Series
54745
“HAPPY DIVORCE LUNA AMANI.” Ardan, CEO Astera Media, menghulurkan jambangan bunga mawar biru kepada Luna.
Luna tersenyum kekok. Ragu-ragu dia menyambut jambangan yang dihulurkan itu. Dia tahu Ardan bukan sekadar majikan, tetapi merupakan kawan baik Ikmal. Sahabat sejati sejak zaman persekolahan. Bukan sekali dua mereka duduk makan bersama di rumah yang didiaminya bersama Ikmal atau di kondo lelaki itu sendiri. Malah tidak jarang mereka pergi bercuti atau beriadah bersama. Kalau boleh diibaratkan, dia dan Ardan seperti bermadu. Namun sebelum ini, Ardan cukup menjaga jarak dengannya. Berbicara dan melayannya seadanya. Tidak melebih-lebih dan tidak langsung membuatnya kekok. Alih-alih hari ini lelaki itu memberinya bunga. Entah apa niatnya, namun dia dapat melihat Ardan melirik Ikmal dengan senyum penuh makna. Entah apa maknanya, hanya dia yang tahu.
“Jadah pulak nak berbunga-bunga bagai. Orang bercerai kut. Bukan naik pangkat.” Ikmal yang masih berada di situ, menggerutu sebal.
“Kena cerai pun kira naik pangkat jugak,” balas Bella.
“Betul.” Ardan mengangguk setuju.
Roman wajah Ikmal langsung berkerut dalam. Helena yang sejak tadi menjadi pemerhati pula tersenyum sinis. Dalam hati mentertawakan kawan-kawan Luna yang cuba menjadikan penceraian itu satu kejayaan. Sedang dia yakin, betapa Luna kecewa dengan penceraian itu.
“Sejak bila pulak cerai tu jadi naik pangkat? Sepatutnya turun pangkat. Daripada isteri orang sekarang dah jadi janda,” ujarnya.
“Naik pangkat le sebab Luna dah melepasi fasa ditindas, dikawal, disekat, dihenyak, dihentak, dan didera emosinya. Dia sekarang dah berdiri di atas kaki sendiri, bebas buat keputusan dan dia dah boleh tentukan sendiri arah hidup dia, yang sebelum ni tak nampak hala tuju,” balas Bella.
"Seteruk tu ke hidup you dengan ex husband you?" Ardan buat-buat tanya. Mata sempat menjeling Ikmal yang nampak memandangnya dengan wajah tidak puas hati..
Luna mengeluh berat. "Tak sanggup rasanya nak kenang hidup dengan suami tak guna tu. Syukur sekarang I dah bebas."
Ikmal picing mata. Kecil saja imej Luna di matanya.
Apa katanya tadi? Suami tak berguna?
Heh!
Lucu. Dulu dia juga yang terhegeh-hegeh dengan suami tak berguna ini. Segala jurus digunakan demi untuk mendapat sedikit perhatian. Selepas bercerai, terus dicap tak berguna. Siapa sebenarnya yang tidak berguna?
“Erm...eloklah you cerai dengan dia. You pun muda lagi. Jangan sia-siakan umur you dengan lelaki macam tu. Ramai lagi lelaki baik kat luar sana,” kata Ardan.
Tatapan kecil Ikmal beralih kepada Ardan. Sahabatnya itu hanya tersenyum sambil menjongket kening.
“Eh, jom...jom makan. Ada kek tiga tingkat yang ditempah khas oleh Encik Ardan sempena penceraian Luna Amani.”
Entah siapa yang bersuara, namun ia berhasil membuat mata Ikmal yang tadi mengecil kini membuntang luas. Dalam hati menyumpah-nyumpah Ardan yang seolah-olah sengaja mahu bakar darahnya. Dari dulu Ardan menentang hubungannya dengan Helena dan berkeras menyuruhnya meneruskan perkahwinan dengan Luna. Namun, dia tetap dengan pendiriannya.
Dan sekarang...
Ikmal bercekak pinggang melihat sebuah kek tiga tingkat yang mirip kek perkahwinannya dua tahun lalu. Juga hidangan lain yang memenuhi meja. Meriah macam hari raya.
Apa ini cara Ardan membalas dendam? Atau menunjukkan protes dengan keputusannya? Tetapi apa hak Ardan mahu mencampuri urusan peribadinya?
“Encik Ikmal, jom. Ni semua CEO kita yang belanja. Sempena meraikan kebebasan Luna.”
Lagi-lagi ada kata-kata yang membuatnya sakit hati.
“Thanks but no thanks. I tak raikan mala petaka hidup orang,” jawabnya lalu terus mengatur langkah ke biliknya.
“Mala petaka bagi bekas suami Luna. Bagi Luna, ni tuah namanya. Sebab tu kena celebrate,” sampuk Fasha.
Langkah Ikmal terhenti, lalu dia membalikkan tubuhnya. Memandang staf-staf jabatan yang mula mengerumuni meja mengambil makanan.
“You all ni mcam kenal je siapa bekas suami Luna ya.”
“Tak kenal. Tapi kita judge berdasarkan peri laku Luna sepanjang bergelar isteri,” jawab Fasha sambil tangan sibuk mengambil kepingan piza.
“Yesza. Betul.” Zaza pula menyampuk. “Dulu...nak ajak keluar lepas kerja pun tak boleh. Hujung minggu apatah lagi. Alasan suami tak bagi. Bila suruh bawak suami sekali, dia kata suami dia introvert. Tak suka bergaul dengan orang.”
“Tu bukan introvert, tapi kera sumbang,” sampuk Bella.
“Lantak dia sana bergaul sesama kera, beruk, dan lotong. Kau Luna, terus jadi manusia...”
Luna terkekeh. “Itulah. Susah betul nak kekal jadi manusia bila duduk dalam kawanan beruk.”
“Takpe. Selamat kembali ke kelompok manusia. Nah...” Ardan hulurkan sepotong kek kepada Luna.
“Thank you, Encik Ardan.”
Ardan mengangguk dan tersenyum.
Ikmal memutar bola matanya lalu dengan satu rengusan menyampah, dia melangkah laju ke biliknya. Helena yang laju mengejar langkahnya pun tidak dihiraukan.
“Ikmal, you kenapa laju sangat?”
“I sibuk sekarang. Malam nanti kita dinner sama-sama,” ujar Ikmal lalu menutup pintu biliknya. Namun dari dinding kaca pejabatnya, dia dapat melihat pesta meraikan penceraian Luna di luar. Kepalanya digaru kasar sebelum punggung dihempaskan ke kerusi.
Matanya terus menancap ke arah Luna di luar sana. Santai menyuap makanan sambil berbual dengan rakan-rakan sekerjanya. Seolah-olah langsung tidak terkesan dengan lafaz talak yang baru disahkan beberapa jam lalu. Benar-benar Luna menjadikan penceraian ini suatu piala kemenangan buatnya.
Dan dia?
Sendirian di sini menahan geram dan sebal yang bergumpal membentuk bongkahan besar dalam hatinya. Sakit pula hatinya memlihat Luna begitu santai. Fikirnya dalam tempoh iddah ini, dia akan cuba menjarakkan sedikit hubungan dengan Helena demi menjaga hati Luna. Namun nampaknya, apa yang berlaku, jauh dari jangkaannya.
Ikmal gagau telefon di dalam saku seluar lalu menekan nombor Ardan. Mata tidak lepas dari memandang sahabat merangkap bosnya itu di luar sana. Nampak Ardan menarik keluar telefon dari saku seluar lalu melihat skrin. Sempat lelaki itu menjeling ke arah biliknya sebelum menjawab panggilan.
"Helo sayang."
"Eh, tak payah sayang-sayanglah!" ketusnya. Selalunya dia tidak ada masalah jika Ardan menggunakan panggilan itu setiap kali dia menelefon demi bekerjasama dengan Ardan yang mahu meninggalkan tanggapan kepada semua orang yang dia sudah berpunya. Namun kali ini panggilan itu buat dia menggeletik geli.
