HFM 24 | | Keputusan Akhir

Romance Series 23693

SAMPAI KESUDAHANNYA sejak kes dia melafazkan rasa sukanya pada Zane, sudah dua hari lelaki itu tidak menghiraukan dirinya. Setiap kali dia cuba bercakap dengan Zane, lelaki itu akan mengelak. Malah tidak pernah sekali cuba untuk bertentang mata dengannya.

Hati Dihya tidak tenteram. Tiada sebarang kepastian yang dia dapat dari Zane mengenai luahan perasaannya itu. Ditolak tidak. Diterima pun tidak. Ianya tergantung tanpa jawapan.

Buatkan tidurnya tidak lena, rehatnya tidak selesa, duduknya tidak tenang. Dihya risau sekiranya Zane benar-benar akan menghalau dirinya dan dia akan tersepit dalam hutang semula. Kalau dia tahu begini la reaksi lelaki itu, takkan dia beritahu Zane tentang perasaannya.

In the end, hanya perasaan kesal dan menyesal yang Dihya rasakan sepanjang masa itu.


"Ini makanan tengah hari cik."pengawal keselamatan menyerahkan meal box kepada Dihya.

Sambil termenung memandang meal box yang disuakan, Dihya melepaskan hela kesal sebelum menolaknya. Dalam keadaan begini, makanan buka perkara yang dia perlu risaukan. Dia tiada selera hendak makan apa-apa.


"Kenapa cik?" pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Easton itu memandang bingung.


"Encik ambil la. Saya tak rasa nak makan apa-apa. Nanti beritahu pada tukang masak supaya tidak menghantar makanan untuk makan malam saya." Dihya beritahu dengan renungan kosong.


"Lagi sekali?" kerutan terlukis di kening Easton. "Semalam pun cik tak makan apa-apa. Kalau tuan tahu tentang hal ni, kami boleh dalam masalah besar."


Macam la lelaki tu kisah sama ada dia makan atau tidak. "Kalau tak ada sesiapa beritahu, Tuan Zane takkan tahu."ujar Dihya. Dia kena lakukan sesuatu. Zane kena tahu, yang dia tidak pernah minta lelaki itu menerima perasaan sukanya. Dia cuma nak tahu apa akan berlaku pada kontrak mereka sekiranya dia jatuh hati pada Zane. Itu aje. Tapi dia tak boleh lakukan hal tu sekiranya Zane terus menerus mengelakkan diri. Yang lelaki tu nak beri reaksi dingin seperti ni dah kenapa?Rugi sangat agaknya dengar apa yang dia cuba sampaikan.

Pada petangnya Dihya tertidur semasa dia sedang menonton televisyen di ruang tamu. Sepanjang hari itu Dihya berasa sluggish. Langsung tidak melakukan apa-apa seperti kebiasaannya. Ibarat di badannya terikat dengan bertan batu. Berat dan lemah.

Selepas terjaga dari tidur itu pun dia masih terbaring di atas sofa untuk beberapa minit. Termenung memandang siling. Kepalanya kosong. Fikirannya terarah pada Zane. Bila la lelaki tu nak pulang? Dia mahu bercakap dengan Zane.

Dengan malas Dihya turun dari sofa. Lalu remote TV dicapai. Dia mematikan skrin itu sebelum bangun dari situ lalu bergerak ke arah bilik. Mungkin dia patut kemas dan pack apa yang patut. Lepas Zane balik nanti dia beritahu aje lelaki tu yang dia akan keluar dari sini. Dan cari kerja untuk ganti semula wang lelaki tu.

Settle!


"BAGAIMANA keadaan pembinaan setakat ini?" tanya Zane semasa memeriksa helaian soft copy mengenai projek pembinaan mewah mereka.


"Secara keseluruhan, semua telah berjalan mengikut jadual dan skema pelan yang telah ditetapkan. Struktur utama telah siap, dan kami sedang dalam proses memasang tingkap dan pintu untuk setiap 500 unit. Kami menjangka ianya selesai dalam dua minggu." beritahu pengurus projek.


"Bagaimana dengan kos bajet? Ada masalah? "nada dan riak dingin Zane itu telah menyebabkan suasana dalam bilik mesyuarat terasa tegang yang semacam. Air muka itu tidak seperti biasa.


"Ya tuan, terdapat sedikit masalah dengan bekalan bahan. Yang mana telah membuatkan kos bahan binaan telah meningkat, jadi kita perlu meneliti semula anggaran bajet semula."


"Dah tu, apa pelan kamu untuk mengatasi masalah ni?"


"Kami sedang berunding dengan beberapa pembekal lain untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Selain itu, kami juga mempertimbangkan untuk mengurangkan beberapa elemen reka bentuk yang tidak kritikal." tambah pengurus projek lagi. Lelaki itu mengesat peluh dingin yang merintik di dahi dengan sapu tangan selepas itu.

Semenjak tadi, sedaya upaya mereka di dalam bilik mesyuarat itu memberi respon yang memuaskan untuk mengelakkan dari Zane tidak puas hati. Mencari masalah dengan Zane adalah perkara terakhir yang mereka akan lakukan.


Untuk seketika, Zane diam meneliti butiran yang tertera di atas kertas itu. Dan sesaat itu juga dia mengerling ke skrin telefon. "Baiklah, itu satu langkah yang bijak. Bagaimana pula dengan pemasaran dan penjualan unit-unit ni pula?" soalnya tidak lama kemudian. Fikiran Zane hanya terfikir tentang Dihya. Sejak Dihya melafazkan perasaan suka gadis itu terhadapnya, dia mula menjarakkan diri.

Bukan kerana takut, tetapi kerana tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan Dihya apatah lagi memberi jawapannya kepada Dihya. Jadi dia ambil keputusan untuk tidak mendekati Dihya. Ada masa itu Dihya cuba mendekati dirinya. Tetapi dia segera mengelat, kerana enggan mendengar pertanyaan darinya.

Dan kerana itu juga mood dia terganggu.


Pada masa itu, Pengurus Pemasaran maju untuk menyuarakan pendapat. "Kami telah melancarkan kempen pemasaran awal, dan maklum balas daripada pelanggan sangat positif. Kami juga merancang untuk mengadakan hari terbuka sebaik sahaja pembinaan selesai."

Zane mengangguk. Reaksinya itu kelihatan acuh tak acuh.


"Good. Pastikan semua bahan promosi siap dalam masa untuk acara tersebut. Adakah kita ada sebarang berita tentang penjadualan?" barulah Zane mengangkat mata untuk memandang mereka di meja meeting itu.


"Kami akan menghantar jadual lengkap selepas mesyuarat ini. Namun, kami merancang untuk menyerahkan kunci kepada pembeli dalam enam bulan."


Zane mengangguk. "Okay, saya mahu semua pihak terus berkomunikasi secara aktif untuk memastikan tiada perkara yang tertinggal. Tetapkan mesyuarat susulan dalam dua minggu. Terima kasih semua atas usaha anda."


"Terima kasih, tuan . Kami akan pastikan semua berjalan dengan lancar."

Tanpa mengatakan apa-apa lagi, Zane bangun lalu bergerak keluar dari situ. Kyren di belakangnya.


"Apa agenda seterusnya, Kyren?" tanya Zane sambil melihat jam di tangan. Sudah masuk 3 petang. Lama lagi ke masa bekerja nak tamat?


"Tuan ada temu janji makan malam dengan pelabur, kemudian-"

Tiba-tiba telefon berdering. Membuatkan Zane mengangkat tangan ke depan Kyren agar berhenti bercakap. Kyren terus mengatup mulut. Dia pandang bingung.


"Hello?"Kening Zane mencerlung sebaik menjawab panggilan itu.

DIHYA duduk di atas anak tangga sambil bersandar pada rel tangga. Sebelah tangan sedang memegang telefon rapat di telinga. Sementara sebuah beg kecil tergeletak di bawah kakinya. Beberapa nada panggilan kedengaran sebelum panggilannya di angkat.

Sedangkan sejak awal lagi Dihya tidak berharap Zane akan menerima panggilannya. Namun tanpa diduga panggilannya itu di jawab serta merta.


"Hello?" suara serius Zane menyapa dalam panggilan itu.


