BAB 48:Sumbu Harapan

Thriller Series 558

BAB 48:Sumbu Harapan.

KETIKA terjaga dari tidurnya,Harun mendapati naskah akhbar BONGKAR sudah berada di meja kecil tepi katil. Pantas Harun capai cermin mata lalu duduk menatap tabloid tersebut.

"Isu terakhir??!"

Harun terkejut besar. Tahulah dia di sepanjang dua bulan ketiadaannya akibat di tawan oleh orang misteri di ruangan bilik putih itu,jualan BONGKAR juga jatuh merudum hingga membawa kepada penutupan syarikat penerbitan terbabit.

"Tidak! Tidak! Takkan lah sampai jadi macam ni?!"

Sukar bagi Harun untuk menerima hakikat itu. Dia berasa perlu untuk mencari jalan keluar dari tempat itu dan kembali bekerja semula di syarikat penerbitan BONGKAR.

"Arghhhhh!!"

Dinding-dinding bilik putih tanpa pintu dan tingkap itu Harun tumbuk dan tendang beberapa kali dengan harapan ianya dapat di lubangi sekaligus memberinya jalan keluar dari situ.

Akan tetapi usahanya sia-sia sahaja. Sudahnya Harun keletihan sendiri. Dia hanya mampu duduk atau berbaring dengan kecewa.

Harun pun terfikir-fikir sejenak. Dia tahu alasan kenapa dirinya masih terkurung di situ adalah kerana kedegilannya sendiri yang enggan memberitahu di mana dia menyembunyikan kristal terbabit kepada Zenus.

Harun sedar kristal terbabit adalah satu-satunya kelemahan Zenus. Walaupun orang misteri itu berjanji akan membebaskannya setelah kristal di serahkan,namun Harun tetap berkeras tidak mahu membuka mulut kerana dia juga ada terfikir apakah jaminannya yang Zenus itu akan menepati janjinya nanti? Bagaimana kalau ia berniat untuk membunuh Harun atau menginkubasi dirinya seperti subjek-subjek yang lain setelah kristal itu di perolehi?

Akan tetapi dengan berita terbaru  tentang penutupan syarikat penerbitan BONGKAR yang kini telah sampai ke pengetahuannya,Harun merasakan mungkin patut dia mengubah fikirannya.

Sedang Harun terfikir-fikir begitu,bulatan cahaya pun muncul dari lantai sebelum Zenus tiba dengan lif kaca berbentuk silinder.

Pintu lif pun terbuka.

"Hm..aku harap kau dah sedia maklum tentang berita penutupan syarikat penerbitan BONGKAR melalui naskah isu terakhir yang mereka terbitkan tu"kata Zenus sambil tunjuk kepada akhbar di atas meja kecil tepi katil Harun.

"Baiklah..kali ni aku terpaksa beralah"

"Hah kan bagus kalau dari awal-awal lagi kau berbuat begitu. Tak perlulah kau terkurung di ruang bilik putih ni sampai dua bulan lebih lamanya"


_______________

SEBUAH hotel bertaraf tiga bintang tersergam megah di pekan. Pagi baru menjelma. Kenderaan pun masih belum begitu sesak.

Yana sedang tidur nyenyak di pangkuan seorang lelaki atas katil besar dalam sebuah bilik. Malam tadi dia pergi berhibur bersama temannya itu di sebuah pub sebelum singgah di hotel berkenaan untuk bersekedudukkan.

Fesyen dress bra metalik ala bikini dengan stail tali berpintal dan ikat simpul-simpul di belakang buat membalut kedua tetek besar wartawan wanita cantik yang juga ibu anak tiga itu bukan main seksi lip lap lip lap macam pelacur hollywood.

Bunyi alarm dari telefon bimbit mengejutkannya dari tidur.

"Mmmm..dah pukul berapa ni?"Yana terjaga dalam keadaan mamai-mamai sambil meraba-raba mencari i-phone dalam beg ranggi yang ada di atas meja kecil tepi katil.

Yana pun menghubungi anak perempuan sulungnya.

"Hana..tolong kejutkan adik pergi sekolah ya. Mama tak balik malam tadi..tido opis...banyak kerja..aa..okey..okey bye"kelentong Yana sambil menelan sebiji dua pil pencegah kehamilan.

Sebagai ibu, Yana tidak mahu kisah hubungan peribadi dan maksiat luar nikah yang di lakukannya menjadi contoh ikutan tidak baik terhadap anak-anaknya.

Panggilan berakhir. Lelaki teman tidurnya itu pun baru terjaga.

"Hm..you dah nak balik ke Yana?"

"Mmh..i nak kena pergi opis la Daud"balas Yana sambil cabut reben perhiasan bunga di rambut dan rantai gelang di tubuhnya.

"Ofis? ai kan syarikat you kerja dah tak beroperasi kan?"

"Memanglah..i pergi nak kemas-kemas barang i yang ada tinggal sikit lagi kat sana"

"Hm..so macam mana? You dah buat keputusan ke? Kalau jadi nanti bolehlah  kita tubuhkan kampeni penerbitan tabloid misteri baru. You pun boleh ajak rakan-rakan bekas wartawan BONGKAR kerja sekali kat situ"kata lelaki itu yang bukan siapa-siapa pun melainkan Daud Junaidi iaitu bekas pengarah urusan syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri SELONGKAR yang satu ketika lalu pernah menyaingi tabloid BONGKAR sebelum syarikat terbabit terpaksa di tutup kerana kurang sambutan.

Mengimbas kembali ke waktu beberapa bulan selepas syarikat SELONGKAR manamatkan operasinya,Yana secara tak di rancang telah bertemu dengan Daud Junaidi di sebuah acara sebelum kemesraan mulai timbul di antara mereka.

Walaubagaimanapun Yana terpaksa merahsiakan hubungan cintanya bersama Daud Junaidi demi menjaga perasaan warga staf di syarikat tempat dia bekerja.

''Haih..entahlah Daud. Lagipun nanti kalaulah mereka tahu i dengan you rupanya dah jalin hubungan peribadi secara senyap-senyap macam ni gerenti kecoh kan? I rasa lebih baik tak perlu macam tu kot. Maybe ada baiknya i cari kerja lain di samping kita pun boleh terus buat hubungan privasi macam ni kan?"

"Hm..okeylah. Pagi pun masih awal lagi ni. Jomlah kita 'seround' lagi boleh? Aduh sedap sangatlah malam tadi"

"Mmh i dah agak dah..you kalau seround je memang tak puas kan.."Yana tersenyum mengulum sebelum melucutkan simpulan ikatan dress bra seksi yang di pakainya lalu merangkak naik ke katil semula.


_______________

SEKITAR jam sebelas pagi barulah Yana tiba di perkarangan bangunan di mana letaknya premis syarikat akhbar tabloid BONGKAR. Beberapa orang rakan dan staf lain pun ada. Masing-masing sudah bersiap kemas barang peribadi ke dalam kotak.

"Ai kak Yana lambat datang hari ni?"sapa seorang staf.

"Akak ada urusan sikit tadi..mmh baru sekarang berkelapangan. Alah lagipun kita kan dah tak kerja. Bolehlah datang lambat pun. You all dah nak balik ke?"kata Yana sambil menyeka-nyeka rambut yang masih basah dek air mandi.

"Aah..kita orang awal pagi tadi lagi dah sampai"

Lepas bersekedudukkan dengan Daud Junaidi awal pagi tadi,Yana terlelap seketika sebelum terjaga sejam kemudian lalu tergesa-gesa bangun pergi mandi,bersiap dan bertolak ke syarikat penerbitan.

"Kita orang mintak diri dulu kak Yana"

"Aah okeylah. Jumpa lagi"

"Uhuhu iya kak..aku balik dulu  ya..uhuhu petang ni dah kena meniaga gerai sama opah dan orang rumahlah..sekian"kata wartawan Yeob sambil jinjing kotak.

"Aah okey lah Yeob. Selamat berniaga. Nak buat macam mana kan..kerja pun dah tak ada..hidup perlu di teruskan"

"Uhuyu iya baik..baik..bye"

Yana masuk ke pejabat. Kak Husna dan beberapa lagi staf pun masing-masing dah siap berkemas lalu minta diri pulang. Tinggallah Yana dan Asywina berdua mengemaskan barang-barang di meja masing-masing.

Lebih kurang setengah jam kemudian,Yana dan Asywina terdengar suara seorang lelaki berteriak.

"Siapa pulak tu?"

"Entahlah. Tapi macam kenal je suara lelaki tu"kata Yana.

"Jom kita pergi tengok"

Alangkah terkejutnya Yana dan Asywina bila melihat kelibat Harun yang muncul dan berteriak memanggil.

"Yana! Wina!"

"Harun!!!?"

"Apa dah jadi kat you Run? Sampai dua bulan you hilang. Syarikat kita dah tamat beroperasi tau"kata Yana.

"Aku dah tahu semua tu. Nantilah aku cerita apa yang berlaku. Mana pacuan empat roda aku?"

"Kereta abang Harun ada kat balai. Semenjak kes abang Harun hilang dekat hotel dua bulan lalu, pihak polis yang tolong jagakan"kata Asywina.

"Fuh lega rasanya. Yana kau tolong hantar aku ke balai. Wina tolong call dan maklumkan pada Encik Ghani. Syarikat penerbitan kita mesti di teruskan seperti biasa"

"Baiklah"

Yana dan Asywina mengangguk dan tersenyum gembira. Kepulangan Harun bererti sumbu harapan untuk melihat syarikat penerbitan tabloid BONGKAR kembali meneruskan operasinya pasti dapat di nyalakan.

BAB 48: Sumbu Harapan(tamat)

BERSAMBUNG...

Siri BONGKAR akan menemui penghujungnya pada Bab ke 50. Tq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience