“Look at you, my sweetheart… bila mama tengok awak pakaian baju pengantin, rasa macam tak percaya anak kesayangan mama dah cecah umur dua puluh tahun dan kejap lagi… dah jadi isteri orang… I still remember… you were this tiny… when I held you for the first time… owh… Raana…”
“Stop it, mama… nak Raana kahwin ke tak ni?”
Tangisan sedu-sedu mama sontak mati. Baru nak rasa sedih, anak bertuahnya tak bagi chance langsung! Bikin rosak feeling betul! Sisa air mata dikesat. Wajah kelat ditayang.
“Tak boleh ke mama rasa sedih? Anak bertuah ni kan!” jari telunjuk naik menujah dahi Araana sampai senget kepala Araana dibuatnya.
“Argh! Mama!”
“Awak tu dah nak jadi isteri orang. Dua puluh tahun dah kot, jadilah matang sikit lepas ni. Mama yakin, Inn mampu bimbing awak. Jangan buli suami awak pulak lepas ni. Inn tu… err…seusia Arash kan? Dua puluh lapan tahun! Ya, mama ingat! Usia korang cuma beza lapan tahun, tak jauh mana pun. Apapun, awak sebagai isteri kena hormati suami, layan suami sebaiknya dan kena dengar cakap suami. Inn baik budaknya, jagalah hati dia. Faham tak ni?”
Araana dengar acuh tak acuh. Sampai saat ini, dia masih rasa tak puas hati sebenarnya. Semuanya dibuat kerana terpaksa. Hanya kerana janji yang terlafaz di zaman kanak-kanak di mana ketika itu nak buang hingus pun masih tak reti!
“Macam mana mama tahu Inn tu baik? Selama ni, Inn bukannya menetap di sini. Entah apa yang dia buat dekat luar negara tu, siapa tahu!”
“Amboi, budak bertuah ni kan! Jangan nak buruk-burukkan bakal suami awak, Raana. Naluri seorang ibu selalunya tepat. Lagipun, awak yang pilih Inn sejak kecil kan? Berkeras nak kahwin dengan Inn? Tak ingat? Kerana awaklah, keluarga Inn dan keluarga kita dah sepakat jodohkan awak dengan Inn. Mama bangga dengan Inn… tetap berpegang pada janji, tetap setia pada awak sehingga tiba waktu untuk halalkan awak. Bukan mudah tau nak buat semua ni. Tapi syukurlah, hati Inn tetap tak berubah.”
Yela… mama je yang tak tahu! Hati dia dah berubah sejak bertahun-tahun dahulu. Janji seorang kanak-kanak berusia lapan tahun… boleh pakai ke? Lagipun, masa tu janji dibuat kerana rasa simpati, tu je… sehari dua kemudian, dia lupalah semua tu! Apalah yang diharap dari seorang kanak-kanak yang cuma tahu bermain je? Ah…dah penat dah nak bertekak. Hasilnya tetap sama.
Araana buang pandangan ke luar jendela. Fikiran menerawang, mengenang kembali peristiwa ketika dia berusia lapan tahun di mana bibir dengan mudah bicara soal kahwin kepada lelaki yang baru pertama kali ditemui. Dia masih bersekolah rendah, manakala Inn sudah menginjak ke alam sekolah menengah ketika itu.
“Abang! Bagi saya lihat muka abang… abang…” selimut yang membungkus wajah remaja lelaki itu berjaya ditarik.
“K-Kenapa d-dengan… muka abang?”
Macam belon terlebih gas helium, kembang hampir mahu meletup! Teringat kata-kata Arash yang memarahi dia selepas berjaya keluarkan dia dari kolam.
“Kenapa pergi kacau sarang tebuan tu? Awak memang troublemaker, Raana! Kalau Inn tak tolak awak masuk kolam, awak yang kena serang tebuan tu! Inn korbankan diri kerana awak!”
Terkebil-kebil Araana pandang wajah bengkak Inn.
“Abang dah tak hensem dah. Lepas ni, takde yang sudi berkawan dengan abang.”