Terpejam mata Dihya apabila suara yang dia rindui itu kembali berdendang dalam telinga. Walaupun baru dua hari, rindunya sudah menggebu. Lihat la sendiri apa yang akan terjadi pada dirinya sekiranya dia mula jatuh cinta. Bukan setakat tubuh badannya saja terjejas tetapi hati dan perasaannya juga. Setelah dia membuka mata, Dihya termenung memandang ke depan sambil berkata. "Tuan sibuk ke?"


"Apa yang kamu mahukan Dihya?"


"Bila tuan nak balik?"


Senyap. Hujung panggilan itu sepi.


Dihya mengeluh panjang. Jelas sangat Zane cuba menjauhkan diri dari dia. Kalau macam tu, sebaiknya dia cakap aje terus dalam telefon dari terus menerus berkeadaan begini. "Disebabkan tuan sibuk, biar saya berterus terang aje. Saya taknak ganggu tuan."


"Kenapa kamu cakap secara menjengkelkan macam tu?"


Dihya tidak menghiraukan komen itu. Dia malah meneruskan kata-katanya. "Dengar, saya tahu apa yang saya katakan dua hari lepas kedengaran tiba-tiba dan tak masuk akal. Saya tak ada niat pun nak buat tuan rasa tak selesa dengan saya ke apa. Saya cuma beritahu yang saya dah jatuh cinta pada tuan."


"Dah tu, kalau saya tak suka pada kamu, adakah kamu mahu hentikan semua ni?"

Dihya berdengus kecil. Dia tertunduk menekup dahi dengan tangan yang disikukan pada lutut kaki. Kalau diberi pilihan, dia sanggup bertahan untuk setahun lagi untuk cukupkan tempoh kontrak mereka supaya selepasnya nanti dia takkan dibelenggu dengan hutang lagi. Tapi kalau Zane meminta yang sebaliknya, apakan daya dia untuk menidakkannya.


"Saya tak rasa yang saya boleh lakukannya."jujur Dihya.

Zane di dalam panggilan hanya membisu.


"Maksud saya sekarang ialah, hanya kerana saya sukakan tuan itu tak bermakna yang tuan kena ada perasaan yang sama dengan saya." Walaupun dia berharap Zayden juga ada perasaan yang sama. Dihya tersengih lucu kerana perasaannya ketika itu. Situasi mengarut apa yang dia hadapkan sekarang ni?" Lagipun untuk jatuh cinta dalam situasi begini memang tak masuk akal. Fikiran saya bercelaru sekarang ni."

Semakin sepi hujung panggilan itu.


"Jadi saya nak tuan tahu, saya taknak bebankan tuan dengan perasaan cinta bertepuk sebelah tangan saya ni. Tiada apa-apa akan berubah. Saya akan terus berikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan. Dan bila tempoh kontrak tamat, saya akan tinggalkan tempat ni sama seperti mana saya datang ke tempat ni."Dihya melepaskan hela panjang kelegaan. Akhirnya apa yang tersimpan dalam dada selama dua hari ini terluah juga.

Dia dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sama ada Zane menghalau dia atau kontrak mereka ditamatkan begitu sahaja. Dihya sudah berlapang dada.


"Cuma satu aje perkara yang akan berubah. Perasaan saya akan lebih spontan dan ketara."sementara diberi peluang, dia nak alami perasaan ni dengan lebih baik. Bukan selalu dia akan jatuh cinta." Tahniah. Perkhidmatan tuan telah dinaik taraf kepada tahap VVIP, tuan akan menemui Dihya Maelani yang lebih mesra dari biasa."walaupun dia sedar pilihannya ini salah. Zane adalah suami orang. Dan dia adalah wanita simpanan lelaki itu.


Zane berdengus kecil dalam panggilan itu." Seriously? "ujarnya kedengaran seperti hendak ketawa.


"Jadi apa kata tuan? Sebab saya fikir saya akan dihalau. Jadi saya dah pack sebahagian dari barang saya-"


"Stay right there. Saya on the way ke sana."


Melompat sedetak degupan jantungnya sewaktu dengar suara gemersik Zane itu. Dihya berasa teruja tidak semena. "Baik tuan."tanpa sedar Dihya sudah tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience