Jam di dinding sudah hampir masuk jam makan malam. Disebabkan hari itu hujung minggu, penthouse itu sibuk dengan orang cleaner keluar masuk membersihkan kediaman mewah dua tingkat Zane Hayes itu. Sementara itu Zane sibuk menyiapkan kerja di dalam studyroom tingkat 2. Manakala Dihya menghabiskan waktu siangnya dengan bersenam dan menguruskan tanamannya.
Suara hilaian ketawa bergema dari siaran hiburan di televisyen. Kelihatan Zane dan Dihya duduk bersantai atas sofa menonton siaran tersebut. Sementara menunggu makan malam mereka dihantar, Dihya cadang untuk duduk di ruang tamu itu.
Dengan selimut biru gebu menyelimuti kakinya, Dihya bersandar pada bahu Zane. Zane yang kelihatan tidak terganggu, duduk melunjur kaki atas sofa dengan tangannya melingkar di sekeliling bahu Dihya sambil bermain dengan rambut Dihya. Mata di balik cermin mata itu tekun melihat skrin. Ada masanya Zane berkedip apabila ada scene lucu dimainkan.
"Saya ingat nak bawa kamu untuk check up Dihya."ujar Zane.
Dihya mendongak. Keningnya terangkat tinggi."Mm? Untuk apa?"
"Saya ada buat temu janji dengan doktor pakar neurologist untuk masalah deria rasa kamu. Kita check up dan dapatkan laporan penuh tentang keadaan kamu tu.." Oleh kerana hati Zane tidak pernah tenang sepanjang masa ini, Zane telah melakukan banyak kajian sendiri hingga dia temui maklumat seorang pakar otak terkenal yang mungkin dapat menyembuhkan Dihya. Bukan untuk hilangkan rasa serba salahnya, tapi dia lakukan semua ini kerana ingin menebus kesalahannya kepada Dihya.
Dihya hilang kata-kata. Otaknya menjadi kosong selepas mendengar berita mengejut itu. Yalah siapa aje yang tak terkejut apabila tiba-tiba ada yang tawarkan nak bawa dia jumpa doktor. Lagipun buat apa Zane nak susahkan diri bantu masalah deria rasa yang memang bukan masalah Zane untuk fikirkan. Dia ni kan hanya mistress Zane sahaja.
Oleh kerana Dihya mendiam. Zane turut memalingkan kepala ke sisi untuk memandang Dihya. Dia ingatkan Dihya tidak dengar, rupa-rupanya gadis itu sedang menatapi dirinya sejak tadi. "Kenapa? Kamu taknak?"
Dihya menggeleng.
"Dah tu kenapa diam aje?" kening Zane berkerut. "Sama ada kamu mahu atau tidak, saya akan tetap akan bawa kamu temui doktor pakar tu."tegasnya.
"Tuan dah fed up ke dengan kekurangan saya ni? Sebab tu tuan nak bawa saya terima rawatan?"senyum Dihya dengan nipis. Adakah Zane perlahan-lahan terbuka hati pada dia sampaikan dah mula berasa kasihan kerana kekurangan dirinya ini? Hati Dihya dipagut rasa sebak. Dia sedih pada masa yang sama gembira. Sedih sebab perasaan cinta dia pada Zane semakin menebal tapi tiada apa-apa yang dapat dia lakukan mengenainya. Gembira kerana Zane tidak bersikap dingin kepadanya seperti sebelumnya walaupun dia tahu semua ini hanya sementara.
Cepat-cepat Zane mengalihkan tangannya dari bahu Dihya. Riak wajahnya juga keruh. "Apa yang buatkan kamu tanya macam tu? Memangnya saya nampak dah fed up dengan kamu ke?"kening itu mencerlung tajam.
Dihya tertawa kecil.
"So kalau bukan sebab fed up dengan kekurangan saya, sebab apa tuan nak bantu sembuhkan penyakit saya ni? Simpati? Atau hanya sebab tuan nak sedapkan hati tuan sebab pernah sakitkan hati saya dengan kata-kata tuan?"duga Dihya yang sengaja mahu menyakat Zane. Kan Zane ni jarang tunjuk affection atau attention pada orang sekeliling. Jadi Dihya nak faham apa niat Zane yang sebenar.
Terdiam Zane. Kerutan di kening terus melurut hilang. Riak keruhnya juga berubah mendung. Zane masih tidak berani hendak menceritakan hal sebenar kepada Dihya. Dia begitu gusar dan takut jika Dihya akan membencikan dirinya selepas mengetahui hal sebenar nanti. Lagipun ada hal lain yang dia ingin sampaikan pada Dihya selepas Dihya menerima rawatan nanti.
Perubahan air muka Zane membuatkan Dihya tersenyum nipis. Nampaknya ada yang tepat mengena pada sasaran akan kata-katanya tadi.
"Kalau itu yang tuan nak, kita boleh aje pergi. Tapi tak apa ke kalau saya keluar dari sini?Saya ingatkan tuan taknak saya jejak kaki keluar langsung sampai kontrak kita tamat?"
"Tentang tu-" ketika itulah bunyi loceng berkumandang. Membuatkan Dihya memaling kepala ke arah pintu.Zane tersentak. Tangannya bergerak hendak memegang tangan Dihya. Namun belum sempat jarinya mahu menyentuh lengan itu, Dihya sudahpun berdiri.
"Saya rasa makan malam kita dah sampai. Biar saya yang ambik..."kata Dihya sambil tu.
"Dihya tu-"Zane terdiam di sofa itu sewaktu memerhatikan Dihya melangkah ke arah pintu. Sebenarnya ada hal penting yang dia nak bincangkan dengan Dihya mengenai kontraknya itu. Dia mahu membatalkan kontrak Dihya sebagai mistress itu.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Dihya disapa oleh Ryan. Seperti biasa wajah serius itu langsung tiada senyumannya sewaktu menyerahkan bekas makanan kepada Dihya.
"Bekas biru ni untuk Cik Dihya. Sementara yang bekas silver ni untuk Tuan Zane."aju Ryan sewaktu menyerahkannya.
Matanya melirik akan bekas makanan tersebut satu persatu."Okay.Terima kasih."angguk Dihya sebelum berpaling.
Disaat pintu itu tertutup Ryan termenung seketika di situ dengan renungan dingin. Kepalan penumbuk dalam diam berlengah erat dalam tangan.
Tiada lagi jalan untuk dia berpatah balik. Sebab apa yang dia lakukan telahpun berlaku.
SAMBIL mengedipkan mata, Dihya berkerut kening. Entah kenapa dia berasa berat semacam seakan mengantuk. Takkan la baru beberapa minit makan dah nak tidur?Matanya di tonyoh. Cuba hendak kurangkan rasa berat yang dirasai.
Pili paip dimatikan setelah air yang di takung dalam tab mandi sudahpun penuh. Busa buih sabun mandi terapung memenuhi permukaan air di tab. Bau haruman menerawang dalam bilik air itu.
Dihya baru sahaja selesai makan dengan Zane. Setelah Zane beransur ke tingkat dua kerana ada kerja yang perlu diuruskan, Dihya bergerak ke biliknya untuk mandi. Mulanya elok aje, tapi lama kelamaan tubuhnya jadi berat semacam.
Tanpa membuang masa, bathrobe di tanggalkan dari badan sebelum Dihya masuk ke dalam tab mandi tersebut. Menenggelamkan sebahagian badannya kecuali kepala. Bersentuhan sahaja dengan air hangat suam itu, secara automatik Dihya yang sedang berasa mengantuk itu terus bersandar pada headrest tab lalu memejamkan mata.
Mungkin sebab seharian ni dia tak berehat langsung, itu yang mengantuk sangat ni. Perlahan-lahan kepala Dihya terlentok ke bahu kiri.
Ini draft dari Isnin semalam.....idea dah ada.. Tpi nak cari idea untuk kembangkan perenggan tu yg payah sikit. Jadi Tinta cuma dpt huraikan beberapa point aje. Nanti kalau ada notication naik lagi, reread chapter ni balik eh. Sbb tinta akan update next perenggan dalam chapter yang sama.
Share this novel