Rasa sebak menghurung mendengar kata-kata Inn. Mata berkaca-kaca.
“Takpe, saya ada. Saya takkan lupakan abang bila dewasa nanti. Saya janji. Abang kahwin je dengan saya.”
Entah syaitan apa yang merasuk, lepas cakap macam tu boleh pula dia lari keluar dan terus tuju ke ruang tamu di mana keluarga Inn dan keluarga dia sedang berkumpul.
“Papa, mama… uncle, aunty… bila dewasa nanti, kahwinkan saya dengan abang Inn! Saya janji, saya akan jaga abang Inn dengan baik. Saya nak jadi teman abang Inn sampai tua!”
Semua terlafaz kerana rasa bersalah. Dia sangat yakin tentang itu. Siapa sangka, keluarga benar-benar ambil serius tentang janjinya. Argh! Lihatlah dia kini… terperangkap dengan janji yang dibuat di zaman hingusan. Tak patut bukan? Nasib baik otak bergeliga. Perkahwinan bukan penamat. Dia masih punya banyak cara untuk tentukan di mana letaknya tanda noktah!
“Mama… bagaimana rupa Inn sekarang agaknya? Saya masih ingat, pertama kali bertemu… rupa dia hodoh, macam belon dipam-pam! Dia gelar diri sendiri Putera Katak. Dia cerita tentang kisah puteri cantik dan seorang putera yang disumpah menjadi katak.”
“Hah! Baru sekarang curious tentang rupa suami awak? Hari tu, masa mama ajak ke airport jemput Arash dan Inn, seribu alasan awak beri kan? Siap tampal Kool Fever dekat dahi lagi, paksa tekak batuk macam kena kuman Tibi! Mama tahu Inn kecewa awak tak datang. Dia tak cakap tapi jelas terpancar di wajah dia.”
Araana juih bibir. Cakap dengan mama macam tulah, asyik-asyik dia je yang salah.
“Tak curious pun! Saya terima siapapun jadi suami saya. Dah pilihan keluarga kan? Bak kata mama, naluri ibu selalunya tepat. Jadi saya anggap suami saya terbaik antara yang terbaik. Pilihan mama kan?” senyum meleret dilakar, ada sinis juga mengejek.
Mama membalas tatapan Araana dengan mata terbelalak, bibir terherot-herot menahan rasa geram. Siapapun tahu kata-kata yang dilontar oleh Araana tu berupa sindiran pedas untuknya.
“Anak bertuah! Awak yang mati-mati mahu kahwin dengan Inn kan? Siap angkat sumpah depan keluarga Inn? Dahlah, yang lepas jangan diungkit! Mama risau darah mama mendadak naik dan pengsan sebelum akad nikah tu. Eiii! Budak bertuah ni kan!” Sempat mama angkat jari telunjuk ke arah Araana sebelum jemari dikepal erat. Langkah besar dibuka, bunyi hentakan tapak kaki keras kedengaran ketika mama meninggalkan bilik Araana.
Araana merenung sedalamnya seraut wajah pantulan cermin di hadapannya. Cantik… seraut wajah terhias indah itu memang cantik! Dia harus puji kecantikannya. Jarang-jarang kenakan mekap, wajah bujur sirih itu tampak ayu dan berseri-seri. Bukan tidak minat berhias, tapi langkah kaki terkawal. Masa banyak dihabiskan di rumah, jadi buat apa pakai mekap bagai?
Sudah terbiasa hidup terkawal sejak usia menginjak remaja. Dia faham. Keluarga sedaya upaya mengelak masalah kerana dia sudah terikat. Sejurus menginjak usia awal dewasa, dia terus dikahwinkan. Hebat kisah hidup dia bukan? Araana mengeluh perlahan.
“Cik Raana… masanya dah tiba. Mereka semua dah berkumpul di bawah.”
Araana bingkas bangun, bebola mata bergulir laju, mahu pastikan tiada sesiapa di situ.
“Semua you dah settlekan? Beg pakaian I dah sumbat dalam teksi?”
