bacdh 'Ikat Tepi'

Drama Series 55610

Mereka menyedut teh o ais ikat tepi di tangan masing-masing dalam diam. Menikmati kesejukan air batu di dalam bancuhan teh o selepas empat malam di dalam lokap polis sangatlah... 'heaven'!.

Yusoff geleng-geleng kepala sambil terus menyedut perlahan minumannya. Empat malam di dalam lokap polis selepas semalamnya dia dirai di atas pentas sebagai pelajar terbaik STPM sekolah. Pengalaman hidup jenis apa ini?.

"Yus..."

"Hmm..."

"Sorry..."

Jeda lama.
Anak mata dan degupan jantung sahaja berfungsi. Anak mata sibuk memandang orang lalu lalang dari tebing longkang di hadapan lokap polis.

"Ni semua... tak effect masuk universiti kau kan Yus?."

"Entahlah Yun. Aku pun tak tau. Tunggu ajelah... kalau tak ada panggil tu maknanya ada effectlah kot."

"Sorry Yus..."

"Hmm..."

"Kau rasa aku dapat jumpa Mama dengan Baba tak kat akhirat nanti. Diaorang nak jumpa aku tak?".

"Kenapa kau tanya macam tu?".

"Entahlah... masa diaorang ada aku tak guna..."
"..."
"Diaorang dah tak ada pun aku masih tak guna. Tak susahkan diaorang, aku susahkan kau."

Yusoff tidak menjawab. Dia tidak ada jawapan untuk soalan kecewa diri Yunus. Siapa lebih kasihan sekarang, dia atau Yunus?.

"Aku tak ada cakap kat dia hal agreement tu. Sumpah Yus!".
"Dari mana la dia tau".
"Silap la... patut aku biar aje orang kaya tu penjara dia. Sama aje nasib Baby Boo kalau dia ada atau tak."

Sambung Yunus, belum sudah meluah perasaan terkilan di dalam hati.

"Jadi betul la Yus... kau kena keluar dari rumah besar tu sebab dia Yus."
"Mesti orang kaya tu ingat kita berpakat ugut minta duit."

Yusoff geleng-geleng lagi kepala. Apa anggapan si mata bundar pada dirinya. Maknanya apa sekarang? memang tidak ada harapan untuk dia memiliki kembali si isteri itu?.

Yusoff toleh kepada Yunus yang duduk tunduk sahaja di tebing lokang di sebelahnya sambil hujung kasut menguis rumput semalu di situ.

Kenapalah jodoh kau Wati Yun!!!?.

@@@@@@@

"Siti Khaleeda!".

Namanya diseru seorang lelaki sebaya Papa ketika keluar dari pintu yang menghubungkan bahagian dalam balai ke ruang legar balai polis Bukit Aman.

Khaleeda tercegat di hadapan pintu yang sudah tertutup daunnya, menunggu lelaki yang menyeru namanya merapat.

"Siti Khaleeda kan?."

Dia sekadar mengangguk. Tiada rasa mahu bersuara atau teruja untuk mengetahui gerangan lelaki di hadapannya. Dia mati rasa untuk ujian perasaan yang bertimpa-timpa.

"Nama uncle, Salim. Lawyer Papa. Tapi uncle dah tak wakil Papa, cuma... uncle nak tolong Khaleeda ambil barang penting dari rumah. Mereka dah sita rumah, saving dan semua aset Papa, Mama dan Khaleeda yang lain."

Khaleeda tahu semua tu, tadi Papa sudah cerita semuanya di dalam. Dia sehelai sepinggang sekarang. Hanya baju di tubuh miliknya sekarang ini.

"Jom! ikut uncle, kita cuba dapatkan handphone Khaleeda dan apa yang boleh dapat."
"IC, lesen diaorang dah pulang dekat dalam tadi kan?".

Khaleeda angguk lagi kemudian menurut sahaja. Dia kusut dan fikirannya kosong. Tiada sesiapa yang dia ada untuk datang menyelamatkan dia atau sekadar dapat memberi semangat.

Papa sudah menelefon adik beradiknya meminta bantuan. Seorang pun tidak muncul walau hanya untuk urusan kebajikan dia.

