“ESOK, biy tidur dengan dia, okey? Jangan selalu dengan I. I tak nak nampak macam I control biy.”
Tengku Ean menoleh, tersenyum kepada Selena. “Ya, sayang. Esok I tidur dengan Mira.”
“Betul janji, ya?” Selena bersuara manja, membuat Tengku Ean kembali tersenyum.
“Ya… tapi kita main satu round lagi dulu. Sekarang jugak”
Selena membulatkan mata, tapi akhirnya suara desahannya kembali bergema.
JAM pada dinding dilihat dan dengan sengaja Amira turun lambat untuk bersarapan seperti biasa. Dia tidak mahu bertembung dengan pasangan sejoli itu.
Dengan langkah perlahan, dia menuju peti sejuk. Dia memang jarang sarapan di rumah, lebih suka beli makanan di kedai kawasan pejabat.
“Lambat turun? Memang suka bangun lambat ke?” tegur Tengku Ean dari belakang.
Amira menoleh, mendapati Tengku Ean berdiri di situ dengan renungan tajam. Dia terdiam, berhenti meneguk air susunya.
“You tanya I ke?” Amira balas bertanya sambil menunjuk ke arah dirinya.
“Memang ada orang lain ke kat sini?”
Amira dengan bodohnya memandang sekeliling. Memang hanya dia dan Tengku Ean di ruang itu. Ke mana Selena?
“Hari ni saya I pergi sendiri.”
“Tak boleh!”
“Nanti you lambat.”
Tengku Ean hanya diam, tapi tatapannya tajam menusuk. Tubuh Amira serasa lemah tak berdaya. Tatapan lelaki itu selalu membuat jantungnya berdegup kencang. Dia cepat-cepat menunduk, mengelak pandangan.
“I naik atas ambil beg. Tunggu I eh!”
Amira menghela nafas panjang lalu duduk di meja makan, cuba menenangkan hati. Memang begini Tengku Ean dasarnya nampak seperti tidak adil. Tapi, bila menghantar dan mengambilnya kerja selalu menjadi tugasan suaminya.
Itu jelah yang dia boleh harapkan sebagai seorang isteri.
Sepanjang perjalanan mereka diam. Hanya radio menemani. Amira canggung hendak membuka topik apa. Dia melirik Tengku Ean yang tampak fokus memandu.
Kenapa dia sekacak ini? Dengan kaca mata hitam, kulit bersih, tubuh tegap, wajah sempurna. Hati Amira makin sakit kerana harus berkongsi lelaki sebaik ini.
Tiba-tiba Tengku Ean berdeham kuat, seakan-akan menyedari pandangan Amira. Dia terus alihkan mata ke luar tingkap.
“Hari ni balik jam berapa?” suara Tengku Ean mengejutkannya.
“Rasanya hari ni macam biasa je,” jawab Amira cepat.
Tengku Ean mengangguk kecil. “Hari ni I tak dapat ambil kalau you balik macam biasa. Sebab I dari Cyber meeting kat sana. Takut jammed. Meeting pun start jam 4.00 petang. Better you balik sendiri okey?
“Ha, okey je.” Amira menurut.
Tengku Ean mengeluh kecil. “Dah sampai rumah bagitahu saya.”
JAM 8.00 malam, Amira sampai di rumah. Dia sengaja singgah makan malam di luar kerana tidak mahu bertembung dengan Tengku Ean dan Selena nanti malam. Hatinya terasa perit setiap kali melihat lelaki yang disayanginya bermesra dengan wanita lain. Kadangkala Amira terfikir untuk mengakhiri semua ini, namun dia takut keputusannya akan mengecewakan kedua-dua orang tuanya dan juga mertuanya.
Perlahan dia membuka pintu, memberi salam, namun tiada jawapan. Lampu di beberapa ruang sudah dipadamkan. Amira hanya mampu mengeluh, membayangkan apa yang mereka lakukan berdua di ruangan tengah hanya membuat dadanya semakin sesak.
“Ahhh...” Amira menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. Dia melangkah lemah ke tingkat atas menuju biliknya. Hari ini dia hanya mahu merebahkan badan tanpa memikirkan perkara yang menambah sakit di hati.
Perlahan dia membuka pintu bilik. Tangannya baru sahaja mahu menanggalkan tudung, namun terhenti apabila matanya menangkap kelibat seorang lelaki kacak yang amat dikenalinya sedang duduk di tepi katil.
“You baru balik?” tegur lelaki itu.
Amira terkejut, kaku memandang Tengku Ean yang berada di situ.
“Kenapa you kat sini?” tanyanya spontan. Pelik betul rasanya melihat Tengku Emran di dalam biliknya. Bukan ke biasanya lelaki itu terus masuk ke dalam bilik Selena?
