Tiga bulan kemudian.
Hari-hari berlalu seperti biasa dalam sekelip mata seperti angin lalu.
Sejak peristiwa Zane meracuni ibu tirinya dengan dadah, Tuan Hayes benar-benar meletakkan jawatan serta menarik diri sepenuhnya dari melibatkan diri di dalam syarikat besar Samsoong Enterprise. Lelaki itu juga mengambil keputusan untuk tinggal menginap di mansion miliknya yang terletak jauh dari kawasan bandar dan kesibukkannya kejiranan. Tuan Hayes telah nekad untuk bersetuju dengan Ugutan Zane dimana Zane akan menghumban Tuan Hayes ke dalam penjara. Oleh kerana cinta Tuan Hayes pada harta melebihi segalanya, orang tua tersebut memilih untuk menghabiskan sisa usianya dengan kekayaan yang dia kumpul selama ini dengan tenang. Dia tidak lagi akan masuk campur hal perwarisan apalagi cuba-cuba menganggu kehidupan peribadi Zane selepas ini.
Tidak lama selepas Zane dan Dihya merasmikan perkahwinan mereka, berita mengenai Sarah dan Lee berkahwin kedengaran. Pasangan itu dikatakan mengadakan majlis perkahwinan kecil-kecilan yang hanya dihadiri oleh kenalan terdekat. Zane dijemput ke majlis resepsi pasangan itu melalui pos. Pada awalnya Dihya beranggapan Zane tidak akan pergi. Rupa-rupanya lelaki itu hadir ke majlis tersebut sebagai wali sah untuk Sarah. Yang mana membuatkan Sarah menangis sepanjang majlis itu berlangsung. Siapa sangka Zane yang perengus dan baran selama ini telah berubah tiga ratus enam puluh darjah dalam masa yang singkat.
Namun di balik kelancaran hari yang berlalu, tiada siapa boleh mengagak bahawa rasa bahagia itu hanya la sementara. Keadaan Tuan Samsoong yang dikatakan telah stabil kembali kumat sakit semula tidak lama kemudian. Membuatkan hari Zane hanya dipenuhi dengan meeting, press conference, perjumpaan itu dan ini serta keluar masuk menguruskan segalanya mengenai syarikat serta perawatan Tuan Samsoong di hospital.
"Sayang?"
Kepala Dihya terangkat tegak dari tunduknya sewaktu dia sedang mengeluarkan botol pencuci pinggan dari kabinet sinki.
"Dekat dapur sini..."sahutnya setelah itu.
Sambil menunggu Zane datang, Dihya menuang sabun pencuci ke dalam bekas khusus di tepi sinki. Tidak lama kemudian barulah suaminya muncul.
"Sayang....tolong ikatkan tali leher ni.. Saya nak jawab call sekejap."minta Zane dengan necktie di tangan kiri dan telefon di tangan kanan. Lelaki itu kelihatan tergesa-gesa. Mana tidaknya malam tadi aje balik lewat kerana ada urusan kerja dan melawat datuknya di hospital. Kesudahannya bangun lewat. Sudah dikejutkan dengan Dihya beberapa kali pun tak berjaya.
Dihya pantas berpusing. Dia tatap wajah segak milik Zane untuk beberapa saat sebelum tersenyum lucu. Sejak berkahwin dengan Zane, macam-macam karakter yang Dihya belajar tentang Zane. Antaranya sikap kalut Zane. Pada awalnya dia fikir Zane seorang yang tenang dan sentiasa bersikap collected tak kira apa sekalipun situasi. Siapa sangka yang suaminya ini seorang yang cemerkap jugak.
"Awak salah butang baju ni..." beritahu Dihya semasa berdiri di hadapan Zane. Lantas butang yang salah tadi dibuka sebelum di butang semula.
Zane hanya tersenyum. Sambil mendengar apa yang pekerjanya beritahu dalam panggilan, Zane menatap wajah bersih Dihya dengan perasaan berbunga. Untuk pertama kali dalam hidup selepas berkahwin, ini adalah kali pertama untuk Zane berasa gembira dan lapang ketika bersama dengan seorang wanita. Menambahkan lagi rasa sayangnya terhadap isterinya ini.
Seusai mengemas butang, Dihya mula mengikat tali leher untuk Zane. Pada masa itulah Zane gerak merapat ke depan muka Dihya lalu mengucup tengah dahi itu dengan lama.
"Hari ni awak balik lambat lagi?"tanya Dihya sebaik selesai.
"Tak rasanya. Dah kebetulan pulak siap semua kerja. Maybe balik awal. Kenapa?"dengan lembut Zane memegang pinggang Dihya lalu menarik tubuh itu rapat padanya.
Dengan nipis Dihya tersenyum. "Kalau awak balik awal. Saya boleh masakkan makan malam."sebelah tangannya melingkar di pinggang Zane. Sehingga sekarang Dihya dihambat rasa bersalah setiap kali dia menatap wajah suaminya. Dia tidak sampai hati hendak terus membiarkan hubungan suami isteri mereka ini tanpa memberitahu hal sebenar kepada Zane. Tapi Dihya bingung entah bagaimana dia mahu menjelaskannya kepada Zane. Sudah pasti Zane akan membencikan dia jika Zane mengetahui motif sebenar kehadirannya di samping Zane selama ini.
Lantas Zane mengangkat tangan. Pipi mulus Dihya dierlus perlahan.
"Saya akan cuba balik awal."
"Okay..."
"Saya pergi dulu. Ada meeting kejap lagi. Kemudian lepas balik jumpa Tuan Samsoong, saya terus balik rumah. Awak tunggu saya okay?"
Sambil mengangguk Dihya menjengket kaki untuk memeluk sekeliling leher itu dengan erat. Dalam diam, dia memohon maaf pada Zane kerana memperdayakan lelaki itu selama ini.
CLICK!
Kyren berjalan masuk ke dalam kediaman itu tanpa menunggu ia dibuka seperti kebiasaannya. Langkah luas lelaki itu di atur ke ara ruang tamu sebelum kelibat seorang wanita mengenakan sundress Biru berdiri di depan rak buku kelihatan. Tanpa mengatakan apa-apa dia dekati ke arah Dihya yang sedang membelakangi laluan masuk ruang tamu.
"Kenapa kamu panggil saya ke sini?" tegur Kyren begitu saja sebaik berdiri di situ.
Dihya ikut menoleh. Dia memusingkan badan ke Kyren sambil memegang buku di tangan. Sebaik mereka saling bertentang mata, tengah keningnya terus bercantum. Pandangannya mencerun.
"Apa yang Zane sedang lakukan sekarang ni?"tanya Dihya hendak berbasah basi dulu.
"Meeting dengan ahli lembaga pengarah syarikat sebagai wakil Tuan Samsoong."jawab Kyren mendatar.
Dihya menurunkan tangan yang sedang memegang buku ke sisi lantas mendekati Kyren. Dia berdiri tiga langkah jarak di depan Kyren. Matanya merenung tajam wajah tanpa ekspresi milik lelaki itu dengan dalam.
" Dah tiga bulan. Berapa lama lagi saya perlu tunggu? Sampai bila saya perlu teruskan semua penipuan ni? Berkahwin dengan Zane bukan dalam rancangan asal kita!"
Dengan tatapan dingin, Kyren menatap wajah bersih Dihya. Lelaki itu menilik wajah tidak puas hati Dihya untuk seketika tanpa mengatakan apa-apa. Sebab dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Kalau Tuan Samsoong tidak memberi arahan, dia sendiri tidak dapat lakukan apa-apa.
"Saya tak boleh terus menerus tipu Zane macam ni. Saya tak sampai hati nak sakitkan hati Zane tambah-tambah lagi perasaan suka dia pada saya. Kalau Zane tahu hal sebenar tak ke saya seksa dia lebih dari apa yang dia dah tanggung selama ni Kyren?"
"Kamu sukakan Zane?"
Kerutan di kening Dihya mengendur. Riak susah hatinya tadi berubah dengan riak bingung. Dia terkedu seketika dengan pertanyaan Kyren itu. Dah kenapa lelaki itu tiba-tiba tanya begitu?
"Awak dengar tak apa saya cakapkan tadi ni? Lain pulak yang ditanya kenapa?"
Lantas Kyren menyilang tangan ke dada. Dia pandang Dihya dengan kepala terlentok sedikit ke kiri untuk memandang judging akan gadis itu. "Saya tanya adakah kamu juga mencintai Zane sama seperti Zane mencintai kamu?"
"Kalau tak, mananya saya susah hati macam ni! Sebab sayang la saya taknak terus berahsia dengan Zane. Saya nak beritahu hal sebenar pada Zane secepat mungkin supaya Zane tak terluka. Tak boleh ke awak minta izin TUAN Samsoong untuk dedahkan hal sebenar pada Zane?"jelas Dihya dibalik nafas tak percayanya. Boleh pula Kyren sibuk tentang hal tu bila sudah terang lagikan bersuluh situasinya bagaimana.
" Sebaiknya kekalkan aje keadaan ini sehingga keadaan Tuan Samsoong kembali stabil. Lagipun banyak perubahan dapat dilihat pada Tuan Zane sejak dia berkahwin dengan kamu. Sikap dia juga banyak berubah pada yang positif. Macam mana nanti kalau tuan tahu hal sebenar, tak ke dia akan kembali pada kegiatan negatif dia semula? Sia-sia aje la usaha kamu selama ni. Dan tak ada yang salah pun dekat sini. Bukannya kamu ambil kesempatan atas Tuan Zane atau pergunakan dia. Kebetulan jugak kamu sayangkan Tuan Zane. Sebaiknya teruskan aje semua ini.... "
Nafas Dihya mulai tidak teratur. Dia berasa semakin sesak dan buntu. Kata-kata Kyren sedikit pun tidak dapat menghilangkan rasa resah gelisah dan takutnya untuk terus merahsiakan hal sebenar dari Zane.
" Tapi saya takut, Kyren. Saya takut saya sakiti Zane. Saya taknak dia kecewa lebih teruk lagi. Saya nak dia bahagia dan gembira. Bukan sakiti dia...."
Kyren berdengus kecil. Hujung bibir kirinya terjungkit sinis. "Kalau Tuan Zane cintakan kamu, saya tak rasa ianya masalah besar sekalipun tuan tahu hal sebenar...." ujarnya. "Entah-entah lagi taksub lelaki tu pada kamu Dihya..."Kyren berkata saat tunduk memeriksa Waktu di jam tangan kirinya. "Saya kena pergi. Meeting tuan akan tamat tak lama lagi. Sebaiknya saya balik ke pejabat semula sebelum dia cari."
"Ta-tapi Kyren -"Dihya hendak berkata namun Kyren berlalu pergi begitu saja. Meninggalkan dirinya terpinga-pinga di situ tidak terkata.
Share this novel