Bab 3

Romance Series 32468

Risau pula kalau-kalau pejabat agama penuh hari itu. Disebabkan musim berkahwin, risau pula ramai yang sibuk nak daftarkan perkahwinan mereka. Dan disebabkan kerisauan yang sama, awal-awal lagi dia dah arahkan salah seorang orang gaji di kediaman Dato Rizal untuk siap sediakan semua dokumen untuk terus daftarkan perkahwinannya dengan Hariz secepat mungkin.

Tapi disebabkan dia dah pun tinggalkan rumah agam bapanya dia perlukan segala dokumen miliknya sebelum terus lari.

Badan Sofya mula terasa panas dan tak selesa. Pelik…

Tiba-tiba dia terfikir yang dia mungkin betul-betul telah diberi dadah secara tidak langsung oleh Lina!

Tambahan pula kesannya agak kuat.

Kalau Lina tak letak dadah dalam kopi susu yang diminumnya sebelum kejadian hari ini, mungkin dadah itu diletakkan pada makanan atau minuman yang diambilnya pada pagi itu. Sebelum dia bersiap-siap, dia ada minum air kosong. Terlalu banyak peluang Lina untuk letakkan dadah dalam air atau makanan Sofya.

Tapi… Kalau ya pun dia berjaya mendadahkan Sofya, semuanya sudah terlambat. Bukannya dia boleh nak tegakkan semula keadilan untuk dirinya.

Dia tahu kalau dia cuba sekalipun, Dato Rizal dan Hariz akan ingat itu hanya cubaan dia untuk pertahankan diri dia sendiri sahaja.

Tak tahu pula dia yang Lina pandai menghitung dan merancang cara untuk menjadikan dia sebagai orang jahat dalam situasi ini.

Sofya seorang yang tulus dan jujur. Mana boleh dia nak lawan dengan orang yang selicik Lina.

Sebaik sahaja dia sampai di Jabatan Pendaftaran Negara, badannya terasa sungguh lemah. Wajahnya sudah dipenuhi manik-manik peluh, pipi turut bertukar kemerah-merahan. Bila berkerdip sahaja, matanya terus berair.

Setelah mencari, dia akhirnya terjumpa dengan orang gaji yang dihantarnya pada pagi itu.

“Cik Fiya, ni kad pengenalan tuan Hariz.”

Lemah Sofya berikan senyuman kepada orang gajinya. “Pulangkanlah balik dekat tuannya…”

Sekali sahaja dia fikirkan tentang Hariz, tubuhnya terus meremang. Jadi, dia teragak-agak untuk sentuh barang milik Hariz.

Semakin lama, tubuhnya terasa semakin lemah dan menjadi-jadi. Nampaknya Lina betul-betul nak maruahnya diambil orang hari ini.

Tapi ini bukan satu masalah untuk Sofya. Hari ini sahaja dia hampir kehilangan segalanya. Kasih sayang bapanya hilang serentak dengan kasih sayang dan kepercayaan Hariz. Apa lagi yang dia ada untuk digadaikan?

Tiada.

Dah alang-alang dia sudah begini, sekurang-kurangnya dia perlu cari lelaki yang ‘elok’ untuk ‘selesaikan’ masalahnya.

Matanya melilau mencari mangsa. Seperti tepat dengan masanya, seorang lelaki berpakaian segak keluar dari muka pintu dengan wajah sugul. Tetapi walaupun dia kelihatan sugul, dia tetap kelihatan segak. Jangankan muka saja, tingginya pun boleh tahan.

Kemunculan lelaki itu seperti mengubati masalah yang dialami Sofya untuk seketika sebelum dia kembali sedar dengan keadaan yang sedang dialaminya.

Lelaki itu diekori oleh seorang lagi lelaki dari belakangnya. “Tuan Dan, dia tak datang.”

“Hmm. Cakap dengan dia yang dia tak perlu datang dah,” ujar Hamdan tenang tetapi tetap memberi tekanan kepada yang mendengar.

Sebaik sahaja dia habis berkata, dia pusing untuk melangkah pergi bila tiba-tiba Sofya sudah berdiri di hadapannya.

Tiba-tiba saja ada perempuan yang berdiri memandang tepat wajahnya. Matanya. Wajah Sofya semerah buah epal yang masak dan bulu matanya panjang mengipas angin lembut. Cantik dan manis sahaja wajahnya. Tapi Hamdan tetap rasa curiga dengan kelakuan Sofya.

“Bakal isteri awak tak datang ke?” soal Sofya perlahan dengan wajah yang kemerahan. “Kalau betul, boleh tak kalau saya nak mintak tolong sikit?” lembut sangat suara yang diguna untuk meminta tolong.

“Mintak tolong?” Hamdan memerhati wajah Sofya yang kemerah-merahan. “Awak kenal saya ke?” soal Hamdan lagi.

“Kenallah! Awak driver tuan muda Sanwar, kan? Saya pernah nampak awak dua kali masa awak ambik dia dulu,” Sofya mengujar gembira.

Yang dia dengar cuma bahagian dimana bakal isteri Hamdan tak datang. Terlepas pula telinganya mendengar gelaran yang dipanggil oleh lelaki tadi – Tuan Hamdan.

“…”

Hamdan terdiam. Muka yang dimilikinya nampak macam seorang pemandu peribadi ke?

Berkerut sedikit keningnya sambil wajahnya didekatkan dengan gadis muda yang sedang tersengih itu.

Sofya tertawa kecil. “Tapi muka awak patutnya jadi CEO. Sayangnya awak jadi driver je,” bebelnya lembut. “Hehe…”

Kerutan kening Hamdan dilembutkan. Hujung bibirnya ditarik ke atas. Dia tak dapat menahan senyuman kecilnya dari tersorok. Dia tidak dapat menafikan yang dia mula rasa tertarik dengan perwatakan Sofya.

“Kenapa saya?” soalnya dengan penuh kesabaran.

“Sebab…muka awak…paling helok dekat sini,” gumam Sofya perlahan seolah-olah dia mabuk dan akan pengsan bila-bila sahaja.

Mata Hamdan mengeras. Dia cuba menghidu. Tiada kesan bau alkohol dari tubuh Sofya. Jelas sekali ada yang menganiaya gadis ini.

Tapi ego Hamdan meningkat. Dia tahu selera Sofya tinggi. Kalau tidak, kenapa Sofya datang kepadanya?

“Boleh tak…?” melerek suara Sofya menyoal. Kesan dadah yang ada pada badannya sudah memuncak. Apa yang dia mahukan sekarang adalah untuk melepaskan nafsunya dengan lelaki yang berada di hadapannya.

Driver pun driverlah, fikir Sofya sendiri.

Yang penting dia mengajak dengan sopan, bukan main rembat tanpa izin.

“Okay,” ujar Hamdan singkat. “Saya setuju,” Hamdan pergi ke kaunter pendaftaran dan dalammasa yang sama membuat panggilan kepada seseorang.

"Kalau semua dah lengkap kita boleh saja teruskan dengan akad nikah."

Kedua-duanya tersenyum, masing-masing mempunyai alasan masing-masing. Janji semua borang lengkap dan syarat sah nikah sudah ada.

Dengan kad kahwin dalam tangan, segala kewarasan hilang begitu sahaja.

Seminggu kemudian...

Kini Sofya tertidur dengan tenang di dalam dakapan Hamdan. Dalam tempoh seminggu mereka bersama, badan Sofya masih panas. Bangun-bangun pun kerjanya meminta sahaja.

Walaupun hawa nafsunya tidak dilepaskan sepenuhnya, Hamdan kena sedar diri dan bersabar. Dia bukan binatang kalau dia terus ikutkan naluri nafsu kelelakiannya.

Mereka pun sudah sah bergelar suami isteri. Ada lagi masa untuk mereka luangkan bersama lepas Sofya sedarkan diri daripada kesan dadah yang dijumpai dalam badannya.

Tiga jam berlalu.

Hamdan perlahan merehatkan kepala Sofya tanpa mengejutkan si gadis. Dia mengintai ke luar untuk bertanyakan soal ketibaan doktor kepada orang gaji yang berada di situ.

Tak sampai lagi? Fikirnya sendiri sambil memandang sekeliling. Dua orang gaji dilihatnya.

"Mana Doktor Hana? Kenapa dia tak sampai-sampai lagi?"

“Encik Dan, ada kemalangan dekat jalan utama menghala sini. Jalan tutup. Doktor Hana mungkin akan sampai dalam dua jam lagi,” jawab orang gajinya lembut.

Hamdan menutup pintu dan menoleh memandang Sofya. Kakinya melangkah kembali ke katil. Sambil merenung lembut wajah Sofya, telefonnya tiba-tiba berdering. Badan Sofya bergerak, terkejut dengan bunyi telefon yang tiba-tiba berbunyi.

Perlahan-lahan Hamdan melepaskan pandangan matanya dari merenung wajah Sofya. Telefonnya diambil dan dibawa keluar dari bilik untuk menjawab panggilan.

Mata Sofya perlahan terbuka sebaik sahaja Hamdan keluar dari bilik. Suhu badannya perlahan-lahan stabil.

Dipandang sekelilingnya dengan penuh berhati-hati. Tubuhnya ditolak dengan berhati-hati untuk duduk, cuba untuk imbau balik apa yang berlaku.

Baru dua kali saja dia berjumpa dengan Hamdan si ‘chauffer’ Tuan Muda Sanwar, dah ajak untuk bersama.

“…”

Sofya mengusap belakangnya perlahan.

Semuanya dah berakhir ke? Fikirnya sendiri.

Tiba-tiba bahagian bawah badannya terasa bisa.

“Ah… Sakit…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience