BIAS angin malam terus menggigit tubuh Izril selesai melepak di dataran bersama rakan lama. Poket seluar diseluk mencari kunci kereta sambil berjalan menuju ke kereta yang berada di di seberang jalan. Jam tangan dijeling dan ada tawa kecil di bibirnya.
"Puteri, Pak Long bukan tak nak bawa. Mama awak yang tak bagi. Mama cakap awak ada training esok pagi sebelum majlis."
Izril menoleh sekeliling sebelum masuk ke dalam kereta. Bebelan Puteri di dalam talian saling tidak ubah seperti adiknya Elah.
"Yes, birthday kita sama tapi tetap kena tanya babah dengan mama dulu. Pak Long mana boleh bawa lari anak dara orang."
Senyuman tidak lekang di bibirnya mendengar anak buahnya di talian tidak mahu mengalah.Satu demi satu deretan kereta dia lepasi. "Ya, sorry okey. Salah Pak Long. Esok Pak Long turun sana tengok Puteri siap dengan hadiah birthday advance. Ya, janji. Love you baby. Kita pergi dewan sama-sama."
Selesai sahaja dia berbual dengan Puteri, bunyi pintu kereta dihempas mengejutkan Izril. Tangannya baru membuka pintu kereta terhenti. Dia beralih ke pintu belakang dan membuka pintu di bahagian penumpang. Terteleng kepala Izril melihat seorang perempuan memakai hoddie hitam dan seluar getah tiga suku sudah tersandar di tempat duduk belakang. "Suka dia buat kereta orang macam hak milik sendiri. Jangan ingat dia perempuan, dia boleh masuk kereta tanpa bagi salam."
"Excuse me. Who are you?"
"Lambat. Selalunya grab kawasan sini cepat. Tahu tadi baik call scandal."
Tangannya makin kemas menggenggam pintu kereta. Jiwanya sakit apabila perempuan asing ini langsung tidak menoleh dan rasa bersalah dengannya. Dalam banyak-banyak kereta kawasan ini, kenapa kereta dia. "Siapa tuan kereta sekarang, dia atau aku."
" Grab? Siapa grab?” tanya Izril dengan nada tegas.
Pandangannya masih tajam ke arah perempuan yang ada di dalam keretanya.
"Abang, saya tahu yang abang leka berbual dengan girlfriend. Saya maafkan. Sekarang ni boleh tak start enjin jalan. Panas tahu tak?"
Izril menarik nafas dalam. Perempuan jenis apa yang berani redah masuk kereta orang malam-malam. Benang kerisauan mula membelit kalbu Izril. Jika diturut kata hati memang sudah lama dia rentap dan buang perempuan muka tidak tahu malu ini keluar dari keretanya. "Mabuk ke perempuan ni? Setahu aku tasik ni tak ada club."
Tangan kirinya sudah mengepal jadi penumbuk di atas bumbung kereta. "Excuse me. Memang gila atau memang suka terjah kereta orang?”
Tangan perempuan seluar senteng tiba-tiba terangkat dan membuat isyarat kepadanya. "Saya pilih yang kedua. Dari terjah kereta, baik saya terjah orang. Berbaloi."
"Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkanku dari musibah yang menimpamu, dan telah mengutamakan aku atas kebanyakan makhluk ciptaanNya."
"Wait, doa tu... sampai hati awak kata saya gila. Saya gila sebab awak bukan sebab lain."
Nafas Izril terhenti. "Faham pula dia doa tu."
Tubuh Izril menggigil menahan geram. Sesaat dia mengeluh kasar apabila melihat senyuman terukir dalam keadaan matanya masih tertutup. Dia menegakkan tubuh dan membuang pandangannya ke sekeliling mencari idea apa yang perlu dia lakukan.
"Damn! Senyum dia ingatkan aku dengan seseorang," gumam Izril.
Pintu kereta ditutup kasar dan berlari anak ke arah pintu berdekataan perempuan mabuk yang masih berada di dalam keretanya.
"Cik, Puan, Madam or sister... stop play play. Ini kereta saya!" sergah Izril sebaik pintu kereta dibuka.
Hidungnya mula menangkap bau wangian mahal. Bau yang sama dan itu cukup buatkan darah Izril naik hingga ke kepala. Bumbung kereta diketuk agar perempuan mabuk itu pandang wajahnya.
Seminit, akhirnya perempuan itu menegakkan tubuh dan menoleh ke arahnya. Izril sekarang umpama terkena panahan petir. "Bibir dia senyum tapi hati aku rasa nak hempas dia keluar. Kenapa aku rasa panas lain macam tengok dia.”
"Orang gila! Keluar!" tengking Izril, nekad.
"Saya gila, awak pun gila juga sebab biar saya masuk. Kan, kan?" soalnya dengan suara gedik.
Izril mencekak pinggang. Wajahnya diraup mencari kekuatan berdepan dengan perempuan kiriman Tuhan yang bebal ini. "Awak nak saya seret awak keluar?”
"Tak payah kasar. Saya tak suka orang kasar. Awak garang nak pergi mana? Kita bukan dalam kem."
Izril menunding jari ke wajahnya namun tidak sampai sesaat jarinya digenggam kemas menjadi penumbuk. "Kau memang cari nahas. Turun!"
"Saya jerit!"
"Kau... eh, dia ni! Jangan sampai aku buat kau bukan macam perempuan."
"Eleh, takut cakap. Awak tahu kalau saya jerit satu tasik bantai awak."
"Tak lawak! Keluar!"
Tawa kecil serta lenggok badan keluar dari kereta cukup buatkan hati Izril seperti dicakar. Izril cuba menjarakkan diri ketika perempuan tidak diundang sudah mula menghampirinya. Dekat dan cukup buat dirinya lumpuh.
"Ini kereta aku bukan grab. Kau buta ke apa Cik Naira," ucap Izril dengan suara bergetar.
Naira ketawa mengekek apabila Izril menyebut namanya. Akhirnya anak Tuan Adnan ini masih ingat siapa dia. Tangannya pantas menyentuh zip jaket Izril dengan senyum menggoda. Jarak antara mereka tersangat rapat hinggakan dia dapat merasakan nafas anak sulung Tuan Adnan yang tidak teratur.
"Tak sangka Tuan ingat saya. Saya sengaja nak uji Tuan tadi ingat saya lagi ke tidak."
Bagaikan dipukau, Izril membiarkan tangan Cik Naira menurunkan zip jaketnya hingga paras perut namun tiupan Naira ke wajahnya cukup buatkan Izril menggelabah dan tersedar. "Awak buat apa ni Cik Naira?"
"Upss, alaa... ada baju lagi dalam jaket. Baru tadi berangan dapat tengok dada ketak-ketak abang kapal." Kakinya dihentak rasa kecewa. Mulutnya ditekup dan ketawa nakal manakala lirik matanya dapat menangkap riak wajah Tuan Izril panik.
"Sudahlah, saya nak balik." Izril menggeleng dan membetulkan topinya dan beredar.
"Wait, saya cuma nak serahkan ni. Saya nampak barang awak jatuh masa awak turun dari tangga dataran."
Tangan Naira lentik dengan riak wajah gatal ketika menghulurkan gelang ke Izril. Sempat dia mengacah hinggakan lelaki tua ini merengus. "Nak ke tidak?"
Izril mengambil gelang besi yang terjuntai di hujung tangan Naira kasar. "Terima kasih pulangkan. Tak perasan benda ni jatuh."
"Siapa I.S? Girlfriend? Puteri siapa pula? Dasyat rupanya sekali turun kapal banyak simpanan kena layan."
Tangannya menggenggam gelang kemas. Izril hanya mampu menggeleng sebelum beredar masuk ke dalam kereta. Sayangnya saat pintu kereta mahu ditutup, Izril terasa pintu mula berat.
"Nak apa lagi Cik Naira?"
"Barang hilang kalau jatuh kita boleh kutip tapi... kalau orang yang jatuh, awak tak boleh tarik balik. Betul tak?"
Izril mengeluh kasar. Dia main madah pula. Memang suka main kasar perempuan licik ini. "Memang malang sungguh aku malam ni."
"Dia punca kapal karam, biar je lemas. Buat apa nak selamatkan lagi."
"Menarik! Awak, awak tak nak tumpangkan saya?"
Keningnya digaru dan menoleh semula ke Cik Naira sedang tunduk seakan sengaja mahu memancing nafsunya lewat malam. Jawab salah, tidak jawab makin sakit mental. "Awak datang naik apa sini? Tak mungkin awak terbang?"
Naira menjuihkan bibir merahnya apabila Izril membuat muka ketat dan nada suara kasar. "Saya naik grab."
"So, pergi balik dengan grab. Jangan mengada nak tumpang aku."
"Salah ke saya nak tumpang ke hati awak?"
Izril mendesah panjang. Dia keluar dari kereta mengalihkan tangan Naira dari pintu keretanya kasar. Tangannya mengacah mahu menampar tapi sayang Cik Naira sengaja menelengkan kepalanya awal sebelum sempat tangannya singgah ke pipinya. "Dah pula. Sentuh pun belum."
"Auch, abang sado tampar hati saya malam ni. Ahh, tidak," perli Naira dengan mimik muka miang.
"Sah mabuk perempuan ni," gumam Izril sebaik masuk ke kereta.
Izril meluncur laju meninggalkan Cik Naira di tepi jalan tanpa fikir panjang. Wajahnya diraup menghilangkan amarah dan geram dengan sikapnya yang melampau. "Malang betul malam-malam jumpa hantu. Selalu hantu selekeh."
Selang beberapa minit di lampu isyarat dia teringat sesuatu. "Gelang besi aku ada dengan rantai kerja tepi pintu ni."
Pantas tangannya menyeluk poket jaket dan keluarkan gelang yang dia ambil daripada Naira. Tangannya membelek gelang dengan rasa curiga.
"Ini gelang... maknanya gelang ni tak jatuh. Huh, apa kaitan perempuan gila tu dengan adik aku?"
.
.
.
Selesai mengisi minyak kereta, Izril masuk ke dalam kereta dengan fikiran kosong. Sayangnya pandangannya sekali lagi terganggu apabila melihat seorang perempuan keluar dari kereta di pam di sebelahnya.
"Cik Naira!"
Izril mengeluarkan gelang dari poket. Dia mahu keluar dari kereta demi mencari tahu dari mana Cik Naira dapat gelang adiknya. Niatnya terbantut apabila seorang lelaki yang agak segak dan lagaknya seperti lelaki kaya keluar dari kereta yang sama.
"Dah ada penjaga tapi kenapa cara dia macam single? Kejap, papa dengan Cik Naira? Habis jantan tu?"
Izril bersandar dan pegang stereng kemas. Dia mula ada rasa ingin tahu tanpa sengaja hidup Naira. "Family dia agaknya. Tengok muka sama pattern je lepas tu sama putih je kulit dia."
Tali pinggang ditarik dan sekali lagi Izril memandang ke arah Naira sedang tersenyum lebar dengan lelaki bersamanya.
"Kisah pula aku dia dengan lelaki tu. Bukan masalah aku. Baik biarkan dia dengan lelaki tu daripada dengan papa. Balik tidur lagi bagus."
Share this novel