Tengku Ean merenung tajam ke arah Amira, membuatkan wanita itu gugup dan kecut perut. Tengku Ean menarik nafas panjang sebelum bangun dan melangkah menghampiri Amira.
Langkahnya terhenti tepat di hadapan Amira. Kedua-dua tangannya perlahan mendarat di bahu wanita itu. Seketika, rasa aneh merayap ke seluruh tubuh Amira, memaksanya mendongak. Sepasang mata tajam milik Tengku Ean menikam pandangannya seolah-olah bersedia menerkam mangsa. Itulah kali pertama Amira begitu dekat dengan Tengku Ean.
“Malam ini Selena ada hal dan tak balik. Jadi I tidur kat sini,” ujar Tengku Ean perlahan.
Amira terdiam kaku menatap suaminya, Tengku Ean, yang begitu tampan. Perlahan-lahan, dia menundukkan kepala, mengelak dari renungan tajam lelaki itu. Jantungnya berdebar kencang setiap kali mereka serapat ini.
“Emm... I nak mandi dulu.”
Amira cuba menghilangkan ketegangan antara mereka dengan bergegas ke bilik air. Tengku Ean hanya mengangguk dan membiarkan Amira berlalu pergi.
Di bilik air, Amira termenung, hanya berdiri memandang pantulan wajahnya di cermin. Dia masih tidak percaya dengan Tengku Ean hari ini. Adakah Tengku Ean sudah menyedari kesilapannya dan ingin berlaku adil kepadanya?
Amira menarik nafas dalam sambil membasuh wajahnya dengan air. Nampaknya, dia akan mengambil masa yang lama di bilik air kali ini. Biarlah Tengku Ean menunggu. Amira hanya mahu menenangkan diri. Ini kali kedua dia tidur sebilik dengan Tengku Ean dan ia membuatkan dia sangat kekok.
Setengah jam kemudian barulah Amira keluar dari bilik air. Dia melihat Tengku Ean sudah berada di atas katil, duduk bersandar di kepala katil sambil melunjurkan kakinya. Kadang-kadang senyuman manis terukir di wajah tampannya. Nampaknya, ada sesuatu yang sangat menarik di telefon pintarnya sehingga dia berkelakuan begitu.
Amira berjalan perlahan dan duduk dengan berhati-hati di hujung katil. Tengku Ean mengerling ke arahnya.
“Lama you mandi, lagi lama dari I,” katanya.
Amira tidak menjawab, hanya mengangguk sambil tersenyum tawar.
“You dah makan? Kalau belum, biar I nak orderkan makanan.” Tengku Ean bersuara lagi, memberikan perhatian. Sekali lagi, ini adalah perkara yang sangat jarang didengarnya keluar dari mulut suaminya.
“I dah makan tadi kat luar.”
Tengku Ean hanya diam lalu mengangguk-angguk. Dia menggeserkan tubuhnya dan menepuk katil di sebelahnya. Amira mengerling sekilas dari sudut matanya.
“You tak nak tidur ke?” pinta Tengku Ean.
Amira menoleh lalu mengangguk dengan canggung. Perlahan-lahan, dia naik ke atas katil, masuk ke dalam selimut, dan duduk bersebelahan dengan Tengku Ean. Ada sesuatu yang berdebar di dadanya dan Amira cuba mengawalnya. Dia tidak mahu Tengku Ean tahu apa yang dirasainya saat ini.
Tengku Ean hanya diam sambil memerhatikan Amira. Entah mengapa Amira semakin kekok. Adakah ini yang selalu Tengku Ean dan Selena lakukan di dalam bilik? Duduk bersebelahan di katil, saling berpandangan dan membiarkan dada berdebar tak keruan. Cuma, mengapa ada sesuatu yang mengusik perasaannya kali ini?
Tengku Ean mendekati Amira, malah meletakkan satu tangannya di belakang Amira seolah-olah mahu memeluknya. Serta-merta Amira terkejut dan menoleh ke arah Tengku Ean.
“Kenapa? I ni suami you, tak boleh ke peluk you?” ujar Tengku Ean.
Amira kembali membisu dan menganggukkan kepalanya dengan kaku. Mengapa dia tidak boleh setenang Selena ketika dengan Tengku Ean? Suaranya juga tidak kedengaran manja dan menggoda, malah lebih banyak membisu seperti patung. Adakah ini juga yang membuatkan Tengku Ean lebih suka bersama Selena?
“You memang nak pakai tudung je ke?” Tengku Ean kembali bertanya.
Memang sepanjang berkahwin, Tengku Ean tidak pernah sekalipun melihat Amira tanpa tudung. Wanita berwajah manis itu tidak mahu memperlihatkan wajah serta semua miliknya kepada Tengku Ean. Dia beranggapan Tengku Ean belum mencintainya seratus peratus, dan dia tidak mahu sia-sia menunjukkan segalanya.
Share this novel