“Dah cik, teksi tu tengah tunggu cik di hujung simpang jalan.”
“Baik, terima kasih Nida. Andai I masih hidup, suatu hari I pasti cari you dan balas balik semua kebaikan you.”
“Cik…” pembantu rumah yang paling dipercayainya itu mara lalu memegang kedua bahu Araana, “jaga diri baik-baik. Sampai je kat situ, kakak saya akan uruskan semuanya. Cik jangan risau ya.”
“I trust you. Ingat… biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. You tahu apa nak cakap pada keluarga I nanti kan?”
“Ya, cik! Saya tahu. Cik pergilah sekarang sementara semuanya masih sibuk kat bawah.”
“Baiklah… selamat tinggal, Nida…” saling berbalas pelukan buat seketika, sebelum Araana menolak perlahan tubuh pembantu rumah merangkap satu-satunya teman bicaranya lalu bergegas pergi tanpa menoleh lagi.
Seperti yang dirancang, Araana menyerusup ikut pintu belakang. Nida sudah pastikan tiada sesiapa berada di situ. Semuanya terasa terlalu mudah. Melarikan diri dari berkahwin… pasti jadi! Oh, tak mungkin! Selagi adanya papa sebagai wali, perkahwinan itu bisa terjadi walaupun tanpa pengantin perempuan. Lantaklah! Dia akan terangkan pada Inn kemudian. Semuanya sudah dia rancang dengan rapi, terpaling rapi hingga tidak mungkin berlaku kesilapan. Dia sangat yakin tentang itu!
Dari kejauhan, Araana sudah melihat kelibat sebuah kereta berwarna putih terparkir di bahu jalan di hujung simpang. Macam kereta persendirian. Tapi parkir tepi simpang. Pasti itu teksi yang Nida maksudkan. Langkah dipercepatkan. Dia harus bergerak pantas sebelum seisi rumah sedar kehilangannya. Araana meluru mendapatkan kereta putih tersebut. Pemegang pintu penumpang belakang ditarik laju. Sekejap kemudian, Araana sudah berada di perut kereta. Sempat bebola mata mengitari dalaman kereta, mewah! Ini bukan kereta biasa-biasa.
“Jalan cepat!” arah Araana sambil bebola mata sibuk melilau. Dia perlu utamakan kepentingannya dahulu. Risau jika ada yang menyedari.
“Ehem! Cik… nak ke mana?”
Eh, ditanya pulak?! Bukankah pak teksi tu sudah dimaklumkan sebelum ini oleh Nida? Araana memaku pandangan berang ke cermin pandang belakang. Cuba mengamati wajah pemandu teksi yang terselindung di sebalik cap berwarna hitam.
DEG!
Araana terkesima. Dapat dia rasakan aura lain macam hebatnya dari pemandu teksi itu. Pasti bukan orang kebiasaan. Cemas, Araana pandang sekeliling. Dia silap kereta ke apa? Sembarangan je pi terjah kereta orang kaya ke? Haish!
“Encik ni teksi yang diupah oleh Nida ke?”
“Ya, saya…”
Fuh, lega! Dada diusap perlahan. Ternyata dia tidak silap. Diam-diam, bebola mata kembali menyoroti tubuh sasa yang sedang duduk membelakanginya itu. Mantap! Lelaki tu pergi gym ke? Pertama kali seumur hidup dia lihat pemandu teksi sekacak itu! Muka tak nampak lagi tapi hujung hidung hingga ke dagu terlihat jelas. Dapat dia tebak wajah kacak yang tersembunyi di balik visor cap itu.
“Betul ke you ni pemandu teksi?” Araana tanya was-was. Dia masih tidak percaya sebenarnya. Aura lelaki itu berbeza dari orang kebanyakan.
“Untuk hari ini, yes!”
“Part time?”
“I ada misi.”
Huish! Pantas Araana menegakkan tubuh sebaik sahaja dengar jawapan lelaki misteri itu. Misi? Bahaya ke tak? Adakah dia dah tersilap langkah dan kini tengah bahayakan nyawa sendiri?
“M-Misi apa tu? B-boleh I tahu?” gagap suara terlontar. Jujur, Araana mulai rasa kecut perut. Dia bersama lelaki asing kot!
“You!”
“Hah?! I?!”
Oh tidak!
Culik! Ini pasti modus operandi culik! Dia tersilap, benar-benar dah tersilap. Dia harus segera keluar dari situ sebelum mati katak di tangan lelaki itu. Baru mahu tarik pemegang pintu, pantas lelaki itu tekan suis lock utama. Araana mulai panik.
“Hey, dengar dulu pen….”
“Tolong encik! Jangan culik saya! Saya takde duit, betul! Saya baru je habis belajar, tak kerja lagi! Saya cuma penganggur yang hanya tahu habiskan duit mama dan papa je. Tapi keluarga saya tak kaya mana pun. Encik takkan dapat duit yang banyak kalau encik culik saya! Saya boleh tolong encik bagi nama anak-anak orang kaya kalau encik nak. Culik mereka lebih menguntungkan encik berbanding jika encik culik saya! Saya…”
“Dengar dulu….”
“Please encik… please lepaskan saya!”
Araana bertambah panik apabila lelaki itu meluru lalu cuba menarik tangannya. Niat hati cuma mahu menenangkan Araana. Siapa sangka…
“Aaahhh!!! Tolong!!!! Penculik! Pen…”
Minah sorang ni jerit separuh matilah pulak!
“Stop it! Araana… ini saya!!!”
Mampus! Lelaki itu kenal siapa dia! Mungkin dah lama merancang untuk culik dia. Semakin panik, Araana meronta keras. Tapak tangan lelaki itu yang sedang melekap di mulutnya digigit sekuat hati.
“Argh! Raana!”
BUK!
Berpinar pandangan apabila buku lima Araana menghempuk batang hidung mancungnya. Cap yang dipakai terlepas dari kepala. Araana tergamam. Sempat meneliti seraut wajah terukir sempurna milik lelaki itu. Anak mata tertancap pada tahi lalat di bawah mata kiri lelaki itu. Dahi berkerut memikirkan sesuatu.
“Raana! You hit me!’ deraman lelaki itu menyentakkan Araana dari lamunan.
Tak buang masa, Araana ambil kesempatan ketika lelaki itu sedang menderam menahan sakit. Bingkas bangun, tangan dipanjangkan untuk menekan suis lock. Terkocoh-kocoh menolak pintu lalu melompat keluar dari perut kereta.
“You sure a troublemaker, Raana!”
Langkah kaki mendadak mati. Araana cam benar suara yang membentaknya dengan penuh amarah itu. Perlahan, kepala dipusing ke arah suara tersebut.
BAK!
Ketukan keras di belakang tengkuk buat pandangan segera bertukar menjadi gelap gelita.
“You hit her?! How dare you!” Za’inn meluru keluar dari perut kereta sambil berteriak geram.
“Pleaselah, Inn! Budak troublemaker ni pun you tak boleh nak handle. Salah ke I pengsankan dia? You nak buat show lari berkejaran berekar-ekar siap berguling-guling macam wayang Hindustan dan bagi semua orang tengok ke?”
“But you hit her, Arash! You sakitkan Raana!”
“I dah biasa buat. Budak sorang ni bukan senang nak handle… trust me, I dah buat lebih dari ini untuk ajar adik I. Tapi tu dulu, masa kitorang budak-budak!”
“You!” menggigil jari telunjuk saat terarah tepat di muka Arash, jelas terlihat Za’inn sedang menahan emosi.
“I tak benarkan you sentuh Raana lepas ni!”
Arash hanya tergelak kecil, membiarkan Za’inn menggendong Araana masuk ke perut kereta. Tergeleng melihat beberapa titis darah mengalir dari lubang hidung Za’inn. Araana… Araana… Za’inn belum kenal siapa sebenarnya adik perempuan dia tu!
Share this novel