“KENAPA ni sayang? Dari tadi lagi abang perhati wajah sayang muram. Ada yang tak kena ke? Nak kata abang balik lambat, rasanya tak,” tegur Haris terhenti seketika suapannya.
“Hah? Tak. Takde apa-apa bang,” jawab Nadira yang tersentak. Teguran suaminya itu membuyarkan segala lamunan.
“Betul ke takde apa-apa? Tapi muka sayang tu kenapa berkerut macam tu? Abang kenal isteri abang ni,” tegur Haris lagi sekali menjerat.
“Betul abang. Takde apa pun yang sayang fikir. Makanlah nanti sejuk pula lauk special abang tu,” sahut Nadira dengan pantas memotong enggan memanjangkan lagi.
“Sayang, abang ada benda nak bagitahu ni,” ujar Haris seusai mengunyah daging.
“Apa dia bang?” Nadira pula menyoal sebelum tangan menceduk sudip nasi lagi.
“Next week abang ada outstation dekat Miri. Mungkin dalam dua minggu. Bos abang ada usahasama baru dengan syarikat sana,” ujar Haris.
“Miri? Jauh tu bang…”
“Tu lah. Apa boleh buat sayang dah nama pun kerja,” ujar Haris yang tahu kegelisahan di sanubari sang isteri.
“Dua minggu pula tu… takkan takde staf lain yang boleh gantikan tempat abang?” Tanya Nadira hilang tertutup seleranya.
“Ada tu, memanglah ada tapi abang tetap kena ada juga, sayang. Sayang jangan risau. Abang ke sana untuk kerja bukan nak hu-ha-hu-ha. Apatah lagi menggatal,” ujar Haris yang tahu apakah punca sebenar pada kerisauan isterinya, itu.
Nadira hanya mampu membalas kata-kata itu dengan senyum hambarnya. Dia kehilangan kosakata. Dia membantah si suami tetap ingin pergi apakan daya dia lagi.
“Sayang… makanlah. Tadi bukan main berselera lagi sayang makan. Takkan lepas abang bagitahu perkara ini hilang langsung selera?” Tegur Haris berasa serba-salah pula.
Nadira mendongak. Memang dia termenung. Tiada perempuan yang tidak resah hatinya, bila mengetahui suami akan pergi terlalu jauh dari mata.
Haris tetap membuat isyarat mata menyuruh isterinya itu menyambung makan kembali.
“Nanti abang belikan ole-ole dari Sarawak, ya. Insya Allah, panjang umur abang akan bawa sayang ke sana. Kita berbulan madu sekali lagi. Okay. Tunggu abang dapat cuti lamalah dulu…”
“Abang… tadi ada perempuan call. Namanya Suraya. Abang kenal ke?” Akhirnya Nadira terpaksa meluahkannya. Dia enggan melayan perasaan jadi dia rasa, ada lebih baiknya menyatakannya saja.
“Oh, Suraya. Tak sangka pula dia call sayang. Abang ingatkan dia nak call pejabat. Abang yang bagi nombor sayang pada dia as bukti yang abang ni, takkan layan perempuan lain selain sayang,” ujar Haris dengan jujur.
“Siapa dia, bang? Untuk apa dia buat panggilan tu?” Nadira lebih ingin mengetahui hal ini dari penerangan si suami.
“Salah-seorang staff baru abang…”
“Ada staff baru? Bila masuknya? Tak tahu pun?Kenapa tak bagitahu? Selalu tu apa saja berlaku kat tempat kerja abang tu, abang mesti bagitahu…” Potong Nadira sekali lagi dia terasa.
“Baru seminggu dia masuk. Bukan penting pun kan? Sayang ni kenapa? Abang tengok, sayang ni macam curiga pula pada abang?” Soal Haris yang juga semakin tumpul seleranya.
“Takkan sebab abang kena oustation ke Miri sayang dah mulai syak macam-macam pada abang? Pernah ke selama ini abang buat perangai tak senonoh di belakang sayang? Takde kan?” Tukas Haris lalu meneguk minumannya.
“Takdelah. Sayang tanya saja. Abang tak perlulah nak meninggi suara pulak. Sayang terkejut juga. Tak pernah-pernah staff abang call sayang selama ini. Tiba-tiba hari ni pula…” Jawab Nadira.
“Dah tu, sayang. Kita stop saja, ya. Mari kita makan. Tu semua tak penting untuk abang, sayang. Sayang lagi abang pentingkan. Nanti semasa abang kat sana, jaga diri baik-baik. Call abang,” potong Haris tidak mahu isterinya itu memanjang-manjangkan perihal tiada berkepentingan itu.
“Baiklah bang…” Akhirnya itu saja yang bibir Nadira mampu jawab. Nasi dikuis-kuis tanpa mahu menyuapnya sambil diperhatikan oleh Haris.
“Sayang…kenapa ni? Makanlah. Kalau sayang tak mahu habiskan makanan ni, abang pun tak mahu…” Ugutan nakal Haris mendongakkan Nadira.
“Yelah bang…” Jawabnya akhirnya menyuap nasi ke dalam mulut. Haris tersenyum. Dia juga risaukan keadaan isterinya itu.
“YA, ibu. Jangan risau, semuanya udah Su siap. Flight kamek jam dua petang. Mungkin malam baru sampe... mun apa-apa, Su call jak mok,” beritahu Suraya dalam bahasa ibundanya di corong telefon.
“Ibu ada mok apa-apa sik dari Semenanjung? Nanti kamek boleh bawak balit…” ( Ibu ada nak pesan apa dari semenanjung)
Sambil menyusun beberapa aksesori untuk dibawa ke dalam pouch, sempat lagi dia bertanya sambil bertukar pegangan tangan.
“Mok kitak jak, Suraya. Ibu rindu gilak ngan kitak…” Pinta suara di talian. Dia hanya mahu Suraya pulang ke Miri dengan aman.
“Nangga juak, ibu ada gik gik untuk kitak. Kitak ingat sik anak Pakcik Mawan punya anak?” (Nanti ibu ada sesuatu untuk kamu. Kamu ingatkan tak pakcik Mawan punya, anak?)
“Pak cik Mawan? Kenapa dengan dia, ibu?” Soal Suraya berkerut dahi. Tak semena-mena nama lelaki berketurunan Penan itu pula dia nyatakan.
“Gitok, kitak kenak sik anak nya Bujang? Nya kinek tok udah jadi lawyer. Tapi masih bujang gik. Ya lah, ibu terpikir…”
("Begini, kamu kenal tak anaknya Bujang? Dia sekarang dah jadi lawyer. Tapi masih tak kahwin lagi. Tu lah ibu ingatkan...")
“Ah, tak mahu lah bu. Apa ibu ni ke situ pula…” Laju Suraya menepis. Dalam hatinya sudah ada sebaris nama.
“Lah. Betul apa ibu cakap. Bujang tu kacak. Ibu suka sama dia, Suraya. Nak takut apa, dia pun bujang sama macam Suraya…” Sangkal si ibu pula.
“Kitak mok nunggu apa gik? Umur pun dah banyak. Sepupu kitak bawah kitak, semua udah beranak-pinak. Tapi kitak?”
(kamu nak tunggu apa lagi? Umur pun sudah banyak. Sepupu kamu bawah kamu, semuanya dah beranak-pinak. Tapi kamu?)
“Ibu, kamek mok balit tok pun selain untuk kerja. Kamek mok minta tulung ibu juak untuk tok... untuk jodoh…” Suraya memperjelaskan akan niatnya itu.
Selain meeting dan outstation, Suraya mahu minta bantuan ibunya untuk sesuatu berkenaan jodoh.
“Nak ibu buat apa pula? Cuba kamu berterus-terang saja,” tegur suara si ibu yang tertanya-tanya di rumah.
“Ibu juak mok Su cepat-cepat kawin, kan? Hah...tok lah dia. Nanti balit sitok, Su crita apa nya. Sik surprise lah mun crita awal-awal…”
(Ibu juga mahu Su cepat-cepat kahwin kan? Hah...ni lah dia. Nanti balik sana Su cakap apa dia. Tak surprise lah cakap awal-awal…)
“Hah, yalah. Yalah. Ini balik mahu Amat ambil tak?” Soal Puan Endun.
“Tak payahlah bu. Su naik Grab jak nanti. Lagipun dari Kuching ke Miri sik jauh gilak. Cuma mintak bot jak lah untuk masuk kampung,” pinta Suraya di talian.
“Tak jauh apanya, Su Kuching ke Miri. Amat cuti boleh saja dia datang ambil. Lagipun boleh naik bot sama-sama,” sanggah Puan Endun pula.
“Baiklah bu. Suraya ikut saja kata ibu. Okay lah bu. Suraya mahu letak dulu telefon ya,” pamit Suraya dan talian mereka pun terputus. Suraya menyambung penyusunan barangannya.
Share this novel