Khaleeda tidak fikir ianya sesuatu yang pelik dan zalim jika di ulang ingat sikap Papa kepada keluarganya. Sombong dan bongkak!.

Mama...
Menelefon sesiapa pun dia tidak mahu. Masih dengan sikap keras dan angkuhnya atau mungkin juga Mama sudah malu besar dengan apa yang terjadi.

Khaleeda faham sangat dengan sikap Mama yang rela dan sesuai dengan peribahasa menang jadi arang, kalah jadi abu. Walau tindakan yang tidak menguntungkan sesiapa tidak mengapa, nama untuk dia merendahkan diri merayu-rayu bukanlah Mama orangnya.

Selepas mendapatkan telefon bimbitnya, uncle Salim menolong membawanya pulang ke rumah yang sudah disita diiringi dua orang anggota polis. Mereka beri masa untuk Khaleeda mengambil barang-barang penting sahaja.

Khaleeda minta izin untuk mandi, solat dan mengemas barang yang perlu. Dua bagasi besar Khaleeda sumbat pakaian yang ringkas dan sesuai termasuk pakaian hadiah daripada Yusoff. Segala pakaian mahal dan tidak sopan dia tinggalkan. Tidak lupa sijil-sijil penting.

Pergi pula ke ruang dapur dia bawa juga beberapa pinggan cawan yang perlu sahaja. Ada masanya dia terduduk seketika di ruang yang paling dia suka di rumah mewah ini. Ke mana arah tuju dia dengan segala mak nenek yang dapat dia bawa ini. Buntu!.

Hingga sosok anggota polis yang mengiringi muncul di ruang dapur barulah dia memaksa tubuhnya bergerak membuntuti polis itu keluar daripada rumah dengan seribu kenangan itu.

Bekas peguam Papa masih di ruang beranda rumah menunggu dia dengan sorotan mata penuh simpati. Anggota polis membuka bagasi dan memeriksa barang yang Khaleeda isi di dalamnya. Setelah berpuas hati barulah mereka bergerak pergi meninggalkan dia di hadapan pagar rumah mewah itu.

"Khaleeda ada nak pergi mana-mana? Uncle tolong hantar."

Soalan pertama keluar daripada mulut bekas peguam Papa selepas lama dia di dalam rumah besar. Dia sekadar menggeleng.

Mahu ke mana?.
Dia sudah mendapat nombor telefon baru Michan daripada seorang rakan sekolah lain di kumpulan telegram sekolah ketika minggu pertama Papa sudah tidak pulang ke rumah, malangnya nombor baru itu juga bukan milik Michan lagi.

Melalui teman itu dengarnya Michan sudah berpindah ke Sarawak mengikut ibunya yang memohon bertukar kerja ke cawangan di sana.

Menurut rakan itu lagi keputusan SPM Michan diambil mamanya supaya gadis itu tidak bertemu dengan bapanya.

Khaleeda tahu hubungan parah ibu bapa Michan yang langsung tidak boleh bertemu muka.

Berita paling mengejutkan daripada teman itu Hamzah sudah meninggal dunia kerana kemalangan. Patutlah lelaki itu tiada menjejaknya selepas hari membuat pengakuan paling tragis.

Dia cuba bersedih dengan berita yang diterima tapi tiada rasa itu. Perasaan yang ada hanyalah ralat dan terkilan.

Kenapa? Kenapa Hamzah aniaya dia. Bermula dengan pengkhianatan Hamzah terhadap dirinya, perasaan sayang dan hormat pada Hamzah hilang sepenuhnya.

Lebih-lebih lagi dengan ujian yang bertimpa-timpa sejak kebelakangan ini. Rasanya layak untuk dia tuduh Hamzah punca segala kekalutan.

"Khaleeda..."

Dia angkat wajah yang sugul memandang pada uncle Salim.

"Uncle tanya... kalau uncle carikan bilik sewa untuk Khaleeda boleh tak?".

Tertunduk lagi dan mengangguk.

"Khaleeda ada duit? Akaun Khaleeda dah kena beku kan?."

Angguk lagi.

"Di... Di ada tiga ribu..."
"Duit ni ada dalam kocek jaket baju sejuk yang Di selalu guna pergi pasar..."
"Nak... nak kena bagi polis juga ke uncle?".

Air mata gugur lebat ketika suaranya yang serak bertanya kepada uncle Salim.

"Tak!"
"Tak payah declare... Khaleeda simpan duit tu."
...
"Jom... uncle carikan Khaleeda tempat tinggal."

@@@@@@@

RM400.
Sebuah bilik sewa yang di sekat menjadi dua bilik di dalam sebuah unit rumah kedai di tingkat tiga sebuah bangunan lima tingkat agak jauh dari bandar Kuala Lumpur dan tempat tinggal asalnya. Sepenuhnya suatu tempat yang asing bagi Khaleeda.

Jam digital di muka telefon menunjukkan pukul lapan malam. Sepetang masa dihabiskan dia dan uncle Salim mencari bilik sewa hinggalah mereka mendapat bilik yang ada sekarang ini.

Dapat sahaja kunci dia masuk ke dalam bilik, letak barang, ambil wudhu, solat dan kemudian segera turun kembali ke restoran mamak di bawah bangunan untuk berjumpa dengan uncle Salim.

Ada cerita penting. Duduk perkara segala yang berlaku.

"Uncle panggil Khaleeda Di boleh ye?"

Angguk dan diam.

"Papa Di dapat ugutan. Bayar satu juta atau rahsia kahwin agreement Di terbongkar."

Patutlah Mama beri dia penampar.

"Mula-mula Papa Di abaikan. Dia fikir suami Di dan keluarga suami Di cuma bersikap tamak. Sebab tu dia halau suami Di keluar rumah."

Yusoff buat macam tu?. Tapi Papa dah cerita hari tu. Betul ke?.

"Kemudian beberapa pesanan ugutan sampai lagi dengan bukti hitam putih agreement."
"Papa Di tension, dia upah orang untuk bagi warning pada si pengugut."
"Papa Di minta tolong business partner dia cari orang untuk do the job."
"Malangnya mereka yang diupah cuba bunuh perempuan tu sebab geram dengan mulut dia katanya, tapi tak mati cuma cedera parah."
"Bila dapat tangkap orang yang diupah, polis siasat semua sudut dan aspek sampailah terkait rahsia lain..."
"Ceritanya... aktiviti haram company Papa Di dan partner dia memang dah lama dalam perhatian pihak polis."
"Papa Di import secara tidak sah dadah terkawal dalam jumlah yang melebihi undang-undang dan..."
"Dadah berbahaya juga dijumpai dalam kargo untuk syarikat farmasi Papa."
"Business partner Papa dah lari. Bukti semua menunjukkan Papa Di tau semua aktiviti tu."
"Uncle minta maaf tak boleh lagi wakil Papa Di, sebab ini dah kategori kes jenayah. Firma uncle tak ada kepakaran untuk kes macam ni."

"Betul ke suami Di terlibat?".
Tolonglah tidak!

"Perempuan tu tamak tapi tak cerdik juga. Mula-mula dia kata ya tapi bila ada polis ugut begitu begini baru dia mengaku dia buat sorang. Suami dan adik ipar dia tak terlibat."
"Dia tak faham undang-undang tapi nak jadi jahat sebab tamak."

"Jadi suami Di dah tau semua cerita ni... pasal dadah ni semua?"

"Yang tu uncle tak pasti. Yang uncle tau diaorang memang ada dipanggil untuk beri keterangan tapi dah dibebaskan juga sebab tak terlibat apa-apa."

Khaleeda tunduk merenung muka meja. Mesti Yusoff benci dengan dia. Mesti Yusoff pandang jijik pada dia dan ibu bapa dia.

Macam mana sekarang?
Apa harus dia buat?. Nampaknya peluang dia untuk sambung belajar sudah terpaksa dikuburkan.

Cari kerja.
Ya, kena cari kerja untuk tampung hidup dia. Selepas ini keadaan akan bertambah susah. Sewa bilik, makan lagi, data telefon bimbit pula.

Oh ya, Papa minta tolong dia jumpa anak Pak Long.

Cukup ke duit baki selepas bayar sewa dan deposit bilik untuk buat modal perjalanan hidup selepas hari ini?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience