Pada malam itu, aku telah memasak untuk makan malam memandangkan kami berdua sahaja jadi aku masak benda yang simple sahajalah. Nasi goreng kampung gitu
Semasa aku sedang sibuk di dapur, tiba-tiba ada tangan yang memelukku daripada belakang
"Sayang" panggilnya
Aku diam tidak bergerak, senduk yang sedang kupegang. Aku terlepas kerana secara tiba-tiba ada kuncupan yang melekat di leher ku lama. Pelukkan itu diketatkan tanpa ada peluang untuk aku melepaskan diri
"A....aw......awak" panggilku gagap
"Ermmm"
"Kenapa ni?" tanyaku hairan
"Tak ada apa-apa saje nak peluk sayang. Best rupanya dapat peluk isteri ni. Sebelum ni nampak kawan-kawan je boleh peluk isteri" kata baihaqi yang masih memelukku aku masih terasa terasa bernafasannya yang dilepaskan dileherku
"Ermm..... awak, saya nak siapkan masak ni. Nanti awak lapar pulak. Kita dah la daripada jauh, awak pergilah duduk dulu. Nanti dah siap, saya panggil" kataku untuk mengelakkan daripada dicium lagi oleh baihaqi
"Kalau saya cakap, saya tak nak pergi?" ujinya terhadapku
Ouhh, kau tak nak pergi eh? takpe takpe. Aku pun mencapai tangannya yang melilit pinggangku dan meletakkan senduk diatas tapak tangannya
"Nah, awak masaklah" aku beralih ke singki pula
Ahhh! alamak, aku dah la tak reti nak memasak. Macam mana ni?. Cepat-cepat haqi menuju ke arahku dan memujukku
"Okay-okay, sayang............ masaklah. Saya tak pandai nak memasak" kataku lalu menghulurkan semula senduk kepada fatin
"Bukan ke awak kan jpj yang buat ujian untuk orang ambik lesen?" perliku
"Sayang ni, saya buat ujian untuk orang ambik lesen. Bukan saya ambik ujian memasak" kataku segan-segan
"Itulah, kacau lagi saya memasak. Kalau lain kali awak kacau. Saya tak nak masak dah, awak masaklah sendiri"
"Okay-okay, saya janji tak kacau dah sayang masak. Okay?" katanya sambil mengangkat jari kelingking tanda berjanji
Aku menganggukkan kepalanya dan meneruskan sesi memasak. Tapi aku tak tahulah apa masalah si baihaqi ni sorang. Masa aku masak tu, dia asyik pandang aku je kehulur kehilir sambil senyum. Tahulah senyuman dia tu manis. Tak payahlah senyum dekat aku, kencing manis aku nanti
Setelah siap memasak, aku terus menghidangkan dimeja makan. Aku lihat baihaqi tidak henti memandangku daripada tadi
"Dah siap"
"Ermmmm sedapnya bau" katanya sambil menghidu bau nasi goreng itu
"Tengoklah sape yang memasak kann" lagak aku
"Isteri sayalah, untung saya dapat isteri macam awak. Dah la cantik, baik, pandai masak pulak tu"
Aku terdiam bila dia sebut aku baik, aku baik ke? aku layan dia pun acuh tak acuh je. Aku banyak menyakitkan hati dia adalah. Apa mamat ni dia ikhlas nak puji aku atau nak perli aku?
"Terima kasih sayang, tolong masakkan"
"Sama-sama" aku tersenyum sambil melihat dia makan. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikir ingin mengusik dia
"Awak"
"Yes?"
"Awak tak takut ke kalau saya letak racun dalam nasi goreng tu?"
Baihaqi terus terdiam seketika, sebelum menjawab
"Kenapa saya nak takut? sebab awak letak racun?"
Aku menganggukkan kepala
"Kenapa saya nak takut pulak? awak kan makan jugak nasi goreng ni. Kalau saya pengsan, awak pun pengsan sama. Dan kalau awak letak racun, awak tak kan makanlah nasi tu" kata baihaqi sambil mengunyah nasi di dalam mulutnya
Aku terfikir ada betul jugak kata si baihaqi ni, bijak bijak bijak. Laki sape lah tu, eh laki aku lah. HAHAHAHA
Selesai makan, aku mengutip pinggan kotor aku dan dia. Dan aku bawakan ke singki untuk membasuh. Aku melihat haqi sedang mengelap meja makan tanpa disuruh. Aku bercadang baru ingin mengelap meja setelah selesai membasuh pinggan
"Okay, dah siap. Sayang jom ke ruang tamu nak tak? kita tengok televisyen"
Aku menganggukkan kepala sahaja. Aku mengikuti langkahnya ke ruang tamu. Haqi mencapai alat kawalan jauh televisyen
"Sayang nak tengok cerita apa?"
"Ikut awaklah, saya tak kisah" aku kesian dengan haqi ni. Tak nak layan kesian, bila layan pun kesian. Aku pun tak tahulah nak buat macam mana
Tepat pada pukul 11, mataku terasa berat. Aku rasa sudah mengantuk dan mahu tertidur. Aku terpandang pada baihaqi, aku melihat matanya masih lagi segar bugar
"Awak" panggilku dalam mengantuk
"Yes?" jawabnya sambil mata melekat pada skrin televisyen
"Awak tak mengantuk lagi ke?"
"Belum, kenapa?"
"Saya dah mengantuk la awak" kataku sambil mengosok mata
"Ouhh, awak tidurlah dulu. Mehh menyandar dekat dada saya" baihaqi menarik aku untuk tidur didadanya. Aku terdiam dengan tindakan baihaqi sedemikian. Dia sedar ke tak apa yang dia buat tu. Aku tidur dekat dada dia
"Takpe ke saya tidur dekat dada awak?" tanyaku andainya dia sedar akan kelakuannya itu
"Takpe, tidur je lah. Saya tak marah pun, saya nak suruh awak temankan saya dekat ruang tamu je. Atleast saya tahu, awak ada dengan saya" katanya
Aku pun kembali melekatkan kepalaku didada bidangnya. Mak aii dengar degupan jantung dia dup dap dup dap. Seksi bunyi dia, tergoda aku. Tak lama, aku sudah lena didadanya dengan ulit bunyi degupan jantungnya itu
Keesokan harinya, aku sedar daripada tidur. Aku sudah berada didalam bilik, aku mengeliat kecil dan memeluk bantal disebelah. Ku sangkakan bantal, tetapi itu manusia
"Sedap tidur peluk saya?" katanya
Aku terkejut....
"Eh Ya Allah, awak ni" marahku
"Bila awak bangun?" tanyaku kepadanya
"Pukul 6.30 pagi, saya bangun nak solat subuh"
Aku menganggukkan kepalanya, nasib baik aku datang bulan
"Awak datang bulan kan?" tanyanya
"Macam mana awak tahu?"
"Sebab masa saya kejut awak cakap dalam mamai, awak period"
Aku menganggukkan kepala lagi, ishh malulah
Tiba-tiba baihaqi berkata "best kan peluk saya?"
Aku berkerut dahi, best? best sebab apa?
"Sebab awak sendiri cakap dalam tidur, awak ckp 'best peluk awak macam peluk bear'"
Aku terdiam lalu terfikir, ada ke aku berkata begitu? atau penyakit mengigau aku datang semula?
Share this novel