bilik, Rhett tekun memikirkan bagaimana mahu bertemu Deila tanpa diketahui oleh ahli keluarganya. Dia belum bersedia mahu dedahkan hubungan dia dan Deila. Dia juga cukup faham dengan kata-kata Amirul. Kalau saja dia dedahkan ketika itu, pasti Deila akan disalah anggap oleh keluarga. Layanan Tok Teh juga pasti berubah. Sedar dia kejam terhadap Deila, tetapi untuk melepaskan wanita itu… sungguh dia tidak rela!

Rhett bersiap-siap dan tampil cukup segak pada pagi itu. Bengkak dan lebam di wajah sudah menyurut kerana dia sapu krim khas untuk luka dan bengkak semalam. Cuma bekas luka yang jelas kelihatan tetapi sedikit pun tidak mencacatkan kesempurnaan wajah tampannya.

Ketika melangkah keluar dari bilik, Rhett diserang rasa gemuruh. Beberapa kali dia mematikan langkah lalu menyedut udara sebanyaknya. Beberapa kali dia ulang sedut hembus udara untuk menghilangkan rasa gemuruh. Semua kerana Deila Araferro. Dia bakal bertemu empat mata dengan wanita yang sangat dia rindui dan sampai saat ini, dia masih belum mampu menyusun ayat-ayat indah untuk dipersembahkan kepada wanita itu.

Ketika menghampiri anak tangga, rasa gemuruh semakin teruk menyerang hingga Rhett melompat-lompat sambil menggerakkan tangan untuk mengurangkan rasa gemuruhnya.

Kemeriahan dari arah ruang makan buat tempurung lutut Rhett hampir tercabut. Gemuruh sampai menggeletar lutut. Mahu saja dia cabut lari namun keinginan yang terlalu mendesak untuk bertemu Deila buat Rhett cekalkan hati untuk melangkah ke arah ruang makan.

“Rhett! Ya Allah, dah kenapa dengan muka kau tu?” Tok Teh lebih dulu perasan dan buka mulut.

“Err… jatuh katil!” Hanya itu yang mampu Rhett fikirkan. Bebola mata berguling, mencari kelibat seseorang.

“Tok, mana mereka? Maksud saya cucu angkat tok?” Rhett memandang Tok Teh dengan wajah penuh berharap.

“Del dan Amirul dah balik.”

Tak mungkin! Rhett bergegas keluar tanpa mempedulikan panggilan mama. Di luar rumah, kereta putih itu masih terparkir seperti semalam. Tak berubah pun kedudukannya. Rhett kembali mendapatkan Tok Teh.

“Tok jangan bergurau dengan saya. Kereta tu masih di luar.”

“Mereka tak bawa kereta tu. Del minta kau kembalikan kepada tuannya.”

Tak mungkin!

Sampai hati Deila pergi macam tu saja tanpa berjumpa dan bercakap dengan dia.

“Rhett! Nak ke mana tu? Sarapan dulu!”

“Saya ada temujanji dengan klien, papa!”

Rhett bergegas pergi selepas memberi alasan yang pastinya buat ahli keluarganya menutup mulut. Rhett melirik jam di pergelangan tangan. Kereta dipandu laju menuju ke stesen bas.

Sepanjang perjalanan, nombor telefon bimbit Deila cuba dihubungi tetapi tidak aktif. Deila memang sengaja matikan. Rhett mendengus.

“Tak guna! Sedar diri tu sikit, Del! Ke hulu ke hilir dengan jantan lain, siap mengaku itu bakal suami kau, what the hell?! Now you are ignoring me? How dare you!” Sepanjang jalan mulut Rhett tak berhenti memaki. Sakit sungguh hatinya. Tambah bengkak bila Deila nampak jelas mahu mengelak dari dia.

Mulut yang terkumat kamit mendadak terhenti bila telefon bimbit berdering.

“Rhett, kau di mana? Zara sakit, Rhett.”

Arghhh!!! Mengapa saat-saat macam ni? Rhett menggenggam telefon bimbitnya dengan erat.

sabar jela huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience