Bab 4

Romance Series 28946

“OKEY, terima kasih kepada yang hadir hari ini. Jadi, untuk hari pertama ni saya dan Cikgu Risa ada pesankan bawa kerja sekolah yang kamu tidak faham. Dan saya bersama Cikgu Risa boleh tolong beri tunjuk ajar,” kata Jasmin sambil tersenyum. Lega hatinya menjadi juga kelas tambahan yang dirancangnya bersama dengan Risa.

“Kamu semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Buat masa ni dua kumpulan. Satu kumpulan yang berada di kiri ini adalah kumpulan Cikgu Risa dan yang kanan adalah saya. Dan, mungkin akan ada perubahan mengikut kesesuaian semua.” Panjang lebar Jasmin memberi mukadimah.

Semua pelajar mula mengeluarkan buku latihan mereka untuk meminta bantuan Jasmin dan Risa membantu mereka untuk memahami kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka di sekolah.

Jasmin berehat sebentar setelah semua pelajarnya sedang tekun membuat kerja sekolah. Dia panndang pintu depan dewan dan tersenyum bila teringatkan Muiz yang banyak membantunya dan Risa dalam menjayakan progam kelas tambahan ini.

Keluhan dilepaskan. “Ha, apasal mengeluh tu?” tanya Risa.

Terkejut Jasmin. “Mana ada. Aku suka tengok apa yang berlaku ni tak sangka akhirnya berjaya juga apa yang kita plan,” kata Jasmin.

Risa mengangguk. “Muiz tu eloklah. Dia belum kahwin lagi, kan?” tanya Risa.

“Ya, belum kahwin. Belum kahwin dengan aku.” Tergelak Risa mendengar jawapan Jasmin yang jujur tu.

“Kau memang betul nak dia ni?” Risa tersenyum memandang kawan barunya ini.

Jasmin senyum gatal. “Siapa je tak nak?”

Jasmin pandang jam dan melihat mereka hanya ada lebih kurang 10 minit lagi. “Jomlah tanya apa lagi yang budak-budak ni nak tahu sebelum kelas berakhir,” kata Jasmin sambil menghampiri kumpulannya. Begitu juga Risa.

Selepas kelas berakhir barulah Jasmin dan Risa perasan yang semua pelajar yang hadir mereka balik dijjemput oleh ahli keluarga dan ada yang berjalan kaki kerana rumah mereka berhadapan dengan dewan kecil surau ini.

Tergaru kepala Jasmin dan Risa ketika ini.

“Aku hantar kau baliklah. Takkan kau nak jalan kaki sorang-sorang?” tanya Risa yang sudah menaiki motornya. Risa tinggal di kampung lain dan lebih baik dia membawa kenderaan daripada berjalan kaki.

“Jasmin balik dengan saya jelah. Lagipun tak elok juga Cikgu Risa nak hantar Jasmin balik yang di hujung sana tu. Lagipun saya baru lalu sana, jalan dia gelap sebab lampu jalan rosak. Jadi, tak mengapalah malam ni saya hantar Jasmin balik,” kata Muiz dengan senyumannya kepada Risa.

Risa dan Jasmin pula berpandangan dan mengulum senyum teruja.

Bagai mahu menjerit hati Jasmin melihat Muiz yang seperti mahukan dia. Kau sabar, Muiz. Akan aku dapatkan kau menjadi milikku, jerit hati Jasmin sambil tersipu malu.

“Kalau saya nak bertanya boleh tak? Muiz memang tunggu kami daripada tadi ke?” tanya Risa yang masih mahu mengendeng di situ. Siapa je tak suka cuci mata walaupun dia sudah bertunang dengan orang kampungnya jugak.

“Oh, sebenarnya saya dah balik. Tapi, tadi baru teringat yang kunci pagar surau ni ada pada saya. Sudah menjadi syarat pagar surau mesti dikunci untuk elakkan kecurian dan pecah masuk. Jadi, tu yang saya datang sini semula,” balas Muiz sambil meminta kunci pintu dewan kecil daripada Jasmin untuk dia menguncinya.

“Jomlah kita balik. Dah malam ni. Esok semua kerja,” sambung Muiz lagi selepas mengunci pintu pagar surau pula.

Risa melambai kepada Muiz dan Jasmin sambil membuat muka dan senyuman yang seperti cemburu melihat mereka berdua.

Jasmin menaiki kereta Muiz dan entah kenapa mulutnya terdiam. Mungkin kepenatan.

“Penat ke?” tanya Muiz prihatin.

Aduh, dia ni. Jangan prihatin sangat nanti aku cair.

Jasmin angguk. “Biasalah. Tak buat apa-apa pun penat jugak, kan? Muiz, terima kasih sebab sudi hantar saya balik. Buat susah je. Nanti saya bawak keretalah lepas tu nanti kunci saya hantar semula ke rumah awak. Senang macam tu.”

Muiz hanya senyum dan masuk ke dalam kawasan rumah nenek Jasmin. Kereta dihentikan di hadapan rumah. Memang benar gelap jalan di sini. Seram pulak Jasmin mahu turun dan memikirkan kalaulah dia berjalan kaki tadi mahu dia menangis.

Muiz perasan dengan tingkah Jasmin yang memandang kawasaan gelap di sekitar rumah neneknya.

“Awak nak saya turun sekali tak?” tanya Muiz. Sengaja mahu menyakat Jasmin.

Jasmin menolak bahu Muiz dan tergelak. “Ehh, sorry suka hati je pegang anak orang. Saya okey tapi boleh tak awak tunggu saya sampai masuk?” Jasmin cuba minta tolong Muiz.

Muiz buka pintu kereta. “Jom, saya turun sekali.”

Tergamam Jasmin dibuatnya. Jasmin turun dari kereta dan melangkah mendekati Muiz. Dia pandang Muiz dan jujur dia katakan yang sememangnya Muiz ini sudah mencuri hatinya sejak pertama kali mereka bersua. Dan sebelum itu lagi kerana dia banyak mendengar orang menceritakan kebaikan Muiz di sekitar kampung ini.

“Jangn buat macam ni lagi, okey? Nanti saya yang susah. Selamat malam, Muiz,” kata Jasmin dengan suara perlahan yang seperti kecewa. Entah kenapa dia merasakan jika Muiz hanya menganggapnya kawan dan pastinya dia yang akan kecewa dan akan terluka.

“Jasmin…” panggil Muiz.

Jasmin pandang dengan wajah biasa. Wajah penat.

“Sorrylah, Muiz harini otak saya tak boleh nak fikir pantun,” balas Jasmin yang tahu apa yang Muiz mahukan. Entah kenapalah hatinya tiba-tiba sayu. Mungkin takut jika dia beriya untuk memenangi hati Muiz tapi kekecewaan yang dia dapat.

Pedih dan sakit kut.

“Awak tahu tak apa beza awak dengan bulan?” Muiz tunjuk bulan di langit.

Jasmin pandang langit dan lihat bulan yang terang lalu pandang Muiz yang sedang merenungnya.

“Bulan tu indah kut ramai yang puja. Saya ni siapalah. Memang banyak beza.” Jasmin mula rasa dirinya tidak layak dengan Muiz bila Muiz membandingkannya dengan bulan yang sememangnya ciptaan Tuhan yang terindah.

Tergelak Muiz sebelum menyambung bicaranya. “Bulan itu menerangi waktu malam dan semua menanti waktu malam. Tapi, awak tak. Awak menerangi hari saya siang dan malam. Dan… saya juga ternanti-nantikan lawak awak,” kata Muiz sambil masuk ke dalam kereta dan tersenyum dari dalam kereta dan membiarkan Jasmin terpaku di situ.

Kejap, aku tak faham sekarang ni. Rangkap pertama dia kata aku ni menerangi hari dia siang dan malam? Itu bagus. Ayat nak try aku tapi yang rangkap kedua dia ni musykil sikitlah. Lawak? Dia fikir aku ni pak lawak ke? kata hati Jasmin sambil memberontak.

Pin!

Jasmin pandang kereta Muiz dan melihat Muiz buat arahan untuk dia masuk ke dalam rumah. Jasmin mengangguk dan dia masih keliru dengan ayat Muiz.

Signal apa kau bagi ni jantan?

MUIZ masuk ke dalam biliknya selepas memeriksa semua pintu rumah dan tingkap rumah ditutup dengan baik dan memastikan opahnya suudah tidur. Lampu keliling rumah juga dipastikan terbuka.

Perlahan dia rebahkan badannya ke atas katil. Tangannya direhatkan di atas dahi. Entah kenapa dia rasakan penat sangat. Mungkin penatt dengan apa yang sedang berlaku dalam hidupnya. Dia mengiring ke kiri dan matanya tertancap pada gambar dia bersama Melati.

Terus saja memorinya bersama Melati singgah di kepalanya. Betapa dia merasakan kasih dan sayang Melati kepadanya. Dia juga suka memanjakan Melati. Keluhan dilepaskan. Dia teringat perbualannya dengan opah sebelum ini.

Betapa opah mengharapkan dia dan Jasmin menjadi.

“Huh, Jasmin?” Muiz tanya pada dirinya sendiri. Dia sudah berjanji dengan opah akan berkenalan dahulu dengan Jasmin. Betapa gembira wajjah opah ketika itu. Tidak berani dia mahu menolak permintaan opahnya.

Jika diikutkan hatinya masih rasa kosong dan tidak mahu menyayangi sesiapa kerana dia tahu betapa sakitnya perasaan bila cinta itu dibiarkan dan ditinggalkan.

“Muiz, Muiz dengar jelah cakap opah. Layankan aje Jasmin tu,” kata Muiz perlahan dan mengusap perlahan wajah Melati pada gambar.

Walaupun perasaannya sudah tiada kepada Melati namun kenangan mereka yang mengikat Muiz sehebat begini.

“Mungkin aku perlukan nasihat sesiapa kut.” Muiz letak gambar Melati semula dan baring.

Lantas, Muiz teringat satu ayat yang orang pernah katakan kepadanya. Terima orang yang menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi orang itu.

Tapi, adil ke sebegitu?

“GOOD morning, Encik Muiz. Ini ada kad jemputan bos suruh edarkan kepada semua. Anak bos nak kahwin, jadi dia jemput semua staf pergi ke majlis perkahwinan anak dia. Maka, marilah bersama-sama pergi ke majlis itu dan… ada seseorang sedang menanti Encik Muiz di kala waktu pagi ini di bilik menunggu. Pagi sungguh orang tu sampai,” kata Izah sambil menunjuk ke bilik menunggu.

Berkerut wajah Muiz ketika ini. “Siapa?”

Izah angkat bahu dengan buat muka macam takut-takut.

Lagi berkerut wajah Muiz. “Lelaki ke perempuan?”

Izah senyum. “Perempuan.”

Entah kenapa Muiz rasa ini petanda tak baik.

Laju saja kakinya melangkah ke bilik menunggu dan dia sudah tahu siapa yang menunggunya.

“Hai, Muiz. Rindu I tak?” tanya Lily sambil bangun dan mendekati Muiz.

“Kenapa datang sini? Tak call dulu?” tanya Muiz sambil memandang Lily yang ceria saja di hadapannya.

“I hilang nombor you. Kebetulan I ada projek kat sini for few months so I cari you. And of course I miss you my best friend yang dah lama hilang.” Teruja Lily sambil laju memeluk Muiz dan tergelak Muiz dengan Lily yang masih tidak berubah perangainya.

Pelukan dilepaskan dan Muiz tersenyum. “After work kita jumpa? I have a plenty work right now. So I can’t entertaint you. So, ambil nombor I and we talk later.”

Lily tersenyum sambil mengangguk.

Muiz menghantar Lily sampai ke pintu depan.

“Oh, by the way. Are you still single?” Soalan Lily membuatkan Muiz tercengang entah kenapa dia merasakan soalan itu amat berat.”

“Hmm, we talk later.” Mereka berpelukan lagi. Pelukan sebagai sahabat baik yang sudah lama tidak bertemu.

Muiz masuk semula ke dalam pejabat dan Izah memandang Muiz dengan pandangan meminta gossip. “Siapa tu? Girlfriend ke?”

Muiz gelak dan menggeleng. “A good friend since study and pernah kerja sama kat overseas dulu.”

Terus saja Muiz naik ke atas dalam fikirannya memikirkan apa tujuan Lily ke sini sedangkan dulu dia terputus hubungan kerana perempuan itu meluahkan perasaan kepadanya dan ketika itu dia mula tahu dia lebih menyayangi Melati dari segalanya. Dan, kini entah kenapa jawapan untuk soalan itu juga amat berat untuk dia menuturkan.

Adakah dia sudah menyayangi seseorang? Dan adakah benar dia sedang memberi laluan kepada seseorang untuk masuk ke hatinya?

Bunyi mesej masuk ke dalam telefon pintarnya. Diperiksa daripada siapa pengirimnya dan terus saja senyuman terukir di bibir.

Jasmin
- Mak Salmah suka makan buah kuini, jangan lupa malam ini. –

Tergelak Muiz membaca mesej daripada Jasmin. Seketika kemudian Jasmin menghantar mesej lagi.

Jasmin
- Tapi, macam susahkan awak je. Tak apalah, malam nanti saya datang ambil kunci atau masa lepas solat isyak awak bagi kunci tu kat saya dan saya hantar pada awak semula. Okey?-

Muiz mahu membalas. Dan dia terpandangkan wajah opah yang berada di atas mejanya itu. Dia senyum dan melepaskan nafas. Apa salahnya jika dia mecuba.

Muiz
- Nanti malam tak payah bawak kereta. Saya ambil awak. Bukan boleh percaya orang lain tutup pagar surau tu. Jadi, jumpa malam ni. –

Selang beberapa minit ada mesej masuk.

Jasmin
- Mula-mula kunnci pagar surau. Lama-lama kunci pintu hati awak. Hahaha. Okey, okey gurau. Jumpa nanti.-

Tergelak terus Muiz dibuatnya.

Tak pernah aku kena ngorat bertubi-tubi macam ni. Jasmin memang tak bagi aku berehat langsung. Dan betul-betul menerangi hari aku.

Betul ke dia bunga untuk aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience