HFM 31 | | Return Guilt

Romance Series 73463

Dua orang staf wanita berjalan bersama-sama merentasi kawasan koridor untuk menuju ke arah pintu lif semasa Kyren berada di belakang mereka. Dan tanpa menyedari kehadiran lelaki itu di belakang, dengan rancak kedua-dua staf wanita tersebut berborak akan sesuatu.


"Hei, kau perasan tadi Tuan Zane masa datang?"staf pertama bertanya. Ditangani itu terdapat satu cawan berisi ice americano.


"Mm... kau nampak dia jugak?"staf kedua yang memegang fail di tangan pula bersuara.


"Siapa aje yang tak nampak lelaki sesegak tuan Zane tu. Jauh sebatu pun aku boleh nampak. Tapi sejak dua menjak ni aku perhati senyap aje kan dia? Selalunya ada aje yang nak di complain kan. Sekejap meeting sekejap briefing.... Tapi beberapa hari ni kurang ya?"

Kyren berdiri di belakang mereka ketika mendengar perbualan itu. Dengan renungan dingin, lelaki itu hanya diam memandang ke depan.


"Gaduh dengan Puan Astrid mungkin?" tambah staf kedua semula.


"Kan...at first aku pun rasa macam tu. Tapi bila di tengok kan balik, macam orang putus cinta pun ada. Kekadang tu nampak macam orang tengah frust."staf pertama berkata lagi.


"Macam tahu aje orang putus cinta macam mana. Memangnya kau pernah putus cinta ke?"seloroh staf kedua semasa menekan butang lif untuk naik ke tingkat atas.

Tidak semena staf pertama ketawa.


"Celah mana aku nak putus cinta. Bercinta pun tak pernah. Tapi abang aku buat muka yang sama lepas putus dengan isteri dia yang sekarang masa mereka bercinta dulu."


"Dengan siapa pulak bos kita nak putus cinta. Takkan la dengan isteri dia pulak. Lagipun lelaki hati batu macam tuan Zane tu tak mungkin boleh suka dekat orang kalau perangai dia suka bertukar pasangan."seloroh staf kedua dengan sinis.

Pada masa itu la pintu lif terbuka. Membuatkan kedua-dua staf itu mula bergerak ke depan. Dan baru sahaja mereka hendak maju, ketika itulah Kyren jalan mencelah mereka dan masuk ke dalam lif terlebih dahulu.

Kehadirannya itu telah menyebabkan kedua-dua staf tadi Melompat terkejut. Mereka masing-masing membuntang mata ke arahnya seakan baru melihat hantu. Kejung membatu tidak dapat bergerak.


Berdirinya saja Kyren di situ, dia menilik raut wajah dua staf di situ dengan riak bersahaja. "Tak nak masuk ke?" tanya dia selepas itu.


"Chief Kyren.. Selamat pagi."dengan kekok mereka berdua beri tunduk sapa.

Hujung bibir Kyren terherot ke tepi.Lucu melihat reaksi mereka berdua.


"Kamu berdua tak nak naik sekali ke? "


Masing-masing kecut perut di situ."Mm... Tak apa la. Chief naik la dulu. Kami naik kemudian."

Kyren tiba di tingkat utama pejabat Zane tidak lama kemudian. Langkahnya di atur kemas sehingga masuk ke dalam ruangan tersebut. Namun baru sahaja dia berdiri di hadapan meja itu, dia di sapa dengan aura tidak menyenangkan dari Zane serta merta.

Nampaknya apa yang di bualkan oleh para staf sebentar tadi ada benarnya. Lelaki yang terkenal dengan sikap collected dan dingin ini seperti sedang terganggu.

TENGAH KENING Zane berkerut. Kalau lama-lama begitu boleh bercantum dua keningnya. Namun Zane tidak sedar kerana dia terlalu tekun meneliti dokumen di dalam fail.


"Anything for me today?" nada grumpy Zane menyapa.

Kyren membuka iPad. Dia tunduk meneliti kalendar di dalam gajet itu.


"Pada hari ini jadual tuan akan bermula jam 11 pagi hingga 8 malam. Event Pertama adalah briefing di cawangan kedua, kemudian Lunch bersama pegawai atasan dan investor baru untuk cawangan ketiga. Selepas itu jam 2 petang lawat tapak projek, setelah itu terus ke Syarikat LG enterprise untuk meeting, diikuti dengan pelancaran projek baru Sejurus itu. Tepat jam 7 malam tuan akan hadiri makan malam bersama Tuan Samsoong."

Zane dengar dengan anggukan faham.


"Kamu dah dapatkan apa yang saya minta kamu cari?"


"Ya, tuan. Tapi-" tidak semena Kyren kedengaran teragak-agak. Dia pandang Zane untuk seketika.


"Apa yang tapinya?"kening Zane mencerlung tajam kehilangan sabar dengan pembantunya itu. Dah kenapa cakap separuh-separuh? Tak boleh ke habiskan bercakap tu sampai akhir!


"Kemalangan yang Tuan maksudkan tu adalah kemalangan 9 tahun yang lalu. Memang tiada sebarang laporan polis yang tercatat. Tapi ada rekod perubatan dari hospital yang sama Cik Dihya pernah dirawat." nada Kyren semakin menghairankan.

Awalnya Zane tidak mempercayai kenyataan Dihya. Dia malah curiga yang Dihya sengaja buat cerita tentang kondisinya yang tidak dapat merasa apa-apa kerana kehilangan fungsi deria rasa. Jadi Zane arahkan Kyren untuk mencari maklumat mengenai kejadian yang menimpa Dihya. Untuk buktikan yang kata-kata Dihya tu benar atau tidak. Jadi selepas mendengar konfirmasi dari Kyren itu, ianya membuktikan kata-kata Dihya benar. Tapi kenapa Kyren kedengaran seperti tidak pasti?


"Kemudian?"


"Sebenarnya kan tuan, ada sesuatu yang Tuan kena tahu...tentang kemalangan ni..." Kyren semakin mencurigakan.

Ada lagi tau... Tinta nak proofreading lagi sekali sebelum publish. Tinta share Separuh chapter aje dulu eh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience