HFM 44 | | Regret and Redemption

Romance Series 73463

Dengan geram, hujung kuku digigit. Kaki yang bersila atas sofa bergoncang tidak tenang. Sementara mata terarah pada skrin telefon.

Geram.

Jengkel.

Keberangan.

Semua perasaan itu digabung satu.

Sarah berasa begitu tertampar dengan tindakan Zane. Berani betul lelaki tak guna tu pukul dia dihadapan perempuan simpanan lelaki tu.

Paling tak boleh diterima, bolehnya Zane dengar apa yang perempuan murahan tu suruh!Tak pernah dibuat Zane, ini kali pertama Sarah menyaksikan perubahan dari abangnya. Memangnya apa perempuan murahan tu dah lakukan sampaikan Zane boleh tunduk padanya begitu saja!?


"Auw!"terkejut Sarah tersentak selepas ada sesuatu yang sejuk menekap pipi kirinya yang berlebam. Dan bila dia pandang ke sebelah, Lee sedang tersenyum serba salah. "Tak boleh ke slow sikit? You tak nampak ke I tengah sakit ni? "cemberutnya kejengkelan.


"I'm sorry baby. Sakit sangat ke?"Lee kemudiannya menekap lagi kesan lebam itu dengan coolpack yang dipegang. Terkejut dia bila Sarah datang ke apartment dia dalam keadaan kasut masai dan berlebam.


Pesanan ringkas yang dihantar Zane tadi di baca semula. Ayat singkat itu sudah cukup buatkan dia akur. Lelaki tu berpesan bahawa jika dia muncul lagi depan muka lelaki tu, Zane benar-benar akan membunuhnya. Mengenangkan sikap Zane yang jenis buat apa yang di cakap, Sarah tiada pilihan selain menuruti kata lelaki tu nanti. Haish!"Benci betul! Berani betul Zane bela perempuan murahan tu dari adik dia sendiri."

Mata Lee berkedip satu kali. Dia pandang kerutan di tengah kening Sarah sebelum merapat pada gadis itu. Usapan lembut diberikan pada bahu itu.


"Nampaknya abang you betul-betul abaikan you, baby. Now what?"


"Peduli pulak I. Dia yang buat I macam ni. Mana adil dia buang I macam tu aje. Kalau I tak boleh peras duit dari dia, I akan ugut dia untuk ganggu datuk atau ayah dia. Kalau tak pun Astrid kan ada. Ingat I tak berani ke?"


"Baby, kenapa you bencikan sangat family abang you tu?"


"Why not, ayah Zane yang buat anak. Dah dapat anak dibuang sebab apa?sebab I anak perempuan bukan anak lelaki. Siapa aje tak sakit hati!"


"Apa kata baby start kerja? Kalau baby kerja dan cari duit sendiri, tak ada siapa akan kacau baby lagi. Lagipun bukan selamanya Zane akan tanggung you. Nak kerja dengan I?Jadi assistant I?" dengan manja Lee memujuk teman wanita kesayangannya itu.


Ajakan itu menerima jelingan tidak suka dari Sarah. Matanya naik turun meneliti Lee."Apa you kata kerja? Memang taknak la I kerja! Buat apa I kerja kalau ada orang boleh tanggung I!"cemik Sarah dengan benci. Perkataan 'kerja' buatkan darahnya merinding panas.

Tidak mahu bergaduh, Lee hanya mengalah. Dia mengucup pipi berlebam Sarah dengan perlahan.


"Kalau you taknak buat Zane abaikan you. Kan lebih baik you ambil hati dia dan lakukan hal yang tak buat dia marah. Dari you terus menerus jengkelkan dia dan buat dia marah, apa yang you dapat? Ni lebam jugak yang you terima...sedangkan I sendiri tak pernah angkat tangan dekat you... "

Dengan pantas Sarah memandang raut wajah Lee dengan riak terkejut. Kata-kata teman lelakinya itu buatkan dia tersentak. Ya tak ya kan. Betul jugak. Kenapa dia tak terfikir dari awal!


"Pandai jugak ya You ni... "ujar Sarah menepuk pipi Lee dengan perlahan.


"Baru tahu ke? "sengih Lee berasa bangga di situ.


"Tapi itu la nak buat macam mana kan.. "


"Kenapa? "


"I dah pun dedahkan hal sebenar pada Astrid pasal perempuan simpanan dia tu. Kalau apa-apa berlaku pada perempuan tu nanti, Zane mesti akan salah kan I... Jadi dah tak guna la kalau I cuba nak ambi hati Zane tu."Sarah pandang Lee dengan mata terkebil-kebil.

Astrid tu bukan sebarangan orang. Selain Tuan Hayes, Astrid lebih kurang juga licik orangnya. Malah Sarah sendiri tidak berani cari pasal dengan isteri Zane itu. Pendek cerita keluarga Zane kesemuanya tidak boleh dibuat kawan. Gila-gila Zane, lelaki itu aje yang Sarah berani dekat dan percayakan.

Lee memandang Sarah untuk seketika sebelum kembali menekap cool pack pada pipi itu semula. Sebenarnya sehingga sekarang Lee masih tidak faham kenapa Sarah masih juga mahu terus berhubung dengan Zane. Walaupun Sarah sedia maklum bagaimana sikap baran lelaki tu.


"Tapi kan baby, I tak faham la. Kenapa baby still cari Zane no matter what dia buat dekat baby...?"

Sarah terdiam. Matanya berkedip beberapa kali ketika memandang tatapan Lee. Soalan itu buatkan otak dia kosong tidak semena. Bawah bibir di gigit gelisah.


"Bukan selalu Zane macam ni."Sarah cuba back up Zane.


"Still, you boleh elakkannya dari berlaku dengan jauhkan diri dari Zane."

Berkerut susah hati Sarah bila dengar. Ianya tak semudah tu. Lee tak tahu apa-apa. Jadi boleh la Lee cakap macam tu. Lagipun, tak mungkin la dia nak putuskan pertalian dengan Zane macam tu aje.


" You tak faham..."


"Kalau macam tu fahamkan I..."

Sarah berpaling memandang Lee dengan perasaan berbelah bahagi. Tak mungkin la dia mahu menceritakan kisah lampau dia pada Lee. Bagaimana kalau lelaki ini putuskan hubungan mereka sekiranya dapat tahu? Kan dia juga yang terseksa.

Seumur hidup Sarah dia hidup bergelumang dengan hubungan yang toksik. Jadi dia sudah terbiasa dengan situasi ni. Jadi tindakan Zane bukan apa-apa untuk dia. Setiap bekas teman lelaki yang pernah dia bersama dengan telah banyak meninggalkan parut buruk pada hidupnya hingga buatkan dia lali.

Tapi bila dia menemui Lee, Sarah sedar bahawa tak semua lelaki berperangai sampah dan tak berguna. Tak semuanya tak bertanggungjawab. Ada aje yang baik dan berperikemanusiaan, seperti Lee ni. Kerana itu dia enggan kehilangan teman lelakinya ini. Untuk itu dia akan merahsiakan kisah gelap lamanya dari Lee.

Memori yang mana Sarah enggan ungkit semula. Kisah lampau yang dia mahu bawa ke kuburkan bersamanya!


"Sebab cuma Zane aje yang I ada dekat dunia ni. Ibu I buang I sejak I bayi lagi. Of course I akan cari Zane... Siapa lagi?" beritahu Sarah dengan riak muram di wajahnya. Dia tak dapat bayangkan sekiranya Zane juga membuang dia dari hidup lelaki itu.


"I kan ada..."Lee merangkul bahu Sarah lalu membawa tubuh itu ke dalam pelukannya. "Kalau Zane taknak tanggung you. I boleh jagakan you... "ujarnya dengan ikhlas. Sebab dia memang cintakan Sarah seadanya. Dia bersama Sarah bukan kerana nak berfoya-foya semata. Dia memang sayangkan Sarah. Adakala tu ada je yang dia tak puas hati. Tapi tak adalah sehingga buatkan dia hendak putus dengan Sarah.


"Yalah tu... Pandai la you nak bermanis mulut kan?"


"Betul la. Buat apa I nak tipu.." Lee ketawa kecil sambil menggosok tepi mukanya pada dahi Sarah beberapa kali.

Sarah mengetap bibir menahan rasa. Dia pandang raut wajah yang dihias dengan senyuman ikhlas itu. Sememangnya Lee seorang lelaki yang baik kalau nak dibandingkan dengan bekas teman lelaki dia yang sebelumnya. Dan dia juga mahukannya tetapi dia takut kalau Lee pun akan tinggalkan dia seperti bekas teman lelakinya yang terdahulu setelah mereka tahu hal sebenar. Dia tidak mahukannya! sebelum membalas pelukan itu.

Tinta lupa siapa nama boyfriend Sarah Lee ke Siapa eh kalau ada yang ingat share dkt comment ya. Hehehe. Sebenarnya asal chapter 42 sampai 44 ni mature content. Tapi disebabkan tinta kena filter dan censor, maka background setting terpaksa di ubahbg di sesuaikan dgn content chapter tu. So maybe agak boring sikit. And the reason why it's took forever to finish this one chapter.. Sbb Tinta nak proofreading banyak kali supaya penyampaian tinta tak kekok. Mature novel really a challenge for me. Apapun terima kasih kerana sudi singgah dan baca. Kita jumpa next week.

Share this novel

june andelan
2024-11-28 21:46:59 

Yea..Lee nama teman lelaki Sarah.. Tq tinta.. update new chapter.


NovelPlus Premium

The best ads free experience