"Kenapa marah-marah ni? Siapa buat you marah?" soal Ardan.
"Kaulah!"
"Kalau macam tu, I mintak maaf. Tell me, apa yang boleh I buat untuk redakan kemarahan you? Coklat? Bunga? Aiskrim?"
"Eh, dahlah! Tak payah nak mengada-ada. Yang kau pergi buat parti untuk Luna tu dah kenapa? Dia kena cerai tau, bukan kena loteri!"
Ardan tidak segera menjawab. Ikmal melihat sahabatnya menjauh sedikit daripada kumpulan staf.
"Aku cuma nak alihkan kesedihan dia. Salah ke?"
"Tak salah tapi tak patut. Kenapa kau tak raikan aku? Sepatutnya aku yang raikan penceraian ni. Bukan dia."
Ardan tertawa di hujung sana. Santai dan mungkin sedikit sinis.
"Oh...ni kes jealous ke ni? Okaylah, malam ni aku celebrate dengan kau. Tapi jangan bawak kucing garong tu."
"Kenapa tak boleh?" tanya Ikmal. Tahu siapa kucing garong yang dimaksudkan Ardan. Tentu Helena.
"Kau bawak dia, aku bawak Luna."
"Eh..." Ikmal berdesis geram. "...dia masih dalam iddah tau. Tak boleh suka-suka hati keluar."
"Aku boleh create satu kerja yang buat dia terpaksa keluar."
"Kau ni ada hati dengan janda aku ke?"
"Kalau ada?"
"Aku tak izinkan."
"Why?"
"Sebab dia bekas isteri aku. Faham? Dan kau kawan aku. Tak munasabahlah kau nak kahwin dengan bekas isteri kawan baik kau sendiri."
"Tak munasabah tapi tak salah kan?"
"No...No...No...." Ikmal.bangkit. Rambutnya diraup kasar.
"She's not your type," sambungnya.
"You do realize she's not my type. So, what's with the panic?"
Hek!
Ikmal terdiam. Langsung lidahnya jadi kelu.
"Enjoy your freedom, bro. Biar aku tenangkan janda kau dulu. Malam ni aku chill dengan kau. Bye sayang. Muah!" Lalu panggilan diputuskan.
Ikmal mendengus geram. Dia tekan nombor Luna pula sambil mata memerhati bekas isterinya itu. Nampak Luna menggeser skrin menjawab panggilan.
"Tengok ex aku...baru berapa jam, dah gila talak."
Berdesing telinga Ikmal dengan kata-kata Luna yang dia yakin sengaja mahu dia mendengarnya.
"Assalamualaikum bang..."
Ikmal memutar bola matanya. Pandai benar perempuan itu berlakon.
"Siapa yang gila talak?"
"Abanglah."
"Pandai betul kau berlakon. Depan aku lain, depan kawan-kawan kau lain."
"Abang nak marah kenapa? Abang yang buat keputusan nak bercerai kan? Luna ikut je." Lunak benar suaranya. Terdengar lemah dan rapuh. Tidak percaya, suara yang sama beberapa minit lalu begitu angkuh menolak untuk tinggal di rumahnya sepanjang tempoh iddah. Malah suara yang sama mempertahankan ego dengan berlagak tenang menerima penceraian ini.
"Dahlah Luna. Buat apa layan jantan tak guna tu. Meh sambung makan. Biar jantan tu mereput baham tanah. Nanti tulang dia, kita kutip buat mangkuk jamban." Tiba-tiba terdengar suara Bella di hujung sana. Lalu sekali lagi, panggilannya diputuskan tanpa pamit.
Ikmal pandang skrin telefonnya sambil mendengus geram.
"Eh...eh...tak kawan aku, kawan dia, dua-dua biadap!"
Enjoy reading. bab 1 hingga 4 ni pendek skit. start bab 5 nanti saya cuba penuhkan kuota 2k pp ek. hehe
Share this novel
si Ardan pun kemain jd batu ronsen. padan muska Ikmal
Hahaha... Terbakar ke?
hahahaha...padan muka