Ketika kehamilan pertama, Haris itu terkena alahan yang sangat teruk. Dara bersyukur sangat kali ini Haris tidak sebarang mengalami alahan. Yang membuatkan dia bingung, Haris yang mengidam macam-macam. Malah dia disuruh duduk diam-diam, suaminya akan berusaha sendiri mencari apa yang diidam-idamkan.
Duduk Dara tiada diamnya bila satu jam menunggu, kelibat Haris belum lagi muncul. Dia putuskan untuk menghubungi suaminya. Dua minit dia mundar-mandir sambil menunggu panggilan bersambung. Hasilnya, kekecewaan yang dia perolehi bila operator yang menjawab panggilan.
Hampir saja Dara melepaskan rengusan, namun telinga dia lekas menangkap bunyi pintu dibuka dari luar rumah. Haris sudah pun kembali.
“Macam mana?” Dara menerpa Haris yang baru menutup daun pintu.
Melihat raut wajah keruh suaminya, Dara rasa dia tahu jawapan apa yang bakal diberikan Haris.
“Tak ada.”
Sikit lagi Dara hampir ketawa bila nampak raut wajah Haris yang jelas-jelas kecewa. Kononnya kawan Haris akan membantu mencari apa yang dimahukan suaminya. Siapa tahu, kawannya itu tidak mampu memenuhi keinginan Haris juga.
“Tak ada rezeki.” Jawapan Dara itu hanya mengundang jelingan suaminya. Penyakit menjeling itu kini berat pada Haris pula. Pantang salah sebut, mulalah penyakitnya yang satu itu muncul.
“Abang akan usaha lagi.”
“Jawapan yang D dengar lima hari yang lepas.” Kata Dara. Dia sudah lali mendengar azam suaminya yang belum menemui hasilnya. Bila disuruhnya pasrah, mulalah emosi terganggu.
“Abang akan gandakan lagi usaha.”
Cebikkan Dara hampir muncul. Sebaik menerima jelinga Haris, dia hapuskan niatnya dengan kadar segera. Bukan Dara yang mengidam. Tetapi Haris. Rasa mengidamnya terlalu luar biasa. Sesiapa pun tidak dapat menunaikan permintaannya. Dara pun tidak punya kenalan yang bekerja di sana.
Tetapi aturan Allah itu sangat cantik bila mereka menerima tetamu pasangan suami isteri tengahari tadi yang datang menjamu selera di Café mereka. Kebetulan Haris tiada, jadi Dara yang menyambut kedatangan mereka.
Perbualan mereka berpanjangan sampaikan Dara dapat mengetahui apa pekerjaan mereka. Dalam kepala terus teringatkan Haris. Kesempatan itu, Dara saling bertukar nombor telefon dengan isteri pelanggan yang baru dia kenali hari ini. Sekaranglah masa yang sesuai untuk meminta bantuan.
“Esok…Kita jumpa kawan D.” Tak sia-sia Dara meminta nombor telefon pelanggan dia yang sudah menjadi sahabatnya pagi tadi.
“Yana? Tapi suami dia kerja driver, kan? Atau dia ada kawan-kawan yang kerja dekat sana?”
Mengendur bahu Dara. Belum apa-apa, Haris itu sudah muntahkan soalan. Bukan satu, tapi tiga soalan sekali gus.
“Kawan D.”
Jawapan dia mengundang kerutan Haris.
“Kawan baru.” Kata Dara lagi.
Semakin dalam kerutan Haris. Kali ini sekali dengan pakej renungan yang sedang terjerumus ke arah sesuatu yang tidak baik untuk hubungan mereka suami isteri. Sesuatu ke arah pergaduhan yang sia-sia.
“Perempuan.” Dara tahu, Haris pasti tertanya-tanya jantina teman baharunya.
Barulah segala kerutan di wajah Haris itu kian menghilang.
“Suami dia mungkin boleh bantu.”
Ayat seterusnya memberi kelegaan pada suaminya.
“Kalau tak dapat, tak perlu susah payah. Pandailah abang cari sendiri.” Haris tidak mahu menyusahkan isterinya. Apa lagi dengan keadaan Dara yang sarat mengandung.
“Nope! Dia offer pada D, ada apa boleh call or whatsapp saja dia.” Itu yang dititipkan sahabat barunya.
Haris semakian hairan dengan kesungguhan Dara. Berkali-kali dia berpesan pada Dara supaya berhati-hati dengan orang yang baru dikenali. Takut dalam diam ada musuh-musuh lamanya sengaja munculkan diri dan berniat tidak baik. Jadi, mereka perlu berwaspada tak kira apa jua keadaan.
“Fine…” Haris mengalah walaupun terpaksa.
Dara tersenyum lebar bila Haris memberikan kerjasama. Tadi, rancangannya dia ingin menghubungi teman barunya esok. Dara rasa dia perlu awalkan sedikit niatnya. Malam ini juga dia akan menghubunginya bagi mendapatkan temujanji untuk berjumpa dengan pasangan suami isteri tersebut. Dara akan pastikan Haris juga akan turut serta nanti.
Sebaik Haris menghilangkan diri ke dalam bilik, Dara tidak menunggu lama untuk menghubungi temannya. Baru sekali deringan, Dara matikan niatnya. Dia pandang jam di dinding yang hampir menginjak ke angka sebelas, masa kurang sesuai untuk menganggu. Apa lagi temannya sudah berkeluarga.
Lamunan Dara terganggu bila telefon dia berbunyi. Habis bertebaran semua rasa serba salah dia sebaik melihat nama yang tertera sebagai pemanggil.
“Assalamualaikum, Dara…It’s me. Mesti ada urgent kes sampai awak call saya malam-malam macam ni. I’m right?”
Melebar lengkungan bibir Dara saat mendengar suara berbaur kerisauan dari teman barunya. Semestinya Dara memerlukan bantuan. Malam itu Dara menceritakan masalah yang dia alami. Dan malam itu juga dia menerima jawapan yang mekarkan lagi senyumannya. Tidur Dara sangat lena kerana berjaya menyelesaikan masalah yang melanda Haris sejak akhir-akhir ini.
“MANA kawan D?”
Dara yang sedang belek invois bekalan barang, angkat kepala. Sempat dia menjeling jam di pergelangan tangan. Ada lagi sepuluh minit daripada masa yang dijanjikan.
“Just wait, Haris.” Ujar Dara tenang. Dia sambung kembali mengira jumlah kos barang yang dibeli untuk bulan lepas.
“It’s should be ten o’clock.”
Fokus Dara terganggu bila Haris bersuara lagi.
“Kalau lambat sikit, tak salah rasanya. Kena faham juga keadaan mereka. Mungkin jalan raya sesak. Just thinking positive.” Dara masih kekal tenang. Temannya sudah berjanji untuk munculkan diri, untuk apa dia risau lagi.
Yang Dara risau sekarang ini keadaan Haris yang tidak tentu hala. Ada saja yang tidak kena. Ada saja yang tidak puas hati.
“One minute left.”
Dara menutup fail. Rasanya, tumpuan dia lebih kepada Haris sebenarnya. Haris nampak tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan temannya. Haris yang duduknya tidak diam gara-gara menunggu terlalu lama.
“Hai, Dara!”
Belum sempat Dara bersuara, ada yang telah menegurnya terlebih dahulu.
“She’s coming…” Bisik Dara pada Haris.
Haris berura-ura untuk berpaling ke muka pintu, namun suara Dara menghalang Haris berbuat demikian.
“And she’s on time.”
Ya. Temannya datang tepat pada masanya. Muka cemberut Haris tidak diendahkan.
Dara segera mendapatkan mereka, sempat tangan dia melingkar pada lengan Haris lalu ditarik mendekat pada tiga beranak tersebut. Dia tidak menjangka kehadiran anaknya. Seingat Dara, mereka suami isteri saja yang akan datang.
“Dia nak sangat ikut. Terpaksalah bawa sekali.”
Temannya macam tahu-tahu apa yang berada dalam fikirannya. Mungkin kerana tumpuan Dara terarah kepada anak mereka. Mata Dara terlalu asyik pada budak lelaki yang dalam lingkungan lapan tahun. Apa yang menarik perhatian, wajahnya. Cepat Dara pandang muka temannya, kemudian jatuh pada budak lelaki tadi semula. Dia sedang membuat perbandingan tanpa sedar. Mencari dimana persamaan mereka.
“Separuh muka umi, separuh muka abi.” Ujar temannya.
Dara akui, wajah budak lelaki ini nampak seperti anak kacukan. Tapi Dara perlu akui satu hal lagi.
“Tapi budak ni terlebih gen perempuan. Tu yang nampak macam perempuan.”
Itu yang Dara ingin katakan. Dengan rambut yang sedikit panjang, wajah putih. Mata tak terlalu kecil, tak terlalu besar. Kening tidak terlalu lebat. Menampakkan dia tak ubah seperti perempuan gara-gara rambutnya panjang melepasi paras telinga.
“Your husband?”
Tumpuan Dara beralih pada temannya, kemudian kepada Haris disebelah.
“Sorry!” Baru sedar, dia belum kenalkan suaminya kerana terlalu asyik memandang anak lelaki mereka.
“Kenalkan, suami saya…Haris…”
“Ini kawan baru yang saya ceritakan semalam…Dhia, dan tu…Suami Dhia, Ryu.” Dara muncung pada lelaki di sisi Dhia yang menjadi pemerhati sejak dari tadi.
Dara melepaskan Haris yang menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Ryu.
“Macam pernah jumpa…” Ryu yang diam sejak dari tadi, bersuara.
“Salah orang agaknya.” Jawab Haris tenang. Dia juga merasakan hal yang sama. Mungkin kebetulan. Atau mungkin juga mereka pernah terserempak di tempat lain.
“Ni anak saya, Asri…Yang Dara tak lepas pandang dari tadi. Tapi jangan pandang lama-lama, takut terkenan nanti.” Seloroh Dhia.
Dara ketawa perlahan. Malu. Tertangkap kerana merenung anak teruna orang.
“Jom…Duduk dulu.” Dara terlebih dahulu mengajak mereka berdua duduk di meja tidak jauh dari sini yang telah dikosongkan khas untuk mereka anak beranak. Mujur keadaan café lengang. Dapatlah mereka berborak lebih santai.
“Ni…Pack makanan tentera yang awak nak sangat tu.” Dhia menghulurkan beg kertas sebaik saja mengambil tempat di depan Dara.
“Not me…But for Haris.” Dara menyambut beg tangan tersebut, sempat dia melihat isinya.
Haris berdehem. Tak tahu mana nak sorok lagi wajah bila dia menjadi tumpuan semua.
“Penangan mengidam yang mengalahkan ibu mengandung.” Jawapan paling selamat dia ada.
“Untungnya…Macam saya, Ryu yang pening melayankan saya nak makan apa. Sampai merajuk orang tu kena marah sebab tak dapat cari apa yang saya nak.” Dhia mengerling Ryu.
“Yeah…Kalau mintak tiram dekat sempadan negara, macam mana abang nak cari?”
Jawapan Ryu mengundang jelingan Dhia.
“Betul apa…” Ryu pertahankan diri.
“Asri nak makan apa…Auntie dengan uncle belanja.” Dara memandang Asri yang mengambil tempat di sisinya. Di tengah-tengah antara dia dan Haris. Kebisuan Asri itu mengundang Dara cuba meraih perhatiannya.
Mulanya, Dara sedikit terkejut. Jarang anak ingin duduk berjauhan dengan ibu dan ayah mereka dan duduk berhampiran orang yang tidak dikenali. Tapi bagi Dara, Asri ini lain dari yang lain.
“What your full name?” Haris juga ingin tahu. Siapa tahu Asri mewarisi nama unik sama seperti bapanya.
“Asri Khan.”
Jawapan anak kecil itu membuatkan Haris dan Dara saling berpandangan. Kemudian pandangan itu berakhir pada ibu dan bapa Asri Khan.
“Not me! Tanya Ryu.” Dhia angkat ke dua belah tangan. Idea nama anak bukan dia yang putuskan. Semesti idea itu datangnya dari Ryu.
Hampir saja Dara tidak boleh mengatup mulutnya. Bagaimana Ryu boleh dapat nama sebegitu? Sedangkan anak mereka itu boleh dikatakan raut wajahnya hampir terjerumus ke arah ‘Korean look’. Bukannya macam Tuan Sheikh atau ala-ala arab.
“But he like it.” Ryu merasakan Asri langsung tidak kisah dengan nama tersebut. Dan nama itu sangat sesuai dengan anaknya.
“Right Asri?” pertanyaan diajukan pada anaknya. Berharap ada yang berpihak pada dia.
“Can I make some request Auntie Dara?”
Bukannya mempertahankan si bapa, malah Asri sedang membuat permintaan pada Dara. Senyuman dia terlebih dahulu menjawab permintaan Asri.
“Tell me…Ash nak makan apa? Western food? Fast food? Goreng-goreng pun ada.” Dara berpaling, memberi perhatian sepenuhnya pada Asri. Sejak bertentang empat mata dengan anak kecil ini, dia belum pun melihat senyumannya. Wajahnya serius saja. Macam robot pun ya. Hanya menurut saja apa yang disuruh ibu dan bapanya.
“Can I talk to baby?”
Permintaan Asri mengejutkan Dara. Perkara pertama yang dia lakukan adalah mencari Haris yang duduk kiri Asri. Kerdipan mata Haris itu memberi lampu hijau supaya Dara membenarkan Asri berbuat demikian. Perlahan-lahan Dara mengukir senyuman.
“Sure.” Dara maniskan wajahnya.
Pertama kali Dara diperlihatkan senyuman lebar milik Asri. Ada persamaan Haris pada Asri. Kawah di pipi kiri dan kanannya menyerlahkan lagi auranya.
“Hey, bunga! I think I’m fall in love with you…” Ceria suara Asri. Pertuturannya jelas.
Keadaan yang riuh tadi bertukar sepi. Canggung. Masing-masing terkejut dengan pengakuan berani mati Asri. Bahkan, pandangan Asri itu tepat terhala pada perut Dara yang membesar. Hanya menghitung hari untuk melahirkan anak sulung Haris dan dia.
Share this novel